Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif LM Akibat PKP - Februari 2021 (Updated 29.1.2021)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

1

GARIS PANDUAN KPR3028 • Februari 2021

Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar


Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
/ PKP Bersyarat / PKP Diperketatkan
Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI)
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Matlamat Latihan Mengajar

Latihan mengajar (LM) adalah untuk menyediakan peluang kepada Guru Pelatih mengalami
dan mengaplikasikan ilmu pendidikan dalam konteks sebenar di institusi pendidikan.

1. Pelaksanaan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar

1.1 Pelaksanaan garis panduan ini adalah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) / PKP Bersyarat (PKPB) / PKP Diperketatkan (PKPD) dalam situasi akibat pandemik
Covid-19 dan terpakai bagi pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah
mendaftar kursus KPR3028 dan menjalani LM1 / LM2 bermula Februari 2021 bagi sesi
pengajian A202 seperti di Jadual 1. Walau bagaimanapun, bagi pelajar-pelajar lain dari
kohort yang keciciran, pelajar perlu memenuhi keperluan struktur program (berdasarkan Buku
Panduan Akademik Fakulti Pembangunan Manusia) sebelum menjalani LM1 atau LM2 dan
mendapatkan kelulusan daripada pihak fakulti masing-masing.

Jadual 1: Kohort yang Terlibat dengan Pelaksanaan Pengkaedahan Alternatif Latihan


Mengajar Akibat PKP / PKPB / PKPD
Pelajar dari Daftar Kursus dalam
Semester LM Tarikh Pelaksanaan LM
Kohort Sesi Pengajian

A171 (Normal) Sem. 8 LM1


21/22 Feb. – 22/23 April
A202 2021
(8 Minggu)
A171 dan A172
Sem. 8 LM2
(Credit Transfer)

1.2 Pada tarikh 13 hingga 26 Januari 2021 (2 minggu), pihak Kerajaan telah melaksanakan
semula PKP, PKPB, dan PKPD terhadap negeri-negeri tertentu di seluruh Malaysia. Malah
terdapat perlanjutan PKP terhadap kebanyakan negeri sehingga 4 Februari 2021. Ini telah
mengakibatkan terdapat beberapa organisasi termasuk institut pengajian tinggi, sekolah-
sekolah atau institusi pendidikan telah diarahkan untuk tidak beroperasi bagi membendung
wabak Covid-19 yang semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 1 drpd 20
2

1.3 Dalam situasi sebegini, secara spesifiknya PdP pelajar dalam tempoh sebagai ‘Guru
Pelatih’ serta penyeliaan oleh Pensyarah Penyelia / Guru Pembimbing dijangka terjejas. Malah,
jika PKP / PKPB tersebut berlanjutan atau terdapat lokaliti yang dilaksanakan PKPD,
pelaksanaan Latihan Mengajar (LM) pelajar-pelajar yang dijadualkan dijangka akan turut
terjejas dan seterusnya pelajar-pelajar tidak akan dapat bergraduat pada masa yang
dirancang (Graduate on Time).

1.4 Dengan turut mengambil kira Guru Pelatih yang sedang menjalani LM1 dan akan terus
menyambung LM2 bermula 26 April 2021, maka garis panduan ini perlu dilaksanakan
SEGERA dan efektif bermula 21 Februari 2021 bagi semua pelajar dari kohort yang
berkaitan (rujuk Jadual 1). Walau bagaimanapun, bagi Guru-guru Pelatih yang berpeluang
untuk menjalani keseluruhan LM secara fizikal dan bersemuka (normal) di lokaliti-lokaliti yang
tidak terkesan dengan PKP / PKPB / PKPD, garis panduan ini adalah tidak berkaitan. Dalam
masa yang sama, pelaksanaan garis panduan ini akan tertakluk kepada perubahan
berdasarkan situasi semasa berkaitan pandemik Covid-19, arahan semasa daripada pihak
Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan pihak
Pengurusan Atasan UPSI.

2. Pentaksiran bagi Pengkaedahan Alternatif LM

2.1 Penyediaan RPH dan Video PdP / PdPR

Mengambil inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar yang berkemungkinan tidak dapat


meneruskan LM akibat PKP / PKPB / PKPD dan seterusnya tidak dapat bergraduat pada masa
yang ditetapkan (Graduate on Time), maka dicadangkan agar setiap minggu yang pelajar
terlepas menjalani LM secara fizikal digantikan dengan penghasilan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) berserta dengan video rakaman PdP atau PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah) dalam talian.

Sebagai rujukan, berikut (Jadual 2) adalah panduan bagi penyediaan RPH dan video PdP /
PdPR dalam Pengkaedahan Alternatif LM yang perlu dijalankan bermula 21 Februari 2021
terhadap pelajar yang belum atau telah memulakan LM bermula 21 Februari 2021 (dengan
syarat pelajar telah mendaftar kursus). Bilangan RPH dan video PdP / PdPR adalah bergantung
kepada bilangan minggu yang Guru Pelatih tidak dapat menjalani LM di sekolah / institusi
pendidikan secara fizikal.

Jadual 2: Panduan Penyediaan RPH dan Video PdP


Minggu Tarikh LM RPH (Bilangan) Video PdP / PdPR (Bilangan)

1 21 – 27 Feb. 2021 1 1
2 28 Feb. – 6 Mac 2021 1 1
3 7 – 13 Mac 2021 1 1
4 14 – 20 Mac 2021 1 1
5 21 – 27 Mac 2021 1 1
- 28 Mac – 4 Apr. 2021 Cuti Persekolahan
6 5 – 10 Apr. 2021 1 1
7 11 – 17 Apr. 2021 1 1
8 18 – 23 Apr. 2021 1 1
Jumlah 8 8

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 2 drpd 20
3

2.1.1 RPH

RPH yang dihasilkan bagi tujuan pentaksiran dalam pengkaedahan alternatif LM perlu
merangkumi tempoh dwi-masa (double period) PdP dan bersamaan dengan tempoh PdP yang
sebenar. Guru Pelatih perlu merujuk kepada jadual PdP jika telah dibekalkan oleh Guru
Pembimbing (jika telah mula LM) atau rujuk kepada Pensyarah Penyelia jika belum dibekalkan
dengan jadual PdP (jika belum mula LM). Dalam Guru Pelatih belum memulakan LM di sekolah
atau di institusi pendidikan, format RPH dan pemilihan topik-topik PdP adalah berdasarkan
daripada cadangan Pensyarah Penyelia.

2.1.2 Video PdP

Penghasilan video PdP perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut;

i. Dicadangkan Guru Pelatih menghasilkan video PdP dengan merakam sesi PdPR secara
dalam talian (jika dibenarkan meneruskan PdPR oleh pihak sekolah) atau menghasilkan
rakaman video PdP (secara simulasi) dengan dihadiri oleh beberapa orang ‘pelajar’ dari
kalangan rakan atau ahli keluarga atau sesiapa juga yang sesuai.

ii. Tempoh video PdP / PdPR tersebut adalah perlu selari dengan RPH dengan PdP dwi-masa
(double period) dengan merangkumi Guru Pelatih dan pelajar yang hadir semasa sesi PdP
tersebut.

iii. Semua video PdP (selain PdPR) perlu merangkumi 360° kawasan dalam ‘kelas’ semasa
PdP berlangsung.

iv. Semua video PdP / PdPR akan dinilai oleh Pensyarah Penyelia / Guru Pembimbing.

v. Alternatif lain yang boleh dipertimbangkan oleh Pensyarah Penyelia / Guru


Pembimbing selain rakaman video PdP atau rakaman video PdPR dalam talian adalah
dengan menyertai PdPR dalam tallian Guru Pelatih secara synchronous dengan
menggunakan pelbagai medium atau platform seperti Google Meet, Google Classroom,
Webex, Zoom, WhatApps, Telegram, kompilasi fail, atau lain-lain yang difikirkan sesuai.
Dalam keadaan ini, Guru Pelatih tidak perlu mengemukakan video rakaman.

2.2 Permarkahan

Permarkahan dalam pentaksiran alternatif LM masih mengguna pakai format pemberatan


markah seperti permarkahan LM yang asal serta selari dengan sistem MySIS (Jadual 3).
Pengkaedahan ini tidak akan menimbulkan sebarang percanggahan dengan sistem MySIS dan
juga selari dengan kesemua borang-borang permarkahan LM yang sedia ada.

Jadual 3: Panduan Permarkahan bagi Pentaksiran Alternatif LM


Pentaksiran Asal LM Pentaksiran Alternatif LM Pemberat/
Tanggung Tanggung Markah
Perkara Perkara
Jawab Jawab (%)
Persediaan PP & GP RPH PP 25
Perkembangan PP & GP Video atau apa sahaja bentuk interaksi PP 60
secara dalam talian (Google Meet,
Google Classroom, Webex, Zoom,
WhatApps, Telegram, kompilasi fail,
atau lain-lain yang sesuai)

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 3 drpd 20
4

Pentaksiran Asal LM Pentaksiran Alternatif LM Pemberat/


Tanggung Tanggung Markah
Perkara Perkara
Jawab Jawab (%)
Sikap dan Sahsiah PP & GP Sikap dan Sahsiah (dinilai semasa PP 10
menjalankan PdPR, interaksi secara
dalam talian, perbualan atau penulisan
dalam apa sahaja medium / aplikasi
yang digunakan)
Rekod Aktiviti GP Laporan Perancangan Aktiviti PP 5
Kokurikulum KoKurikulum (aktiviti yang disusun dan
ditentukan oleh pihak sekolah /
institusi pendidikan bagi menggantikan
aktiviti KoKurikulum secara bersemuka
yang tidak dapat dilaksanakan)
Jumlah 100
*PP = Pensyarah Penyelia; GP = Guru Pembimbing
**Rujuk Rubrik Permarkahan seperti di Lampiran A

2.2.1 Permarkahan Komponen RPH

Permarkahan komponen RPH adalah bernilai 25 peratus dengan merujuk kepada Rubrik
Pentaksiran (Bahagian A) seperti yang dilampirkan. Cara pengiraan untuk memberikan
markah bagi komponen RPH adalah dengan mengambil kira purata markah daripada RPH-
RPH yang dikemukakan oleh Guru Pelatih kepada Pensyarah Penyelia. Jika terdapat juga
permarkahan biasa oleh Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia (kerana Guru Pelatih telah
memulakan LM) daripada Bahagian A, maka markah tersebut juga perlu diambil kira bersama
markah pentaksiran alternatif untuk mendapatkan markah purata Bahagian A secara
keseluruhan.

2.2.2 Permarkahan Komponen Video PdP / PdPR

Permarkahan komponen Rakaman Video PdP / PdPR dalam talian atau mana-mana interaksi
secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet, Google Classroom, Webex, Zoom,
WhatApps, Telegram, kompilasi fail, atau lain-lain yang sesuai) adalah bernilai 60 peratus
dengan merujuk kepada Rubrik Pentaksiran (Bahagian B) seperti yang dilampirkan. Cara
pengiraan untuk memberikan markah bagi komponen ini adalah dengan mengambil kira
purata markah daripada rakaman video-video PdP / PdPR dalam talian atau alternatif lain yang
dinyatakan. Jika terdapat juga permarkahan kaedah biasa oleh Pensyarah Penyelia / Guru
Pembimbing (kerana Guru Pelatih telah dapat memulakan LM secara fizikal) daripada
Bahagian B, maka markah tersebut juga perlu diambil kira bersama markah pentaksiran
alternatif untuk mendapatkan markah purata Bahagian B secara keseluruhan.

2.2.3 Permarkahan Komponen Sikap dan Sahsiah

Permarkahan komponen Sikap dan Sahsiah (bernilai 10 peratus) adalah dinilai semasa Guru
Pelatih menjalankan PdPR, interaksi secara dalam talian, perbualan, atau penulisan dalam apa
sahaja medium / aplikasi yang digunakan dengan merujuk kepada Rubrik Pentaksiran
(Bahagian C) seperti yang dilampirkan. Jika terdapat juga permarkahan biasa oleh
Pensyarah Penyelia / Guru Pembimbing (kerana Guru Pelatih telah dapat memulakan LM
secara fizikal) daripada Bahagian C, maka Pensyarah Penyelia / Guru Pembimbing ada pilihan
untuk sama ada hanya menggunakan markah tersebut atau mengambil kira bersama markah
pentaksiran alternatif untuk mendapatkan markah purata Bahagian C secara keseluruhan.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 4 drpd 20
5

2.2.4 Permarkahan Komponen Laporan Perancangan Aktiviti Kokurikulum

Permarkahan komponen Laporan Perancangan Aktiviti KoKurikulum (bernilai 5 peratus)


adalah berdasarkan aktiviti yang disusun dan ditentukan oleh pihak sekolah / institusi
pendidikan bagi menggantikan aktiviti KoKurikulum secara bersemuka yang tidak dapat
dilaksanakan. Contohnya adalah seperti ceramah motivasi, lain-lain ceramah, kelas tambahan,
kelas gantian, atau apa-apa projek yang sesuai dengan merujuk kepada Rubrik Pentaksiran
(Bahagian D) seperti yang dilampirkan.

Format penghasilan laporan perlu merujuk kepada Format Penulisan Disertasi UPSI atau
bergantung kepada cadangan oleh Pensyarah Penyelia dengan bilangan halaman tidak
melebihi 20 muka surat. Jika terdapat juga permarkahan biasa oleh Pensyarah Penyelia / Guru
Pembimbing (kerana Guru Pelatih telah dapat memulakan LM secara fizikal) daripada
Bahagian D, maka Pensyarah Penyelia / Guru Pembimbing ada pilihan untuk sama ada hanya
menggunakan markah tersebut atau mengambil kira bersama markah pentaksiran alternatif
untuk mendapatkan markah purata Bahagian D secara keseluruhan.

3. Kaedah Penyeliaan

Kaedah penyeliaan oleh Pensyarah Penyelia dan Guru Pembimbing terhadap semua Guru
Pelatih yang terlibat adalah secara dalam talian menggunakan mana-mana aplikasi atau
platform yang difikirkan sesuai dengan Guru Pelatih di sekolah / instusi pendidikan yang
terkesan dengan PKP / PKPB / PKPD. Panduan perancangan dengan kaedah ini adalah
seperti di Jadual 4.

Jadual 4: Panduan Perancangan Penyeliaan Secara Dalam Talian


LM Aktiviti Tempoh Peranan
‘Lawatan Sosial’ Minggu 1 PP & GP

Perbincangan dengan Guru Pelatih Minggu 2 - 4 PP


Bimbingan dan Pentaksiran secara synchronous atau
LM1 / Minggu 2 - 4 GP
asynchronous
Fasa 1 Bimbingan dan Pentaksiran secara synchronous atau Minggu 4 – 6
(8 Minggu) PP & GP
asynchronous (1 kali)
Bimbingan dan Pentaksiran secara synchronous atau Minggu 7 – 8
GP
asynchronous
Pensyarah Penyelia key-in markah ke dalam MySIS Minggu 8 PP

‘Lawatan Sosial’ Minggu 1 PP & GP

Perbincangan dengan Guru Pelatih Minggu 2 - 4 PP


Bimbingan dan Pentaksiran secara synchronous atau
LM2 / Minggu 2 - 4 GP
asynchronous
Fasa 2 Bimbingan dan Pentaksiran secara synchronous atau Minggu 4 – 6
(8 Minggu) PP & GP
asynchronous (1 kali)
Bimbingan dan Pentaksiran secara synchronous atau Minggu 7 – 8
GP
asynchronous
Pensyarah Penyelia key-in markah ke dalam MySIS Minggu 8 PP
*PP = Pensyarah Penyelia; GP = Guru Pembimbing

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 5 drpd 20
6

Semua penyeliaan dan pentaksiran secara dalam talian sama ada secara synchronous atau
asynchronous dengan menggunakankan mana-mana medium / platform / aplikasi yang
sesuai perlu dijalankan oleh Pensyarah Penyelia dan Guru Pembimbing bermula 21 Februari
2021 bagi memastikan semua Guru Pelatih yang berkaitan dapat menyelesaikan LM pada
22/23 April 2021.

4. Prosedur Pentaksiran dalam Pengkaedahan Alternatif LM

Selain daripada Guru Pelatih di negeri-negeri yang dapat meneruskan LM bermula 21/22
Februari 2021 secara bersemuka, terdapat juga Guru-guru Pelatih yang terkesan akibat PKP
/ PKPB / PKPD dengan beberapa situasi iaitu;

i. Dapat kebenaran pihak sekolah untuk meneruskan LM secara PdPR,


ii. Mematuhi PKP / PKPB / PKPD (di rumah) dan akan menghabiskan baki LM setelah
tamat PKP / PKPB / PKPD,
iii. Mematuhi PKP / PKPB / PKPD (di rumah) tetapi tidak pasti dibenarkan menyambung
LM, dan
iv. Belum dapat memulakan LM.

Berdasarkan empat keadaan yang telah dinyatakan, berikut adalah cadangan prosedur
pentaksiran terhadap setiap situasi tersebut bagi Pengkaedahan Alternatif LM. Walau
bagaimanapun, pelajar perlu menghubungi Guru Pembimbing atau pihak sekolah
(melaporkan diri secara dalam talian) di penempatan LM yang diluluskan oleh pihak
Pulami serta berbincang tentang pelaksanaan LM dengan Pensyarah Penyelia. Digalakkan agar
pelajar menghubungi pihak sekolah selewat-lewatnya satu minggu lebih awal
sebelum tarikh mula LM.

4.1 Dapat kebenaran pihak sekolah untuk meneruskan LM secara dalam talian
(PdPR)

Pentaksiran adalah seperti asal di mana Guru Pembimbing dan Pensyarah Penyelia
memberikan markah berdasarkan rubrik pentaksiran LM yang asal semasa Guru Pelatih
menjalani LM secara fizikal dan secara dalam talian. Bagi tujuan penyeliaan dan pentaksiran
oleh Pensyarah Penyelia / Guru Pembimbing, Guru Pelatih perlu menjemput Pensyarah
Penyelia / Guru Pembimbing untuk turut serta (kongsikan pautan) dalam aktiviti PdPR yang
dijalankan secara dalam talian.

Dalam situasi Guru Pelatih dibenarkan meneruskan LM secara PdPR atau menyambung LM
secara fizikal, maka Guru Pelatih yang telah mendaftar kursus LM bagi sesi pengajian A202
hanya perlu meneruskan atau menyambung LM tersebut sehingga pada 22/23 April 2021
sahaja.

Walau bagaimanapun jika pada 21/22 Februari 2021, Guru Pelatih tidak pasti atau tidak
lagi dibenarkan untuk menyambung PdP secara fizikal atau PdPR, maka Guru Pelatih tetap
perlu meneruskan LM sehingga 22/23 April 2021 dengan menyediakan RPH dan video PdP
berdasarkan bilangan minggu LM yang Guru Pelatih terkesan akibat PKP / PKPB / PKPD (rujuk
para. 2.1) berserta Laporan Perancangan Guru Pelatih dalam Aktiviti Kokurikulum (rujuk para.
2.2.4)

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 6 drpd 20
7

Pada situasi di mana Guru Pelatih telah menjalankan sebahagian LM secara fizikal atau dalam
talian dan sebahagiannya tidak dibenarkan menyambung LM akibat PKP / PKPB / PKPD, maka
markah purata bagi pentaksiran secara asal dan secara alternatif perlu diambil kira untuk
mendapatkan markah purata (rujuk para. 2.2).

4.2 Mematuhi PKP (di rumah) dan menghabiskan baki LM setelah tamat PKPB/
PKPD

Pentaksiran adalah seperti asal di mana Guru Pembimbing dan Pensyarah Penyelia
memberikan markah berdasarkan rubrik pentaksiran LM yang asal semasa Guru Pelatih
menjalani LM secara fizikal. Jika Guru Pelatih dibenarkan menyambung LM secara fizikal atau
secara PdPR bermula 21/22 Februari 2021, maka Guru Pelatih yang telah mendaftar kursus
LM bagi sesi pengajian A202 hanya perlu menyambung LM tersebut sehingga pada 22/23
April 2021 sahaja. Dalam masa yang sama, menyediakan RPH dan video PdP / PdPR
mengikut bilangan minggu PdP yang terjejas secara fizikal atau dalam dalam (rujuk para. 2.1)
berserta Laporan Perancangan Guru Pelatih dalam Aktiviti Kokurikulum (rujuk para. 2.2.4)

Pada situasi di mana Guru Pelatih telah menjalankan sebahagian LM secara fizikal atau dalam
talian dan sebahagiannya tidak dibenarkan menyambung LM akibat PKP / PKPB / PKPD, maka
markah purata bagi pentaksiran secara asal dan secara alternatif perlu diambil kira untuk
mendapatkan markah purata (rujuk para. 2.2).

4.3 Mematuhi PKPB/ PKPD (di rumah) tetapi tidak pasti dibenarkan
menyambung LM

Pentaksiran adalah seperti asal di mana Guru Pembimbing dan Pensyarah Penyelia
memberikan markah berdasarkan rubrik pentaksiran LM yang asal semasa Guru Pelatih
menjalani LM secara fizikal. Jika Guru Pelatih tidak pasti untuk dibenarkan bagi menyambung
PdP secara fizikal atau PdPR, maka Guru Pelatih yang telah mendaftar kursus LM bagi sesi
pengajian A202 tetap perlu meneruskan LM sehingga 22/23 April 2021 dengan
menyediakan RPH dan video PdP / PdPR berdasarkan bilangan minggu LM yang Guru Pelatih
terkesan akibat PKP / PKPB / PKPD (rujuk para. 2.1) berserta Laporan Perancangan Guru
Pelatih dalam Aktiviti Kokurikulum (rujuk para. 2.2.4)

Pada situasi di mana Guru Pelatih telah menjalankan sebahagian LM secara fizikal atau dalam
talian dan sebahagiannya tidak dibenarkan menyambung LM akibat PKP / PKPB / PKPD, maka
markah purata bagi pentaksiran secara asal dan secara alternatif perlu diambil kira untuk
mendapatkan markah purata (rujuk para. 2.2).

4.4 Belum dapat memulakan LM

Bagi kes Guru Pelatih yang telah mendaftar kursus untuk menjalani LM dalam sesi pengajian
A202, telah (atau belum) mendapat pengesahan penempatan yang dipohon, dan belum dapat
memulakan LM akibat PKP / PKPB / PKPD, maka pentaksiran secara keseluruhannya adalah
berdasarkan pengkaedahan alternatif LM. Walau pun Guru Pelatih tidak pasti untuk mendapat
kebenaran bagi memulakan LM secara fizikal, bermula pada 21/22 Februari 2021 Guru
Pelatih yang berkenaan tetap perlu meneruskan LM yang telah dijadualkan sehingga 22/23
April 2021 dengan menyediakan RPH dan video PdP atau apa sahaja bentuk interaksi secara

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 7 drpd 20
8

dalam talian (Google Meet, Google Classroom, Webex, Zoom, WhatApps, Telegram, kompilasi
fail, atau lain-lain yang sesuai) berdasarkan keseluruhan bilangan minggu LM (8 minggu)
yang Guru Pelatih terkesan akibat PKP / PKPB / PKPD (rujuk para. 2.1) berserta Laporan
Perancangan Guru Pelatih dalam Aktiviti Kokurikulum (rujuk para. 2.2.4).

Walau bagaimanapun, jika Guru Pelatih mendapat kebenaran untuk memulakan LM selepas
tamat PKP / PKPB / PKPD secara fizikal atau PdPR, maka Guru Pelatih perlu menjalani LM
tersebut sehingga 22/23 April 2021 sahaja. Dalam situasi sebegini, Guru Pelatih perlu juga
menyediakan RPH dan video PdP / PdPR untuk pentaksiran alternatif LM berdasarkan bilangan
minggu LM yang Guru Pelatih terkesan akibat PKP / PKPB / PKPD (rujuk para. 2.1) berserta
Laporan Perancangan Guru Pelatih dalam Aktiviti Kokurikulum (rujuk para. 2.2.4)

Pada situasi di mana Guru Pelatih tidak dibenarkan menyambung LM akibat PKP / PKPB /
PKPD dan sebahagiannya telah menjalankan sebahagian LM secara fizikal atau PdPR, maka
markah purata bagi pentaksiran secara asal dan secara alternatif perlu diambil kira untuk
mendapatkan markah purata (rujuk para. 2.2).

5. Tamat LM

Pelajar perlu turut mendapatkan Borang Pengesahan Tamat Latihan Mengajar


(Lampiran B) yang telah dilengkapkan oleh pihak sekolah / institusi pendidikan setelah
melengkapkan atau tamat menjalankan LM serta mengemukakannya kepada Pensyarah
Penyelia.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 8 drpd 20
9

Lampiran A

Rubrik Pentaksiran bagi Pengkaedahan Alternatif LM

Bahagian A: Persediaan

1. Objektif
Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)

Objektif pembelajaran Objektif pembelajaran Objektif pembelajaran Objektif pembelajaran Objektif


tida eksplisit, tidak tidak eksplisit dan tidak eksplisit tetapi tidak eksplisit, tepat, jelas pembelajaran
sesuai dengan sesuai dengan sesuai dengan tetapi kurang sesuai eksplisit, tepat,
peringkat kebolehan kebolehan murid tetapi kebolehan murid serta mengikut kebolehan jelas dan spesifik
murid dan tidak memenuhi kehendak kehendak sukatan murid serta kehendak mengikut
memenuhi kehendak sukatan pelajaran. pelajaran. sukatan pelajaran. kebolehan murid
sukatan pelajaran. serta kehendak
sukatan pelajaran.

2. Perancangan

2.1 Isi Kandungan


Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)

Isi kandungan tidak Isi kandungan sesuai Isi kandungan sesuai Isi kandungan sesuai Isi kandungan amat
sesuai dengan objektif dengan objektif dan dengan objektif dan dengan objektif dan sesuai dengan
dan sukatan pelajaran. sukatan pelajaran. sukatan pelajaran. sukatan pelajaran. objektif dan sukatan
pelajaran.
Pemeringkatan isi Pemeringkatan isi Pemeringkatan isi Pemeringkatan isi Pemeringkatan isi
pelajaran tidak pelajaran tidak pelajaran kurang jelas pelajaran jelas pelajaran amat
mengikuti urutan bagi mengikut urutan bagi mengikut urutan bagi mengikut urutan bagi jelas mengikut
mencapai objektif mencapai objektif mencapai objektif mencapai objektif urutan bagi
pelajaran. pelajaran. pelajaran. pelajaran. mencapai objektif
pelajaran.
Topik yang diajar Topik yang diajar tidak Topik yang diajar Topik yang diajar
sangat tidak sesuai sesuai dengan tempoh sesuai dengan tempoh menepati keperluan Topik yang diajar
dengan tempoh pengajaran dan pengajaran dan tempoh pengajaran amat sesuai
pengajaran dan pembelajaran. pembelajaran. dan pembelajaran. dengan tempoh
pembelajaran. pengajaran dan
pembelajaran.

2.2 Strategi
Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)

Penulisan strategi dan Penulisan strategi dan Penulisan Strategi dan Penulisan Strategi dan Penulisan Strategi
aktiviti tidak mengambil aktiviti tidak sesuai dan aktiviti sesuai tetapi aktiviti sesuai dan dan aktiviti amat
kira objektif yang kurang mengambil kira kurang mengambil kira mengambil kira objektif sesuai, inovatif,
hendak dicapai, isi objektif yang hendak objektif yang hendak yang hendak dicapai, isi bertepatan dan
pelajaran, kebolehan dicapai, isi pelajaran, dicapai, isi pelajaran, pelajaran, kebolehan mengambil kira
murid, sumber kebolehan murid, kebolehan murid, murid, sumber semua aspek
pengajaran sumber pengajaran sumber pengajaran pengajaran pengajaran
pembelajaran, masa pembelajaran, masa pembelajaran, masa pembelajaran, masa pembelajaran.
dan situasi. dan situasi. dan situasi. dan situasi.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 9 drpd 20
1
0

2.3 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK)/ Kemahiran Berbahasa (KB)/
Nilai / Kemahiran Proses Sains
Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)
KBKK / KB / Nilai / KBKK / KB / Nilai / Pemilihan KBKK / KB / Pemilihan KBKK / KB / Pemilihan KBKK /
Kemahiran Proses Kemahiran Proses Nilai / Kemahiran Nilai / Kemahiran KB / Nilai /
Sains pemilihan tidak Sains pemilihan tidak Proses Sains yang Proses Sains yang Kemahiran Proses
dinyatakan. sesuai dengan isi kurang sesuai untuk sesuai untuk diterapkan Sains yang amat
kandungan pelajaran. diterapkan melalui melalui pelajaran yang sesuai untuk
pelajaran yang akan akan disampaikan. diterapkan melalui
disampaikan. pelajaran yang akan
disampaikan.

3. Pentaksiran
Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)

Pemilihan pentaksiran Pemilihan pentaksiran Pemilihan pentaksiran Pemilihan pentaksiran Pemilihan


tidak sesuai dengan kurang sesuai dengan separuh sesuai dengan sesuai dengan hasil pentaksiran sangat
hasil pembelajaran. hasil pembelajaran. hasil pembelajaran. pembelajaran yang sesuai dengan hasil
mengandungi KBAT. pembelajaran yang
mengandungi
KBAT.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 10 drpd 20
1
1

Bahagian B: Perkembangan

1. Permulaan Pengajaran
Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)

Tidak berjaya Kurang berjaya Hampir separuh Berjaya mewujudkan Sangat berjaya
mewujudkan kesediaan mewujudkan kesediaan berjaya mewujudkan kesediaan murid. mewujudkan kesediaan
murid untuk belajar. murid untuk belajar. kesediaan murid untuk murid.
belajar. Berjaya menarik
Tidak berjaya menarik Kurang berjaya tumpuan sebahagian Berjaya menarik
perhatian murid. menarik perhatian Hanya berjaya menarik murid. tumpuan semua murid
murid. tumpuan segelintir dengan cara yang
murid. sesuai dan
menyeronokkan

2. Perkembangan Pengajaran
Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)

Tidak berjaya Kurang berjaya Hampir separuh Berjaya melaksanakan Sangat berjaya
melaksanakan melaksanakan berjaya melaksanakan langkah-langkah melaksanakan
langkah-langkah langkah-langkah langkah-langkah pengajaran yang langkah-langkah
pengajaran yang pengajaran yang pengajaran yang dirancang dengan pengajaran yang
dirancang dengan dirancang dengan dirancang dengan teratur dan terkawal. dirancang dengan
teratur. teratur. teratur. teratur dan terkawal.
Pengurusan masa
Pengurusan masa Pengurusan masa Pengurusan masa yang baik. Pengurusan masa
yang tidak baik. yang kurang baik. yang agak baik. yang sangat baik dan
Kesinambungan yang sesuai dengan
Tidak ada Kurang Ada kesinambungan baik dalam proses keperluan setiap
kesinambungan dalam kesinambungan dalam dalam proses pengajaran. langkah pengajaran.
proses pengajaran. proses pengajaran. pengajaran.
Kesinambungan yang
jelas dan sangat baik.

3. Pelaksanaan

3.1 Strategi
Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)

Tidak berjaya Kurang berjaya Separuh berjaya Berjaya melaksanakan Sangat berjaya
melaksanakan strategi melaksanakan strategi melaksanakan strategi strategi pengajaran melaksanakan strategi
pengajaran yang pengajaran yang pengajaran yang yang inovatif pengajaran yang
bersesuaian dengan bersesuaian dengan bersesuaian dengan bersesuaian dengan inovatif bersesuaian
hasil pembelajaran. hasil pembelajaran. hasil pembelajaran. hasil pembelajaran. dengan hasil
pembelajaran.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 11 drpd 20
1
2

3.2 Penggunaan KBKK/ KB/ Nilai/ Kemahiran Proses Sains


Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)

Penggunaan KBKK/ Penggunaan KBKK/ Penggunaan KBKK/ Penggunaan KBKK/ Penggunaan KBKK/
KB/ Nilai/ Kemahiran KB/ Nilai/ Kemahiran KB/ Nilai/ Kemahiran KB/ Nilai/ Kemahiran KB/ Nilai/ Kemahiran
Proses Sains tidak Proses Sains tidak Proses Sains yang Proses Sains yang Proses Sains yang
ketara langsung. sesuai dengan isi kurang sesuai untuk sesuai diterapkan amat sesuai untuk
kandungan pelajaran. diterapkan melalui melalui pengajaran diterapkan melalui
aktiviti pengajaran yang yang dilaksanakan. pengajaran yang
dilaksanakan. dilaksanakan.

4. Pengurusan Bilik Darjah (Dalam Talian)


Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)
Menghadapi masalah Dapat mewujudkan Dapat mewujudkan Berjaya mewujudkan Berjaya mewujudkan
mengurus kelas dalam suasana kelas dalam suasana kelas dalam persekitaran kelas suasana pembelajaran
talian. talian yang sesuai talian yang sesuai dalam talian yang kelas dalam talian yang
tetapi tidak menyeluruh. untuk pembelajaran. menggalakkan kondusif.
Tidak peka terhadap pembelajaran di
Aktiviti murid. Kurang peka terhadap Peka terhadap Aktiviti kalangan sebahagian Aktiviti kelas terkawal
Aktiviti murid. murid. besar murid. dengan amat baik
Aktiviti kelas tidak
terkawal. Aktiviti kelas kurang Ada usaha mengawal Aktiviti kelas terkawal. Boleh menguruskan
terkawal. Aktiviti namun masih masa dengan baik.
ada tanda-tanda Dapat menguruskan
keraguan dari segi masa dengan baik.
kemampuannya
Tidak peka terhadap Kurang peka terhadap Menunjukkan Dapat menguruskan Dapat menguruskan
kepentingan kepentingan kemahiran yang aktiviti-aktiviti aktiviti-aktiviti
pengurusan masa. pengurusan masa. sederhana dalam pembelajaran dengan pembelajaran dengan
pengurusan masa. baik. cemerlang.
Tidak dapat mengurus Kurang dapat mengatur
aktiviti murid. aktiviti murid untuk Dapat mengatur aktiviti Dapat mengatasi Dapat mengatasi
aktiviti. murid. masalah yang timbul di masalah yang timbul di
Tidak dapat mengatasi dalam talian dengan dalam talian dengan
masalah yang timbul di Kurang cekap Dapat mengatasi baik. cekap dan bijak.
dalam talian. mengatasi masalah masalah yang timbul di
yang timbul di dalam dalam talian tetapi Arahan jelas dan Arahan terang dan jelas
Arahan diberi talian. boleh diperbaiki. dipatuhi oleh serta berjaya menarik
mengelirukan. sebahagian murid. minat dan tumpuan
Arahan jelas tetapi Arahan jelas dan semua murid.
kurang dipatuhi kerana dipatuhi kerana ada
tiada penegasan. penegasan.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 12 drpd 20
1
3

5. Komunikasi/ Pertuturan
Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)

Gagal mengendali Kurang berkeupayaan Berupaya dengan Dapat mengendali Amat berjaya
murid melalui mengendali murid sederhana mengendali murid melalui mengendali murid
komunikasi yang melalui penggunaan murid melalui penggunaan bahasa melalui penggunaan
sesuai secara lisan bahasa semasa penggunaan bahasa yang ekspresif (lisan bahasa yang ekspresif
dan bukan lisan. berkomunikasi (lisan semasa berkomunikasi dan bukan lisan). dan berkesan (lisan
dan bukan lisan). (lisan dan bukan lisan). dan bukan lisan).
Tidak peka tentang Peka tentang tahap
tahap penggunaan Kurang peka tentang Agak peka tentang penggunaan bahasa Amat peka tentang
bahasa murid. tahap penggunaan tahap penggunaan murid. tahap penggunaan
bahasa murid. bahasa murid. bahasa murid.
Menghadapi masalah Kualiti suara adalah
sebutan dan Penggunaan suara Menggunakan suara baik; dapat Kualiti suara adalah
penggunaan bahasa yang kurang jelas dan yang jelas dan sesuai mempelbagaikan nada sangat baik; dapat
untuk berkomunikasi kurang berkesan untuk dari segi kelantangan dan intonasi serta mempelbagaikan nada
kepada kelas atau berkomunikasi dalam dan intonasi. kelantangan suara dan intonasi serta
individu, suara tidak bilik darjah. yang sesuai. kelantangan suara
lantang; nada, Berupaya mewujudkan sesuai, sebutan
intonasi, dan cara Kurang berupaya interaksi pelbagai hala Berupaya mewujudkan adalah jelas, tepat,
bertutur tidak untuk mewujudkan tetapi masih ada ruang interaksi pelbagai hala menarik; dapat
dipelbagaikan. interaksi pelbagai hala. untuk diperbaiki lagi. dengan baik. mengekalkan
perhatian murid.
Gagal mewujudkan
interaksi pelbagai hala. Berupaya mewujudkan
interaksi pelbagai hala
dengan amat
berkesan.

6. Pencapaian Objektif
Sangat lemah (1) Lemah (2) Sederhana(3) Baik(4) Sangat Baik(5)

Gagal mencapai objektif Sebahagian kecil Separuh objektif Sebahagian besar Semua objektif
pengajaran dan objektif pengajaran dan pengajaran dan objektif pengajaran dan pengajaran dan
pembelajaran yang pembelajaran yang pembelajaran yang pembelajaran yang pembelajaran yang
dirangka. dirangka dicapai. dirangka dicapai. dirangka dapat dicapai. dirangka melalui
aktiviti pembelajaran
yang eksplisit dan
implisit.

7. Pentaksiran
Sangat lemah (1) Lemah (2) Sederhana(3) Baik(4) Sangat Baik(5)

Tidak berjaya membuat Kurang berjaya Separuh berjaya Berjaya membuat Sangat berjaya
pentaksiran membuat pentaksiran membuat pentaksiran pentaksiran membuat pentaksiran
berdasarkan nilai tara berdasarkan nilai tara berdasarkan nilai tara berdasarkan nilai tara berdasarkan nilai tara
yang tercatat dalam yang tercatat dalam yang tercatat dalam yang tercatat dalam yang tercatat dalam
hasil pembelajaran. hasil pembelajaran. hasil pembelajaran. hasil pembelajaran hasil pembelajaran
secara inovatif. secara inovatif.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 13 drpd 20
1
4

8. Penguasaan Isi Kandungan


Sangat lemah (1) Lemah (2) Sederhana(3) Baik(4) Sangat Baik(5)

Kefahaman yang amat Kefahaman yang Kefahaman yang Penguasaan yang baik Penguasaan yang amat
terhad tentang mata terhadp tentang mata sederhana tentang tentang mata pelajaran baik tentang mata
pelajaran pelajaran pengetahuan, konsep pengkhususan dan pelajaran
pengkhususan. pengkhususan. dan kemahiran mata berkebolehan pengkhususan.
pelajaran menyesuaikannya
Pengetahuan yang Pengetahuan yang pengkhususan. mengikut umur dan Sentiasa berupaya
amat terhad tentang terhadp tentang tahap kebolehan murid. menghadapi masalah di
keperluan kurikulum keperluan kurikulum Kurang dapat luar jangkaan.
sekolah. sekolah. menyesuaikan Kefahaman yang baik
mengikut kebolehan tentang keperluan Memahami dengan
Amat kurang Kurang berkeupayaan murid berbeza. kurikulum sekolah dan baik keperluan murid
berkeupayaan mengembangkan program pengajaran pada semua kurikulum
mengembangkan pengetahuan tentang Pengetahuan dan serta boleh dalam proses P&P.
pengetahuan tentang mata pelajaran. kefahaman yang menyediakan
mata pelajaran. sederhana tentang Tidak bergantung
Terlalu bergantung rancangan yang baik. kepada buku teks atau
keperluan kurikulum
Bergantung kepada buku teks atau sekolah. Tidak terlalu rujukan sepanjang
sepenuhnya kepada rujukan sepanjang bergantung kepada proses pengajaran dan
buku teks atau rujukan proses pengajaran dan Agak bergantung buku teks atau rujukan pembelajaran.
sepanjang proses pembelajaran. secara minima kepada sepanjang proses
pengajaran dan buku teks atau rujukan pengajaran dan
pembelajaran. sepanjang proses pembelajaran.
pengajaran dan
pembelajaran.

9. Penyertaan Pelajar/ Murid


Sangat lemah (1) Lemah (2) Sederhana(3) Baik(4) Sangat Baik(5)

Hampir semua murid Sebahagian kecil murid Sebahagian besar Pengajaran melibatkan Pengajaran melibatkan
gagal memberi respons menunjukkan tanda- murid menunjukkan interaksi murid. interaksi sepenuhnya
kepada isi pengajaran tanda ingin memberi keinginan memberi murid dengan amat
dan aktiviti dalam respons kepada isi respons kepada isi Sebahagian besar baik.
pengajaran dan pengajaran dan aktiviti pengajaran dan aktiviti murid boleh memberi
pembelajaran. dalam pengajaran dan dalam pengajaran dan respons kepada isi Semua murid berjaya
pembelajaran. pembelajaran. pengajaran dan aktiviti melakukan aktiviti
dalam pengajaran dan dengan tepat dan
Masih ada kekeliruan Terdapat sedikit pembelajaran tetapi sesuai dengan
dan tiada penglibatan kekeliruan dan ada ketikanya kurang pengajaran.
yang ketara. penglibatan masih tepat.
kurang. Penglibatan murid yang
Penglibatan murid yang amat aktif responsif dan
aktif dan responsif. terlibat sepenuhnya
dalam semua aktiviti.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 14 drpd 20
1
5

10. Penggunaan Alat/ Bahan Bantu Pengajaran


Sangat lemah (1) Lemah (2) Sederhana(3) Baik(4) Sangat Baik(5)

Penggunaan Penggunaan Penggunaan Penggunaan Penggunaan


alat/sumber tidak alat/sumber kurang alat/sumber agak alat/sumber menarik, alat/sumber amat
dinyatakan dan tidak sesuai, kurang menarik sesuai, menarik dan sesuai dan dapat menarik dan pelbagai,
sesuai dengan dan kurang dapat memotivasikan membantu proses sesuai serta amat
objektif/tajuk. memotivasikan murid. murid. pengajaran dan membantu proses
pembelajaran. pengajaran dan
pembelajaran.

11. Penutup

Sangat lemah (1) Lemah (2) Sederhana(3) Baik(4) Sangat Baik(5)

Tidak dapat membuat Penutupan kurang Penutupan pengajaran Penutupan pengajaran Menamatkan
rumusan atau berkaitan dengan tajuk agak sesuai walaupun yang sesuai dan pengajaran dengan
penggulungan atau pelajaran. kurang menarik dan menarik. aktiviti yang amat
kesimpulan. kurang berkesan. berkesan.
Sebahagian kecil Berjaya membuat
Tiada peneguhan atau sahaja daripada Aktiviti susulan kurang rumusan/kesimpulan. Isi-isi utama diberi
pengukuhan. maklumat utama diberi jelas. peneguhan dengan
kesimpulan atau Sebahagian besar isi berkesan. Berjaya
Murid keluar atau rumusan. Memberi arahan untuk utama/konsep utama menguruskan murid
bersurai dari kelas bersurai secara teratur diberi peneguhan. dengan amat teratur.
tanpa arahan yang Ada memberi arahan dan pelaksanannya
jelas. untuk bersurai secara kurang terkawal. Aktiviti susulan diberi Ada kerja susulan/
teratur tetapi dengan jelas. maklumat tambahan.
Bersurai secara yang pelaksanaannya tidak
tidak berdisiplin. Memberi arahan untuk Murid meninggalkan
dikawal. bersurai secara teratur kelas dengan
Gagal menutup dengan baik dan berdisiplin.
pengajaran. dilaksanakan dengan
terkawal.

12. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Sangat lemah (1) Lemah (2) Sederhana(3) Baik(4) Sangat Baik(5)

Tidak dapat membuat Dapat membuat Dapat membuat Dapat membuat Dapat membuat
refleksi terhadap refleksi terhadap refleksi terhadap refleksi terhadap refleksi terhadap
proses pengajaran dan proses pengajaran dan proses pengajaran dan proses pengajaran dan proses pengajaran dan
pembelaran. pembelajaran dengan pembelajaran dengan pembelajaran dengan pembelajaran dengan
kurang baik. agak baik. baik. sangat baik.

Membuat refleksi Dapat membuat Dapat membuat Dapat membuat


dengan kurang kritikal refleksi dengan kritikal refleksi dengan kritikal refleksi dengan kritikal
dan ulasan kendiri dan ulasan kendiri dan ulasan kendiri dan ulasan kendiri
dengan kurang baik. dengan agak baik. dengan baik. dengan sangat baik.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 15 drpd 20
1
6

Bahagian C: Sikap dan Sahsiah

1. Penampilan Diri dan Keprihatinan


Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)

Tidak berupaya Berpakaian kurang Berpakaian sederhana Berpakaian kemas, Berkeyakinan tinggi
menyesuaikan diri kemas, kurang kemas, memiliki sopan berbudi bahasa, dalam penampilan diri
dengan keadaan dan bersopan santun, dan santun yang bersopan santun, dan menunjukkan
situasi. kurang berbudi bahasa. sederhana, bersifat memiliki sifat mesra keyakinan dalam
mesra dengan murid. dan mempunyai segala perlakuan.
Tidak yakin kepada diri Berpakaian kurang perawakan yang sesuai
sendiri. kemas, kurang Mempunyai perawakan sebagai seorang guru Bersikap positif, mesra
bersopan santun, dan yang sederhana baik. yang baik. dan memiliki sifat
Bersikap negatif dalam kurang berbudi bahasa. kecindan serta dapat
perhubungan dengan menimbulkan kesa
murid. Kurang berusaha yang menyenangkan.
menimbulkan suasana
mesra dan kurang Bersopan santun,
menyenangkan di berbudi bahasa dan
kalangan murid. berwibawa sebagai
guru.

Tidak prihatin terhadap Kurang prihatin Peka dan cuba Peka, mesra dan sabar Prihatin dan
keperluan murid. terhadap keperluan melahirkan hubungan serta mengambil berat menunjukkan sifat
murid. yang mesra dengan terhadap masalah dan kemanusiaan.
Tidak berusaha untuk sebahagian murid. keperluan murid.
mengenalpasti Kurang berusaha Peka, mesra dan
keadaan/keperluan menangani masalah Sederhana sabar memiliki sifat kecindan.
individu murid. murid. dalam menangani
masalah dan keperluan Bertimbangrasa,
murid. empati dan akrab
dengan murid.
Mengambil berat
terhadap masalah,
kepentingan dan
kebajikan murid.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 16 drpd 20
1
7

2. Ciri-ciri Profesional dan Pekerti

Sangat Lemah (1) Lemah (2) Sederhana (3) Baik (4) Sangat Baik (5)

Tidak memperlihatkan Di sesetengah keadaan Hampir semua Bertanggungajwab, Menunjukkan amat


ciri-cri profesionalisme kurang keadaan ingin bersemangat, iltizam. bertanggungjawab dan
seperti tidak bertanggungjawab, bertanggungajwab, iltizam, dedikasi.
bertanggungjawab, bersemangat, iltizam. bersemangat, iltizam. Menyediakan
tidak beriltizam, tidak persediaan mengajar Menyediakan
berdedikasi, tidak Menyediakan Menyediakan yang kemas. Refleksi persediaan mengajar
menyumbangkan idea. persediaan mengajar persediaan mengajar kendiri menyeluruh. yang amat kemas dan
yang kurang kemas, yang sederhana mencipta
Tidak menyediakan gagal memberi refleksi kemas. Refleksi kendiri Berbudi bahasa dan pembaharuan.
persediaan mengajar kendiri. yang kurang tahu menyesuaikan
yang kemas. menyeluruh. tingkah laku sebagai Pekerti terpuji, lujur dan
Sukar menyesuaikan guru. bersifat mulia. Sebagai
Tidak dapat tingkah laku sebagai Masih sederhana model kepada murid
menyesuaikan tingkah seorang guru. dalam tutur kata dan dan guru lain di
laku sebagai seorang tingkah laku sebagai sekolah.
guru. guru.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 17 drpd 20
1
8

Bahagian D: Laporan Perancangan Aktiviti Kokurikulum

Permarkahan Perancangan Guru Pelatih ditentukan melalui petunjuk skala berikut:-

Merancang aktiviti kokurikulum secara sangat lemah. Tidak menunjukkan usaha merancang
Sangat lemah (1) yang diperlukan. Menunjukkan kertas kerja yang sangat tidak memuaskan untuk menjalankan
aktiviti.

Merancang aktiviti kokurikulum secara lemah. Menunjukkan usaha merancang yang lemah.
Lemah (2)
Menunjukkan kertas kerja yang kurang memuaskan untuk menjalankan aktiviti.

Mampu merancang aktiviti kokurikulum secara sederhana dan bertanggungjawab. Menunjukkan


Sederhana (3) usaha merancang dengan memuaskan. Menunjukkan kertas kerja yang diperlukan untuk
menjalankan aktiviti.

Mampu merancang aktiviti kokurikulum secara aktif dan bertanggungjawab. Menunjukkan


Baik (4) kemahiran merancang dengan cekap. Menunjukkan kertas kerja yang baik untuk menjalankan
aktiviti.

Mampu merancang aktiviti kokurikulum seperti ceramah motivasi, lain-lain ceramah, atau apa-
apa projek yang sesuai secara sangat aktif dan bertanggungjawab. Menunjukkan kemahiran
Sangat baik (5)
merancang dengan amat cemerlang. Menunjukkan penghasilan kertas kerja yang cemerlang
untuk menjalankan aktiviti.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 18 drpd 20
1
Lampiran B PLMI/LM/B23/Pin00/Januari2021 9

PUSAT LATIHAN MENGAJAR DAN INDUSTRI (PuLaMI)


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
 015-4879 7210/7217  015- 4879 7290

BORANG PENGESAHAN TAMAT LATIHAN MENGAJAR (LM) UPSI

Tarikh LM : _______________ hingga _______________

1) Maklumat Pelajar (diisi oleh pelajar)


Nama : _______________________________________________________
No. Matriks : _______________________________________________________
No. Kad Pengenalan : _______________________________________________________
Program Pengajian : _______________________________________________________
Fakulti : _______________________________________________________
Kod Kursus : ________________ *LM / Praktikum / Iinternship Kaunseling
*Sesi : LM (16 Minggu) / LM1 (8 minggu) / LM2 (8 minggu) / Praktikum 1 (8 Minggu) /
Praktikum 2 (8 Minggu) / Internship Kaunseling (16 Minggu) / LM (12 Minggu)
*potong yang tidak berkenaan

2) Maklumat Institusi
Nama Institusi : __________________________________________________
Alamat : __________________________________________________
__________________________________________________
Nombor Telefon : _________________________
E-mel : _________________________
Maklum Balas Tamat LM (Tandakan (√) pada petak yang berkenaan):

Lengkap Tidak Lengkap

3) Pengesahan Pihak Institusi

Tandatangan Pengetua / Pengarah / Guru Besar

………………………………………………………………………....
(Nama: ) Cap rasmi:

Tarikh: …………………………………………….

Catatan: Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Pusat Latihan Mengajar
& Industri melalui Penyelaras Latihan Mengajar yang berkenaan.

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 19 drpd 20
2
0
Pelaksanaan Latihan Mengajar 1 atau 2 (LM1 / LM2) - Feb. 2021
Tempoh LM1 /
1 atau 2 LM2: Penyediaan RPH
Pelaksanaan Memuat minggu 21/22 Feb. – untuk Proses Sikap dan Rekod Aktiviti
Aktiviti Jadual Waktu Proses PdPR
/ Tindakan Turun sebelum tarikh 22/23 April Bimbingan dan Sahsiah KoKurikulum
mula LM 2021 Penyeliaan
(8 Minggu)

Menjalankan PdPR secara


synchronous atau Menunjukkan sikap
Menyediakan RPH asynchronous berdasarkan dan sahsiah yang
untuk PdPR serta RPH yang disediakan serta baik semasa
Melaporkan aktiviti
Menghubungi Menjalankan Melaksanakan PdPR menghantar RPH merujuk garis panduan yang menjalankan PdPR,
yang disusun bagi
Pelajar Surat Pengetua / Mendaftar dan Akrtiviti LM seperti mengikut Jadual Kelas berkaitan kepada disediakan untuk proses interaksi online,
menggantikan Aktiviti
menjalankan Penolong Kanan menjalani LM mana garis online yang Pensyarah Penyelia bimbingan dan penyeliaan. perbualan, dan
(Guru LM1 / LM2 untuk pemakluman mengikut tarikh panduan yang disediakan dan berdasarkan garis Guru Pelatih boleh penulisan dalam
KoKurikulum apabila
Pelatih) aktiviti bersemuka
di Mysis awal menjalankan LM1 / LM2 diedarkan mengikut disusun oleh pihak panduan yang menggunakan apa sahaja apa sahaja medium
tidak dapat
LM keperluan sekolah disediakan untuk kaedah yang bersesuaian atau aplikasi yang
dilaksanakan
proses bimbingan dan untuk melaksanakan PdPR digunakan semasa
penyeliaan seperti Googlemeet, proses penyeliaan
Google-Classroom, dan dan bimbingan
lain-lain

Memastikan Guru Pelatih Menilai dan


menjalankan PdPR secara membimbing melalui
Memastikan Guru synchronous atau penyeliaan
Pelatih menyediakan asynchronous berdasarkan berdasarkan aktiviti
Memastikan Guru
Memastikan Guru Memastikan Guru RPH untuk PdPR serta RPH yang disediakan serta Guru Pelatih serta
Memastikan Guru Pelatih melaporkan
Mendapatkan Pelatih Pelatih melaksanakan menghantar RPH merujuk garis panduan yang sikap dan sahsiah
Pelatih mendaftar aktiviti yang disusun
Surat maklumat sekolah menjalankan aktiviti PdPR mengikut berkaitan kepada disediakan untuk proses yang ditunjukkan
Pensyarah dan menjalani LM1 bagi menggantikan
Lantikan di daripada Guru LM sepertimana Jadual Kelas online Pensyarah Penyelia bimbingan dan penyeliaan. semasa
Penyelia / LM2 mengikut Aktiviti KoKurikulum
Mysis Pelatih untuk garispanduan yang yang disediakan dan berdasarkan garis Guru Pelatih boleh menjalankan PdPR,
tarikh yang apabila aktiviti
hubungan diedarkan mengikut disusun oleh pihak panduan yang menggunakan apa sahaja Interaksi online,
ditetapkan bersemuka tidak
keperluan sekolah disediakan untuk kaedah yang bersesuaian perbualan, dan
dapat dilaksanakan
proses bimbingan dan untuk melaksanakan PdPR penulisan dalam
penyeliaan seperti Googlemeet, apa sahaja medium
Google-Classroom, dan atau aplikasi yang
lain-lain digunakan

Memastikan Guru Pelatih Menilai dan


menjalankan PdPR secara membimbing melalui
Memastikan Guru synchronous atau penyeliaan
Membantu dan Pelatih menyediakan asynchronous berdasarkan berdasarkan aktiviti
Membekalkan jadual Memastikan Guru
memberi RPH untuk PdPR, RPH yang disediakan serta Guru Pelatih serta
dan memastikan Guru Pelatih melaporkan
Surat kerjasama untuk serta menghantar RPH merujuk garis panduan yang sikap dan sahsiah
Menerima Pelatih melaksanakan aktiviti yang disusun
Lantikan Menerima Guru Pelatih berkaitan kepada disediakan untuk proses yang ditunjukkan
Guru maklumat Guru PdPR mengikut bagi menggantikan
dari link kemasukan Guru menjalankan aktiviti Pensyarah Penyelia bimbingan dan penyeliaan. semasa
Pembimbing Pelatih dari Jadual Kelas online Aktiviti KoKurikulum
yang akan Pelatih LM seperti mana berdasarkan Guru Pelatih boleh menjalankan PdPR,
pentadbir sekolah yang disediakan dan apabila aktiviti
diberikan garis panduan garispanduan yang menggunakan apa sahaja Interaksi online,
disusun oleh pihak bersemuka tidak
yang diedarkan diberikan untuk proses kaedah yang bersesuaian perbualan, dan
sekolah dapat dilaksanakan
mengikut keperluan bimbingan dan untuk melaksanakan PdPR penulisan dalam
penyeliaan seperti Googlemeet, apa sahaja medium
Google-Classroom, dan atau aplikasi yang
lain-lain digunakan

Garis Panduan Pengkaedahan Alternatif Latihan Mengajar l Feb. 2021 l Muka Surat 20 drpd 20

You might also like