Memupuk Perpaduan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Langkah-langkah memupuk perpaduan

Perpaduan merujuk kepada suasana dan ikatan


mesra antara rakyat dalam sesebuah negara.
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita
semakin menghampiri ambang 2023. Keadaan
ini menandakan titik permulaan pelbagai
cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
Isu perpaduan kaum bukanlah sesuatu isu yang
baharu di negara kita bahkan telah menjadi
fokus perbincangan dalam media massa dan
buah mulut dalam kalangan rakyat.
 Senario ini amat mengecewakan kerana
pembangunan negara kita yang pesat sejak
merdeka akan terjejas disebabkan pergaduhan
dan pergolakan politik dalaman.Jika
diperhalusi terdapat banyak Langkah memupuk
perpaduan.

Antaranya Peranan ibu bapa merupakan


wahana dalam membina generasi masa hadapan
yang mementingkan keharmonian antara kaum.
Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan
pasangan suami isteri kepada anak dan perlu
menunjukkan teladan baik. Contohnya, ibu bapa
haruslah bertegur sapa dan melayani jiran
setangga dengan mesra tanpa mengira bangsa,
kaum dan anutan agama. Maka, sejak usia muda
anak akan terpengaruh untuk meneladani sikap
ibu bapa yang menghormati kaum lain, bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah daripada
rebungnya.

Selain itu, pada masa ini juga aktiviti


kemasyarakatan dapat mengukuhkan
perpaduan kaum di negara kita. Melalui
penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat
dapat memupuk semangat bekerjasama bak aur
dengan tebing untuk membersihkan dan
mengindahkan kawasan persekitaran tempat
kediaman. Aktiviti sebegini mampu menjamin
keceriaan kawasan kediaman masyarakat dan
juga membuka ruang serta peluang komunikasi
antara jiran tetangga. Pada masa yang sama,
konsep rumah terbuka haruslah diperkukuh di
negara kita. Rumah terbuka merupakan kaedah
pemupukan perpaduan yang efektif kerana
dapat mendedahkan masyarakat kepada
keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak
langsung, persefahaman antara kaum dapat
diwujudkan dan hubungan erat bak isi dengan
kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain,
aktiviti kemasyarakatan merupakan saluran
yang paling berkesan untuk memupuk
perpaduan kaum.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan


bahawa media massa merupakan rangkaian
perhubungan yang banyak digunakan dalam era
globalisasi ini. Dalam konteks mengukuhkan
perpaduan kaum, media massa seharusnya
digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
menyebarkan mesej dan informasi positif
tentang kepentingan bersatu padu. Sebagai
analoginya, stesen penyiaran tempatan boleh
menyiarkan program yang berunsur perpaduan
dan mempunyai pelakon yang berbilang
pelbagai bangsa. Siaran program sudah pasti
dapat menerapkan nilai perpaduan dalam jiwa
masyarakat secara berunsur-unsur terutamanya
jika unsur hiburan turut diselitkan dalam
program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan
kaum akan tercapai dengan lebih mudah
melalui peranan media massa.

Konklusinya, perpaduan merupakan tunjang


dan asas negara Malaysia. Semua pihak
haruslah menggembleng tenaga dan berganding
usaha untuk memainkan peranan masing-
masing dalam menerbitkan semangat
perpaduan dalam sanubari sendiri dan orang
lain. Jika semua masyarakat berganding bahu,
ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni, insyallah perpaduan rakyat dapat
dicapai dan diggenggam erat. Dengan ini
diharapkan peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969
dapat dielakkan daripada berulang kembali.
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020,
marilah kita bersama-sama menyeru sahutan
kerajaan dan berusaha untuk mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan bersatu

You might also like