Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

GARIS PANDUAN PERMOHONAN

PERMIT IPA JENIS A

2 Disember 2021

BAHAGIAN PELESENAN DAN TARIF


ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ................................................................................................. a

2.0 KELAYAKAN .................................................................................................... b

3.0 PERMOHONAN PERMIT ................................................................................. b

4.0 KATEGORI PERMIT, BUTIRAN KERJA DAN SYARAT LANJUT BAGI


PERMOHONAN PERMIT IPA JENIS A1 DAN A2 ..................................................... d

5.0 TEMPOH PERMIT ............................................................................................ e

6.0 BAYARAN FI ..................................................................................................... f

7.0 KELULUSAN / PENOLAKAN PERMOHONAN PERMIT ................................. f

8.0 PERUBAHAN BUTIR-BUTIR PEMEGANG PERMIT ........................................ i

9.0 PERTANYAAN ATAU ADUAN BERHUBUNG PERMIT .................................. i


1.0 PENGENALAN

1.1 Keperluan permit untuk kontraktor dinyatakan di dalam seksyen 50, Akta
Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan Kaedah-Kaedah Industri
Perkhidmatan Air (Permit) 2007 (Kaedah Permit) yang berkuat kuasa
pada 1 Januari 2008. Kaedah Permit ini hendaklah dibaca bersama
Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Permit)(Pindaan) 2021
(Kaedah Permit-Pindaan) yang berkuat kuasa pada 13 Oktober 2021.

1.2 Seseorang yang berhasrat untuk menjalankan mana-mana kerja yang


dinyatakan dalam seksyen 50, Akta 655 adalah dikehendaki untuk
mempunyai permit yang sah daripada SPAN.

1.3 Garis panduan ini adalah terpakai bagi permohonan Permit IPA Jenis
A1 dan A2 sahaja.

1.4 Permohonan Permit IPA Jenis A1 atau A2 hendaklah dibuat secara


dalam talian melalui sistem eCLAPS yang boleh diakses secara terus
melalui pautan https://eclaps.span.gov.my atau laman sesawang rasmi
SPAN www.span.gov.my. SPAN tidak bertanggung jawab bagi
permohonan yang dikemukakan di portal selain daripada eCLAPS
(portal rasmi SPAN).

1.5 Permohonan menggunakan borang secara manual serta pembayaran fi


proses dan fi pemberian melalui bank draf, wang pos atau cek tidak lagi
diterima berkuatkuasa 13 Oktober 2021.

1.6 Semua pemohon Permit IPA Jenis A perlu melengkapkan deklarasi


integriti sebagai pengesahan bahawa pemohon telah mematuhi semua
keperluan Polisi Integriti Dan Anti Rasuah SPAN.

1.7 Pemegang permit dikehendaki mematuhi syarat-syarat standard yang


terkandung dalam Kaedah Permit termasuk apa-apa syarat lain
sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya dari semasa ke
semasa.
1.8 Di bawah seksyen 50 (2), Akta 655, kegagalan memiliki permit yang
sah merupakan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit (RM300,000.00) atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau
kedua-duanya.

2.0 KELAYAKAN

2.1 Kelayakan untuk memohon Permit IPA Jenis A1 dan A2 adalah seperti
yang berikut:

i. seorang individu yang merupakan warganegara atau


permastautin tetap Malaysia; atau

ii. orang atau golongan orang yang ditentukan oleh Suruhanjaya


dari semasa ke semasa sebagai layak.

2.2 Suruhanjaya boleh mengenakan syarat lanjut yang berhubungan


dengan kelayakan orang atau golongan orang yang memohon untuk
suatu permit, yang difikirkannya patut, menurut apa-apa instrument yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

3.0 PERMOHONAN PERMIT

3.1 Permohonan Permit IPA Jenis A1 atau A2 hendaklah dibuat secara


dalam talian (online) melalui sistem eCLAPS. Pemohon boleh merujuk
‘Nota Panduan Mengisi Borang Online Bagi Permohonan Permit A’
terlebih dahulu sebelum atau semasa membuat permohonan.
3.2 Permohonan permit melalui sistem eCLAPS hendaklah dibuat sendiri
oleh tukang paip.

3.3 Hanya satu (1) permohonan bagi setiap negeri boleh dibuat dalam
satu masa. Permohonan yang melebihi satu (1) negeri perlu dibuat
secara berasingan.

3.4 Pemohon perlu membuat pendaftaran akaun pengguna terlebih dahulu


di dalam sistem eCLAPS. Setelah kesemua maklumat diisi dan
pendaftaran berjaya, pemohon akan menerima e-mel pengaktifan akaun
eCLAPS yang dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan. Pemohon
perlu klik pada pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun.
Permohonan permit hanya boleh dibuat setelah akaun eCLAPS telah
berjaya diaktifkan.

3.5 Pemohon dikehendaki untuk memastikan butiran permohonan adalah


betul dan tepat sebelum permohonan dihantar. Sebarang permohonan
untuk meminda maklumat selepas permohonan dihantar tidak akan
dipertimbangkan dan fi proses tidak akan dikembalikan. Pemohon perlu
mengemukakan permohonan berserta fi proses yang baharu sekiranya
ingin menukar jenis permit/negeri yang lain.

3.6 Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari
bekerja dari tarikh permohonan dikemukakan. Pemohon akan
dimaklumkan berhubung status permohonan melalui perkhidmatan SMS
dan e-mel.

3.7 Sekiranya permohonan tidak lengkap, pemohon perlu segera


melengkapkan permohonan dalam tempoh empat belas (14) hari dari
tarikh pemakluman. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan
permohonan dibatalkan secara automatik dan pemohon perlu
mengemukakan semula permohonan berserta bayaran fi proses yang
baharu. SPAN akan mengembalikan semula bayaran fi pemberian
permit kepada pemohon.
3.8 Dokumen yang perlu dimuat naik bagi permohonan Permit IPA Jenis A
ialah salinan kad pengenalan (muka depan dan belakang) pemohon.
Sila pastikan salinan kad pengenalan yang dimuat naik adalah terang
dan jelas untuk dibaca.

4.0 KATEGORI PERMIT, BUTIRAN KERJA DAN SYARAT LANJUT BAGI


PERMOHONAN PERMIT IPA JENIS A1 DAN A2

4.1 Kategori permit, butiran kerja dan syarat bagi permohonan permit adalah
seperti berikut:

i. Had Umur Pemohon

a. Pemohon hendaklah berumur 75 tahun dan ke bawah


semasa permohonan dibuat.

b. Permohonan bagi individu melebihi 75 tahun hanya akan


dipertimbangkan untuk kelulusan dengan syarat
pemohon mempunyai keupayaan untuk menjalankan
skop kerja di bawah Permit IPA jenis A1 dan A2.
Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan
pengisytiharan seperti di Lampiran A ke
permitquery@span.gov.my untuk pertimbangan dan
kelulusan sebelum permohonan melalui eCLAPS boleh
dibuat.
ii. Kompetensi dan pengalaman kerja:

KATEGORI
PERMIT A BUTIRAN KERJA SYARAT LANJUT
(kaedah 5 [1])

Bagi menjalankan apa-apa pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian atau pembaikan


paip air dan kelengkapan air yang menyalurkan atau akan menyalurkan air dari paip utama.
Pemohon perlu memliki salah satu
sijil berikut:
Merujuk kepada pembinaan,
i. Sijil Kecekapan Kemahiran
penyambungan, pengubahsuaian
(SKK) Tahap 1;
A1 atau pembaikan seksyen paip air
ii. Sijil Plumber Refresher; atau
perkhidmatan selepas titik meter
iii. Sijil Teknologi Awam
dan perpaipan dalaman.
(Pemasangan Paip) SKM 3
daripada IKBN Wakaf Tapai

1. Pemohon perlu mempunyai


sekurang-kurangnya tiga (3)
tahun pengalaman dalam
tempoh 5 tahun terkini bagi
Merujuk kepada pembinaan, menjalankan kerja-kerja di
penyambungan, pengubahsuaian bawah Permit A1.
atau pembaikan sistem bekalan air
A2
sebagaimana yang dinyatakan di 2. Pemohon perlu memiliki salah
bawah kategori Jenis A1 di atas, satu sijil berikut:
dan paip perhubungan.
i. Sijil Kecekapan Kemahiran
(SKK) Tahap 2; atau
ii. Sijil Plumber Refresher.

5.0 TEMPOH PERMIT

5.1 Tempoh permit yang boleh dimohon ialah satu (1) tahun, dua (2) tahun
atau tiga (3) tahun.
6.0 BAYARAN FI

6.1 Fi yang perlu dibayar berkaitan Permit A adalah seperti yang berikut:

Permit IPA Jenis A1 Permit IPA Jenis A2


No. Jenis Fi bagi setiap negeri bagi setiap negeri
(RM) (RM)

Fi pemprosesan
1. 30 30
permohonan permit

2. Fi permit 80 setahun 150 setahun

Perubahan butir-butir
3. 50 50
pemegang permit

Salinan diakui sah


4. 10 10
permit

6.2 Fi pemprosesan permohonan permit dan fi permit hendaklah dibayar


bersekali secara dalam talian samada melalui FPX, Kad Kredit atau
aplikasi eWallet (Touch ‘n Go, Boost atau GrabPay) yang perlu
dijelaskan semasa permohonan dibuat.

6.3 Fi pemprosesan permohonan yang dinyatakan di atas bukannya fi


permit. Fi tersebut adalah untuk SPAN memproses permohonan permit.
Fi pemprosesan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.

7.0 KELULUSAN / PENOLAKAN PERMOHONAN PERMIT

7.1 Secara amnya, selaras dengan Akta 655 dan Kaedah-kaedah, SPAN
diberikan kuasa dan budi bicara untuk meluluskan atau menolak
permohonan permit.
7.2 Contoh-contoh situasi di mana pihak SPAN boleh menolak permohonan
permit ialah:

a. pemohon sedang disiasat oleh Suruhanjaya atau pihak


berkuasa lain yang berkaitan;

b. pemohon tertakluk kepada mana-mana prosiding mahkamah;

c. keputusan Suruhanjaya untuk menolak permohonan oleh


pemohon bagi suatu permit hendaklah tertakluk kepada
mana-mana prosiding mahkamah;

d. pemegang permit sedia ada/pemohon telah disabitkan atas


kesalahan di bawah Akta atau perundangan subsidiarinya.

e. pemegang permit sedia ada/pemohon tidak mematuhi mana-


mana syarat permit itu;

f. pemegang permit sedia ada tidak mematuhi mana-mana


peruntukan Akta, perundangan subsidiarinya atau apa-apa
instrumen lain yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;

g. pemegang permit sedia ada secara salah, tidak sah atau


salah nyataan apa-apa fakta atau butir-butir untuk
mendapatkan permit itu;

h. pemegang permit sedia ada tidak mematuhi mana-mana


undang-undang bertulis lain yang berkaitan, perundangan
subsidiarinya atau apa-apa instrumen lain yang dikeluarkan
di bawah undang-undang itu atau oleh pihak berkuasa
berkaitan;

i. pemegang permit sedia ada mendedahkan apa-apa


maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan permit
kepada manamana pihak lain yang dia mengetahui atau
mempunyai sebab untuk mempercayai adalah salah atau
mengelirukan;

j. pemegang permit tidak mematuhi undang-undang bertulis


lain yang berhubungan dengan alam sekitar; atau

k. telah berlaku apa-apa tindakan atau keingkaran pada pihak


pemegang permit atau terdapat perubahan dalam hal
keadaan sehingga pemegang permit tidak lagi berhak untuk
diberi permit di bawah Akta atau Kaedah.

7.3 Kelulusan yang diberikan adalah bergantung kepada penilaian SPAN ke


atas sesuatu permohonan dan SPAN berhak untuk tidak mengeluarkan
permit kepada pemohon.

7.4 Pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel dan SMS berhubung status
permohonan samada diluluskan atau ditolak.

7.5 Permit yang berasingan akan dikeluarkan mengikut kategori permit dan
negeri yang dipohon.

7.6 Permit yang diluluskan adalah sah untuk tempoh minimum satu (1)
tahun tetapi tidak melebihi tiga (3) tahun sahaja berdasarkan
permohonan dan bayaran fi permit.

7.7 Permit boleh dicetak sendiri oleh pemohon setelah permohonan permit
diluluskan. Cetakan permit boleh dibuat berulang kali dan tiada had
cetakan ditetapkan.

7.8 Mana-mana permohonan yang didapati mengandungi maklumat yang


tidak benar atau palsu, kelulusan yang diberikan pada awalnya akan
dibatalkan serta merta dan SPAN akan mengambil tindakan
penguatkuasaan selaras dengan peruntukan di bawah Akta 655 atau
tindakan sewajarnya selaras dengan Akta-akta lain yang terpakai.
8.0 PERUBAHAN BUTIR-BUTIR PEMEGANG PERMIT

8.1 Pemegang permit boleh memohon untuk menukar butiran di atas sijil
permit sekiranya terdapat sebarang perubahan nama atau alamat
pemegang permit.

8.2 Permohonan ini hendaklah dibuat melalui sistem eCLAPS dengan


disertai bayaran fi bagi Perubahan Butir-Butir Pemegang Permit.

8.3 Pemohon akan dimaklumkan berhubung status permohonan samada


diluluskan atau ditolak melalui perkhidmatan SMS dan e-mel.

9.0 PERTANYAAN ATAU ADUAN BERHUBUNG PERMIT

9.1 Pemohon atau pemegang permit boleh mengemukakan sebarang


pertanyaan atau aduan kepada SPAN melalui emel
permitquery@span.gov.my berhubung permohonan permit.
LAMPIRAN A

PENGESAHAN PERMOHONAN BAGI PERMIT IPA JENIS A


(UNTUK YANG MELEBIHI UMUR 75 TAHUN)

Saya …………………………………………………………..(nama) nombor kad


pengenalan ………………………memohon supaya saya dibenarkan untuk memohon
untuk mendapatkan Permit IPA jenis A1 atau A2 atas justifikasi berikut:
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………….

Saya mengakui bahawa walaupun saya telah berumur melebihi 75 tahun, tetapi saya
mempunyai tahap kesihatan yang baik, boleh menjalankan skop kerja di bawah permit
IPA jenis A1 atau A2 dan bertanggung jawab sepenuhnya ke atas kerja-kerja yang
telah dan akan saya jalankan. Tindakan pembatalan/penggantungan/sekatan permit
boleh diambil sekiranya saya memberikan maklumat yang tidak benar.

Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa maklumat yang diberikan di
atas adalah benar.

Yang Benar,

……………………………………
Tarikh:

RAYUAN BAGI PERMOHONAN PERMIT IPA JENIS A1/A2 DILULUSKAN/


DITOLAK
TARIKH:
.(Akan diisi Oleh SPAN)

You might also like