Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 53

TOPIK 3

CIRI DAN PRINSIP PENTAKSIRAN


KERANGKA KONSEP
Kesahan
Ciri-ciri utama Kebolehpercayaan
ujian
Keobjektifan
Kemudahtadbiran
Kemudahtafsiran
KESAHAN
Kesahan ialah ujian yang mengukur sesuatu sebaik mungkin (Anastasi,
H AN 1988)
S A
KE Konsep kesahan merujuk keseluruhan perkara yang hendak diukur dan tiada lain
T U selain apa-apa yang hendak kita ukur. (Thorndike,1991)
I
PA
A Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur
(Youngman@Eggleston,1982: Sax & Newton, 1997)

Kesahan adalah lebih penting daripada kebolehpercayaan tetapi bergantung semata-mata kepadanya
dianggap sebagai kesahan pemerhatian. (Wood,1991)
KESAHAN
Sesuatu ujian yang baik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan skor
H AN ujian yang tinggi
S A
KE Sesuatu ujian dianggap ujian yang baik sekiranya ia dapat mengukur apa yang
T U sepatutnya diukur.
I
PA
A Ujian yang baik harus membekalkan data yang membolehkan kita membuat keputusan yang
berguna

Kesimpulannya, ujian yang baik menghasilkan skor ujian yang sah dan boleh dipercayai.
JENIS-JENIS KESAHAN

Kandungan
Semasa/
serentak
Muka JENIS
KESAHAN
Kriteria
Konstruk/ Ramalan/
gagasan telahan
KESAHAN KANDUNGAN
▪ Dalam pentaksiran bilik darjah, domain tugasan pencapaian
ditentukan oleh pengajaran dan pengubalan ujian yang melibatkan :
▪ Guru perlu menyatakan domain yang relevan yang ingin diukur secara
sfesifik
▪ Membina atau memilih satu set perwakilan tugasan yang hendak diuji.
▪ Untuk dapatkan satu ukuran hasil pembelajaran yang sah, guru
perlu bermula dengan pengajaran(apa yang di ajar) kepada domain
pencapaian(apa yang perlu di ukur) dan akhirnya ujian itu sendiri
(perwakilan sampel tugasan yang relevan) (Miller,Linn dan
Gronlund,2009)
KESAHAN KANDUNGAN
▪ Menentukan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang ujian yang
hendak diuji
▪ Kandungan ujian hendaklah ditentukan dan selaras dengan tujuan
ujian itu diadakan, peringkat ataukategori objektif pelajaran bagi
setiap tajuk
▪ Buat pilihan yang seimbang supaya tajuk-tajuk yang diuji akan
mencerminkan pengetahuan yang dipelajari secara menyeluruh
KESAHAN KANDUNGAN
▪ Cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu ujian adalah
dengan membina JPU
▪ Bagi guru yang kurang pengalaman minta kerjasama rakan sejawat
yang berpengalaman
KESAHAN KONSTRUK/GAGASAN
▪ Konstruk membawa maksud sekiranya suatu ujian boleh menguji
kesemua atribut yang ingin diukur, maka ujian itu diangap sah.
▪ Konstruk ialah satu kualiti psikologikal yang menerangkan beberapa
aspek tingkah laku.(Gronlund &Linn,1990)
▪ Konstruk adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian
yang digunakan untuk mengukut tret, tingkahlaku atau tret mental
manusia. Tujuan ujian ini adalah untuk mengukur setakat mana
calon yang diuji dapat menunjukkan tret mentalnya seperti
kecerdasan otak, kreativiti, motivasi, toleransi, kebolehan
penaakulan, sifat keadilan dan sebagainya.
KESAHAN KONSTRUK/GAGASAN
▪ Sidek (1998) menyatakan bahawa gagasan adalah sekumpulan
konsep di dalam fikiran kita yang tidak wujud secara nyata. Gagasan
mengandungi konsep-konsep yang kompleks yang terdiri daripada
pelbagai faktor yang berinteraksi sesama sendiri. Gagasan tidak
dapat dilihat maka pengukuran ke atasnya tidak dapat dilakukan
secara langsung. Gagasan perlu didefinisikan sehingga dapat
meramalkan hubungan antara gagasan tersebut dengan hasil yang
dikehendaki. Kesahan gagasan adalah kesahan yang diperoleh
dengan menghubungkan andaian ukuran suatu gagasan dengan
tingkah laku yang dijangkakan akan berlaku (Sidek 1998).
KESAHAN KONSTRUK/GAGASAN
▪ Kesahan gagasan dapat ditentukan melalui analisis faktor. Melalui
analisis ini item yang membentuk gagasan dapat ditentukan, kesahan
gagasan merupakan aspek terpenting kesahan alat ukuran
terutamanya yang berkaitan dengan kajian sosial dan pendidikan
(Sidek 1998). Pendapat ini disokong oleh Mohd Majid (1990),
bahawa kesahan gagasan adalah merupakan aspek terpenting
kesahan pengukuran, khususnya dalam penyelidikan pendidikan. Ini
adalah kerana kebanyakan pemboleh ubah pendidikan adalah
terbentuk daripada gagasan. Kesahan gagasan lebih sukar ditentukan
jika dibandingkan dengan kesahan yang lain.
KESAHAN KONSTRUK/GAGASAN
▪ Contoh: Seorang guru ingin Mengukur konstruk kreativiti dalam
penulisan esei. Ujian yang dibina dikatakan mempunyai kesahan
konstruk jika darjah skor ujian itu berkaitan dengan penghakiman
yang dibuat daripada pemerhatian tingkahlaku yang dikenalpasti
teori psikologi sebagai kreatif. Jika tidak mengambarkan konstruk
yang ingin diukur, maka instrument itu tak sah.
▪ Kesahan konstruk adalah penting untuk semua jenis pentaksiran
sama ada pencapaian, aptitude, ataupun pembangunan
sosiopersonal.
KESAHAN MUKA
▪ Kesahan muka ialah sama ada alat ukur yang menampakkan
kesahan baik kepada responden kajian, dan orang lain yang
mempunyai kurang pendedahan berkenaan pengukuran tersebut.
Kesahan ini adalah untuk memastikan kejelasan item, soalan yang
dikemukakan, masa menjawab yang mencukupi, dan yang paling
utama item mengukur apa yang sepatutnya diukur (DeVallis
2003).
KESAHAN MUKA
▪ Contoh:
Penyelidik menjalankan ujian pra bagi instrumen kajian terhadap
beberapa orang tenaga pengajar daripada kumpulan yang
mempunyai ciri yang sama dengan sampel kajian. Mereka diminta
untuk membaca soalan-soalan yang dikemukakan dan memberi
penilaian tentang tahap kebolehbacaan dan kefahaman soalan
dalam instrumen kajian
KESAHAN MUKA

Kesahan muka tidak menjamin sama ada ujian tersebut
betul-betul mengukur fenomena dalam domain tersebut (Noraini
2010). Biasanya kesahan muka akan diikuti dengan kesahan
kandungan bertujuan untuk memantapkan lagi instrumen.
KESAHAN MUKA

Kesahan muka bukanlah “kesahan” seperti definisinya yang kita
fahami, tetapi ia lebih kepada sesuatu alat ukuran “nampak pada
permukaannya” mempunyai kesahan yang tinggi. Ini
bermaksud, sekali pandang, nampak alat ukuran itu sah, atau
orang biasa/tidak terlatih nampak alat ini sebagai sah.
KESAHAN MUKA
▪ Bagaimanapun, kesahan muka mempunyai kepentingannya
sendiri, mempengaruhi orang yang menjawab item inventori
merasa yakin terhadap inventori tersebut.
▪ Sekiranya inventori ini dirasakan tidak sesuai, besar kemungkinan
orang tidak akan menjawab item-itemnya secara serius, skornya
dirasakan tidak sah dan, dengan demikian, tidakboleh digunakan.
▪ Sebaliknya, kesahan muka juga memberikan masalah kepada
kesahan konstruk dan kesahan berkaitan kriteria, sebabnya,
apabila seseorang itu mengetahui siapa yang ingin diukur, dia
akan memberikan jawapan yang sentiasa “positif”.
KESAHAN KRITERIA
▪ Merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat
menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan beberapa
ukuran luaran (kriteria).
▪ Ukuran luaran ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
pertama, ukuran serentak (concurrent measure), iaitu apabila
ukuran luaran diambil serentak dengan ukuran alat;dan kedua,
ukuran ramalan (predictive measure), iaitu apabila ukuran luaran
diambilselepas ukuran alat.
KESAHAN KRITERIA

▪ Daripada ukuran-ukuran luaran ini, kita boleh mencari kesahan


serentak dan kesahan ramalan seperti berikut.
▪ KESAHAN SERENTAK
▪ KESAHAN RAMALAN
KESAHAN SERENTAK
▪ Kesahan serentak merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat
ukuran itudapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan
dengan ukurandaripada alat lain yang diambil serentak.
▪ Sebagai contoh, sekiranya alat ukuran kecerdasan A
menghasilkan skor yangmempunyai hubungan (pekali korelasi
tinggi) yang kuat dengan skor daripada alatukuran kecedasan B,
maka alat A dikatakan mempunyai kesahan serentak yangtinggi.
Dengan demikian, alat A boleh mengganti alat B untuk mengukur
kecerdasan
KESAHAN RAMALAN
▪ Kesahan ramalan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat
ukuran itudapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan
dengan ukuran daripada alat lain yang diambil kemudian
▪ Sebagai contoh, sekiranya ujian percubaan matematik
menghasilkan markah yangmempunyai hubungan yang kuat
dengan gred matematik SPM, maka ujian matematikpercubaan
dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi. Ini
bermaknapencapaian pelajar dalam ujian percubaan dapat
meramal keputusan SPM.
MENINGKATKAN KESAHAN DALAM UJIAN
1. Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu
ujian ialah dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang
dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat memastikan kesahan isi
ujian yang akan disediakan. Di mana dalam JPU guru hendaklah menetapkan
tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom
atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif
dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran
bergantung kepada matapelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat
kebolehan murid-murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu
meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran.
MENINGKATKAN KESAHAN DALAM UJIAN
2. Bagi meningkatkan kesahan gagasan ialah dengan mencari korelasi
diantara markah pada ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait
yang diperkatakan itu. Hal ini bermakna bahawa jikalau kita mahu menentukan
kesahan gagasan untuk satu ujian yang dikatakan mengukur semangat berdikari,
maka kita terpaksa mencari korelasi markahnya dengan satu markah bagi ujian
lain yang mengukur trait yang sama.
MENINGKATKAN KESAHAN DALAM UJIAN
3. Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada
satu kumpulan yang diketahui mempunyai trait itu. Sifat hormat menghormati
boleh dikatakan sangat tinggi dikalanganm ahli-ahli agama. Ataupun sifat mencari
keuntungan yang maksimum terdapat dikalangan peniaga-peniaga. Oleh itu
sesuatu ujian itu bolehlah ditadbirkan kepada golongan-golongan yang dikatakan
mempunyai sifat ataupun trait yang dikehendaki itu. Jika markah kumpulan itu
tinggi maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan gagasan yang
tinggi.
MENINGKATKAN KESAHAN DALAM UJIAN
4. Dengan menjalankan satu ekperimen dan membuat ujian detik-detik
startegik di dalam ekperimen itu. Ini bermakna kesahan berasaskan pendirian
yang keadaan mengubah sesuatu trait itu dapat diwujudkan. Keadaan yang
berlainan itu memberi kesan kepada trait seseorang itu. Umpamanya sifat putus
asa akan bertambah serius jikalau seseorang itu menghadapi kegagalan demi
kegagalan. Oleh itu untuk mendapatkan kesahan bagi satu ujian yang mengukur
trait putus asa ini, maka ujian ini bolehlah diberi kepada satu kumpulan yang
dimasukkan ke dalam satu ekperimen apabila keadaan dikelolakan supaya
mereka yang dieksperimenkan itu mengalami kegagalan berturut-turut. Jikalau
markah pada ujian itu menunjukkan pertambahan dari satu masa ke satu masa
yang berikutnya maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan.
MENINGKATKAN KESAHAN DALAM UJIAN
5. Langkah utama bagi mendapatkan kesahan ini ialah menentukan kriteria tentang apa
yang dikatakan kemampuan atau kejayaan di dalam sesuatu perkara yang diramalkan itu.
Umpamanya perlu diketahui apakah ciri-ciri yang ada pada jurutaip yang dikatakan baik itu
ataupun apakah ciri-ciri kejayaan di dalam pelajaran di sekolah menengah. Jurutaip yang baik
mungkin dapat menaip sebanyak 80 perkataan dalam satu mionit, mengetahui semua format
surat menyurat, dapat mengeja dengan tidak membuat salah lebih daripada 2% daripada
perkataan yang terdapat pada sesuatu kerja yang dikendalikan, dapat menaip terus menerus
dalam jangkamasa 1 jam, dan berbagai- bagai lagi. Bagi kejayaan dalam pelajaran sekolah
menengah pula, mungkin perkara- perkara yang penting ialah mendapat markah tidak kurang
daripada 60% di dalam tiap-tiap ujian yang diambil, menolong rakan sebaya di dalam hal-hal
pelajaran di sekolah dan mengambil peranan aktif semasa di bilik darjah.
MENINGKATKAN KESAHAN DALAM UJIAN
6. Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi
diantara ujian ayang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang
berkenaan dengan perlakuan yang di dalam konteks kriatiria pada akhir
pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima jikalau didapati calon yang
tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang dikehendaki di dalam
kretiria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan prestasi di
dalam kretiria itu.
MENINGKATKAN KESAHAN DALAM UJIAN
7. Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi
diantara ujian ayang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang
berkenaan dengan perlakuan yang di dalam konteks kriatiria pada akhir
pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima jikalau didapati calon yang
tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang dikehendaki di dalam
kretiria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan prestasi di
dalam kretiria itu.
KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Kebolehpercayaan adalah ketekalan ukuran-ukuran
(consistency of measures) yang dihasilkan oleh alat
tersebut (Hanna & Dettmer, 2004).
▪ Justeru, kebolehpercayaan ujian bermaksud ketekalan
markah-markah yang dihasilkan oleh ujian tersebut
KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Darjah ketekalan ukuran-ukuran boleh ditentukan dalam
pelbagai keadaan, misalnya, apabila ujian yang sama diambil
oleh pelajar kali kedua, ujian yang sama ditadbirkan oleh
guru lain,ujian yang sama diambil oleh pelajar pada waktu
yang berbeza (pagi/petang), jawapan kepada ujian yang
sama diperiksa oleh pemeriksa yang berbeza. Ujian yang
baik/sesuai adalah ujian yang mempunyai darjah ketekalan
(degree of consistency) yang tinggi, iaitu markah/skor yang
dihasilkan adalah hampir sama dalam apa jua keadaan.
INDEKS KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Dari segi definisi operasi
▪ pekali/indeks kebolehpercayaan boleh dikira/dianggar
(compute/estimate) dengan menggunakan pekali korelasi
antara dua (2) ukuran yang boleh dikira menggunakan
pelbagai kaedah
INDEKS KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Seperti julat pekali korelasi, julat indeks kebolehpercayan
juga adalah antara -1.00 hingga + 1.00.
▪ Indeks kebolehpercayaan negatif menunjukkan ketekalan
yang songsang, iaitu pelajar yang mendapat skor tinggi
dalam ujian kali pertama akan mendapat skor yang rendah
dalam ujian kali kedua, dan sebaliknya.
▪ Kebiasaannya indeks kebolehpercayaan bernilai positif, dan
bagi kebanyakan ujian, indeks antara 0.65 dan 0.85 adalah
memadai.
INDEKS KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Indeks Kebolehpercayaan dan Pengkelasan Ujian Nilai
▪ Nilai (r) Pengkelasan Ujian
▪ < 0.20 Tidak baik
▪ 0.21 – 0.40 Kurang baik
▪ 0.41 – 0.60 Sederhana baik
▪ 0.61 – 0.80 Baik
▪ 0.81 – 1.00 Sangat baik
JENIS-JENIS KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Mehrens dan Lehmann (1991) menyenaraikan lima jenis
kebolehpercayaan dan juga kaedah menentukan indeksnya.
Jenis-jenis kebolehpercayaan tersebut ialah:
▪ (1) Ukuran Kestabilan (Measure of Stability),
▪ (2) Ukuran Kesetaraan (Measure of Equivalence),
▪ (3) Ukuran Kesetaraan dan Kestabilan (Measure of
Equivalence and Stability ),
▪ (4) Ukuran Ketekalan Dalaman (Measure of Internal
Consistency), dan
▪ (5) Kebolehpercayaan Pemeriksa (Scorer Reliability).
UKURAN KESTABILAN
▪ Ukuran Kestabilan, yang juga dipanggil “anggaran
kebolehpercayaan uji-uji semula” (test-restest estimate of
reliability)
▪ Dikira dengan memberikan ujian yang sama sekali lagi
kepada kumpulan pelajar yang sama selepas ujian pertama
ditadbirkan, dan seterusnya, mengira pekali korelasi
Pearson antara dua/pasangan skor yang diperoleh setiap
pelajar.
UKURAN KESTABILAN
▪ Contoh; Ujian kesediaan yang boleh dianggap sebagai
kurang ada perubahan antara masa pentaksiran dan
kemasukan ke dalam program (Miller, Linn dan Gronlund,
2009)
▪ Kelemahan kaedah ini ialah selang masa yang panjang boleh
memberi kesempatan untuk calon berlatih dan menambah
pengetahuan dalam bidang yang diuji.
UKURAN KESETARAAN
▪ Berbeza daripada kaedah uji-uji semula yang menggunakan
ujian yang sama, Ukuran Kesetaraan [atau Ukuran
Keselarian (parallel)] dikira dengan memberikan dua ujian
yang berbeza tapi setara (kesamaan dari segi kandungan,
Jadual Spesifikasi Ujian, format soalan dan arahan
menjawab serta min, varians dan interkorelasi skor)
kepada kumpulan pelajar dan hari yang sama, dan
seterusnya, mengira pekali korelasi Pearson antara dua
pasangan skor yang diperoleh setiap pelajar.
UKURAN KESETARAAN
▪ Ukuran Kesetaraan ini akan menggambarkan tahap keyakinan
kepada kita untuk membuat generalisasi skor yang akan diperoleh
pelajar, sekiranya mereka diberi ujian yang terdiri daripada
item-item lain yang setara dengan item-item ujian yang telah
diberikan. Ujian yang setara ini penting sekiranya seseorang
penyelidik enggan menggunakan soalan yang sama sebagai ujian-pra
dan ujian-pos (untuk mengelak daripada pelajar menghafal
jawapan). Dalam hal ini, dua ujian yang setara boleh digunakan,
satu sebagai ujian-pra dan satu lagi sebagai ujian-pos. Selain itu,
ujian yang setara juga boleh digunakan untuk menguji dua
kumpulan pelajar yang berbeza pada berlainan masa.
UKURAN KESETARAAN
▪ Kaedah ini sesuai digunakan disekolah dan relevan jika guru ingin
menjalankan ujia Pra dan Pos dalam kajian tindakan.
▪ Hal ini bedasarkan rasional bahawa murid yang mendapat skor
tinggi pada ujian pra akan mendapat tinggi juga dalam ujian pos,
begitu juga murid yang mendapat skor rendah akan mendapat skor
yang rendah.
▪ Ini menunjukkan bahawa konsistensi dan kebolehpercayaan yang
tinggi.
UKURAN KESETARAAN DAN KESTABILAN
▪ Ada kalanya kita ingin melihat ketekalan pencapaian seseorang
pelajar untuk jangkamasa yang panjang dengan menggunakan ujian
yang berbeza. Justeru, kaedah yang sesuai untuk membuat
pengukuran ini ialah dengan mentadbirkan ujian kedua yang setara
dengan ujian pertama (Ukuran Kesetaraan) pada suatu masa yang
lain (Ukuran Kestabilan). Kebolehpercayaan ini, yang merangkumi
Ukuran Kesetaraan dan Ukuran Kestabilan, dinamakan Ukuran
Kesetaraan dan Kestabilan. Indeks kebolehpercayaan ini boleh
ditentukan oleh pekali korelasi Pearson antara dua/pasangan skor
yang diperolehsetiap pelajar, iaitu skor ujian pertama dan
skor ujian kedua yang ditadbirkan kemudian
UKURAN KETEKALAN DALAMAN
▪ Berbeza daripada ketiga-tiga ukuran ketekalan yang dijelaskan
sebelum ini, Ukuran Ketekalan Dalaman boleh ditentukan dengan
menggunakan sekali ujian sahaja. Salah satu daripada kaedah yang
digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman ialah dengan
membelah/memecahkan ujian kepada separuh separuh (split-half),
iaitu separuh pertama dan separuh kedua. Ukuran Ketekalan
Dalaman Belah-Dua ini dapat menggambarkan kesetaraan dalaman
ujian, iaitu antara separuh pertama dengan separuh kedua sesuatu
ujian.
UKURAN KETEKALAN DALAMAN
▪ Kaedah ini merujuk ketekalan dalaman bedasarkan kepada tahap
homogeniti skor dalam item-item yang mengukur trait yang sama
(McMillan,2004).
▪ Kebiasaannya ujian disusun mengikut aras kesukaran supaya
pembahagian berbentuk ganjil genap.
KEBOLEHPERCAYAAN PEMERIKSA
▪ Kebolehpercayaan pemeriksa bermaksud ketekalan
ukuran/skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa
apabila memeriksa kertas jawapan yang sama.
Kebolehpercayaan ini tidak diperlukan bagi ujian berbentuk
objektif, sebab jawapan kepada setiap soalan dalam ujian
bentuk ini adalah sama, iaitu perbezaan skor antara
pemeriksa tidak wujud (biasanya jawapan diperiksa oleh
komputer sahaja).
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Beberapa faktor didapati mempengaruhi kebolehpercayaan
ujian, termasuk panjang ujian, kehomogenan kumpulan,
kesukaran item dan objektiviti jawapan.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Keadaan tempat ujian
▪ tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab
seperti yang selalu ditunjukkan.
▪ Bising dan panas umpamanya , muird tidak akan dapat
menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya.
▪ Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil ujian
▪ Oleh itu , guru haruslah memastikan yang keadaan tempat
murid itu semasa mengambil ujian adalah baik
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Kejelasan arahan dan item-item ujian itu.
▪ Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh
menimbulkan interpretasi yang berlainan dariapada
muri-murid.
▪ Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian ,
guru seharusnya memastikan yang arahan dan item-item,
sama ada dalam bentuk kenyataan, gambar dan lain-lain
lagi itu jelas.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Tempoh masa Ujian.
▪ Ujian yang banyak itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru
berpeluang menyoalnya beberapa kali.
▪ Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang panjang.
▪ Menyebabkan kurang tumpuan.
▪ Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, guru seharusnya
menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang panjang.
▪ Guru juga boleh memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberpa kali.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Pemeriksaan dan pemarkahan.
▪ Ujian objektif tidak menimbulkan masalah.
▪ Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai
dan juga amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara
objektif.
▪ Bagi mengelakkan perkara-perkara ini, guru harus menyediakan
satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita
patuhi pada skimini apabila membuat pemeriksaan dan
pemarkahan.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEBOLEHPERCAYAAN
▪ Untuk meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu
ujian ataupun penilaian ialah dengan memberikan bilangan
soalan yang berpatutan.
▪ Biasanya semakin bilangan solan bertambah, maka semakin
tepat pencapaian murid itu.
▪ Kerana bilangan soalan ditambah akan dapat mengurangkan
peluang untuk murid meneka.
RALAT KEBOLEHPERCAYAAN

Skor diperhatikan = skor sebenar + Ralat


(McMillan,2004)

Ralat menyebabkan klasifikasi kebolehpercayaan sebagai


▪ kebolehpercayaan tinggi
▪ kebolehpercayaan sederhana
▪ kebolehpercayaan rendah
RALAT KEBOLEHPERCAYAAN

Ralat terdiri sebagai ralat positif dan ralat negatif


▪ Bermaksud skor yang diperhatikan boleh menjadi
tinggi atau rendah dari skor sebenar.
▪ Contoh, murid yang sakit, dan tidak tenteram dari
segi emosi mungkin memperoleh ralat negatif.
RALAT KEBOLEHPERCAYAAN
Punca Ralat Pentaksiran

Ralat Luaran
Ralat Dalaman (Murid)
Arahan peperiksaan
Emosi
Kekaburan Item
Pemakanan
Ketidakselesaan dibilik
Motivasi peperiksaan
Kerisauan Persempelan item
Kepenatan Perbezaan dari segi
Kemahiran menghadapi pemerhati
peperiksaan
Gangguan semasa Ujian
Kebolehan Penskoran
Bias
TERIMA KASIH

You might also like