Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BATU PAHAT

DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA


GUAMAN SIVIL NO.: TAHUN 2022

ANTARA

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN RENGIT


[No. Pendaftaran: PPK0123] …
Plaintif

DAN

1. JIE COFFEE MACHINERY SDN. BHD.


[No. Pendaftaran: 601032-V]

2. LIM CHIN CHAI


[NO. Passport: S2502094D] … Defendan-Defendan

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif adalah sebuah pertubuhan peladang yang didaftar di bawah Akta


Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 110) yang mempunyai alamat
berdaftar di No. 12, Jalan Besar Rengit 83100 Rengit.

2. Defendan Pertama adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta


Syarikat 2016 yang mempunyai alamat pendaftaran di No. 74A, Jalan Susur
Perdana Tengah, Taman Bukit Perdana 2, 83000 Batu Pahat, Johor dan
mempunyai alamat perniagaan di 3, Jalan Budi 17, Taman Perindustrian
Wawasan, 83000 Batu Pahat, Johor dan TL PB 44/8 LOT 3091, Lorong
Marzuki Pt Besar, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor.

3. Defendan Kedua adalah seorang warganegara Singapura dan merupakan


salah seorang pengarah dan pemegang syer di dalam syarikat Defendan
Pertama dan mempunyai alamat di di 67-A, Jalan Pasir Amat, Bukit Pasir,
83000 Batu Pahat, Johor.

4. Defendan Pertama telah memasuki suatu perjanjian jual-beli dengan pihak


ketiga iaitu Ishak @ Mohd Farid bin Siraj (selepas ini dikenali sebagai “Ishak”)
bagi membeli satu (1) set yang mengandungi sembilan (9) mesin dan alatan
memproses kopi (selepas ini dirujuk sebagai “mesin-mesin tersebut”)
dengan harga RM184,838.00 pada 2 Jun 2019 (selepas ini dirujuk sebagai
“Perjanjian Pertama”). Isi kandungan Perjanjian Pertama ada seperti berikut:

i. Pembeli akan memulakan bayaran sebanyak 50% daripada harga


belian sebaik sahaja Perjanjian Pertama ditandatangan;

ii. 40% daripada baki harga jualan akan dibayar secara berkala mengikut
peringkat pembinaan mesin;

iii. 10% baki akan dijelaskan pada masa atau selepas kepada Pembeli
dan Pembeli berpuas hati dalam masa 120 hari dari tarikh perjanjian
ditandatangani;

iv. Tarikh penyempurnaan perjanjian adalah empat (4) bulan dari Tarikh
perjanjian (120 hari).

5. Defendan Pertama dan Ishak seterusnya telah memasuki Perjanjian


Tambahan dengan Plaintif (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian
Tambahan”) pada 25 November 2019. Isi kandungan Perjanjian Tambahan
ada seperti berikut:

i. Plaintif telah membayar sejumlah wang sebanyak RM82,419.00


kepada Ishak pada 13 September 2019 dan RM10,000.00 kepada
Defendan Pertama sebagai balasan Ishak bersetuju melepaskan
haknya kepada Plaintif sebagai pembeli mesin-mesin tersebut dalam
Perjanjian Pertama;

ii. Defendan Pertama, Ishak dan Plaintif bersetuju bahawa segala hak ke
atas mesin-mesin tersebut dilepaskan sepenuhnya kepada Plaintif di
mana Plaintif menggantikan Ishak sebagai pembeli mesin-mesin
tersebut dalam Perjanjian Pertama;
iii. Terma-terma yang disebut dalam Perjanjian Pertama adalah mengikat
penjual iaitu Defendan Pertama dan Plaintif sebagai pembeli;

iv. Mesin-mesin tersebut hendaklah dihantar dan dipasang di Kilang Kopi


Pertubuhan Peladang Kawasan Rengit, Jalan Jaya Diri, 83100 Rengit,
Batu Pahat, Johor.

6. Plaintif telah membuat pembayaran sebanyak RM165,614.85 secara ansuran


seperti berikut kepada Defendan Pertama:

i. Melalui Cek No. 804454 sebanyak RM82,419.00 yang diterima oleh


Jackie Lim Chin Chai pada 29 Mei 2019;

ii. Melalui tunai sebanyak RM10,000.00 yang diterima oleh Aziz bin Mohd
pada 29 Jun 2019;

iii. Melalui Cek No. 828539 sebanyak RM32,346.65 yang diterima oleh
Jackie Lim Chin Chai pada 26 November 2019; dan

iv. Melalui Cek No. 828565 sebanyak RM40,849.20 yang diterima oleh
Jackie Lim Chin Chai pada 20 Januari 2020.

7. Walaupun telah menerima bayaran sebanyak hampir 90% daripada harga


yang telah ditetapkan, Defendan Pertama masih gagal untuk menghantar dan
memasang mesin-mesin tersebut di tempat yang telah dipersetujui dalam
Perjanjian Tambahan.

8. Oleh yang demikian, kegagalan Defendan Pertama untuk menghantar dan


memasang mesin-mesin tersebut di tempat yang telah dipersetujui dan gagal
menyempurnakan perjanjian dalam masa 120 hari dari Perjanjian Tambahan
ditandatangai merupakan satu perlanggaran kontrak (breach of contract) oleh
Defendan Pertama.
9. Pada 25 Oktober 2020, Plaintif telah mengeluarkan satu surat amaran kepada
Defendan Pertama bahawa Defendan Pertama diberi masa sehingga 9
Disember 2020 untuk menyelesaikan proses pembuatan mesin-mesin
tersebut dan seterusnya memasang mesin-mesin tersebut di tempat yang
telah dinyatakan dalam Perjanjian Tambahan. Namun demikian, Defendan
Pertama masih gagal untuk memenuhi tanggungjawab Defendan Pertama.

10. Seterusnya, pada 4 Januari 2021, Plaintif, melalui Tetuan Aisha Ariff & Co
telah mengeluarkan satu notis tuntutan kepada Defendan Pertama bahawa
Defendan Pertama diberi tempoh masa selama 14 hari dari tarikh notis
tersebut untuk mematuhi Perjanjian Pertama dan Perjanjian Tambahan iaitu
menghantar dan memasang mesin-mesin tersebut di tempat yang telah
dinyatakan dalam Perjanjian Tambahan. Namun demikian, Defendan
Pertama masih gagal untuk memenuhi tuntutan oleh Plaintif dan masih
mengabaikan tanggungjawabnya untuk menghantar dan memasang mesin-
mesin tersebut.

11. Pada 18 Januari 2021, Plaintif, melalui Tetuan Aisha Ariff & Co sekali lagi
telah mengeluarkan satu notis tuntutan kepada Defendan Pertama bahawa
Defendan Pertama diberi tempoh masa selama 14 hari dari tarikh notis
tersebut untuk mematuhi Perjanjian Pertama dan Perjanjian Tambahan iaitu
menghantar dan memasang mesin-mesin tersebut di tempat yang telah
dinyatakan dalam Perjanjian Tambahan atau sekiranya Defendan Pertama
masih gagal untuk mematuhi tuntutan Plaintif, Plaintif akan membatalkan
Perjanjian-Perjanjian tersebut dan seterusnya akan membawa perkara ini ke
mahkamah untuk tindakan selanjutnya. Namun demikian, sehingga setiap
masa yang material, masih tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh
Defendan Pertama untuk memenuhi tuntutan Plaintif.

Butir-Butir Pecah Kontrak (Breach of Contract)

12. Defendan Pertama telah melakukan pecah kontrak (breach of contract)


kepada Perjanjian Pertama dan Perjanjian Tambahan tersebut.
12.1 Defendan Pertama telah melanggar Perjanjian Pertama dan Perjanjian
Tambahan tersebut apabila gagal menghantar dan memasang mesin-
mesin tersebut di tempat yang dipersetujui dalam Perjanjian Tambahan
walaupun telah melebihi tempoh tarikh penyempurnaan kontrak iaitu
empat (4) bulan dari tarikh perjanjian ditandatangani (120 hari)
walaupun telah menerima bayaran daripada Plaintif.

12.2 Defendan Pertama masih gagal untuk menghantar dan memasang


mesin-mesin tersebut di tempat yang dipersetujui dalam Perjanjian
Tambahan walaupun telah diberi peluang oleh melalui surat amaran
serta notis-notis tuntutan oleh Plaintif.

13. Justeru itu, kegagalan Defendan Pertama untuk menghantar dan memasang
mesin-mesin tersebut di tempat yang telah dipersetujui dalam Perjanjian
Tambahan walaupun telah melebihi tempoh tarikh penyempurnaan kontrak
adalah satu pecah kontrak (breach of contract).

Butir-Butir Lifting the Corporate Veil

14. Penyingkapan tirai korporat (lifting the corporate veil) hendaklah dilakukan ke
atas Defendan Kedua kerana Defendan Kedua merupakan minda dan tubuh
Defendan Pertama.

14.1. Defendan Kedua menandatangani Perjanjian Pertama dan Perjanjian


Tambahan bagi pihak Defendan Pertama;

14.2. Defendan Kedua telah menerima cek-cek yang diserahkan oleh Plaintif
bagi pihak Defendan Pertama;

14.3. Plaintif sering berhubung dan berkomunikasi dengan Defendan Kedua


dalam urusan jual beli mesin-mesin tersebut;
14.4. Defendan Kedua adalah minda dan tubuh Defendan Pertama (mind
and brain of the company) di mana kesemua keputusan Defendan
Pertama adalah dibuat oleh Defendan Kedua sahaja.

15. Justeru itu, berdasarkan alasan-alasan di atas, Plaintif memohon kepada


Mahkamah yang Mulia perintah-perintah seperti berikut:-

i. Pembayaran semula RM165,614.85 oleh Defendan Pertama kepada


Plaintif;

ii. Faedah 5% dikira pada kadar harian bermula daripada tarikh akhir
lanjutan Perjanjian iaitu pada 25 April 2020 sehingga tarikh
penyelesaian penuh;

iii. Gantirugi am (general damages) untuk pecah kontrak (breach of


contract);

iv. Kos tindakan ini;

v. Kos atas dasar peguam dan anakguam; dan

vi. Lain-lain relif yang Mahkamah yang Mulia ini fikirkan adil dan patut.

Bertarikh pada 9 hari bulan Mac 2022.

……..……………………………………………
PEGUAMCARA BAGI PLAINTIF

Pernyataan Tuntutan ini telah dikeluarkan oleh Tetuan Mu’az Aiman Halem Auzan &
Associates bagi Pihak Plaintif di alamat penyampaiannya ialah E-5-10, Starparc Point
Commercial Centre, Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 012-2956784 Fax: 03-41310574 Emel: mahakl@mahalaw.com.my
[Ruj. Kami:MAHA/KL/PCP/PPKRENGIT/22(ZHK)]

You might also like