KUMP1 Edup2072 PDPP Okt22 NHA

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

KUMPULAN 1 TAHFIZ (1)

TUGASAN 1
Mohamad Soleh Hasanudin Bin Mohd Yusoff
950830075757
Muhammad Afifuddin Bin Md Tahir
8911-1025517
Abdul Basyir Bin Abdul Salim
900330026013

TAJUK : kEPRNTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEPADA GURU


TAJUK : MAKSUD METAFIZIK, RETORIK, LOGIK, ETIKA,
EKONOMI, POLITIK, ESTESTIKA & INDOKTRINASI

Metafizik merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ia


membincangkan mengenai
hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya [1] yang di
luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat
namanya dari perkataan Greek μετά (metá) (bermaksud "selepas")
dan φυσικά (physiká) (bermaksud "yang mengenai alam"), "yang
mengenai alam" merujuk kepada karya purba mengenai alam
oleh Aristotle.

Logik (Tulisan Jawi: ‫ ;لوڬيق‬daripada perkataan Greek λόγος logos;


bermaksud, fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip) ialah satu
pengajian tentang prinsip-prinsip kesahihan tentang sesuatu
samada secara inferens (sesuatu yang sudah diketahui secara tidak
langsung)[1][2] dan memaparkan (sesuatu yang diketahui setelah
dijalankan kajian).

Pemikiran logik adalah cara pemikiran yang kerap dan gemar


digunakan dalam merancangkan sesuatu perkara.Secara amnya
logik difahami sabagai apa yang boleh difahami oleh akal
manusia,iaitu menggunakan bukti bagi menjelaskan sesuatu yang
tidak jelas pada mulanya.

Retorik (drpd akar bahasa Yunani: ῥήτωρ; rhêtôr, pemidato, guru)


merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual
atau tulisan. Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik dijadikan
satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik (iaitu yang
didefinisikan di atas) berbeza dengan retoik komtemporari yang
turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual.
Retorik klasik diajar dalam sastera liberal asal dan trgolong
dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan,
kajian tatabahasa menekankan penggunaan bahasa yang betul,
tepat, memuaskan dan berkesan dalam pengkajian dan kritikan
karya sastera. Logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu
baru melalui proses soal dan jawab. Manakala retorik menekanan
kaedah memujuk dalam tempat awam dan politik, seperti Dewan
Perhimpunan atau Mahkamah. Retorik banyak digunakan dalam
masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara,
kebebasan berpersatuan dan kebebasan politik.

Konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik, undang-


undang, hubungan
awam, melobi, pemasaran dan pengiklanan kepada bidang lain
seperti kemanusiaan, agama, sains
sosial, kewartawanan, sejarah ,kesusasteraan, kartografi dan seni
bina.

Etika (Tulisan Jawi: ‫ ;ايتيكا‬melalui Latin ethica daripada bahasa


Greek kuno ἠθική [φιλοσοφία] "falsafah moral") merupakan salah
satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan
kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada
manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap.
Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan
yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting
daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu
utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu
"kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan
mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral
dikatakan menghalangnya.[1]

Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan,


kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu
analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan
(pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep tersebut.
Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam
kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta,
menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang
sebetulnya [2] . Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan
"tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau
menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Etika berbeza dengan agama.

Ekonomi (daripada bahasa Yunani οίκος – "rumah tangga" dan


νέμoμαι – "urus") ialah
kawasan pengeluaran, agihan dan perdagangan,
serta penggunaan barang dan perkhidmatan oleh ejen yang berbeza.
Difahami dalam maksud terluasnya, 'Ekonomi ditakrifkan sebagai
domain sosial yang menekankan amalan, wacana, dan ungkapan
bahan dikaitkan dengan pengeluaran, penggunaan, dan pengurusan
sumber'.[1]

Politik (Jawi: ‫ )ڤوليتيك‬atau siasah (Jawi: ‫ )سياسة‬adalah proses dan


cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia
biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku
politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama,
dan institusi lain. Sains politik merupakan kajian mengenai
tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan
penggunaan kuasa, contohnya: keupayaan untuk memaksa
kehendak seseorang kepada yang lain.

Pembuatan kuasa ini dikenakan dalam segenap lapisan masyarakat


dari sekecil puak dan suku sampailah
setinggi negara dan pertubuhan antarabangsa; pelaksanaan ini
didatangkan dalam pelbagai cara termasuk menggalakkan
perbincangan pandangan dan rundingan sesama anggota serta
menulis undang-undang dan melaksanakannya

Estetika ([és.té.ti.ka]) merupakan kajian deria atau nilai hubungan


ciri sedemikian dengan emosi, ataupun pertimbangan yang
mengaitkan antara sentimen dan cita rasa. Ia merupakan
subdisiplin atau cabang falsafah iaitu aksiologi, cabang ini sering
dikaitkan dengan falsafah seni.

indoktrinasi
perihal atau perbuatan menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dan sebagainya) ke dalam
fikiran seseorang atau segolongan manusia;

mengindoktrinasikan menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dan sebagainya) ke dalam


fikiran seseorang atau segolongan manusia.

You might also like