Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Bahasa Melayu Tingkatan 4

Tema : Sukan & Perpaduan


Tutorial 2 : Sintaksis

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4


TUTORIAL 2 : SINTAKSIS
Tema : Sukan & Perpaduan
Nama Pelajar : Tarikh :

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan
songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(1) Pemegang rekod 100 meter kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, berpotensi untuk muncul
sebagai pelari pecut pertama negara.

Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Dwayne Miller, menegaskan


bahawa Khairul perlu mengatasi perasaan trauma akibat kecederaan hamstring yang
menghantui dirinya. (2) Untuk mengatasi perasaan trauma bukan mudah bagi Khairul kerana
mungkin takut cedera lagi.

(3) Khairul boleh berlari dengan pantasnya walaupun baru bangun daripada tidur. Hal
ini membuktikan bahawa dia merupakan pelari yang dilahirkan dengan bakat semula jadi.

[6 markah]

AYAT SONGSANG
1

Hak Cipta Terpelihara©2023/24 Disediakan oleh : Cikgu Sathya@Bayu Cemerlang 1


Bahasa Melayu Tingkatan 4
Tema : Sukan & Perpaduan
Tutorial 2 : Sintaksis

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian cerakinkan setiap ayat majmuk kepada enam ayat
tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Masyarakat harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia bersatu padu dan
bertolak ansur. Pengalaman 13 Mei 1969 pada suatu ketika dahulu memberikan iktibar
kepada kita. Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia saling bekerjasama kerana tidak
mahu pisang berbuah dua kali.

[6 markah]

AYAT TUNGGAL
1

Hak Cipta Terpelihara©2023/24 Disediakan oleh : Cikgu Sathya@Bayu Cemerlang 2

You might also like