Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

FACT SHEET

INISIATIF SARINGAN
KESIHATAN KEBANGSAAN
(NHSI) 2022
BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN | KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA | 2022
FACT SHEET
INISIATIF SARINGAN
KESIHATAN KEBANGSAAN
(NHSI) 2022

ISI
KANDUNGAN
1.0 TUJUAN DOKUMEN
01

2.0 PENGENALAN
01

2.1 OBJEKTIF 01

2.2 JUSTIFIKASI 02

2.3 SARINGAN KESIHATAN ASAS 03

2.4 MESEJ UTAMA 03

3.0 PERKHIDMATAN SARINGAN KESIHATAN


04

4.0 SARINGAN KESIHATAN, PEMANGKIN HIDUP SIHAT


04

4.1 SARINGAN KESIHATAN MENGURANGKAN FAKTOR RISIKO 04


KESIHATAN
4.2 SARINGAN KESIHATAN ADALAH PELABURAN 04
TERBAIK UNTUK KESIHATAN HARI TUA

4.3 SARINGAN KESIHATAN MENINGKATKAN KUALITI HIDUP 05

5.0 LAMPIRAN
05

BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
2022
FACT SHEET
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
(NHSI) 2022

1.0 TUJUAN DOKUMEN


Dokumen ini bertujuan untuk menjadi rujukan umum berkaitan Inisiatif Saringan Kesihatan
Kebangsaan.

2.0 PENGENALAN
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI)
merupakan salah satu inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang berpendekatan Whole
of Nation dengan penglibatan semua agensi kerajaan, swasta, dan badan bukan kerajaan (NGOs)
serta rakyat, khususnya di bawah Teras 3, iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri. Teras ini bertujuan
untuk memperkasa individu, keluarga dan komuniti dalam penjagaan kesihatan dan persekitaran
bagi melahirkan rakyat yang sihat sejahtera. Pemerkasaan rakyat adalah penting bagi
membolehkan rakyat mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengenal pasti risiko
kesihatan serta bertindak dalam kawalan kesihatan untuk pencegahan penyakit.

Selaras dengan itu, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) dilaksanakan sebagai usaha
menggalakkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang berumur 40 tahun dan ke atas dan
belum menjalani sebarang saringan kesihatan dalam tempoh 3 tahun lepas, untuk tampil
menjalani saringan asas kesihatan secara berkala dan bertindak dalam memantau kesejahteraan
kesihatan kendiri.

Inisiatif ini digerakkan dengan kerjasama dari perlbagai agensi, antaranya ProtectHealth
Corporation Sdn.Bhd. (PHCorp) melalui program PeKa B40, Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) melalui Health Screening Program (HSP), Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan
Perkhidmatan Awam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian
Sumber Manusia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA),
Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM) dan lain-lain.

2.1 OBJEKTIF

a. Untuk mewujudkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan menjalani


saringan asas kesihatan secara berkala.

Untuk meningkatkan tindakan rakyat untuk memanfaatkan perkhidmatan saringan


b.
kesihatan yang sedia ada bagi mencapai kesejahteraan kesihatan.

01
FACT SHEET
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
(NHSI) 2022

2.2 JUSTIFIKASI
1
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 melaporkan prevalen
keseluruhan untuk penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi) adalah 30%, manakala
untuk penyakit diabetes adalah 18.3% dan 38.1% bagi penyakit kolesterol tinggi. Kajian
juga melaporkan hampir separuh daripada mereka yang menghidap penyakit-penyakit
ini tidak tahu mereka mempunyai masalah kesihatan sebelum ini. Ini menunjukkan
kesedaran rakyat Malaysia mengenai saringan kesihatan adalah rendah.

Tekanan darah, tahap gula dan tahap kolesterol dalam darah merupakan faktor risiko
untuk mendapat penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti tekanan darah tinggi atau
hipertensi, diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya. Faktor risiko ini boleh
diubah dengan pengesanan awal melalui saringan kesihatan.

Kesedaran mengenai kepentingan saringan asas kesihatan untuk mengetahui status


kesihatan semasa seseorang individu harus ditekankan. Ini kerana saringan asas
kesihatan dapat membantu penyakit dikesan awal dan tindakan awal untuk mencegah
dan merawat boleh dilaksanakan serta dapat mengelakkan komplikasi daripada penyakit
tidak berjangkit tersebut.

Jurang Tingkah Laku: Faktor Yang Menghalang Individu Menjalani


Saringan Kesihatan
Beberapa kajian berkaitan saringan kesihatan yang dijalankan di Malaysia dan juga
negara Asia lain mendapati faktor-faktor yang menghalang seseorang individu untuk
menjalani saringan kesihatan adalah seperti berikut:

a. Persepsi individu sekiranya ‘kelihatan sihat’ secara fizikal, saringan kesihatan tidak
diperlukan

b. Saringan kesihatan tidak dilihat sebagai satu kaedah untuk pencegahan penyakit

Laporan pasca saringan kesihatan akan mewujudkan kerisauan, keresahan dan


c.
seterusnya penafian

d. Tiada masa atau terlalu sibuk untuk melakukan saringan kesihatan

Kos yang tinggi untuk membuat saringan dan untuk rawatan lanjut (sekiranya
e.
diperlukan)

Persepsi bahawa fasiliti kesihatan kerajaan (Klinik dan Hospital) hanya memberikan
f. perkhidmatan perubatan kritikal (critical medical services) sahaja dan bukannya
untuk perkhidmatan pencegahan penyakit (preventive healthcare services).

g. Segan untuk berjumpa doktor tanpa implikasi kesihatan atau tanda dan gejala.

1
02
Lembaran Fakta Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019
FACT SHEET
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
(NHSI) 2022

2.3 SARINGAN KESIHATAN ASAS

Saringan asas kesihatan yang disarankan di bawah inisiatif ini merangkumi saringan:

a. Indeks Jisim Tubuh (BMI) termasuk berat badan dan tinggi

b. Tekanan Darah

c. Paras Gula dalam Darah

d. Paras Kolesterol dalam Darah

2.4 MESEJ UTAMA

Mesej utama yang perlu disampaikan kepada rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

a. Lakukan saringan kesihatan asas untuk cegah awal, rawat awal dan elak komplikasi
penyakit.

Rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang berumur 40 tahun ke atas dan belum
menjalani sebarang saringan kesihatan dalam 3 tahun lepas, harus menjalani saringan
kesihatan asas.

Saringan asas kesihatan membolehkan seseorang individu mengambil tindakan wajar


seperti modifikasi tingkah laku kesihatan, contohnya penglibatan dalam aktiviti fizikal
atau senaman, pemakanan sihat dan selamat, berhenti merokok serta penjagaan
kesihatan mental bagi mencapai tahap kesihatan yang baik.

Tindakan pencegahan atau kawalan awal mampu mengurangkan risiko komplikasi


sesuatu faktor risiko tersebut. Misalnya penjagaan berat badan dapat mengawal risiko
penyakit kardiovaskular.

b. Nampak sihat, tidak bermaksud tidak perlukan saringan kesihatan.

Saringan kesihatan bertujuan untuk mengesan sebarang faktor risiko penyakit sebelum
menunjukkan gejala dan ia perlu dilakukan secara berkala mengikut nasihat doktor.
Disarankan untuk melakukan saringan kesihatan walaupun berada dalam keadaan yang
tampak sihat.

c. Perkhidmatan Saringan Kesihatan

Terdapat pelbagai tawaran perkhidmatan saringan kesihatan melalui Inisiatif ini bagi
memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan mengikut kesesuaian dan
kemampuan mereka.

03
FACT SHEET
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
(NHSI) 2022

3.0 PERKHIDMATAN SARINGAN KESIHATAN


Selaras dengan pendekatan Whole of Nation ANMS, pelbagai rakan strategik berganding bahu
dalam menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan dengan akses yang mudah.
Perkhidmatan saringan kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia adalah
daripada:
i. Fasiliti kerajaan iaitu di Klinik-klinik Kesihatan
ii. Melalui program saringan kesihatan di bawah skim PeKa B40
iii. Health Screening Program (HSP) di bawah PERKESO
iv. Pakej saringan kesihatan yang ditawarkan di klinik LPPKN

Maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan saringan kesihatan yang ditawarkan boleh rujuk
di bahagian lampiran.

4.0 SARINGAN KESIHATAN, PEMANGKIN HIDUP SIHAT

4.1 Saringan Kesihatan Mengurangkan Faktor


Risiko Kesihatan

Saringan kesihatan ialah cara terbaik untuk mendapatkan pemahaman tentang


kesihatan anda sendiri walaupun anda berasa sihat sepenuhnya, tanpa sebarang gejala
dan/ atau tanda-tanda penyakit.

Saringan kesihatan bukan sahaja melaporkan kewujudan penyakit malah ia memberi


indikasi kepada amalan hidup sihat yang anda mesti teruskan. Contohnya, jika anda
seorang yang kurang mengambil makanan bergula, makan secara sihat dan sentiasa
melakukan aktiviti fizikal, laporan saringan kesihatan anda semestinya mempamerkan
status kesihatan yang baik. Jika amalan hidup anda tidak sihat, laporan saringan
kesihatan akan memberi panduan kepada anda untuk mengambil tindakan amalan
hidup sihat yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko kesihatan. Oleh demikian,
saringan kesihatan membolehkan anda menguruskan pencegahan penyakit untuk kekal
sihat.

4.2 Saringan Kesihatan adalah Pelaburan Terbaik untuk


Kesihatan Hari Tua

Menurut WHO, setiap tahun, lebih daripada 15 juta orang dalam kalangan umur 30 hingga
69 tahun, kehilangan nyawa akibat penyakit tidak berjangkit.

Penyakit kardiovaskular menyumbang kepada kebanyakan kematian penyakit tidak


berjangkit iaitu 17.9 juta orang setiap tahun, diikuti oleh kanser (9.3 juta), penyakit
pernafasan (4.1 juta), dan diabetes (1.5 juta).

04
FACT SHEET
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
(NHSI) 2022

Empat jenis penyakit ini menyumbang lebih 80% daripada semua kematian awal akibat
penyakit tidak berjangkit.

Pembudayaan hidup tidak sihat seperti tidak aktif secara fizikal, pengambilan alkohol
yang berlebihan serta pemakanan yang tidak sihat juga meningkatkan risiko kematian
awal akibat penyakit tidak berjangkit.

Diagnosis awal mengesan penyakit, rawatan dan pembudayaan hidup sihat boleh
mengurangkan risiko dan komplikasi penyakit. Pengesanan awal membolehkan penyakit
yang dikesan dapat dirawat lebih cepat dan diuruskan bagi mengelakkan kematian awal
serta mengurangkan risiko komplikasi serius, justeru meningkatkan kualiti, produktiviti
dan kesejahteraan hidup. Saringan kesihatan sememangnya satu pelaburan baik untuk
hari tua anda.

4.3 Saringan Kesihatan Meningkatkan Kualiti Hidup

Segelintir orang berpendapat, saringan kesihatan membuang masa jikalau tiada


sebarang risiko penyakit dikesan. Tetapi, apabila laporan menunjukkan status kesihatan
anda baik,
Risiko anda berasa sihat dan keyakinan anda meningkat.
Kesihatan
Anda akan lebih terdorong meneruskan amalan hidup sihat yang meningkatkan status
kesihatan anda dalam jangka masa panjang atau membuat pengubahsuaian yang
diperlukan dalam tingkah laku kesihatan seiring dengan peningkatan usia anda.

Tambahan lagi, sikap positif anda akan membuatkan anda lebih gembira, yang secara
tidak langsung akan meningkatkan semangat di tempat kerja mahupun di rumah,
dengan pembudayaan hidup sihat bukan sahaja bagi diri anda tetapi juga untuk
keluarga.

5.0 LAMPIRAN
Lampiran 1 : KLINIK KESIHATAN KKM
Lampiran 2 : PeKa B40
Lampiran 3 : PERKESO
Lampiran 4 : LPPKN

05
FACT SHEET
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
(NHSI) 2022

LAMPIRAN 1
Klinik Kesihatan KKM
Senarai klinik/ fasiliti yang Klinik Kesihatan
menawarkan saringan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
Klinik Desa
Klinik Komuniti

Saringan yang ditawarkan Pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI)


Pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan paras glukos darah.
Pemeriksaan paras kolesterol darah.
Status merokok
(Saringan kesihatan yang lain masih diteruskan
mengikut prosedur sedia ada, contoh: Ujian Pap Smear,
iFoBT, Clinical Breast Examination, dll).

Kumpulan Sasar/ Kelayakan Warganegara Malaysia


untuk buat saringan ( jika ada) Berumur 40 tahun ke atas
Tidak mempunyai sejarah penyakit

Cara buat temujanji Temu janji di klinik kesihatan boleh di buat melalui:
a. Sistem Temujanji Klinik
[laman web KKM> Perkhidmatan Online (Awam)>
COVID-19 (Temujanji atas talian)> Kolaborasi
KKM-Swasta]
b. Kaedah jumpa terus (Walk-in)
c. Lain-lain kaedah setempat mengikut klinik kesihatan

Persediaan sebelum saringan Tiada.

Perkhidmatan rujukan/ Rujukan ke Klinik Kesihatan untuk ujian pengesahan


intervensi selepas saringan Diabetes Mellitus, Hipertensi, Hypercholesterolaemia,
( jika ada) intervensi dan rawatan.

Rujukan ke khidmat berhenti merokok bagi perokok.

Akses maklumat tambahan www.moh.gov.my


jomquit.com

Lain-lain Saringan kesihatan juga dijalankan menerusi aktiviti


outreach, saringan komuniti dan perkhidmatan pasukan
kesihatan bergerak (mobile health team).

06
FACT SHEET
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
(NHSI) 2022

LAMPIRAN 2
PeKa B40
Senarai klinik/ fasiliti yang Senarai Klinik PeKa B40 boleh dirujuk di laman
menawarkan saringan sesawang https://bms.pekab40.com.my/provider

Saringan yang ditawarkan Pengurusan Tekanan Darah


Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Saringan Kesihatan Mental
Pemeriksaan Klinikal Payudara (CBE)
Pemeriksaan Klinikal Prostat
Ujian Darah (Full Blood Count)
Kolestrol Dalam Darah (Random Lipid Profile)
Glukos Dalam Darah (HbA1c)
Ujian Fungsi Buah Pinggang
Ujian Air Kencing

Kumpulan Sasar/ Kelayakan Penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR) berumur
untuk buat saringan ( jika ada) 40 tahun dan ke atas dan pasangannya yang berdaftar

PeKa B40 adalah percuma, penyertaan adalah secara


automatik dan tiada pendaftaran diperlukan

Cara buat temujanji Semak kelayakan sebagai penerima dan senarai Klinik
PeKa B40 di laman www.pekab40.com.my.

Jika layak, hanya bawa kad pengenalan ke mana-mana


klinik swasta yang berdaftar sebagai Klinik PeKa B40
(mempunyai pelekat PeKa B40 di pintu klinik) untuk
melakukan saringan kesihatan.

Persediaan sebelum saringan Tiada.

Perkhidmatan rujukan/ Manfaat 1 PeKa B40 tidak merangkumi kos rawatan dan
intervensi selepas saringan ubat-ubatan. Walaubagaimanapun, bagi penerima yang
( jika ada) mempunyai masalah kesihatan atau keputusan makmal
yang tidak normal, pihak klinik akan merujuk penerima
ke Klinik Kesihatan kerajaan (KK) atau hospital kerajaan
berhampiran untuk rawatan susulan.

Akses maklumat tambahan Laman web : www.pekab40.com.my

Nombor telefon : 03-8687 2525

Emel : pekab40@protecthealth.com.my

07
FACT SHEET
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
(NHSI) 2022

LAMPIRAN 3
PERKESO
Senarai klinik/ fasiliti yang Senarai Klinik Panel HSP boleh dirujuk di laman
menawarkan saringan sesawang https://sehati.perkeso.gov.my/

Saringan yang ditawarkan Ujian Darah (Full Blood Count)


Glukos dalam Darah (Fasting Blood Glucose)
Kolestrol Dalam Darah (Fasting Lipid Profile)
Urine FEME / Microalbuminuria
Pap smear
Mammogram

Kumpulan Sasar/ Kelayakan Mencarum dengan PERKESO


untuk buat saringan ( jika ada) Berumur 40 tahun ke atas
Berumur antara 30 hingga 40 tahun dan mempunyai
risiko kesihatan

Cara buat temujanji Pekerja perlu memuat turun aplikasi SEHATi di Playstore
atau Appstore, daftar dan semak kelayakan. Sekiranya
pekerja layak, temujanji bersama klinik panel boleh
dibuat melalui aplikasi tersebut.

Persediaan sebelum saringan Bagi ujian saringan kesihatan, pekerja perlu berpuasa 6
hingga 8 jam sebelum menjalani saringan kesihatan.

Bagi ujian pap smear, waktu terbaik untuk menjalani


ujian pap smear adalah sekurang-kurangnya 5 hari
selepas tempoh haid berakhir.

Bagi ujian mammogram, pekerja perlu menjalani ujian


semasa payudara tidak membengkak. Waktu terbaik
adalah hari kelima selepas tempoh haid berakhir.

Akses maklumat tambahan Laman web : https://sehati.perkeso.gov.my/

Nombor telefon : 03-4264 5089

Emel : hsp@perkeso.gov.my

Maklumat lain Selain pelaksanaan ujian saringan kesihatan di klinik


panel, PERKESO juga melaksanakan ujian saringan
kesihatan ini secara onsite di tempat kerja. Majikan yang
berminat untuk melaksanakan ujian saringan kesihatan
secara onsite boleh menghubungi PERKESO untuk
penyelarasan lanjut.

08
FACT SHEET
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
(NHSI) 2022

LAMPIRAN 4
LPPKN
Senarai klinik/ fasiliti yang Senarai Klinik Nur Sejahtera boleh dirujuk di laman
menawarkan saringan sesawang
https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai-kli
nik-nur-sejahtera-mengikut-negeri

Saringan yang ditawarkan Pakej 1 (RM10.00)


Pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh
Pemeriksaan Tekanan Darah
Pemeriksaan Paras Gula Dalam Darah
Pemeriksaan Darah Kolesterol

Pakej 2 (RM25.00)
Pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh
Pemeriksaan Tekanan Darah
Pemeriksaan Darah Glukos
Pemeriksaan Darah Kolesterol
Saringan Kanser Pangkal Rahim (Pap Smear)
Pemeriksaan Klinikal Payudara (CBE)

Kumpulan Sasar/ Kelayakan Saringan Kesejahteraan


untuk buat saringan ( jika ada)
Pakej 1
Warganegara dan bukan warganegara;
Terbuka kepada lelaki dan wanita; dan
Semua golongan umur boleh menjalankan
pemeriksaan.

Pakej 2
Warganegara dan bukan warganegara;
Disasarkan kepada wanita sahaja;
Wanita sudah berkahwin atau pernah berkahwin; dan
Kumpulan berisiko (18 tahun ke atas yang berkahwin,
belum berkahwin tetapi aktif seksual).

Cara buat temu janji Saringan Kesejahteraan


Pakej 1: Tidak perlu temu janji, Walk-In Sahaja
Pakej 2: Perlu buat temu janji melalui telefon di Klinik

Persediaan sebelum saringan Saringan Kesejahteraan (Pakej 1 dan Pakej 2)


Tiada sebarang persediaan diperlukan. Boleh
dilakukan pada bila-bila masa KECUALI Pakej 2 perlu
mengikuti syarat dan waktu yang sesuai bagi ujian
Pap Smear.
Dijalankan di premis Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN
atau semasa program outreach

Akses maklumat tambahan https://www.lppkn.gov.my

09

You might also like