Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

1.

0 Pengenalan

Schizophrenia adalah gangguan psikotik fungsional yang paling biasa terjadi


dalam kalangan pesakit. Menurut R.Patel et. al (2019) Schizophrenia adalah gangguan
psikotik yang dicirikan oleh halusinasi, khayalan, dan gangguan dalam pemikiran,
persepsi, dan tingkah laku. Bertentangan dengan apa yang sering dikatakan di media,
Schizophrenia tidak melibatkan "split personality". Menurut Who (2022), Schizophrenia
telah menjejaskan kira-kira 24 juta orang atau 1 dalam 300 orang (0.32%) di seluruh
dunia. Kadar ini ialah 1 dalam 222 orang (0.45%) dalam kalangan orang dewasa. Pada
masa ini, sebahagian besar penghidap schizophrenia di seluruh dunia tidak menerima
rawatan kesihatan mental. Kira-kira 50% orang di hospital mental telah didiagnosa
dengan penyakit schizophrenia. Hanya 31.3% orang yang mengalami psikosis menerima
penjagaan kesihatan mental daripada doktor pakar.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan terjadinya penyakit


Schizophrenia. Pertama sekali berpunca daripada faktor genetik atau sejarah keluarga
yang mungkin pernah menghidap penyakit ini. Ketakutan terhadap sejarah zaman
lampau dan zaman kanak-kanak juga boleh menyumbang kepada penyakit
Schizophrenia. Tekanan yang tinggi terhadap isu-isu masa kini seperti taraf hidup yang
semakin tinggi, tahap inflasi yang meningkat dan lain-lain telah menyebabkan ada antara
mereka yang telah mengambil bahan terlarang seperti dadah sehingga boleh
menyebabkan Schizophrenia.

Umum mengetahui bahawa, penjagaan pesakit schizophrenia adalah bukan


sesuatu yang mudah dan boleh dipandang ringan. Kesukaran dan keperitan menjaga
pesakit schizophrenia menyebabkan golongan ini sering dibiarkan tanpa perhatian. Hal
ini boleh menyebabkan penyakit sering berulang (relapse). Sehubungan dengan itu,
kerajaan telah mempromosikan perkhidmatan kesihatan mental komuniti melalui Akta
Kesihatan Mental 2001, yang menggalakkan waris menjaga sendiri ahli keluarga yang
menghidap penyakit mental, setelah mereka stabil atau discaj dari hospital. Hal ini
kerana, sokongan ahli keluarga amatlah penting dalam membantu pemulihan pesakit.

1
2.0 Perbincangan

2.1 Simptom Schizophrenia

1. Positif
Manifestasi klinikal positif termasuk delusi, halusinasi, dan tingkah laku motor yang
abnormal yang mempunyai pelbagai tahap severity. Pesakit biasanya mengalami
halusinasi jenis auditori seperti mendengar bisikan atau suara ghaib yang bercakap
dengannya atau sesama sendiri.

2. Negatif
Manifestasi klinikal negatif yang paling biasa kurang ekspresi emosi,
mengasingkan diri, termasuk kurang berinteraksi dengan orang lain walaupun dalam
situasi yang mungkin penting serta kehilangan kemampuan untuk melakukan aktiviti
harian seperti menjaga kebersihan diri dan tiada motivasi diri (Sonali Sarkar, Kiley Hillner,
Dawn I Velligan, 2018).

DSM-V menekankan dua domain gejala negatif iaitu defisit ekspresif dan avolition.
Defisit ekspresif termasuk blunted facial expression sedikit perubahan dalam nada suara,
kurang ekspresif gesture yang biasanya terdapat dalam perbualan. Avolition merujuk
kepada kekurangan motivasi untuk melakukan aktiviti harian dan berinteraksi dengan
orang lain. Individu yang mempunyai sikap avolition mengalami kesukaran menjana idea
untuk melakukan sesuatu, dan mempunyai tahap aktiviti produktif yang rendah pada
siang hari. Mereka mungkin menghabiskan banyak masa duduk atau berbaring (Sarkar
et.al, 2018).

3. Kognitif

Manifestasi klinikal ini tidak spesifik. Oleh itu, apabila keadaan pesakit menjadi
lebih teruk membuatkan individu di sekeliling pesakit baru menyedari akan perubahan
yang berlaku. Manifestasi klinikal kognitif termasuk pertuturan yang tidak teratur/merapu
(disorganized speech), pemikiran yang tidak teratur (disorganized thinking), kurang

2
konsentrasi, daya ingatan yang lemah, kurang memberi perhatian akhirnya menjejaskan
keupayaan individu untuk berkomunikasi (R.Patel et.al, 2019).

2.2 Penyiasatan Diagnostik

1. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition (DSM-V).


Diagnosis Schizophrenia dapat dilakukan melalui penilaian manifestasi klinikal
khusus pesakit dengan menggunakan Diagnostic and Statistical Manual of Mental
Disorders, Fifth Edition (DSM-V). DSM-V menyatakan bahawa kriteria diagnostik untuk
Schizophrenia adalah mempunyai dua atau lebih simptom fasa aktif yang akan berlaku
secara berterusan dan ia berlaku dalam jangka masa satu bulan contohnya delusi,
halusinasi, pertuturan tidak teratur (disorganized speech), tingkah laku tidak teratur atau
catatonic. Sekiranya pesakit dilihat mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada
manifestasi klinikal utama iaitu delusi, halusinasi, atau pertuturan yang tidak teratur maka
pesakit itu akan didiagnoskan penyakit Schizophrenia (Patel et.al, 2020).

2. Magnetic Resonance Imaging Scan (MRI Scan)


Dilakukan untuk mendiagnosa penyakit Schizophrenia. Medan magnet dan
gelombang bunyi digunakan untuk mencipta imej dua atau tiga dimensi bagi
menunjukkan view struktur otak yang tepat bagi mengesan keabnormalan yang mungkin
menyebabkan manifestasi klinikal Schizophrenia terjadi. Hal ini kerana kehadiran tumor
di dalam otak juga akan menimbulkan manifestasi klinikal yang sama seperti
Schizophrenia.

3. Blood Test
i. Full blood count
Dilakukan bagi memantau kesihatan am pesakit dan membantu doktor
mengetahui manifestasi klinikal yang ditunjukkan oleh pesakit adalah disebabkan
penyakit Schizophrenia dan bukan disebabkan oleh faktor lain seperti penyalahgunaan
dadah dan alkohol.Hal ini kerana pengambilan dadah dan alkohol yang berlebihan akan
menunjukkan gejala yang sama dengan Schizophrenia contohnya halusinasi.

3
ii. Thyroid Function Test
Dilakukan untuk mengetahui sekiranya pesakit mengalami thyroid disorder.
Pesakit yang mengalami psikosis awal mungkin menunjukkan low TSH level. Pesakit
yang mengalami Schizophrenia yang kronik akan menunjukkan high TSH level (Misiak
et.al, 2021). Normal TSH value adalah 0.5- 6.0 mU/L.

Iii. Vitamin B12 Test


Dilakukan untuk mengukur jumlah vitamin B12 dalam darah. Tahap vitamin B12
berkurangan dalam pesakit psikotik berbanding individu yang sihat. Pesakit yang
mempunyai tahap vitamin B12 yang rendah akan menunjukkan simptom psikosis seperti
halusinasi dan delusi. Normal vitamin B12 value adalah 200-900 pg/mL.

4
2.3 Pengurusan

2.3.1 Farmakologi

Nama ubat Tablet Haloperidol Tablet Fluephanazine Tablet Chlorpromazine

Gambar
Ubat

Trade Haldol Modecate Denzapine


name

Kumpulan Conventional Phenothiazine Conventional antipsychotics


antipsychotics antipsychotics

Fungsi Untuk merawat gangguan Membantu Imbangi Membantu melegakan simptom yang
mental atau mood semula dopamin untuk biasa berlaku dalam Schizophrenia,
tertentu seperti memulihkan pemikiran, seperti distorted thinking dan
Schizophrenia, mood dan tingkah laku ketidakstabilan emosi.
Schizoaffective Disorder.
Ubat ini membantu
pesakit berfikir dengan
lebih waras dan berasa
kurang gementar serta ia
juga boleh membantu
mencegah suicide.

5
Mekanisma Mekanisme aktif Haldol Menyekat reseptor Kesan antiemetik chlorpromazine
Tindakan adalah untuk menyekat dopamin D2 postsynaptic berpunca daripada sekatan gabungan
reseptor postsynaptic dalam limbic, cortical histamin H1, dopamine D2, dan
dopamine (D2) dalam system dan basal ganglia. reseptor M1 muskarinik di vomiting
sistem mesolimbik otak. Sekatan pada reseptor centre. Chlorpromazine
dopamin menghalang dimetabolismekan secara meluas oleh
tindakan dopamin untuk liver.
mengurangkan halusinasi
dan delusi yang dikaitkan
dengan schizophrenia.

Dos 2-10 mg/hari per oral 2.5-10 mg/hari per oral 25 mg tds per oral
q4h-q8h tds/qid q6h-q8h tds/qid 75 mg ON per oral
Dos maksimum Dose maksimum Dose maksimum
18 mg/hari 40mg/hari 75 mg/hari

Kesan 1. Mulut kering. 1. Mengantuk 1. Merasa dizzy apabila bangun


sampingan 2. Air liur bertambah 2. Kelesuan dari posisi duduk atau baring.
3. Penglihatan kabur 3. Pening 2. Mulut kering,
4. Hilang selera 4. Loya 3. Dysuria.
makan 5. Hilang selera 4. Keletihan
5. Sembelit makan 5. Sembelit
6. Dysuria 6. Mulut kering 6. Insomnia
7. Diarrhea 7. Penglihatan kabur 7. Kekeliruan,
8. Sakit kepala 8. Perubahan warna kulit atau air
9. Sembelit. kencing anda
9. Depression.
10. Weight gain.

6
Kesan 1. High fever 1. Kesan sampingan 1. Fast or irregular heartbeat
adverse 2. Muscle spasm extrapyramidal 2. Muscle spasms atau
3. Tekanan darah seperti tardive pergerakan otot badan atau
tidak teratur (tanda dyskinesia muka yang tidak terkawal,
dan gejala sindrom 2. Gynaecomastia seperti menjelir lidah,
malignant pada lelaki mengetap bibir
neuroleptik) 3. Amenorrhea pada 3. Muscle stiffness demam, peluh
4. Penglihatan kabur. wanita berlebihan, perubahan tekanan
5. Pergerakan yang 4. Neuroleptic darah (tachycardia)
tidak terkawal malignant 4. Kekuningan mata atau kulit
seperti di muka, syndrome (jaundice)
lidah, rahang atau 5. Keabnormalan
bahagian badan fungsi liver
yang lain (tardive 6. Jaundice pada
dyskinesia) mata dan kulit.
7. Seizures
8. Agranulocytosis.

7
2.3.2 Bukan Farmakologi

1. Galakkan ahli keluarga memberi sokongan moral dan emosi kepada pesakit
supaya pesakit dapat membantu dalam pemulihan diri.

2. Nasihatkan pesakit mengambil diet yang seimbang dan bersenam sekurang-


kurangnya 3 kali seminggu untuk mengelakkan penambahan berat badan yang
disebabkan oleh ubat anti psikotik.

3. Libatkan pesakit dalam terapi berkumpulan untuk membantu pesakit menyedari


dan mengatasinya dengan cara pertukaran pendapat.

4. Rujuk pesakit melibatkan diri dalam terapi vokasional untuk membantu pesakit
membangunkan kemahiran semula atau membina kemahiran baru.

5. Nasihatkan pesakit melakukan terapi lukisan untuk mengurangkan gejala negatif


seperti delusi dan halusinasi.

6. Libatkan pesakit dalam pelbagai aktiviti seperti psycho-education membantu


pesakit sedar bahawa rawatan dan pemulihan bukan hanya bergantung kepada
ubat atau psikoterapi, tetapi persekitaran turut mempengaruhinya.

7. Didik keluarga pesakit membawa pesakit berjumpa dengan ahli psikoterapi


supaya pesakit mendapat rawatan psikologi yang bertujuan memberi sokongan
emosional kepada pesakit.

8. Jadualkan pesakit menyertai Cognitive Behavioural Therapy (CBT) untuk


membantu pesakit membantu dalam tanda-tanda awal relapse untuk
mengelakkan relapse terjadi.

9. Galakkan pesakit menyertai terapi Interpersonal untuk mengurangkan risiko


berulang dalam penyakit Schizophrenia.

10. Galakkan pesakit menyertai psikoterapi sokongan supaya pesakit dapat


mendefinisikan realiti dengan dengan lebih jelas dan dapat menyelesaikan
masalah praktikal.

8
3.0 Diagnosa Kejururawatan dan Intervensi Kejururawatan

Diagnosa Matlamat Intervensi Kejururawatan Penilaian


Kejururawatan

1. Mengasingkan Pesakit tidak 1. Luangkan masa Pesakit tidak


diri berkaitan mengasingkan bersama pesakit mengasingkan
dengan diri dengan berbual untuk diri dibuktikan
gangguan menggalakkan dengan pesakit
pemikiran. rapport dan bersosial
kerjasama dengan orang
2. Sediakan lain.
persekitaran yang
kondusif bagi
memberi keselesaan
kepada pesakit.
3. Libatkan pesakit
menyertai aktiviti wad
bagi mengalakkan
aktiviti sosial.
4. Galakkan ahli
keluarga memberi
sokongan emosi
terhadap pesakit
dengan datang
melawat pesakit bagi
membantu dalam
proses
penyembuhan.
5. Galakkan pesakit
untuk meluahkan

9
perasaan bagi
mengurangkan
bebanan yang
dihidapi.
6. Berikan pujian
kepada pesakit
apabila pesakit
berjaya melakukan
tugasan bagi
meningkatkan self-
esteem pesakit.

Diagnosa Matlamat Intervensi Penilaian


Kejururawatan Kejururawatan

2. Gangguan Pesakit tidak 1. Libatkan pesakit dalam Pesakit tidak


halusinasi mengalami aktiviti yang berfaedah berhalusinasi
berkaitan halusinasi seperti terapi cara pulih dibuktikan dengan
dengan suara- kerja atau terapi hiburan tiada tanda-tanda
suara yang bagi meningkatkan halusinasi.
didengari. pemulihan.
2. Sentiasa
berkomunikasi dengan
pesakit supaya pesakit
tidak bertindakbalas
dengan halusinasinya.
3. Beri ubat psikotropik
mengikut deskripsi doktor
seperti Tab.
Fluephanazine 2.5-10

10
mg/hari PO bagi
mengurangkan halusinasi
dan delusi yang dikaitkan
dengan Schizophrenia.
4. Libatkan pesakit
melakukan akitiviti wad
secara berkumpulan bagi
mengalihkan perhatian
terhadap halusinasinya.
5. Galakkan pesakit untuk
bercerita tentang
halusinasi yang dialami
bagi mengurangkan
bebanan pesakit.
6. Rujuk pesakit kepada
Pakar kaunseling bagi
menggalakan
penyembuhan dan
mengurangkan gangguan
halusinasi.
7. Galakkan ahli keluarga
untuk memberi sokongan
emosi kepada pesakit
bagi mengalakkan
penyembuhan pesakit.

11
Diagnosa Matlamat Intervensi Penilaian
Kejururawatan Kejururawatan

3. Gangguan Pesakit dapat 1.Luangkan masa Penjagaan diri


penjagaan menguruskan diri bersama pesakit dengan pesakit
diri berkaitan sendiri tanpa berbual untuk bertambah baik
dengan bantuan petugas menggalakkan dan faham
perubahan atau keluarga. rapport dan kerjasama. tentang
tingkah-laku. 2. Perhatikan tabiat dan kepentingan
kebolehan pesakit dalam penjagaan diri.
penjagaan diri seperti
kebersihan diri dan tabiat
hias diri untuk menilai
potensi dan tahap
pesakit.
3.Sediakan pesakit
dengan barang keperluan
kebersihan diri seperti
berus gigi, tuala, pakaian
yang bersih dan sabun
untuk memudahkan
penggunaan pesakit.
4. Ajar pesakit cara
menjaga kebersihan diri
seperti gosok gigi dengan
melakukan
demo kepada pesakit
supaya dapat
menggalakkan pesakit
mengambil
bahagian.

12
5. Beri pujian kepada
pesakit apabila berjaya
melakukan penjagaan diri
dengan baik bagi
meningkatkan self-
esteem pesakit.
6.Beri ubat Psikotropik
mengikut deskripsi doktor
seperti Tab
Fluephanazine 2.5-10
mg/hari per oral bagi
mengurangkan simptom
psikotik.
7. Galakkan pesakit
melibatkan diri dalam
habit training seperti
grooming
untuk membantu pesakit
mengekalkan Activities of
Daily Living (ADL) dan
mengelakkan
kemerosotan diri.
8. Libatkan pesakit dalam
behavior terapi seperti
behavior modification
untuk melatih pesakit
memperolehi kemahiran
diri.
9. Catat sebarang
perubahan dan

13
peningkatan penjagaan
diri pesakit dalam
PCR untuk monitor
kemajuan pesakit.

Diagnosa Matlamat Intervensi Kejururawatan Penilaian


Kejururawatan

4. Potensial Pesakit tidak 1. Perhatikan gerak-geri Pesakit tidak


mencederak mencederakan pesakit dengan rapi mencederakan
an diri diri. bertujuan mengelakkan diri dibuktikan
berkaitan perbuatan buruk dengan pesakit
dengan seperti cederakan diri memberitahu
auditory secepat mungkin. staf bila ada
hallucination 2. Sediakan persekitaran perasaan untuk
. yang selamat dan mencederakan
bebas dari peralatan diri.
yang tajam seperti
gunting dan pisau
untuk elak daripada
kecederaan kepada
pesakit.
3. Asingkan pesakit yang
tidak boleh
bersefahaman sesama
mereka ke wad lain
untuk elak pesakit
gaduh dan akan
cederakan diri.
4. Galakkan pesakit
meluahkan perasaan

14
dengan berbual
bersama pesakit untuk
elak pesakit
memendam perasaan
dan elak daripada
kecederaan pada
pesakit.
5. Libatkan pesakit dalam
aktiviti-aktiviti di dalam
wad supaya elak
pesakit daripada
cederakan diri.
6. Elakkan atau kawal
perkara dan aktiviti
yang boleh
menyebabkan pesakit
menjadi marah seperti
persekitaran yang
sibuk dan bising,
kesesakan dan lawatan
saudara yang tidak
disukai untuk elak
daripada pesakit
mencederakan diri.
7. Rancang aktiviti dan
hiburan yang disukai
oleh pesakit seperti
berkebun dan
membuat kraftangan.
8. Simpan peralatan

15
tajam seperti pisau
cukur, gunting, sudu,
garpu dan lain lain ke
dalam bilik rawatan
serta kuncikan bilik
rawatan untuk elak
pesakit mencederakan
diri.
9. Pastikan pesakit
mengambil ubat-ubatan
yang diarahkan oleh
doktor untuk elak
daripada pesakit
mencederakan diri
akibat ketidakpatuhan
ubatan.
10. Galakkan keluarga beri
sokongan emosi dan
faham pesakit yang
ingin mencederakan
dirinya adalah
disebabkan
penyakitnya sendiri.
11. Beri pujian kepada
pesakit jika pesakit
berjaya melakukan
sesuatu aktiviti untuk
tingkatkan keyakinan
diri dan merasa pesakit
dihargai.

16
12. Catatkan segala
kelakuan pesakit,
tindakan kejururawatan
dan rawatan yang
diberikan dalam
Behavioural Chart
pesakit.
13. Laporkan kepada
doktor sekiranya
keadaan pesakit
menjadi lebih agresif
dan teruk supaya
tindakan selanjutnya
dapat diberikan

Diagnosa Matlamat Intervensi Kejururawatan Penilaian


Kejururawatan

5. Potensi Pesakit 1. Ases tahap Nutrisi pesakit


kehilangan mengambil pengambilan dapat
nutrisi nutrisi yang makanan pesakit dikekalkan
berkaitan cukup dengan untuk menilai dibuktikan
dengan bukti berat sekiranya pesakit dengan pesakit
Avolition. badan tidak berasa syak boleh makan
turun dan tiada wasangka terhadap separuh dari
tanda tanda makanan yang amaun
malnutrisi. diambil. makanan yang
2. Beri pesakit lain biasa diambil.
mengambil makanan
dan makan sebelum
pesakit makan. Ini

17
akan memberi
keyakinan kepada
pesakit bahawa
makanan itu tidak
diracuni.
3. Rancang pemakanan
mengikut keadaan
pesakit seperti jika
kurang aktif berikan
high fiber diet untuk
elakkan daripada
sembelit supaya
tahap nutrisi pesakit
dapat dikekalkan.
4. Beri jagaan mulut
yang kerap kepada
pesakit sebelum
makan untuk
kurangkan rasa tidak
selesa dan dapat
tingkatkan keinginan
makan pesakit.
5. Beritahu pesakit
bahawa makanan itu
adalah nasi atau ikan
dan sayur. Ini akan
memberi pesakit
melihat ia bukan
haiwan seperti cacing
dan benda asing.

18
6. Beri pesakit makanan
tinggi protein seperti
ayam, ikan supaya
tahap nutrisi pesakit
dapat dikekalkan.
7. Galakkan keluarga
pesakit bawa
makanan kegemaran
pesakit dari rumah
jika tiada
kontraindikasi untuk
tingkatkan selera
makan pesakit.
8. Galakkan pesakit
duduk bersama dan
makan dengan
pesakit lain untuk
tingkatkan selera
makan pesakit.
9. Catat dan laporkan
kepada doktor tahap
pemakanan pesakit
untuk menilai
keberkesanan
rawatan.

19
Diagnosa Matlamat Intervensi Penilaian
Kejururawatan Kejururawatan

6. Potensi Pesakit akan 1. Nilaikan keadaan Pesakit


agresif menunjukan pesakit secara kelihatan lebih
berkaitan perasaan yang terpeinci untuk bertenang dan
dengan bertambah mengenalpasti tidak menunjuk
tekanan yang tenang dan keadaan pesakit sebarang reaksi
dialaminya tidak akan serta faktor yang agresif.
menjadi ganas penyebab pesakit
atau berkelakuan agresif
mencederakan dan ganas.
diri dan orang Contohnya pesakit
lain. menunjukkan tanda
gelisah, resah dan
keluarkan kata
yang kesat.
2. Eratkan
perhubungan
terapeutik dengan
pesakit seperti
amalkan sikap
yang menerima
keadaannya, jujur
dengan
menunjukkan sikap
simpati dan empati
kepada pesakit.
3. Wujudkan suasana
persekitaran yang
kondusif dan

20
terapeutik dengan
memastikan
keadaan sekeliling
tenang dan tidak
bising.
4. Jika pesakit
mengganas,
dapatkan bantuan
kerja berpasukan
supaya langkah-
langkah dilakukan
dengan lebih
selamat bagi staf
dan juga pesakit.
5. Rawat pesakit yang
masih belum stabil
dalam bilik yang
berasingan dari
pesakit lain bagi
memberi masa
kepada pesakit
untuk
menenangkan diri.
6. Rujuk pesakit
kepada khidmat
kaunseling bagi
menggalakkan
pesakit meluahkan
perasaan yang
marah dan

21
sebagainya untuk
elak pesakit
bertindak agresif
terhadap orang
sekeliling.
7. Adakan terapi
kumpulan bagi
pesakit dengan
berkomunikasi
dengan pesakit
yang ada masalah
sama dengannya
untuk memberi
peluang kepada
pesakit meredakan
perasaan yang
terpendam di hati.
8. Lakukan carta
pemerhatian
secara kerap bagi
mengesan
potensial pesakit
berisiko tinggi
dalam keganasan.
9. Beri ubatan
antipsikotik seperti
I/M Halloperidol 5
mg- 10 mg stat
mengikut priskripsi
doktor supaya

22
pesakit tenang.
10. Laporkan kepada
doktor sekiranya
keadaan
bertambah teruk
supaya tindakan
selanjutnya dapat
diberikan.

23
4.0 Cadangan

Individu
Cadangan untuk pesakit bagi mengurangkan gejala Schizophrenia ialah galakkan
pesakit memperbanyakkan aktiviti fizikal supaya dapat meningkatkan jumlah aliran darah
dan mengurangkan halusinasi pendengaran Contoh aktiviti fizikal ialah menanam pokok,
menjahit dan brisk walk. Selain itu, nasihatkan pesakit untuk mengekalkan diet yang sihat
dan seimbang yang mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh
supaya dapat membantu pesakit mengelakkan penambahan berat badan yang mungkin
disebabkan oleh ubat antipsikotik (Margaretha and Viljoen ,2020). Seterusnya, galakkan
pesakit tidur yang mencukupi iaitu 8 jam sehari supaya mood pesakit menjadi lebih stabil
dan dapat mengurangkan tekanan (Pugle, 2022).

Staff
Di samping itu, galakkan jururawat psikiatri mengikuti continuous nursing
education untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan membangunkan sikap
untuk peningkatan amalan kejururawatan, sekali gus meningkatkan penjagaan kesihatan
kepada orang ramai. Selanjutnya, galakkan jururawat psikiatri mengikuti Diploma
Lanjutan Perawatan Kesihatan Mental supaya dapat meningkatkan ilmu kemahiran
ketika berhadapan pesakit psikiatri dan meningkatkan ilmu pengetahuan ilmu psikiatri
dalam mengendalikan pesakit psikiatri. Secara keseluruhannya, staff psikiatri dapat
mengurangkan tekanan dalam mengendalikan pesakit psikiatri dan dapat mengekalkan
kesihatan mental pesakit dengan baik.

Organisasi
Selanjutnya, cadangan untuk organisasi adalah dengan mengadakan pendidikan
kesihatan di setiap hospital seperti booth dan risalah tentang penyakit Schizophrenia.
Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tanda tanda
awal penyakit ini. Akhir sekali, organisasi kesihatan perlulah bergiat aktif dalam
mempromosikan pendidikan kesihatan tentang penyakit Schizophrenia dalam media
sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter serta adakan karnival kesihatan setiap

24
tahun bagi memberi peluang kepada masyarakat dalam menambahkan pengetahuan
tentang penyakit Schizophrenia.

5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Schizophrenia tidak hanya menjejaskan pesakit tetapi


turut memberi kesan yang berpanjangan kepada masyarakat sekeliling khususnya
kepada keluarga. Kesedaran dan keprihatinan dari masyarakat mengenai isu penyakit
Schizophrenia ini amat penting bagi mengetahui faktor-faktor yang menjadi penyebab
kepada penyakit ini. Individu, masyarakat dan ahli keluarga pesakit perlu mengambil
berat serta membantu mereka dari aspek rawatan pemulihan yang mereka jalani. Di
samping itu, tekanan adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan penyakit
Schizophrenia. Hal ini akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan diri seperti
penyakit mental dan kemurungan yang serius yang boleh mengganggu kesihatan individu
tersebut. Dalam kehidupan seharian, kita terdedah kepada pelbagai bentuk tekanan.
Hasil keputusan ini menunjukkan bahawa faktor-faktor yang dinyatakan dalam kajian ini
seperti genetik, faktor faktor penyalahgunaan dadah, faktor tekanan kerja dan faktor
kemiskinan merupakan penyebab penyakit Schizophrenia. Secara lazimnya, hanya
sebilangan kecil yang berisiko dan ia biasanya disebabkan oleh gejala psikosis yang
dialami apabila mereka tidak mendapatkan rawatan yang optimum.

25
6.0 Rujukan

Krishna R Patel, Jessica Cherian, Kunj Gohil, Dylan Atkinson. (2014). Schizophrenia:
overview and treatment options. National Library of Medicine, 39, 638-645.

Marian S. McDonagh, T. D.-D. (2021). Psychosocial Interventions for Adults With


Schizophrenia: An Overview and Update of Systematic Reviews. Psychiatric
Online, 20-32. doi:https://doi.org/10.1176/appi.ps.202000649

Megan Maroney. (2020). An Update on Current Treatment Strategies and Emerging


Agents for the Management of Schizophrenia. The American Journal of Managed
Care, 26, 55-61.

Sameer Jauhar, M. J. (2022). Schizophrenia. The Lancet, 399, 473-486.


doi:https://doi.org/10.1016/S0140-6736(21)01730-X

Schizophrenia. (2022, January). Retrieved from World Health Organization:


https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/schizophrenia

Sonali Sarkar, Kiley Hillner, Dawn I Velligan. (2015). Conceptualization and Treatment
of Negative Symptoms in Schizophrenia. World Journal of Psychiatry, 5, 352-
361. doi:https://doi.org/10.5498%2Fwjp.v5.i4.352

Steven Siragusa, Karlyle G.Bistas, Abdolreza Saadabadi. (2022). Fluphenazine. United


States: 2022.

Zaira Romeo, Chiara Spironelli. (2022). Hearing voices in the head: Two meta-analyses
on structural correlates of auditory hallucinations in schizophrenia. Elsevier, 36,
1-12. doi:https://doi.org/10.1016/j.nicl.2022.103241

26

You might also like