Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol.

9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

PENGGUNAAN GAJET TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-


KANAK PRASEKOLAH
Gadget Usage on the Development of Preschool Children

Aina‟ Rasyidah Samsuddin1, Hapsah Md Yusof2*


1
Tabika Perpaduan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
1,2
Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim,
Perak, Malaysia

aina.asna@gmail.com.my1, hapsah@fpm.upsi.edu.my2

* Corresponding Author
Received: 27 Oktober 2020; Accepted: 08 Disember 2020; Published: 15 Disember 2020

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Seramai
65 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia lima dan enam tahun telah menjadi responden kajian. Kajian
dijalankan merupakan kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik untuk melihat jenis gajet yang sering
digunakan oleh kanak-kanak, tempoh masa penggunaan gajet dan kesan penggunaan gajet terhadap
perkembangan kanak-kanak prasekolah. Dapatan kajian menunjukkan telefon bimbit merupakan jenis gajet
yang menjadi pilihan utama kanak-kanak untuk menonton kartun dan bermain „game‟. Selain itu, tempoh masa
penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak juga melebihi tempoh masa yang disarankan oleh pakar. Kajian
juga mendapati penggunaan gajet memberi impak kepada aspek perkembangan sosial dan emosi serta
menjejaskan tahap penglihatan mereka kanak-kanak. Kesimpulannya, gaya didikan ibu bapa sangat penting
dalam mengatasi isu penggunaan gajet berlebihan dalam kalangan kanak-kanak. Implikasi kajian ini dapat
memberi kesedaran kepada ibu bapa terhadap kesan penggunaan gajet yang berlebihan dalam kalangan kanak-
kanak.

Kata kunci: gajet, penggunaan gajet, kesan gajet, perkembangan, kanak-kanak, prasekolah

ABSTRACT

This study aims to identify the use of gadgets on the development of preschool children. A total of 65 parents
with children aged five and six have been survey respondents. The study conducted is a survey method that uses
a questionnaire to see the types of gadgets that are often used by children, the time period of gadget use and the
impact of gadget use on the development of preschool children. Findings show that mobile phones are a type of
gadget that is the main choice of children to watch cartoons and play games. In addition, the time period for the
use of gadgets among children also exceeds the time period recommended by experts. Studies have also found
that the effects of the use of gadgets have an impact on aspects of social and emotional development as well as
affect their visual level of children. In conclusion, parenting style is very important in reducing the use of
excessive gadgets among children. Implications of the study can provide awareness to parents on the effects of
excessive use of gadgets among children.

Keywords: gadget, gadget use, effects of gadget, development, children, pre-schooler

113
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

PENGENALAN

Kecanggihan teknologi tidak dinafikan kehebatannya kerana ia mempunyai pelbagai manfaat


dan kebaikan serta dapat memudahkan segala urusan harian terutama dalam urusan
komunikasi, menyiapkan tugasan, alat pembelajaran dan sebagainya. Teknologi merupakan
salah satu keperluan yang berkembang dengan semakin pesat dan pantas menjadikan dunia
berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan teknologi kini telah membawa kepada
perubahan yang amat besar dalam kehidupan seharian kita. Hari ini, penggunaan gajet boleh
dimiliki oleh setia kumpulan masyarakat merentasi peringkat umur, taraf ekonomi dan juga
bangsa. Jika dilihat di persekitaran kita kanak-kanak kecil seawal setahun sudah dibenarkan
oleh ibu bapa untuk bermain telefon pintar ataupun tablet kepunyaan ibu bapa (Nor Azah,
2013).

Menurut Farah Aziz (2020), hasil kajian pakar pendidikan kanak-kanak di Michael
Cohen Group mendapati seramai 60 peratus daripada ibu bapa yang mempunyai anak yang
berusia 12 tahun sering menggunakan gajet, 30 peratus sangat kerap menggunakannya, dan
36 peratus daripada kanak-kanak tersebut memiliki gajet mereka sendiri. Namun, terdapat
segelintir ibu bapa yang mungkin tidak tahu kesan jangka masa panjang terhadap penggunaan
gajet secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka mengambil jalan
pintas dengan memberikan gajet kepada anak-anak sebagai pengganti mereka. Menurut Putri
Afzan Maria, kesan penggunaan gajet secara berlebihan memberi impak kepada kesihatan
dan perkembangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang masih dalam proses
perkembangan neuron (Razis Ismail, 2020). Hal ini kerana penggunaan gajet yang terlalu
lama dan berlebihan boleh mengganggu perkembangan seimbang yang melibatkan fizikal,
emosi, mental (kognitif) dan sosial (Abdul et al. 2019).

Penyataan Masalah

Kajian oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) mendapati


83.2 peratus pengguna internet adalah kanak-kanak yang berumur 5 hingga 17 tahun. Malah,
93 peratus pengguna internet kanak-kanak ini menggunakan smartphone untuk akses
komunikasi teks, media sosial, mendapatkan maklumat dan menonton video (MCMC, 2017).

Pelbagai kajian telah dilakukan bagi meninjau kesan penggunaan gajet dalam
kalangan kanak-kanak. Menurut Naquiah et al. (2017), kanak-kanak di Malaysia banyak
menghabiskan masa melayari internet secara purata selama 19 jam seminggu. Manakala,
sembilan daripada sepuluh kanak-kanak di Malaysia telah terdedah kepada pengalaman
negatif semasa melayari internet. Tambahan lagi, penggunaan gajet turut memberi impak
yang negatif kepada perkembangan saraf motor kanak-kanak. Menurut Siti Aisyah (2014),
dapatan kajian daripada Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa penggunaan gajet seperti
iPad dan tablet dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas adalah tidak
sesuai kerana boleh melemahkan otot jari dan tangan mereka yang diperlukan untuk menulis.
Contohnya, aktiviti menyentuh skrin telefon dan tablet serta gajet secara berlebihan
menyebabkan kemahiran motor halus, iaitu pergerakan jari mereka kurang berkembang.

Penggunaan gajet tanpa wayar secara berlebihan mampu melumpuhkan sistem


imunisasi kanak-kanak akibat terdedah kepada radiasi yang tinggi iaitu penggunaan gajet
yang terlalu lama terdedah sejak bayi lagi bahkan gajet juga menyebabkan pengguna yang
gemar bermain alat permainan video yang dipegang boleh mendatangkan masalah tulang

114
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

belakang (Shima Dyana & Siti Marziah, 2018). Di samping itu, perkembangan kemahiran
motor dan kemahiran sensori kanak-kanak tidak dapat berkembang dan akan memberi kesan
kepada perkembangan fizikal mereka apabila meningkat usia remaja. Menurut Naquiah et. al
(2017), penggunaan gajet juga berpotensi untuk mengganggu waktu tidur kanak-kanak dan
remaja. Hal ini kerana, setiap hari kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 12 jam
waktu tidur untuk memastikan mereka dapat membesar dengan sihat. Karow (2014) dalam
kajiannya juga mendapati 75 peratus kanak-kanak tidak cukup tidur disebabkan oleh
penggunaan gajet elektronik dan hal ini boleh menganggu proses tumbesaran kanak-kanak
serta menjejaskan perkembangan mereka.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan objektif berikut;

i) Untuk mengetahui jenis gajet yang sering digunakan oleh kanak-kanak.


ii) Untuk mengetahui tempoh penggunaan gajet oleh kanak-kanak.
iii) Untuk mengetahui kesan penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak
prasekolah.

Kajian Literatur

Gajet dalam kehidupan kanak-kanak memainkan peranan yang kritikal dalam pembentukan
konteks zaman kanak-kanak. Terdapat dua teori yang digunakan dalam kajian ini iaitu teori
Ekologi Perkembangan Manusia oleh Bronfenbrenner (1979) dan teori Baumrind (1967).

Pendekatan model Ekologi Bronfenbrenner mengambil kira “jaringan persekitaran”


dalam kehidupan kanak-kanak. Model ini amat berguna dalam konteks kesan gajet terhadap
perkembangan kanak-kanak kerana model ini memberikan pengaruh secara langsung dalam
kehidupan kanak-kanak. Model ini juga menekankan bahawa seseorang individu melalui
proses pertumbuhan dan perkembangan terangkum dalam sistem persekitaran yang
mementingkan interaksi antara satu sama lain. Interaksi antara kanak-kanak dengan
persekitaran mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam proses perkembangan dan
pertumbuhan mereka. Menurut Brofenbrenner (1979), terdapat lima sistem persekitaran iaitu
mikrosistem, mesosistem, exosistem, makrosistem dan kronosistem.

Gaya keibubapaan yang diketengahkan oleh Baumrind (1991) ini digunakan untuk
melihat gaya didikan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mengawal penggunaan gajet
dalam kalangan kanak-kanak. Gaya keibubapaan merupakan cara ibu bapa berinteraksi
dengan anak-anak dan memberikan respons terhadap tingkah laku mereka (Wan Anita,
2016). Baumrind (1967) telah mewujudkan tiga jenis gaya keibubapaan iaitu, authoritarian,
autoritatif dan permisif. Manakala, Maccoby dan Martin (1983) telah mengemukan gaya
keibubapaan kepada satu lagi tambahan iaitu gaya pengabaian. Justeru empat gaya ini adalah
hasil daripada interaksi antara dua faktor utama, iaitu; (i) keibubapaan responsif atau
kemesraan; dan (ii) keibubapaan kawalan atau permintaan (Baumrind, 1991; Maccoby &
Martin, 1983; Wan Anita, 2016).

Pendedahan gajet terlalu awal dalam kalangan kanak-kanak mampu meninggalkan


kesan terhadap mereka mahupun baik ataupun buruk. Menurut Laporan Tinjauan Kebangsaan

115
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2017 oleh Institut Kajian Umum (IKU), Kementerian
Kesihatan melalui Berita Nasional (2018) menunjukkan peralatan yang digunakan bagi
melayari internet adalah telefon pintar sebanyak 94%, komputer 62% dan peranti tablet 31%.
Perkara ini disokong oleh satu tinjauan dilakukan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN) di Lembah Klang iaitu, 78.3% ibu bapa membenarkan anak-anak
memiliki gajet (Berita Nasional, 2018).

Penggunaan gajet yang membimbangkan ialah apabila kanak-kanak mencapai tahap


„ketagihan‟ dan menggunakan gajetnya „berjam-jam‟. Kajian Ebbeck et al. (2016)
menunjukkan kebanyakan kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke bawah di Singapura telah
terdedah dengan alat teknologi seperti telefon pintar dan tablet. Pendedahan penggunaan gajet
ini adalah atas kerelaan ibu bapa sendiri atas tujuan untuk menenangkan anak-anak ketika
berada di luar rumah. Lebih membimbangkan lagi apabila ibu bapa memberikan alasan
terpaksa membiarkan anak bermain gajet kerana tidak mempunyai masa untuk melayan
kerenah anak-anak. Pendedahan gajet yang terlalu awal akan memberi kesan negatif terhadap
ransangan otak dan mengganggu perkembangan otak seseorang kanak-kanak. Menurut
Naquih Nahar et. al, (2017), pengeluaran radiasi dari telefon bimbit dan kebanyakan gajet
tanpa wayar akan menyebabkan gangguan pada pertumbuhan otak kanak-kanak yang akan
mempengaruhi keupayaan otak untuk menerima pembelajaran sekaligus akan mempengaruhi
pencapaian anak-anak dari sudut perkembangan kognitif dan akademik mereka.

Penggunaan gajet turut akan melemahkan perkembangan fizikal. Menurut Salmah dan
Malisah (2015), kanak-kanak akan menghadapi masalah pada bahagian tengkuk dan belakang
badan jika menggunakan komputer, permainan video dan telefon bimbit secara berlebihan.
Penggunaan gajet dalam jangka masa panjang juga akan melemahkan kekuatan fizikal dan
kemahiran motor halus dan akibatnya kelak kanak-kanak lambat untuk menulis. Menurut
Sundus (2018), kurangnya pergerakan anggota badan semasa menggunakan gajet akan
menyebabkan perkembangan kanak-kanak terbantut dan memberikan kesan terhadap
pencapaian akademik dan literasi. Penggunaan gajet juga boleh menyebabkan kanak-kanak
berhadapan masalah rabun jauh dalam usia yang masih muda (Bernama, 2020). Kenyataan ini
disokong dengan kajian di Asia Timur, Singapura dan Taiwan mendapati kanak-kanak yang
mengalami masalah rabun meningkat sehingga 85%. Kanak-kanak dan remaja akan
mengalami masalah rabun silau atau „astigmatism‟ yang berpunca daripada tabiat bermain
gajet dalam keadaan berbaring, mengiring atau meniarap dalam tempoh masa yang lama. Isu
kanak-kanak rabun juga meningkat kepada 25% kepada 41.6% di Amerika Syarikat
(Noraziah & Fazliatun,2014; Naquih Nahar et. al, 2017).

Selain itu, kanak-kanak yang menggunakan gajet secara berlebihan sukar berinteraksi
dengan orang sekeliling, tidak mempunyai aktiviti riadah seperti sukan dan bermain dengan
kawan-kawan yang menyebabkan kanak-kanak bersikap „introvert‟ (Noraziah & Fadzliatun,
2014). Perkara ini disokong oleh Fauziah Hanim (2013), antara kesan negatif penggunaan
gajet terhadap kanak-kanak ialah menghalang kecergasan interpersonal, iaitu hubungan
sesama manusia dan menyebabkan kurangnya komunikasi dengan orang di sekeliling.
Kanak-kanak juga berpotensi untuk menghadapi masalah pertuturan dan komunikasi iaitu
„oral motor‟ yang menyebabkan berlakunya masalah lambat bercakap dan perkara ini akan
memberi kesan kepada interaksi sosial apabila mereka meningkat remaja (Naquih Nahar et.
al, 2017).

116
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kuantitatif yang dijalankan melalui kaedah tinjauan dengan
menggunakan soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data kajian. Soal selidik boleh
didefinisikan sebagai satu set soalan atau pernyataan untuk mendapatkan maklumat
objektif sesuatu penyelidikan. Soal selidik merupakan cara yang ringkas bagi mendapatkan
maklumat (Noor Amy Afiza et al., 2018).

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi ialah kumpulan sasaran pengkaji supaya sesuatu dapatan kajian dapat diaplikasikan
(Fraenkel & Wallen, 2009; Hou Yin, 2018). Populasi kajian ini adalah ibu bapa yang
mempunyai anak-anak pra sekolah yang berumur lima hingga enam tahun yang
menggunakan gajet di sekitar Teluk Intan, Perak. Seramai 65 orang responden dipilih untuk
kajian kerana memenuhi keperluaan kajian.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan bagi tujuan kajian ialah soal selidik yang dibina berdasarkan
kajian asal mengenai pandangan ibu bapa terhadap kesan berpanjangan digital screen dalam
kalangan kanak-kanak oleh Asif Sadri (2018) bagi mengukur kesan penggunaan gajet
terhadap perkembangan kanak-kanak.

Jadual 1
Maklumat Soal Selidik

Instrumen
Responden Ibu bapa
Kandungan Bahagian A Demografi responden.
Bahagian B 6 item berkaitan jenis dan tempoh penggunaan gajet.
Bahagian C 6 item berkaitan kesan penggunaan gajet.
10 item berkaitan pemerhatian.

Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data dijalankan secara berperingkat supaya berjalan dengan lancar
dan telus. Langkah pertama pengkaji mendapatkan kesahan daripada tiga orang pakar dalam
26 bidang pedagogi dan keibubapaan, penyelidikan dan pendidikan awal kanak-kanak serta
menjalankan kajian rintis agar mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik dalam kajian.
Pengkaji telah menjalankan kajian rintis melibatkan 10 orang ibu bapa di sekitar Teluk Intan,
Perak yang mempunyai persamaan dengan sampel kajian. Apabila kelulusan kesahan dan
kebolehpercayaan telah diperolehi, pengkaji telah mengedarkan soal selidik melalui aplikasi
google form selama dua minggu.

117
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

Kaedah Analisis Data

Data dianalisis berdasarkan analisis deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS. Analisis
deskriptif digunakan bagi menghuraikan secara menyeluruh tentang status responden yang
dikaji. Statistik deskriptif yang digunakan adalah dalam bentuk kekerapan, peratus, min dan
sisihan piawai. Seterusnya, analisis ini digunakan untuk menganalisis kesan penggunaan gajet
terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah.

DAPATAN KAJIAN

Latar Belakang Responden

Maklumat demografi termasuk jantina responden, umur responden, bangsa, hubungan


responden dengan kanak-kanak, umur anak dan tahap pendidikan responden. Hasil dapatan
kajian maklumat demografi responden adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2
berikut;

Jadual 2
Taburan Faktor Demografi Reponden

Latar Belakang Responden Kekerapan (N) Peratus (%)


Jantina
Lelaki 12 18.5
Perempuan 53 81.5
Jumlah (N) 65 100.0
Umur
20 – 29 10 15.4
30 – 39 30 46.2
40 – 49 8 12.3
50 dan keatas 17 26.2
Jumlah (N) 65 100.0
Bangsa
Melayu 52 80
Cina 4 6.2
India 8 12.3
Lain-lain 1 1.5
Jumlah (N) 65 100.0
Hubungan Dengan Anak
Ibu/Bapa Kandung 54 83.1
Ibu/Bapa Angkat 3 4.6
Penjaga 4 6.2
Lain –lain 4 6.2
Jumlah (N) 65 100.0

118
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

Tahap Pendidikan
Sekolah Rendah 1 1.5
SPM 17 26.2
STPM/Matrikulasi/Diploma 20 30.8
Sarjana Muda (Degree) 20 30.8
Sarjana (Master) 7 10.8
Jumlah (N) 65 100.0
Umur Anak Responden
5 Tahun 22 33.8
6 Tahun 43 66.2
Jumlah (N) 65 100.0

Jadual 2 menunjukkan daripada 65 orang ibu bapa yang terlibat dalam kajian ini,
bilangan responden perempuan yang terlibat seramai 53 orang (81.5%) dan responden lelaki
ialah seramai 12 orang (18.5%). Sementara itu, didapati golongan berusia 30-39 tahun
merupakan bilangan responden teramai iaitu seramai 30 orang (46.2%). Responden berusia
50 dan ke atas merupakan kedua teramai iaitu sebanyak 17 orang (26.2%). Ini diikuti oleh
responden berusia lingkungan 20-29 tahun (15.4%). Lingkungan umur responden yang paling
sedikit ialah 40-49 tahun (12.3%) daripada keseluruhan responden.

Dalam kajian ini, taburan paling ramai ialah bangsa Melayu iaitu seramai 52 orang
(80%). Diikuti dengan bangsa India hanya 8 orang (12.5%) dan bangsa Cina 4 orang (6.2%).
Manakala hanya seorang responden merupakan bangsa lain-lain (1.5%). Hubungan
responden dengan anak sebagai ibu bapa kandung adalah yang paling ramai iaitu 54 orang
(83.1%). Bagi hubungan penjaga dan lain-lain pula masing-masing hanya 4 orang (6.2%).
Manakala bagi hubungan ibu bapa angkat hanya 3 orang (4.6%).

Hasil dapatan kajian mendapati responden yang terlibat paling ramai ialah tahap
pendidikan STPM/Matrikulasi/Diploma dan Sarjana Muda iaitu seramai 20 orang (30.8%).
Kedua tertinggi ialah tahap pendidikan SPM iaitu 26.2%. Manakala kelulusan yang terendah
ialah tahap pendidikan Sekolah Rendah iaitu hanya 1.5%. Kajian ini mendapati bahawa
peratus bagi umur anak responden yang tertinggi ialah yang berumur 6 Tahun ialah 43 orang
(66.2%). Manakala umur anak responden yang terendah berumur 5 tahun iaitu 22 orang
(33.8%).

Jenis Gajet yang Sering Digunakan oleh Kanak-kanak Prasekolah

Kajian ini untuk mengetahui jenis gajet yang sering digunakan oleh kanak-kanak prasekolah
berdasarkan beberapa item. Data-data akan dianalisis bagi mendapatkan kekerapan (N) dan
peratus (%). Hasil ditunjukkan dalam Jadual 3 berikut;

119
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

Jadual 3
Jenis Gajet yang Sering Digunakan oleh Kanak-kanak Prasekolah

Item Kekerapan (N) Peratus (%)


Jenis Gajet yang Digunakan
Televisyen 20 30.8
Telefon Bimbit 31 47.7
Tablet/Ipad 11 16.9
Komputer 1 1.5
Lain-lain 2 3.1
Jenis Aplikasi yang Digunakan
Kartun 44 38.9%
Pendidikan 16 14.2%
Hiburan 11 9.7%
Permainan 36 31.9%
Lagu 6 5.3%

Jadual 3 menunjukkan bahawa Telefon Bimbit merupakan gajet yang sering


digunakan oleh kanak-kanak apabila berada di dalam atau luar rumah iaitu dengan nilai
peratus tertinggi 47.7%. Jenis gajet kedua tertinggi ialah televisyen iaitu dengan 30.8%.
Manakala nilai peratus bagi komputer merupakan gajet yang paling rendah iaitu 1.5%.

Bagi jenis aplikasi yang digunakan, hasil kajian menunjukkan sebanyak 38.9%
menggunakan gajet untuk menonton kartun. Seramai 31.9% menggunakan gajet untuk
bermain permainan. Manakala hanya 5.3% sahaja yang menggunakan aplikasi lagu untuk
mendengar muzik. Aplikasi khas untuk pendidikan mencecah sebanyak 14.2%. kategori lain
iaitu hiburan pula mencecah sebanyak 9.7%.

Tempoh Penggunaan Gajet oleh Kanak-kanak

Untuk melihat tempoh masa yang digunakan oleh kanak-kanak semasa menggunakan gajet
pengkaji telah melihat dari segi kekerapan masa yang digunakan dalam seminggu, tempoh
masa penggunaan dalam sehari, kekerapan hari penggunaan gajet dan waktu penggunaan
gajet dalam sehari. Hasil kajian ditunjukkan dalam Jadual 4 berikut;

Jadual 4
Tempoh Penggunaan Gajet oleh Kanak-Kanak

Item Kekerapan (N) Peratus (%)


Tempoh Masa dalam Seminggu
Setiap hari 33 50.8
Satu hingga dua hari seminggu 13 20.0
tiga hingga empat hari seminggu 14 21.5
lima hingga enam hari seminggu 5 7.7
Tempoh Masa dalam Sehari
Kurang daripada satu jam 11 16.9
Dua jam ke atas 40 61.5
Tiga jam ke atas 14 21.5

120
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

Kekerapan Hari Penggunaan gajet


Setiap hari 34 39.5%
Hujung minggu 23 26.7%
Hari persekolahan 1 1.2%
Cuti persekolahan 19 22.1%
Cuti umum 9 10.5%
Waktu Penggunaan Gajet
Pagi 11 10.9%
Tengahari 14 13.9%
Petang 42 41.6%
Malam 33 32.7%
Tengah malam 1 1.0%

Hasil analisis berdasarkan Jadual 4 menunjukkan tempoh masa yang digunakan oleh
kanak-kanak semasa menggunakan gajet. Didapati, tempoh masa penggunaan gajet setiap
hari dalam seminggu menunjukkan peratus yang tertinggi iaitu 50.8%. Manakala tempoh
masa penggunaan gajet dalam lima hingga enam hari seminggu menunjukkan peratus yang
terendah iaitu 7.7%. Selain itu, didapati, tempoh masa penggunaan gajet kurang daripada satu
jam mempunyai peratus yang paling rendah iaitu 16.9%. Manakala tempoh masa penggunaan
dua jam ke atas sehari mempunyai peratus yang tertinggi iaitu 61.5%.

Selain itu, bagi kekerapan hari penggunaan gajet hasil dapatan kajian mendapati
kanak-kanak sering menggunakan gajet setiap hari yang menunjukkan peratus tertinggi iaitu
39.5%. Diikuti dengan penggunaan gajet pada setiap hujung minggu iaitu 26.7%. Manakala,
pada hari persekolahan kanak-kanak kurang menggunakan gajet yang menunjukkan peratus
terendah iaitu 1.2%. Hasil kajian juga mendapati kanak-kanak sering menggunakan gajet
pada waktu petang yang mencatatkan peratus tertinggi iaitu 41.6%. Kemudian diikuti dengan
waktu malam sebanyak 32.7%. Manakala pada waktu tengah malam telah mencatatkan
peratus yang paling rendah iaitu 1.0%.

Kesan Penggunaan Gajet terhadap Perkembangan Kanak-kanak Prasekolah

Analisis ini melihat kepada tahap kepekaan ibu bapa, perasaan ibu bapa apabila anak
menggunakan gajet, perubahan tingkah laku anak selepas bersekolah, aspek perkembangan
yang terjejas, akibat penggunaan gajet secara berlebihan, tingkah laku anak apabila dilarang
menggunakan gajet dan pemerhatian ibu bapa terhadap penggunaan gajet. Berikut merupakan
dapatan kajian bagi kesan penggunaan gajet secara berlebihan terhadap perkembangan kanak-
kanak.

Jadual 5
Kesan Penggunaan Gajet terhadap Perkembangan Kanak-kanak Prasekolah

Item Kekerapan (N) Peratus (%)


Tahap Kepekaan Ibu Bapa
Sangat peka 20 30.8
Peka 26 40.0
Sederhana 18 27.7
Tidak peka 1 1.5

121
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

Perasaan Apabila Anak Menggunakan Gajet


Positif 19 29.2
Negatif 26 40.0
Neutral 20 30.8
Perubahan Tingkah Laku
Positif 25 38.5
Negatif 19 29.2
Tiada perubahan 8 12.3
Tidak tahu 9 13.8
Lain-lain 4 6.2
Aspek Perkembangan Yang Akan Terkesan 23 11.9
Fizikal 25 12.9
Intelektual 33 17.0
Personaliti 44 22.7
Sosial 14 7.2
Kognitif 11 5.7
Persepsi 44 22.7
Emosi
Kesan Penggunaan Gajet Secara Berlebihan
Tahap penglihatan 53 26.9
Sakit belakang 11 5.6
Tahap kesihatan otak 19 9.6
Kefasihan bercakap 24 12.2
Obesiti 8 4.1
Tumbesaran kanak-kanak 15 7.6
Ketidaktentuan emosi 36 18.3
Depresi dan sukar tidur 31 15.7
Tingkah Laku Anak Apabila Dilarang Menggunakan
Gajet
Menipu 7 5.0
Membantah 21 14.9
Menunjukkan sikap tidak hormat 18 12.8
Merengek/merungut 50 35.5
Bersikap agresif 20 14.2
Panas baran 11 7.8
Normal/tiada perubahan sikap 10 7.1
Tidak tahu 4 2.8

Hasil daripada analisis berdasarkan Jadual 5 menunjukkan bahawa ibu bapa peka
terhadap kesan penggunaan gajet yang mencatatkan peratus tertinggi iaitu 40%. Manakala
terdapat ibu bapa yang tidak peka dengan mencatatkan peratus terendah iaitu 1.5%.
Seterusnya, sebanyak 40% ibu bapa mempunyai perasaan negatif apabila anak mereka
menggunakan gajet. Manakala hanya 29.2% mempunyai perasaan positif apabila anak
mereka menggunakan gajet. Perubahan tingkah laku anak terhadap penggunaan gajet selepas
mereka mula bersekolah pula menunjukkan majoriti perubahan tingkah laku anak adalah
positif dengan nilai peratus tertinggi iaitu 38.5%. Manakala, bagi perubahan tingkah laku
bagi kategori lain-lain merupakan yang terendah iaitu 6.2%.

Seterusnya, hasil kajian juga menunjukkan sebanyak 22.7% berpendapat


perkembangan sosial dan emosi akan terjejas akibat penggunaan gajet berlebihan yang

122
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

mencatatkan peratus tertinggi. Diikuti dengan aspek perkembangan personaliti sebanyak


17%. Manakala hanya 5.7% aspek perkembangan persepsi yang mencatat peratus paling
rendah. Tambahan lagi, Kesan dan akibat penggunaan gajet secara berlebihan dalam
kalangan kanak-kanak yang paling tertinggi ialah kesan terhadap tahap penglihatan dengan
26.9%. Kemudian kesan terhadap ketidaktentuan emosi yang mencatat peratus kedua
tertinggi 18.3%. Manakala kesan yang mendapat peratus terendah ialah kesan obesiti iaitu
dengan 4.1%. Hasil kajian juga mendapati anak-anak akan merengek atau merungut apabila
dilarang menggunakan gajet peratus tertinggi iaitu 35.5%. Kemudian peratus kedua tertinggi
ialah 14.9% dimana kanak-kanak mula membantah sekiranya tidak dibenarkan menggunakan
gajet. Manakala ibu bapa yang tidak tahu dengan perubahan tingkah laku anak mendapat
peratus terendah iaitu 2.8%.

Pemerhatian Ibu Bapa Ke Atas Anak-anak

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan statistik deskriptif min dan sisihan piawaian bagi
mendapatkan hasil dapatan yang sah dan boleh dipercayai. Interpresi data dibuat berdasarkan
nilai min yang diperoleh sama ada rendah, sederhana dan tinggi sebagaimana yang
ditunjukkan di dalam Jadual 6 berikut.

Jadual 6
Pemerhatian Ibu Bapa Ke Atas Anak-anak

Sisihan
Bil Pernyataan Min (M) Piawaian (SP)
1 Adakah anak anda mengalami kekecewaan? 2.69 0.83
2 Adakah anak anda akan menjadi marah terhadap 2.90 0.76
perkara-perkara kecil?
3 Adakah anak anda menjadi semakin degil dan 2.95 0.72
bersikap melawan?
4 Adakah anak anda menjadi mudah marah apabila 3.70 0.91
disuruh berhenti bermain game (permainan) atau
berhenti menggunakan gajet?
5 Adakah anak anda pernah mengadu tentang tahap 2.04 0.72
penglihatan mereka?
6 Adakah anak anda mempunyai masalah menyertai 2.23 0.79
aktiviti harian? (contoh: aktiviti sukan, bermain
bersama kawankawan)
7 Adakah anak anda mempunyai masalah untuk 2.19 0.77
berkenalan atau berkawan dengan orang lain
disebabkan tingkah laku tidak matang?
8 Adakah minat anak anda hanya tertumpu kepada gajet 2.46 0.89
sahaja?
9 Adakah anak anda kelihatan sangat letih dan tidak 2.25 0.88
bermaya?
10 Adakah anak anda kelihatan kurang motivasi dan tidak 2.52 0.92
memberi perhatian?

Hasil daripada analisis dalam Jadual 6 memberi penjelasan berkaitan dengan analisis
min dan sisihan piawaian bagi melihat pemerhatian ibu bapa ke atas anak-anak kesan

123
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

daripada penggunaan gajet berlebihan. Hasil dapatan daripada kajian ini mendapati item 4
iaitu „Adakah anak anda menjadi mudah marah apabila disuruh berhenti bermain game
(permainan) atau berhenti menggunakan gajet?‟ mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu
min 3.70. Manakala, nilai min yang terendah dalam bahagian ini ialah 2.04 pada item 5 iaitu
„Adakah anak anda pernah mengadu tentang tahap penglihatan mereka?‟.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa telefon bimbit merupakan gajet yang sering digunakan
oleh kanak kanak semasa di rumah. Kajian ini disokong oleh Hamzah dan Khiu (2018)
bahawa 88.3% pengguna dalam kalangan rakyat Malaysia mempunyai gajet telefon bimbit di
rumah manakala gajet yang sering digunakan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah ialah
86.5% daripadanya telefon bimbit. Seterusnya, dalam kajian ini juga menunjukkan 46.3%
kanak-kanak prasekolah menggunakan telefon bimbit untuk menonton aplikasi kartun dan
permainan „game‟.

Seterusnya hasil dapatan kajian mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan gajet


setiap hari. Kajian ini disokong oleh Grunwald Assoociates (2013) yang telah melaporkan
bahawa kanak-kanak menggunakan gajet secara atas talian ialah 60% dalam masa sehari dan
93% dalam seminggu iaitu 87% menggunakannya dirumah dan 63% di sekolah. Hasil kajian
bagi tempoh masa penggunaan gajet bagi kanak-kanak prasekolah berumur 5 hingga 6 tahun
adalah melebihi 2 jam sehari. Perkara ini bertentangan dengan garis panduan yang telah
ditetapkan oleh American Academy of Pediatrics (AAP) yang mensarankan bahawa
penggunaan gajet bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun adalah kurang daripada 2 jam sehari
(AAP, 2013). Dapatan kajian juga mendapati bahawa kanak-kanak sering menggunakan gajet
pada waktu siang terutamanya waktu petang.

Seperti yang ditunjukkan dalam dapatan kajian, ibu bapa peka terhadap kesan
penggunaan gajet secara berlebihan terhadap perkembangan kanak-kanak tetapi mereka juga
beranggapan bahawa penggunaan gajet ini akan membawa kesan negatif terhadap
perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa turut melihat perubahan positif terhadap penggunaan
gajet dalam kalangan anak-anak selepas mereka mula bersekolah. Hasil kajian ini disokong
oleh kajian The Asian Parent Insights dan Samsung Kidstime (2014) iaitu 98 peratus daripada
ibu bapa di Asia Tenggara membenarkan anak-anak mereka menggunakan gajet sebagai
sumber hiburan supaya kanak-kanak ini berasa seronok dengan adanya gajet dan internet.
Namun, hasil kajian mendapati bahawa aspek perkembangan yang akan terkesan dalam
kalangan kanak-kanak akibat pendedahan gajet yang berlebihan ialah perkembangan sosial
dan emosi. Kajian ini disokong oleh Asif Sadri (2018) di dalam kajiannya di Dhaka,
mendapati bahawan kesan terhadap penggunaan gajet yang berlebihan menyebabkan 70
peratus perkembangan sosial kanak-kanak terjejas dan 60 peratus melibatkan perkembangan
emosi.

Penggunaan gajet secara berlebihan terhadap kanak-kanak juga akan menyebabkan


tahap penglihatan mereka terjejas. Kajian ini bertepatan dengan kajian oleh Asif Sadri (2018)
di Dhaka, menunjukkan bahawa ibu bapa berpendapat 75 peratus kanak-kanak mempunyai
masalah terhadap tahap penglihatan mereka apabila menggunakan gajet. Tambahan lagi,
kanak-kanak akan mula merengek atau merungut apabila dilarang menggunakan gajet. Selain
itu, hasil kajian ini juga menunjukkan pemerhatian ibu bapa apabila membiarkan anak-anak

124
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

menggunakan gajet tanpa kawalan menyebabkan anak-anak menjadi mudah marah apabila
diminta berhenti menggunakan gajet

Secara umumnya, dapatan kajian ini akan memberikan impak yang besar kepada
pihak-pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan di negara ini khususnya dalam
pendidikan awal kanak-kanak. terdapat banyak isu semasa sekarang mengenai ketagihan
gajet terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Diharapkan kajian ini dapat menjadi
petunjuk kepada pihak kerajaan dan swasta dalam merancang program atau kursus-kursus
langkah pengawalan dan penggunaan gajet sebagai medium pendidikan yang positif kepada
perkembangan kanak-kanak. Program-program yang dirancang oleh kerajaan, NGO, dan
swasta juga perlu mengambil kira kesan penggunaan gajet bagi mengelakkan masalah
perkembangan daripada kehidupan kanak-kanak. Khususnya Kementerian Kesihatan
Malaysia yang bertanggungjawab dalam meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia
melalui peraturan polisi yang efisien iaitu dengan membina atau melaksanakan satu garis
panduan mengenai tempoh masa penggunaan gajet supaya ia tidak membahayakan kesihatan
dan perkembangan diri kanak-kanak. Namun garis panduan ini perlu seiring dengan
kerancakan era tekonologi kini agar kurikulum pendidikan pada abad ke-21 tidak
ketinggalan.

KESIMPULAN

Kajian ini diharapkan dapat memberikan kesedaraan yang tinggi kepada ibu bapa terhadap
kesan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak serta bagaimana ibu bapa membentuk
gaya asuhan dan langkah pengawasan yang sesuai bagi mengelakkan masalah yang makin
teruk berterusan terutamanya dalam perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa harus menjadi
lebih proaktif dalam menangani isu dalam era „super-wayar‟ ini dengan sentiasa berada
selangkah ke hadapan bagi menghadapi ledakan teknologi dalam kehidupan kanak-kanak.
Penggunaan gajet sememangnya mampu memberikan kebaikan tetapi peranan ibu bapa
dalam memantau serta mengawal penggunaan gajet anak-anak perlu dititik beratkan.

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kesan penggunaan secara berlebihan


akan memberi kesan yang negatif terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah sekiranya
tiada kawalan dan pengawasan daripada ibu bapa dan penjaga. Oleh itu, semua pihak
diharapkan dapat memainkan peranan masing-masing untuk memastikan kanak-kanak
memperolehi manfaat daripada kebanjiran teknologi kini dan memberikan sumbangan dalam
konteks perkembangan kanak-kanak.

RUJUKAN

Abdul, M. A., Ismail, H., Mohamad, I., & Osman, Z. (2019). Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan
kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 8, 17-
23.
American Academy of Pediatrics. (2013). Children, adolescents and the media. Pediatrics, 132(5), 958-96.
Asif Sadri. (2018). Prolonged digital screen effect on preschool children: An analysis from the perception of
parents of Dhaka. [Unpublished Master of Developmental Studies Thesis]. BRAC University.
Baumrind, D. (1967). Child care practices anteceding three patterns of preschool behavior. Genetic Psychology
Monographs, 75, 43-88.
Baumrind, D. (1991). The influence of parenting style on adolescent competence and substance use. Journal of
Early Adolescence, 11(1), 56-95.

125
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (113-126)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

Berita Nasional. (2018, Mac 30). Hadkan anak guna gajet elak rosak penglihatan. Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/405643/hadkan-anak-guna-gajet-elak-rosak-
penglihatan
Bernama. (2020, Januari 5). Padah menanti jika berikan anak gajet lebih dua jam sehari.
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/gayahidup/padah-menanti-jika-berikan-anak-gajet-lebih-dua-jam-
sehari/4385644.html
Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development: Experiments by nature and design. Harvard
University Press.
Ebbeck, M., Yim, H. Y. B., Chan, Y., & Goh, M. (2016). Singaporean parents‟ views of their young children‟s
access and use of technological devices. Early Childhood Education Journal, 44(2), 127-134.
Farah Aziz. (2020, Jun 17). Gajet: Membantu atau merosakkan perkembangan anak anda?
https://hellodoktor.com/ms/keibubapaan/tips-keibubapaan/gajet-membantu-atau-merosakkan-
perkembangan-anak-anda/
Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (2009). How to design and evaluate research in education (7th Ed.).
McGraw Hill Higher Education.
Grunwald Associates. (2013). Living and learning with mobile devices: What parents think about mobile
devices for early childhood and k–12 learning.
Hamzah, H., & Khiu, A. L. (2018). Gadget usage: Trends and its relationship with psychosocial adjustment
among pre-schoolers in Malaysia.
Hou Yin, T. (2018). Tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan prasekolah di daerah Maran,
Pahang. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 7, 83-100.
https://doi.org/10.37134/jpak.vol7.8.2018
Karow, E. (2014). Childhood cognitive development & media use. http://www.oakhall.org/
Maccoby, E. E., & Martin, J. A. (1983). Socialization in the context of the family: Parent-child interaction. In
Handbook of Child Psychology, Mussen, P. H. (Ed.). Wiley
Malaysian Communications and Multimedia Commission. (2017, September 29). Communications multimedia:
Facts figures. https://www.mcmc.gov.my
Naquiah, Sahrunizam, Dharsigah, Nurhidayu, & Abdul Hafiz. (2017). Negative impact of modern technology to
the children‟s life and their development. UMRAN-International Journal of Islamic and Civilizational
Studies, 5(1).
Noor Amy Afiza Mohd Yusof, Saedah Siraj, Mariani Md Nor, & Azli Ariffin (2018). Mengenal pasti keperluan
pembinaan model kandungan kurikulum pendidikan keamanan berasaskan multibudaya untuk kanak-
kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 7, 12-18.
https://doi.org/10.37134/jpak.vol7.2.2018
Nor Azah. (2013). Gerakan jari yang digunakan untuk aplikasi kanak-kanak pada skrin sesentuh ipad. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 2, 101-114.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/769
Noraziah Ali, & Fadzliatun Sahdan. (2014). Implikasi penggunaan melampau gajet teknologi dan media sosial
ke atas kesihatan. Buletin Persatuan Wanita UKM, 69.
Razis Ismail. (2020, Mei 2). Kawal tempoh „screen time‟. MyMetro.
https://www.hmetro.com.my/WM/2020/05/573595/kawal-tempoh-screen-time
Salmah, O., & Malisah, L. (2015). Pengaruh peranti teknologi kepada perkembangan sosial dan permasalahan
kesihatan kanak-kanak, 1-12.
Shima Dyana, & Siti Marziah, (2018). Kesan penggunaan gajet kepada perkembangan kognitif dan sosial
kanak-kanak prasekolah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1-6.
Siti Aisyah Yusoff. (2014). Gadget ibarat pengasuh kedua. Utusan Online.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140102/ke_01/Gajetibaratpengasuhkedua.
Sundus, M. (2018). The impact of using gadgets on children. Journal of Depression and Anxiety, 7(1), 1-3.
The Asian Parent Insights, & Samsung Kidstime. (2014). Mobile device usage among young kids.
Wan Anita Wan Abas. (2016). Hubungan antara gaya keibubapaan dengan penggunaan internet kanak-kanak.
Global Media Journal- Malaysian Edition, 6(1), 15-30.

126
TAJUK KURSUS:
BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KOD KURSUS:
HKK2023

TAJUK TUGASAN:
ULASAN JURNAL-PENGGUNAAN GAJET TERHADAP KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. ID SEMESTER SECTION
NADZIRAH SYAHIRAH BT ZUHAIRI KBJ220810228 2 6
AUNI FIRZANAH BT ZAMLI KBJ220810263 2 6
NURUL NABIHAH BT HARIS PAUDI KBJ220810259 2 6
IRDA NURTASYA AMILA BT IRUAN KBJ220810255 2 6
UMMI QURRATU’AINI BT MOHD KBJ220810240 2 6
HAKIMIN

PENSYARAH:
SIR CHE MOHAMAD HAMIZAN BIN CHE WAHAB

TARIKH:
8 FEBUARI 2023
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak 1-2

2.0 Faktor penggunaan gajet terhadap kanak-kanak 3-4

3.0 Kesan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak 5

4.0 Langkah-langkah penggunaan gajet terhadap kanak- 6-7


kanak

5.0 Penutup penggunaan gajet terhadap kanak-kanak 8

6.0 Rujukan 9

7.0 Lampiran 10
1.0 PENGENALAN PENGGUNAAN GAJET TERHADAP KANAK-KANAK

Kecanggihan teknologi tidak dinafikan kehebatannya kerana ia mempunyai pelbagai


manfaat dan kebaikan serta dapat memudahkan segala urusan harian terutama dalam
urusan komunikasi, menyiapkan tugasan, alat pembelajaran dan sebagainya. Teknologi
merupakan salah satu keperluan yang berkembang dengan semakin pesat dan pantas
menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan teknologi kini telah
membawa kepada perubahan yang amat besar dalam kehidupan seharian kita. Hari ini,
penggunaan gajet boleh dimiliki oleh setiap kumpulan masyarakat merentasi peringkat
umur, taraf ekonomi dan juga bangsa. Jika dilihat di persekitaran kita kanak-kanak kecil
seawal setahun sudah dibenarkan oleh ibu bapa untuk bermain telefon pintar ataupun tablet
kepunyaan ibu bapa.

Penggunaan gajet atau dikenali sebagai ‘gajet’ pada masa kini bukan sahaja menjadi
satu keperluan malah penggunaannya semakin meluas tidak sekadar kepada golongan
dewasa malah kepada golongan kanak-kanak. Satu kajian melaporkan 96.6 peratus sampel
kajian telah mengguna gajet mudah alih seawal umur 1 dan 2 tahun setiap hari. Sasaran
penggunaan gajet semakin meluas dengan kepelbagaian fungsinya yang mampu menarik
minat semua peringkat umur termasuk bayi. Walaupun pada awalnya, penciptaan gajet
adalah untuk memudahkan urusan komunikasi dan penyebaran maklumat, namun, pada
masa kini peranannya merangkumi pelbagai aspek kehidupan seiring dengan
berkembangnya capaian internet dan penciptaan aplikasi gajet. Tambahan pula,
kepelbagaian fungsi gajet ini telah memberi kemudahan yang besar kepada manusia
terutama sepanjang melalui perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh
Pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.

Semasa PKP, berlaku peningkatan penggunaan gajet bukan sahaja kepada golongan
dewasa malah melibatkan golongan kanak-kanak. Hal ini berikutan aktiviti pembelajaran
dilaksanakan di dalam talian disebabkan oleh penutupan sekolah. Pihak sekolah mengambil
inisiatif untuk menyediakan aktiviti pembelajaran sama ada secara atas talian (online) atau
luar talian (offline). Rentetan itu, gajet menjadi satu keperluan kepada kanak-kanak sebagai
alat pembelajaran dan ini memberi ruang kepada mereka untuk meneroka pelbagai aplikasi
dan melayari internet. Lebih-lebih lagi, ada dikalangan guru yang menggunakan aplikasi
pengajaran yang memerlukan kanak-kanak membuka akaun e-mail peribadi seperti aplikasi
Google Classroom. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan gajet
memberi faedah yang besar kepada pembelajaran kanak-kanak sepanjang PKP
dilaksanakan.

1
Dalam pada itu penggunaan gajet secara berlebihan memberi impak kepada kesihatan
dan perkembangan kanak kanak yang masih dalam proses perkembangan neuron. Hal ini
kerana penggunaan gajet yang terlalu lama dan berlebihan boleh mengganggu
perkembangan seimbang yang mekibatkan fizikal, emosi, mental dan sosial mereka.
Keadaan ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada tingkah laku mereka.

Akhir sekali, yang membimbangkan, ibu bapa kini terlalu sibuk terutama dengan
kerjaya sehingga membiarkan anak-anak mereka bermain gajet sendirian tanpa adanya
pemantauan. Ada dalam kalangan ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka leka
dengan permainan dalam gajet pintar dalam jangka masa terlalu lama dengan alasan
menjadikan gajet tersebut sebagai ‘pengasuh kedua’. Malah, terdapat sebahagian ibu bapa
yang menguruskan penjagaan anak-anak dengan gajet, dan menjadikan gajet tersebut
sebagai salah satu alat “penenang” dalam mengawal tingkah laku anak-anak.

2
2.0 FAKTOR PENGGUNAAN GAJET TERHADAP KANAK-KANAK

Tidak dapat dinafikan gajet mempunyai kelebihan tersendiri dan mempunyai daya
tarikan yang tinggi dengan visual dan suara yang menarik. Video dan permainan yang
terdapat dalam gajet telah menyebabkan ketagihan kepada anak-anak seawal usia 3 tahun
ke atas.Ini berpunca daripada didikan sesetengah ibu bapa yang mendidik anak-anak
mereka menggunakan gajet secara berleluasa.Hal ini kerana terdapat ibu bapa yang terlalu
sibuk terhadap kerjaya dan mereka bagai ‘melepaskan batuk di tangga’ dengan membiarkan
anak-anak mereka bermain gajet tanpa pemantauan daripada mereka sendiri seolah-olah
gajet itu dijadikan pengganti mereka supaya anak-anak mereka tidak mengganggu kerja-
kerja mereka.

Selain itu, kanak-kanak zaman kini terlalu terjebak dengan trend yang menjadi punca
mereka obses untuk mempunyai gajet masing-masing.Hal ini demikian kerana kanak-kanak
yang tidak mempunyai gajet akan diperlekehkan oleh rakan-rakan kerana dianggap sebagai
tidak mengikut trend semasa.Oleh itu, kanak-kanak zaman sekarang yang berumur 7 tahun
pun sudah memiliki telefon pintar.

Seterusnya, penggunaan gajet yang membimbangkan ialah apabila kanak-kanak


mencapai tahap ketagihan dan menggunakan gajetnya berjam-jam.Kebanyakkannya kanak-
kanak berumur 7 tahun ke bawah di Singapura telah terdedah dengan alat teknologi seperti
telefon pintar dan tablet.Pendedahan penggunaan gajet ini adalah atas kerelaan ibu bapa itu
sendiri atas tujuan untuk menenangkan anak-anak ketika berada di luar rumah.Lebih
embimbangkan lagi apabila ibu bapa memberikan alasan terpaksa membiarkan anak
bermain gajet kerana tidak mempunyai masa untuk melayan kerenah anak-anak.

3
Tambahan pula, permainan online juga menjadi punca masalah gajet terhadap kanak-
kanak.Ini kerana, permainan gajet seperti PUBG sering membuatkan kanak-kanak tidak
mahu berhenti.Salah satunya ialah disebabkan mereka berasa tercabar untuk menjadi
antara pemain yang mendapat skor tertinggi.Oleh itu, mereka kerap bermain telefon pintar
tanpa mengira waktu.

Justeru itu, tekanan sosial juga menyebabkan masalah penggunaan gajet berlaku.
Kanak-kanak adalah kategori orang yang paling mudah dijangkiti dan sering mempunyai
minat yang tinggi dan hal ini sangat mengganggukan jika mereka terdedah kepada
keganasan gadget, seperti buli siber, melihat laman web pornografi, dan sebagainya.
Namun, ini dapat diselesaikan sekiranya ibu bapa memerhatikan aktiviti seharian anak-anak
mereka. Ibu bapa juga diharapkan untuk meluangkan lebih masa dengan anak mereka.
Maka, jelaslah bahawa rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi isu
penggunaan gajet semakin berleluasa

4
3.0 KESAN PENGGUNAAN GAJET TERHADAP KANAK-KANAK

Kajian menunjukkan bahawa kekerapan menggunakan gajet boleh memberi kesan


negatif pada kefungsian otak kanak-kanak.Mereka akan menghadapi masalah seperti defisit
perhatian, masalah kognitif, gangguan pembelajaran, peningkatan impulsif, dan kawalan
kendiri diri. Penggunaan gajet turut akan melemahkan perkembangan fizikal.Kanak-kanak
akan menghadapi masalah pada bahagian tengkuk dan belakang badan jika menggunakan
komputer, permainan video dan telefon bimbit secara berlebihan.

Penggunaan gajet dalam jangka masa yang panjang juga akan melemahkan kekuatan
fizikal dan kemahiran motor halus dan akibatnya kelak kanka-kanak lambat untuk
menulis.Kurangnya pergerakan anggota badan semasa menggunakan gajet akan
menyebabkan perkembangan kanak-kanak terbantut dan memberikan kesan terhadap
pencapaan akademik dan literasi.

Penggunaan gajet juga boleh menyebabkan kanak-kanak berhadapan masalah


rabun jauh dalam usia yang masih muda.Kenyataan ini disokong dengan kajian di Asia
Timur, Singapura dan Taiwan mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah rabun
meningkat sehingga 85%.Kanak-kanak dan remaja akan mengalami masalah rabun silau
atau ‘astigmatism’ yang berpunca daripada tabiat bermain gajet dalam keadaan berbaring,
mengiring atau meniarap dalam tempoh masa yang lama.

Di samping itu, kanak-kanak yang menggunakan gajet secara berlebihan sukar


berinteraksi dengan orang sekeliling, tidak mempunyai aktiviti riadah seperti sukan dan
bermain dengan kawan-kawan yang menyebabkan kanak-kanak bersikap ‘introvert’.Antara
kesan negatif penggunaan gajet terhadap kanak-kanak ialah menghalang kecergasan
interpersonal, iaitu hubungan sesama manusia dan menyebabkan kurangnya komunikasi
dengan orang di sekeliling.Kanak-kanak juga berpontesi untuk menghadapi masalah
pertuturan dan komunikasi iaitu ‘oral motor’ yang menyebabkan berlakunya masalah lambat
bercakap dan perkara ini akan memberi kesan kepada interaksi sosial apabila mereka
meningkat remaja.

Akhir sekali, kekurangan tidur juga mempunyai implikasi neuropsikologi pada kanak-
kanak, termasuk mudah marah, kurang kemampuan sosial, dan ingatan yang lemah yang
dapat mempengaruhi kejayaan akademik. Hal ini juga secara tidak langsung mendorong
kepada masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, penambahan berat badan dan
sebagainya. Maka, jelaslah bahawa masalah kekurangan tidur merupakan kesan negatif
kepada kanak-kanak.

5
4.0 LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN GAJET TERHADAP KANAK-KANAK

Menurut Mubara Kayla dan rakan-rakan (2017) sesetengah ibu bapa menerima
perkembangan generasu digital dengan bersemangat, manakala ada sesetengah yang lain
merasa ibu bapa panik, bimbang malah hampir paranoid kerana hanya melihat sisi negatif
penggunaan gajet atau ‘gajet’. Rasa bimbang dan panik dalam kalangan ibu bapa ada
rasionalnya apabila telah banyak kajian yang membuktikan penggunaan gajet secara
berlebihan memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak. Apatah lagi, Islam melarang
umatnya melakukan sesuatu yang boleh memberi kemudaratan kepada diri.

Walaubagaimanapun, sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini pengguna gajet


tanpa wayar dalam kalangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi satu kebiasaan
disebabkan faktor semasa seperti pembelajaran, pengisian masa lapang dan ada yang
disebabkan untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak. Ibu bapa harus akur dengan realiti
bahawa anak-anak masa kini berkembang dengan lebih cepat berbangding dengan anak-
anak sebelum ini. Ibu bapa perlu selangkah ke hadapan dalam menghadapi ledakan
teknologi dalam kehidupan anak-anak . Oleh itu, usaha untuk mengawalnya perlu dilakukan
oleh ibu bapa supaya kanak-kanak menggunakan gajet dengan kaedah yang betul dan tidak
menganggu proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Pelbagai kaedah telah dikenali pasti sebagai langkah atau cara ibu bapa untuk
mengawal penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak secara berlebihan. Antara
langkah yang dapat diberi adalah dengan penetapan kata laluan. Menurut Hasanah (2020)
ibu bapa boleh memasang perisian ‘parental control’ pada komputer ataupun telefon bimbit
untuk menghadkan laman sesawang yang tertentu yang mana ianya tidak sesuai untuk
dilayari oleh kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh memuat turun aplikasi yang dinamakan
‘google family link for parents’ di telefon mereka dan dapat memantau anak-anak walaupun
tidak berada bersama mereka.

6
Seterusnya, menghadkan tempoh masa. Menurut Prof. Dr Muhammad Muhsin, Pakar
Perunding Psikiatri dan Pensyarah Kanan Universiti Malaya, ibu bapa perlu memainkan
peranan yang penting dari segi had masa dan pemantauan yan rapi. Hal ini penting bagi
memastikan anak-anak tidak terlalu ghairah apabila menggunakan gajet. Katanya lagi,
penggunaan gajet seharusnya tidak boleh melebihi 2 jam dan mereka perlu duduk sekali
bersama anak-anak terutama anak-anak yang berusia bawah lima tahun bagi mengelakkan
kebergantungan terhadap gajet (Khairunnisa 2016). Pakar Perunding Pediatrik dan
Kardiologi Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail, berpendapat kanak-kank yang berusia dua
hingga lima tahun hanya boleh didedahkan dengan gajet kira-kira sekitar 30 minit untuk
tempoh dua hingga tiga hari sekali, manakala yang berumur 6 hingga 18 tahun pula hanya
dua jam sehari sahaja (Alzahrin & Mohd Nasaruddin 2015).

Akhir sekali, langkah pengawalan dan penggunaan gajet sebagai medium


pendidikan yang positif kepada perkembangan kanak-kanak. Program-program yang
dirancang oleh kerajaan, NGO dan swasta juga perlu mengambil kira kesan penggunaan
gajet bagi mengelakkan masalah perkembangan daripada kehidupan kanak-kanak.

7
5.0 PENUTUP PENGGUNAAN GAJET TERHADAP KANAK-KANAK

Kesimpulannya, tidak dinafikan lagi bahawa gajet adalah penting pada abad ini. Gajet
telah memberikan banyak kemudahan kepada manusia untuk kita berhubung, mencari
maklumat dan sebagainya terutamanya kepada kanak-kanak yang masih bersekolah. Tidak
semua kesan gajet adalah negatif. Dalam era moden ini, adalah tidak praktikal untuk
menghentikan anak-anak kita daripada menggunakan gajet. Namun perkara yang tidak baik
adalah dengan membiarkan anak-anak bermain gajet sehingga mereka lalai dengan
pelajaran mereka.

Oleh itu, ia adalah penting bahawa kita harus cuba untuk mengurangkan kesan
penggunaan alat-alat ini pada anak-anak kita. Jika didedahkan terlalu awal dan dalam
tempoh yang lama terhadap gajet, ia akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara
keseluruhan. Ini sekaligus memberi pelbagai kesan negatif terhadap fizikal dan mental anak-
anak. Ianya terpulang kepada ibu bapa dalam membantu mereka etika dan cara
memanfaatkan kemudahan teknologi hari ini dengan mewujudkan gaya asuhan dan langkah
pengawasan yang sesuai terutama sejak usia muda.

Telefon bimbit adalah salah satu teknologi yang terhasil daripada perkembangan
pendidikan manusia hari ini. Sudah pasti di masa akan datang pelbagai lagi teknologi yang
akan dihasilkan bagi memberi kemudahan kepada manusia dan ia memberikan kita pilihan
samada untuk memanfaatkannya atau tidak. Semoga setiap anggota masyarakat
bertanggungjawab mendidik orang sekeliling terutamanya kanak-kanak pada hari ini.
Kegagalan menangani masalah ini menyebabkan masa hadapan anak muda akan hancur
dan tidak mempunyai pendirian yang tetap disebabkan kegagalan dalam diri mereka.

Secara keseluruhannya, peranti elektronik merupakan satu gaya baharu yang perlu
diterima oleh ibu bapa. Mereka hendaklah memastikan anak-anak tidak menyalahgunakan
kebebasan oleh ibu bapa. Mereka hendaklah bijak menyelesaikan masalah ini bagai
menarik rambut di dalam tepung tidak berselerak rambut tidak putus.

Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh, gajet mempunyai peranan yang sangat
penting dalam kehidupan seharian kita. Namun, kita harus pandai mengawal penggunaan
gajet sebelum kita menjadi taksub terhadapnya. Semua pihak haruslah memainkan peranan
masing-masing dalam mencegah isu penggunaan gajet sebelum isu ini menjadi lebih
berleluasa. Jika semua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing, maka kita dapat
mewujudkan sebuah negara yang aman damai dan harmoni serta dipenuhi dengan rakyat
yang sihat-sihat

8
6.0 RUJUKAN

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/download/4543/2693/

https://sinarbestari.sinarharian.com.my/komuniti/9-kesan-gajet-kepada-
perkembangan-anak-anda

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2022/02/920051/hadkan-
penggunaan-gajet-elak-anak-ketagih

http://www.ukm.my/wadahict/kanak-kanak-gajet/

9
7.0 LAMPIRAN

10

You might also like