Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ATIRAH AISYAH

TAJUK : KAJIAN KES UNDANG-UNDANG AGENSI


 
1. Takrif Agensi
 
 
• Agensi merupakan hasil hubungan kontrak yang wujud antara prinsipal dengan agen yang diambil
bekerja oleh prinsipal untuk membuat sesuatu tindakan.
 
Takrif Prinsipal
 
• Seseorang yang membuat arahan supaya tugas dibuat. Maksudnya , seseorang yang melantik dan
mengarahkan seorang ejen untuk bertindak bagi pihaknya dalam melaksanakan sesuatu urusan kerja
dan disebutkan sabagai “ ketua “.
 
Takrif Ejen
 
• Orang yang diambil bekerja untuk membuat sesuatu bagi pihak orang lain atau mewakili orang lain
dalam urusan pihak ketiga. Kata lagi mudah orang yang dilantik untuk melaksanakan sesuatu kerja
bagi pihak orang lain , kadang-kadang disebut “ wakil “ atau “ orang tengah “.
 
2. Kewujudan Atau Perlantikan Seseorang Agen
 
➢ Perlantikan Agensi Secara Nyata
 
o Seksyen 139/140 Akta Kontrak , perlantikan ejen dibuat secara nyata apabila kuaasa ejen itu
bertindak bagi pihak prisinpalnya telah diberi sama ada secara lisan ataupun bertulis .
 
o Dalam kes-kes tertentu prisinpal memberi kuasa kepada ejen untuk bertindak bagi pihaknya
dengan perlantikan nyata dalam Surat Wakil Kuasa  
 
➢ Perlantikan Agensi Secara Tersirat
 
o Seksyen 140 Akta Kontrak , Suatu kuasa adalah dikatakan nyata apabila diberi oleh perkataan-
perkataan yang disebut atau bertulis. Suatu kuasa adalah dikatakan termaklum apabila diambil
kesimpulan daripada hal keadaan kes, dan benda-benda yang disebut atau bertulis, atau perjalanan
biasa urusan, boleh diambil kira hal keadaan kes tersebut.
 
a) Kuasa yang diberikan kepada agen itu  untuk  bertindak  bagi pihak prinsipalnya dikatakan
termaklum apabila melihat keadaan kes iaitu dari segi perkataan-perkataan yang diucapkan,
tindakan yang dibuat, atau melalui tulisan dan keseluruhan urusan biasa perniagaan pihak yang
berkenaan.

Contoh Kes: Chan Yin Tee lwn William Jacks & Co. (Malaya) Ltd

Chan dan Yong (seorang kanak-kanak) didaftarkan sebagai pekongsi dalam satu perniagaan. Chan
telah memberitahu wakil Syarikat William bahawa Yong adalah rakan kongsinya. Apabila Syarikat
William membekalkan barang-barang kepada Yong, harganya tidak dijelaskan.

Keputusan Mahkamah : Chan telah mengemukakan Yong sebagai agennya yang mempunyai kuasa
untuk berkontrak bagi pihaknya. Chan bertanggungan di atas perbuatan Yong dan mestilah
menjelaskan hutang kepada Syarikat William. Chan melalui tutur kata dan kelakuannya telah
mengemukakan Yong sebagai agennya. Oleh itu, Chan terikat di sisi undang-undang untuk
bertanggungjawab atas perbuatan Yong itu. Yong seolah-olah telah diberi kuasa oleh Chan untuk
melakukan urusan perniagaan dengan Syarikat William.
 
b) Perhubungan antara rakan-rakan kongsi dalam sesebuah firma perkongsian.

S.7 Akta Perkongsian 1961: Tiap-tiap pekongsi ialah agen firma dan pekongsinya yang lain bagi
maksud urusan perkongsian itu.

Sekiranya seseorang pekongsi melakukan apa-apa tindakan atau urusan dalam menjalankan
perniagaan dan tindakan atau urusan itu dilakukan dalam lingkungan bidang kuasa yang ada
padanya, tindakan atau urusan tersebut akan mengikat firma atau pekongsi-pekongsi yang lain.

iii. Common law: Hubungan agensi boleh wujud di antara suami dan isteri.

Anggapan di sisi undang-undang: Jika suami dan isteri tinggal bersama, isteri mempunyai kuasa
untuk berhutang atas nama suaminya untuk membeli barang-barang keperluan yang sesuai dengan
taraf hidup mereka.

Anggapan ini boleh disangkal oleh suami dengan membuktikan bahawa:

(a) suami secara nyata melarang isterinya berhutang atas namanya; atau

(b) suami secara nyata melarang peniaga supaya tidak membekalkan barang-barang atau memberi
hutang kepada isterinya; atau

(c) isterinya telah dibekalkan dengan barang-barang keperluan yang memadai; atau

(d) isterinya telah diberikan elaun yang memadai bagi membeli barang-barang tanpa perlu
berhutang atas nama suaminya; atau

(e) barang-barang yang dipesan oleh isterinya walaupun satu keperluan, tetapi tidak sepadan
dengan pendapatan suami pada masa itu.

Walaupun suami melarang isteri daripada terus berhutang dan telah memberitahu secara nyata dia
tidak akan terikat dengan hutang yang dibuat oleh isterinya dengan penjual, namun jika menjadi
kelaziman bagi suami untuk terus membayar hutang-hutang isterinya itu, suami tetap terikat.

Contoh Kes: Miss Gray lwn Catcard

Si isteri telah membeli pakaian berharga £215 dan suami enggan membayarnya. Apabila dituntut
oleh pekedai, si suami membuktikan bahawa dia telah memberi elaun sebanyak £960 setahun
kepada isterinya.

Keputusan Mahkamah : Suami tidak bertanggungan atas hutang isteri itu.


3. Agensi secara pengesahan ( Ratifikasi )

 
o Pengesahan atau penerimaan oleh prisinpal atas sesuatu tindakan yang dilakukan oleh agen tanpa
arahan daripada prisinpal atau kalau arahan diberi, agen telah melampaui kuasa yang diberi oleh
prisinpal itu.
 
o Agensi secara ratifikasi wujud jika berlaku salah satu daripada keadaan berikut :-
 
I. Apabila seseorang yang tidak pernah dilantik sebagai agen bertindak seolah-olah dia ada kuasa
sebagai ejen; atau
 
II. Apabila ejen yang dilantik bertindak luar kuasa yang diberikan,
 
S.149 AK 1950 : Jika tindakan-tindakan dibuat oleh seseorang bagi pihak orang lain tanpa
pengetahuan atau kuasanya , dia boleh memilih untuk meratifikasi atau untuk tidak mengakui
tindakan-tindakan itu. Jika dia meratifikasi tindakan-tindakan itu , natijah yang sama akan menyusuli
seolah-olah tindakan-tindakan itu telah dilaksanakan oleh kuasanya,
 
S.188 AK 1950 : Seseorang dengan tidak jujur mewakili dirinya sebagai seorang agen yang di beri
kuasa oleh seorang lain, dan dengan itu mendorong orang ketiga berurus dengannya sebagai agen
tersebut, jika majikannya yang dikatakan itu tidak mengesahkan tindakannya itu, dia hendaklah
memberi pampasan kepada orang ketiga itu tentang apa-apa kerugian atau ganti rugi yang
dialaminya akibat membuat urusan dengannya
 
S.150 AK 1950 : Ratifikasi boleh dinyatakan atau boleh termaklum dalam kelakuan seseorang bagi
pihaknya tindakan-tindakan dibuat
 
Kes : Muthuchellapa Chettiar Lwn Indian Overseas Bank Ltd
 
Pembayaran sebahagian bayaran oleh prisinpal atas overdraf yang disediakan oleh ejennya,
walaupun tanpa kuasa yang diberikan oleh prisinpal, merupakan ratifikasi tersirat.
 
Ratifikasi bersifat retrospektif ( mempunyai kesan kuat kuasa ke belakang )
 
- Kontrak yang dibuat oleh ejen itu dianggap sah / efektif pada tarikh kontrak itu dibuat oleh ejen
dan bukannya pada tarikh kontrak itu diratifikasi oleh prisinpal.
 

4. Agensi secara perlu ( Kecemasan )


 
o S.142 AK 1950 : seseorang ejen ada kuasa, dalam darurat untuk melakukan semua tindakan yang
berkenaan untuk tujuan melindung ketuanya daripada kerugian sebagaimana akan dilakukan oleh
seseorang berhemat biasa, dalam kesnya sendiri , di bawah hal keadaan yang sama.
 
o Kes : Great Nothern Railway Co Lwn Swaffield
 
Syarikat kereta api membawa kuda defedan ke destinasi yang diarah. Apabila tiba di tempat
tersebut, tiada siapa yang datang untuk mengambilnya. Ketua stesen itu tidak mengetahui alamat
defedan dan agennya dan mengarahkan supaya kuda itu diletakkan di kandang kuda. Syarikat kereta
api kemudiannya menuntut bayaran bagi kandang kuda itu. Defedan enggan membayarnya.
 
Plaintif bertindak sebagai ejen kecemasan kepada defedan dan patut dibayar.
 
o Kesan ejen dalam bertindak kecemasan :
 
I. Ejen akan dilindungi daripada sebarang tutuntan prisinpal.
 
II. Ejen berhak mendapat upah tambahan di atas usaha menyelamatkan harta prisinpal dan
membuat tugas lebih daripada yang diarah.
 
 
III. Wujud kontrak di antara prisinpal dan pihak ketiga
 
 
5. Agensi secara persekatan ( estopel )
 
o Agensi secara persekatan boleh berlaku :-
 
I. Apabila prisinpal itu sendiri yang telah mendorong pihak ketiga untuk mempercayai bahawa
seseorang itu mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu bagi pihaknya, seolah-olah orang itu ialah
agennya, maka prisinpal disekat oleh undang-undang daripada menafikan kuasa agen itu.
II. Apabila prisinpal tidak memberitahu kepada pihak ketiga bahawa agennya tidak ada kuasa atau
kuasa agen itu telah ditamatkan, tetapi agen terus bertindak mewakili prisinpal.
 
S.190 AK1950 : Apabila seorang ejen tanpa kuasa melakukan tindakan-tindakan atau melakukan
obligasi kepada pihak ketiga, bagi pihak prisinpalnya. Prisinpal itu adalah terikat dengan tindakan-
tindakan atau obligasi itu jika dia dengan perkataan atau kelakuan mendorong pihak ketiga itu
mempercayai bahawa tindakan-tindakan atau obligasi itu adalah dalam bidang kuasa ejen.
 
Kes : Azizi Dan Farhan
 
Fakta Kes : Pada 10 Jun Azizi dan Farhan mendaftarkan sebagai rakan kongsi atas nama ZiFar Trading.
Pada 10 Oktober mereka terjumpa dengan pembekal barangan syarikat iaitu Encik Jeffreson. Azizi
memperkenalkan Farhan sebagai rakan kongsinya dan juga agen syarikat miliknya. 3 bulan
kemudian, Farhan telah membuat kontrak dengan pembekal barangan iaitu Encik Jeffreson bagi
Syarikat ZiFar Trading. Apabila barangan itu sampai Azizi enggan bertanggungjawab dan menyatakan
farhan tidak pernah dilantik secara nyata sebagai agennya.
 
Keputusan Kes : Azizi telah melantik Farhan sebagai rakan kongsi dan agennya dengan secara lisan
dan Azizi patut bertanggungjawab dan menjelasakan bayaran atas barangan tersebut.
 
 
Kes : Eisya dan Ikmal
 
Fakta Kes : Eisya telah arahkan ikmal sebagai pemandu lori supaya menghantar 5 tan sayur-sayuran
dari Kota Bharu ke Kuatan. Semasa dalam perjalanan lori telah mengalami kemalangan di Jerteh dan
tidakdapat meneruskan perjalanan. Ikmal cuba menghubungi Eisya tetapi tidak berhasil. Ikmal
membuat keputusan untuk melelong sayur-sayuran tersebut kerana risau Eisya akan mengalami
kerugian besar jika tindakan besar tidak dilakukan.
 
Keputusan Kes : Ikmal telah melakukan tindakan yang tanpa dijangkakan, dalam kes ini Ikmal boleh
diketagorikan seorang ejen yang dalam keadaan darurat ataupun kecemasan. Eisya perlu
menanggung kerugian jika Ikmal tidak membuat lelongan sayuran-sayuran tersebut. Eisya tidak
boleh memarahi Ikmal atas tindakan nya kerana Ikmal cuba menghubunginya tetapi gagal.

You might also like