Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SURIA TECH ENTERPRISE

Lot 203, Bandar Bachok, 16300 Bachok, Kelantan


Tel: 097640537,0199889590 ,Faks: 097640537

Kepada 3 APRIL 2022

Encik Syahidulamri Bin Khairuddin,


Pengarah Urusan SS Gemilang Agro Farm,
MDB 308, Bandar Bachok,
16300 Bachok, Kelantan

Tuan,

PERMOHONAN MENINGKATKAN KUOTA CENDAWAN SEGAR.

Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin memohon untuk mendapatkan kuota tambahan
cendawan segar daripada pihak tuan sebanyak 75KG sehari untuk memenuhi permintaan
cendawan pasaran domestik dari daerah-daerah seluruh negeri Kelantan.

2. Untuk pengetahuan pihak Tuan, jumlah kuota sedia ada iaitu sebanyak 25KG sehari adalah
tidak mencukupi kerana akhir-akhir ini kami telah mendapat permintaan yang sangat tinggi
terhadap cendawan segar daripada masyarakat setempat.

3. Oleh itu, kami berharap pihak Tuan dapat memenuhi permohonan ini kerana pihak kami telah
menerima permintaan daripada 50 orang peniaga termasuk peniaga sedia ada di sekitar Daerah
Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas dan Pasir Puteh. Mereka terdiri daripada peniaga gerai pisang
goreng dan peniaga sayur-sayuran yang mana setiap peniaga memerlukan 2KG cendawan segar
sehari.

4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memenuhi permohonan untuk mendapatkan
kouta tambahan sebanyak 75KG sehari bersamaan 100KG sehari termasuk kouta sedia ada.

5. Kerjasama daripada pihak Tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih

MOHD. FAIZOL BIN AWANG


Pengurus,
Suria Tech Enterprise

You might also like