Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

CONTOH KERJA KURSUS

EKONOMI
KERTAS 4

2020
(PENGGAL 3)

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM


@himpunan_nota_stpm_senior_cikgu
https://t.me/himpunan_nota_stpm_senior_cikgu

GROUP RASMI :
@SembangSTPM
https://t.me/SembangSTPM

GROUP EKONOMI :
@Ekonomi_STPM
https://t.me/Ekonomi_STPM
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

1.0 LATAR BELAKANG

Kajian ini menghuraikan “Perbandingan Jumlah Guna Tenaga dan Kadar Pengangguran
Antara Negeri Johor, W.P. Kuala lumpur dan Kelantan dari tahun 2002 hingga 2012”. Guna
tenaga dan pengangguran merupakan antara isu makroekonomi utama yang mampu
mempengaruhi keadaan ekonomi sesebuah negara pada jangka masa panjang.

Istilah Ekonomi merupakan perkataan pinjaman Bahasa Inggeris, ia berasal daripada


perkataan Oikonomia daripada Bahasa Yunani yang bermaksud pengurusan rumah tangga.
Menurut John Adam Smith, melalui ilmu ekonomi, individu, masyarakat atau negara boleh
menjadi kaya-raya dan menikmati kemakmuran. Menurut John Stuart Mill pula, ekonomi adalah
ilmu mengenai penciptaan nilai tukar barang dan jasa yang dapat meningkatkan kekayaan dan
kemakmuran suatu negara.

Guna tenaga ialah tenaga buruh yang bekerja, iaitu penduduk yang sedang aktif bekerja
untuk mendapatkan upah atau gaji. Ini bermakna, guna tenaga merupakan bahagian tenaga buruh
yang digunakan dalam pekerjaan produktif untuk mengeluarkan output negara. Dengan erti kata
lain, guna tenaga ialah golongan penduduk dalam usia kerja 15 tahun hingga 64 tahun yang telah
memperoleh pekerjaan. Pertambahan guna tenaga membawa pengurangan jumlah penganggur,
peningkatan pendapatan negara dan taraf hidup rakyat.

Pengangguran merupakan jumlah tenaga buruh dalam usia 15 tahun hingga 64 tahun yang
tidak melakukan sebarang kegiatan ekonomi tetapi aktif mencari pekerjaan. Terdapat beberapa
jenis pengangguran seperti pengangguran struktur, pengangguran bermusim, pengangguran
geseran, pengangguran kitaran, pengangguran teknologi dan pengangguran tak ketara.
Pengangguran dalam sesebuah negara perlu ditangani kerana pengangguran mewujudkan
keburukan-keburukan seperti pembaziran tenaga buruh, menjejaskan pendapatan penduduk,
menambahkan kadar kemiskinan, pengagihan pendapatan lebih tidak setara dan membebankan
kerajaan. Sesebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran sebanyak 4% atau kurang
boleh dikatakan sudah mencapai guna tenaga penuh.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

1
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.0 PENYATAAN MASALAH

Jumlah guna tenaga dan kadar pengangguran merupakan antara faktor terpenting yang
mampu mempengaruhi ekonomi sesebuah negara. Tingkat guna tenaga yang cukup tinggi akan
memanfaatkan ekonomi negara manakala kadar pengangguran yang terlalu tinggi akan
menjejaskan ekonomi negara dan membawa kesan-kesan negatif. Jumlah guna tenaga dan kadar
pengangguran juga mempunyai faktor-faktor tertentu yang mampu mempengaruhinya.

Faktor yang mampu mempengaruhi pengangguran yang telah dikaji sejak Laporan Ekonomi
Malaysia 1980 termasuklah perubahan struktur ekonomi, penggunaan teknologi dalam sektor
pembuatan, perubahan cuaca dan musim, kemelesetan ekonomi, krisis ekonomi dan sikap
manusia sendiri. Jumlah guna tenaga juga akan dipengaruhi oleh faktor-faktor tersebut tetapi
dengan kesan yang sebaliknya.

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jumlah guna tenaga dan pengangguran di negeri
Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan pada tahun 2002 hingga 2012 dan
membandingkan jumlah guna tenaga dan pengangguran di negeri Johor, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Kelantan pada tahun 2002-2012.

Kajian ini penting dilakukan supaya dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang isu terpenting makroekonomi ini iaitu guna tenaga dan pengangguran. Selain itu, untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat tentang faktor yang mempengaruhi guna tenaga dan
pengangguran dan kesan-kesan yang dibawa oleh perubahan tersebut.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini merangkumi objektif-objektif seperti berikut:

3.1 Mengenal pasti jumlah guna tenaga dan pengangguran di negeri Johor, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan pada tahun 2002 hingga 2012.
3.2 Menganalisis dan membandingkan jumlah guna tenaga dan pengangguran di negeri
Johor, W.P. Kuala Lumpur dan Kelantan pada tahun 2002 hingga 2012.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

2
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

4.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, data diperoleh melalui sumber sekunder.


Kajian telah dijalankan melalui pembacaan buku rujukan dan laman sesawang.

4.1 Kaedah Memperoleh Data


4.1.1 Sumber Sekunder
a) Internet
Laman sesawang yang telah digunakan dalam kajian termasuklah portal rasmi
Jabatan Perangkaan Malaysia bagi mendapatkan data rasmi untuk tujuan analisis.
Selain itu, pelbagai laman sesawang Bahasa telah digunakan bagi mengenal pasti
latar belakang dan definisi beberapa istilah yang berkaitan dengan tajuk.

b) Buku
Pengkaji telah merujuk beberapa buku teks STPM seperti buku teks Ace Ahead
Mikroekonomi Penggal 1, Ace Ahead Makroekonomi Penggal 2, Buku Teks
Superskills Makroekonomi Penggal 2 dan buku teks Sasbadi Ekonomi Malaysia
Penggal 3 bagi memperoleh maklumat tepat mengenai definisi dan maklumat lain
yang berkaitan dengan tajuk.

4.2 Kaedah Analisis Data

Kaedah deskriptif dalam bentuk jadual dan graf telah digunakan untuk menganalisis
data yang dikumpul. Data yang dikumpul kemudian dianalisis menggunakan nombor,
angka dan pengiraan untuk mendapatkan gambaran visual dalam bentuk graf jelas.

Rumus yang digunakan adalah seperti yang berikut:

4.2.1 Pengiraan peratus sumbangan bagi guna tenaga dan pengangguran

Kadar sumbangan guna tenaga / pengangguran �����ℎ ���� ������ ������


� 100
�����ℎ ���� ������ ��������

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

3
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Contoh pengiraan peratus sumbangan adalah seperti yang berikut:

Tahun Peratus sumbangan guna tenaga di Peratus sumbangan pengangguran di W.P.


W.P. Kuala Lumpur (%) Kuala Lumpur (%)
678.1 20.2
� 100 � 100
2009 10,897.3 418.0
= 6.22% = 4.83%

4.2.2 Pengiraan peratus pertumbuhan

Kadar Pertumbuhan Guna tenaga tahun semasa − Guna tenaga tahun asas
� 100
Guna Tenaga Guna tenaga tahun asas

Kadar Pertumbuhan Pengangguran tahun semasa − Pengangguran tahun asas


� 100
pengangguran Pengangguran tahun asas

Contoh pengiraan kadar pertumbuhan adalah seperti yang berikut:

Tahun Kadar pertumbuhan guna tenaga di Kadar pertumbuhan pengangguran di


W.P. Kuala Lumpur (%) W.P. Kuala Lumpur (%)
682.1 − 676.6 20.3 − 19.5
� 100 � 100
2006-2007 676.6 19.5
= 0.81% = 4.10%

4.2.3 Kaedah Graf Garisan

Kaedah ini digunakan bagi memaparkan arah aliran jumlah guna tenaga
dan pengangguran di negeri Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dengan lebih jelas.

4.2.4 Kaedah Graf Bar Komponen

Kaedah ini digunakan bagi memaparkan pertumbuhan guna tenaga dan


pengangguran di negeri Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

4
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Mengenal pasti jumlah guna tenaga dan pengangguran di negeri Johor, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan pada tahun 2002 hingga 2012.

Jadual 1: Arah aliran jumlah pengangguran dan jumlah guna tenaga di negeri Johor, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Kelantan dari tahun 2002 hingga 2012

Negeri Jumlah Guna Tenaga (‘000) Jumlah Pengangguran (‘000)


W.P Kuala W.P Kuala
Johor Kelantan Johor Kelantan
Tahun Lumpur Lumpur
2002 1,222.3 794.1 422.7 36.7 22.7 17.0
(12.80%) (8.32%) (4.43%) (10.68%) (6.61%) (4.95%)
2003 1,269.1 715.1 475.7 46.2 25.2 15.9
(12.86%) (7.25%) (4.82%) (12.49%) (6.81%) (4.30%)
2004 1,232.6 671.7 436.6 46.2 19.9 18.5
(12.35%) (6.77%) (4.37%) (12.60%) (5.43%) (5.05%)
2005 1,237.1 675.2 438.8 42.9 16.1 15.4
(12.31%) (6.72%) (4.37%) (11.65%) (4.37%) (4.18%)
2006 1,258.1 676.6 458.4 27.6 19.5 11.4
(12.24%) (6.58%) (4.46%) (7.81%) (5.51%) (3.22%)
2007 1,286.7 682.1 473.1 26.9 20.3 13.2
(12.21%) (6.73%) (4.49%) (7.66%) (5.78%) (3.76%)
2008 1,283.8 682.2 486.4 29.3 18.8 14.5
(12.04%) (6.40%) (4.56%) (7.95%) (5.10%) (3.93%)
2009 1,306.3 678.1 505.2 43.7 20.2 12.6
(11.99%) (6.22%) (4.64%) (10.45%) (4.83%) (3.01%)
2010 1,418.8 788.0 534.2 34.7 24.9 13.1
(11.92%) (6.62%) (4.49%) (8.58%) (6.16%) (3.24%)
2011 1,461.9 812.5 544.6 38.0 25.1 10.8
(11.84%) (6.58%) (4.40%) (9.76%) (6.45%) (2.77%)
2012 1,481.5 820.4 578.7 47.9 22.5 13.6
(11.56%) (6.40%) (4.51%) (11.94%) (5.60%) (3.39%)

Sumber: (Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia)

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

5
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Jadual 1 menunjukkan arah aliran jumlah pengangguran dan jumlah guna tenaga di negeri
Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Kelantan dari tahun 2002 hingga 2012.

Arah aliran guna tenaga bagi negeri Johor pada tahun 2002 hingga 2003 telah melihat
peningkatan sebanyak 46.8 ribu orang daripada 1222.3 ribu orang pada 2002 kepada 1269.1 ribu
orang (12.86%) pada tahun 2003. Pada tahun seterusnya jumlah guna tenaga telah menurun
daripada 1269.1 ribu orang pada 2003 kepada 1232.5 ribu orang (12.35%) pada 2004 iaitu
penurunan sebanyak 36.5 ribu orang. Jumlah guna tenaga pada tahun 2005 telah meningkat
sebanyak 5.1 ribu orang daripada 1232.6 ribu orang pada 2004 kepada 1237.1 ribu orang
(12.31%) pada tahun 2005. Manakala pada tahun 2005, jumlah guna tenaga Johor meningkat
daripada 1237.1 ribu orang kepada 1258.1 ribu orang (12.24%) pada 2006 yang merupakan
peningkatan sebanyak 21 ribu orang. Jumlah guna tenaga terus menunjukkan peningkatan dari
2006 hingga 2007 iaitu 1258.1 ribu orang kepada 1286.7 ribu orang (12.21%) bersamaan
peningkatan 28.6 ribu orang. Jumlah guna tenaga dari tahun 2007 hingga 2008 telah melihat
penurunan sebanyak 2.9 ribu orang iaitu daripada 1286.7 ribu orang kepada 1283.8 ribu orang
(12.04%). Kemudian, telah berlaku peningkatan yang tinggi pada tahun 2009 iaitu peningkatan
sebanyak 22.5 ribu orang kepada 1306.3 ribu orang (11.99%). Pada tahun seterusnya berlaku
peningkatan daripada 1306.3 ribu orang pada tahun 2009 kepada 1418.8 ribu orang (11.92%)
pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2011, peningkatan telah berlaku seramai 43.1 ribu orang
daripada 1418.8 ribu orang pada 2010 kepada 1461.9 ribu orang (11.84%) pada tahun 2011.
Seterusnya, pada tahun 2012 berlaku peningkatan sebanyak 19.6 ribu orang kepada 1481.5 ribu
orang (11.56%).

Arah aliran pengangguran di negeri Johor pula menunjukkan peningkatan pada awal
kajian ini iaitu dari tahun 2002 hingga tahun 2003 daripada 36.7 ribu orang kepada 46.2 ribu
orang (12.49%) pada tahun 2003 bersamaan 9.5 ribu orang. Manakala aliran jangka masa pendek
dari tahun 2003 hingga 2004 adalah sama kerana tiada pertambahan ataupun penurunan guna
tenaga iaitu sebanyak 46.2 ribu orang (12.60%). Manakala, pada tahun seterusnya iaitu tahun
2005, terdapat penurunan daripada 46.2 ribu orang kepada 42.9 ribu orang (11.65%) bersamaan
3.3 ribu orang. Pada tahun 2006 pula telah berlaku penurunan yang agak drastik kepada 27.6 ribu
orang (7.81%) dengan jumlahnya seramai 15.3 ribu orang. Arah aliran pengangguran terus
mengalami penurunan pada tahun 2007 kepada 26.9 ribu orang (7.66%) yang merupakan

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

6
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

penurunan sebanyak 0.7 ribu orang. Pada tahun 2008, terdapat peningkatan kecil daripada 26.9
ribu orang kepada 29.3 ribu orang (7.95%) bersamaan peningkatan sebanyak 2.4 ribu orang.
Peningkatan ini telah diteruskan dengan 43.7 ribu penganggur (10.45%) yang merupakan
peningkatan sebanyak 14.4 ribu orang. Pada permulaan dekad baharu, arah aliran pengangguran
telah menunjukkan penurunan kepada 34.7 ribu orang kepada 43.7 ribu orang (10.45%)
bersamaan 9 ribu orang. Tahun seterusnya menunjukkan peningkatan peningkatan pengangguran
sebanyak 3.3 ribu orang kepada 38.0 ribu orang (9.76%). Pada tahun 2012, berlaku peningkatan
daripada 38.0 ribu orang kepada 47.9 ribu orang (11.94%) bersamaan 9.9 ribu orang.

Arah aliran bagi guna tenaga bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2002
ialah sebanyak 794.1 ribu orang (8.32%%) dan jumlah ini menurun sebanyak 79.0 ribu orang
kepada 715.1 orang (7.25%) pada tahun 2003. Arah aliran jangka pendek dari tahun 2003 hingga
tahun 2004 telah memperlihatkan penurunan lagi sebanyak 43.4 ribu orang daripada jumlah
715.1 ribu orang kepada 671.1 ribu orang (6.77%). Tahun seterusnya iaitu 2005 pula
menunjukkan peningkatan jumlah guna tenaga daripada 671.7 ribu orang kepada 675.2 ribu
orang (6.72%) iaitu sebanyak 3.5 ribu orang. Peningkatan jumlah tenaga ini diteruskan dari tahun
2005 hingga tahun 2006 dengan peningkatan sebanyak 1.4 ribu orang daripada angka 675.2 ribu
orang ke 676.6 ribu orang (6.58%). Tahun 2006 hingga tahun 2007 telah menunjukkan
peningkatan arah aliran guna tenaga yang lebih tinggi daripada tahun sebelumnya iaitu 676.6
ribu orang kepada 682.1 ribu orang (6.73%) bersamaan 5.6 ribu orang. Peningkatan jumlah guna
tenaga dari tahun 2007 hingga tahun 2008 hanya sedikit iaitu sebanyak 0.1 ribu orang dari 682.1
ribu orang kepada 682.2 ribu orang (6.40%). Tahun seterusnya iaitu tahun 2009 telah
menunjukkan penurunan jumlah guna tenaga dari 682.2 ribu orang ke 678.1 ribu orang (6.22%)
iaitu sebanyak 4.1 ribu orang. Permulaan kepada dekad baharu telah menunjukkan peningkatan
guna tenaga yang tinggi sebanyak 109.9 ribu orang daripada 678.1 ribu orang pada 2009 kepada
788.0 ribu orang (6.62%) pada 2010. Peningkatan ini diteruskan pada tahun seterusnya sebanyak
24.5 ribu orang daripada 788.0 ribu orang pada 2010 kepada 812.5 ribu orang (6.58%) pada 2011.
Arah aliran guna tenaga telah meningkat sedikit lagi dari tahun 2011 hingga 2012 daripada 812.5
ribu orang ke 820.4 ribu orang (820.4%) bersamaan 7.9 ribu orang.

Bagi arah aliran pengangguran pula, terdapat peningkatan jumlah pengangguran dari
tahun 2002 ke 2003 iaitu daripada 22.7 ribu orang (6.61%) kepada 25.2 ribu orang (6.81%)

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

7
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

bersamaan 2.5 ribu orang. Pada tahun seterusnya pula, terdapat penurunan pengangguran
sebanyak 5.2 ribu orang daripada 22.7 ribu orang pada tahun 2003 ke 19.9 ribu orang (5.43%)
pada tahun 2004. Trend ini diteruskan lagi pada tahun 2005 dengan penurunan daripada 19.9 ribu
orang kepada 16.1 ribu orang (4.37%) bersamaan 3.8 ribu orang. Tahun seterusnya pula
menunjukkan peningkatan jumlah pengangguran sebanyak 3.4 ribu orang daripada 16.1 ribu
orang pada 2005 kepada 19.5 ribu orang (5.51%) pada tahun 2006. Jumlah pengangguran terus
meningkat pada tahun seterusnya daripada 19.5 ribu orang kepada 20.3 ribu orang (5.78%)
bersamaan 0.8 ribu orang. Tahun 2007 hingga tahun 2008 memperlihatkan penurunan
pengangguran sebanyak 1.4 ribu orang daripada 20.3 ribu orang pada tahun 2007 kepada 18.8
ribu orang (5.10%) pada 2008. Jumlah pengangguran telah meningkat semula kepada angka yang
hampir sama dengan dua tahun sebelumnya iaitu daripada 18.8 ribu orang pada 2008 kepada
20.2 ribu orang (4.83%) pada tahun 2009 bersamaan 1.4 ribu orang. Tahun 2010 telah
menunjukkan peningkatan pengangguran sebanyak 4.7 ribu orang daripada 20.2 ribu orang pada
tahun 2009 kepada 24.9 ribu orang (6.16%) pada 2010. Peningkatan ini diteruskan pada tahun
2011 dengan peningkatan pengagguran daripada 24.9 ribu orang pada 2010 kepada 25.1 ribu
orang (6.45%) pada 2011 bersamaan peningkatan sebanyak 0.2 ribu orang. Pada tahun 2012,
terdapat penurunan jumlah pengangguran daripada 25.1 ribu orang kepada 22.5 ribu orang
(5.60%) iaitu penurunan sebanyak 2.6 ribu orang.

Bagi negeri Kelantan, terdapat peningkatan dalam arah aliran guna tenaga daripada 422.7
ribu orang (4.43%) pada tahun 2002 kepada 475.7 ribu orang (4.82%) pada tahun 2003 yang
merupakan peningkatan sebanyak 53 ribu orang. Pada tahun 2004 pula, terdapat penurunan
sebanyak 39.1 ribu orang daripada 475.7 ribu orang pada tahun 2003 kepada 436.6 ribu orang
(4.37%) pada tahun 2004. Pada tahun 2005, terdapat peningkatan yang sedikit iaitu sebanyak 2.2
ribu orang kepada 438.8 ribu orang (4.37%). Pada tahun seterusnya terdapat peningkatan yang
banyak daripada 438.8 ribu orang kepada 458.4 ribu orang (4.46%) iaitu peningkatan sebanyak
19.6 ribu orang. Pada tahun 2007, peningkatan ini diteruskan dengan peningkatan sebanyak 14.7
ribu orang daripada 458.4 ribu orang kepada 473.1 ribu orang (4.49%). Trend ini diteruskan lagi
pada tahun 2008 dengan peningkatan jumlah guna tenaga daripada 473.1 ribu orang kepada
486.4 ribu orang (4.56%) bersamaan peningkatan 13.3 ribu orang. Tahun 2009 melihat
peningkatan yang lagi tinggi sebanyak 18.8 ribu orang kepada 505.2 ribu orang (4.64%). Pada
dekad baharu, berlaku peningkatan jumlah guna tenaga yang tinggi iaitu sebanyak 29 ribu orang

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

8
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

daripada 505.2 ribu orang pada tahun 2009 kepada 534.2 ribu orang (4.49%) pada tahun 2010.
Peningkatan ini bersambung pada tahun 2011 dengan peningkatan sebanyak 10.4 ribu orang
kepada 544.6 ribu orang (4.40%). Peningkatan yang amat tinggi berlaku pada tahun 2012 iaitu
sebanyak 34.1 ribu orang daripada 544.6 ribu orang kepada 578.7 ribu orang (4.51%).

Bagi arah aliran pengangguran pula, Kelantan telah mengalami penurunan pengangguran
sebanyak 1.1 ribu orang daripada 17.0 ribu orang (4.95%) pada 2002 kepada 15.9 ribu orang
(4.30%) pada 2003. Pada tahun seterusnya, terdapat peningkatan pengangguran sebanyak 2.6
ribu orang kepada 18.5 ribu orang (5.05%). Pengangguran di Kelantan telah menurun semula
pada tahun 2005 sebanyak 3.1 ribu orang kepada 15.4 ribu orang (4.18%). Trend ini terus
berlaku pada tahun berikutnya dari 15.4 ribu orang pada 2005 kepada 11.4 ribu orang (3.22%)
bersamaan 4 ribu orang. Tahun 2007 menunjukkan peningkatan pengangguran sebanyak 1.8 ribu
orang kepada 13.2 ribu orang (3.76%). Trend ini terus berlaku pada tahun 2008 dengan
peningkatan sebanyak 14.5 ribu orang pada 2008 kepada 14.5 ribu orang (3.93%).
Pengangguran di Kelantan telah menurun pada tahun 2009 daripada 14.5 ribu orang kepada 12.6
ribu orang (3.01%) bersamaan 1.9 ribu orang. Pada tahun 2010, terdapat peningkatan
pengangguran di Kelantan sebanyak 0.5 ribu orang kepada 13.1 ribu orang (3.24%). Tahun
seterusnya menunjukkan penurunan pengangguran dari 13.1 ribu orang kepada 10.8 ribu orang
(2.77%) bersamaan 2.3 ribu orang. Pengangguran di Kelantan telah meningkat semula pada
tahun 2012 sebanyak 2.8 ribu orang kepada 13.6 ribu orang (3.39%).

Secara keseluruhannya, setiap negeri telah menunjukkan peningkatan jumlah guna tenaga
secara konsisten dari tahun 2002 hingga 2012. Sepanjang 10 tahun yang dikaji, negeri Johor
telah mengalami peningkatan jumlah guna tenaga sebanyak 259.2 ribu orang. Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur pula melihat peningkatan jumlah guna tenaga sebanyak 26.3 ribu
orang dan bagi negeri Kelantan, peningkatan jumlah guna tenaga dari tahun 2002 hingga 2012
sebanyak 156 ribu orang. Johor mempunyai jumlah guna tenaga yang paling tinggi iaitu seramai
1,481.5 ribu orang pada tahun 2012 dengan negeri Kelantan yang merupakan negeri dengan
jumlah guna tenaga yang paling sedikit yang hanya mempunyai seramai 578.7 ribu orang pada
tahun 2012. Pengangguran Johor juga mempunyai jumlah yang paling besar sebanyak 47.9 ribu
orang pada tahun 2012 dengan Kelantan yang mempunyai jumlah pengangguran yang paling
sedikit iaitu 13.6 ribu orang pada tahun 2012.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

9
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Jadual 2: Kadar perubahan jumlah guna tenaga dan kadar pertumbuhan pengangguran di negeri
Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Kelantan dari tahun 2002
hingga 2012
Negeri Kadar Perubahan Jumlah Guna Tenaga (%) Kadar Pertumbuhan Pengangguran (%)
W.P Kuala W.P Kuala
Johor Kelantan Johor Kelantan
Tahun Lumpur Lumpur
2002-2003 3.83 -9.95 12.54 25.89 11.01 -6.47
2003-2004 -2.88 -6.07 -8.22 0 -21.03 16.35
2004-2005 0.37 0.52 0.50 -7.14 -19.10 -16.76
2005-2006 1.70 0.21 4.47 -35.66 21.12 -25.97
2006-2007 2.27 0.81 3.21 -2.54 4.10 15.79
2007-2008 -0.23 0.01 2.81 8.92 -7.39 9.85
2008-2009 1.75 -0.60 3.87 49.15 7.47 -13.10
2009-2010 8.61 16.21 5.74 -20.59 23.27 3.97
2010-2011 3.04 3.11 1.95 9.51 0.80 -17.56
2011-2012 1.34 0.97 6.26 26.05 -10.36 25.93
Sumber: (Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia)

Jadual 2 menunjukkan kadar perubahan jumlah pengangguran dan jumlah guna tenaga di
negeri Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Kelantan dari tahun 2002 hingga
2012.

Arah aliran guna tenaga bagi negeri Johor pada tahun 2002 hingga 2003 telah
menunjukkan peningkatan daripada 1222.3 ribu orang kepada 1269.1 ribu orang bersamaan
3.83%. Tahun seterusnya terdapat penurunan sebanyak -2.88% kepada 1232.5 ribu orang.
Jumlah guna tenaga telah meningkat semula pada tahun 2005 sebanyak 0.37% kepada 1237.1
ribu orang. Peningkatan ini diteruskan pada tahun 2006 sebanyak 1.70% kepada 1258.1 ribu
orang. Tahun 2007 terus menunjukkan peningkatan kepada 1286.7 ribu orang bersamaan 2.27%.
Tahun 2008 telah menunjukkan penurunan jumlah guna tenaga sebanyak -0.23% kepada 1283.8
ribu orang. Tahun seterusnya menunjukkan peningkatan jumlah guna tenaga semula sebanyak
1.75% kepada 1306.3 ribu orang. Peningkatan berlaku lagi pada tahun 2009 sebanyak 1.75%
kepada 1306.3 ribu orang. Peningkatan ini berterusan pada tahun 2010 sebanyak 8.61% kepada
1418.8 ribu orang. Trend ini berterusan pada tahun 2011 dengan peningkatan sebanyak 3.04%
kepada 1461.9 ribu orang. Seterusnya, tahun 2012 telah menunjukkan peningkatan sebanyak
1.34%. Arah aliran pengangguran di negeri Johor pula menunjukkan peningkatan dari tahun
2002 hingga tahun 2003 daripada 36.7 ribu orang kepada 46.2 ribu orang bersamaan 25.89%.
Manakala tiada peningkatan ataupun penurunan pada tahun seterusnya bersamaan 0%. Manakala,

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

10
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

pada tahun 2005 terdapat penurunan sebanyak -7.14% kepada 42.9 ribu orang. Tahun 2006 pula
telah menunjukkan penurunan yang mendadak sebanyak -35.66% kepada 27.6 ribu orang. Arah
aliran pengangguran terus mengalami penurunan pada tahun 2007 kepada 26.9 ribu orang
bersamaan -2.54%. Pada tahun 2008, terdapat peningkatan sedikit bersamaan 8.92% kepada 29.3
ribu orang. Tahun 2009 telah menunjukkan peningkatan pengangguran yang sangat tinggi
sebanyak 49.15% kepada 43.7 ribu penganggur. Permulaan dekad baharu telah menunjukkan
penurunan pengangguran sebanyak -20.59% kepada 43.7 ribu orang. Tahun seterusnya
menunjukkan peningkatan pengangguran sebanyak 9.51%. Pada tahun 2012, pengangguran telah
meningkat banyak kepada 47.9 ribu orang bersamaan 26.05%.

Guna tenaga bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menunjukkan penurunan
sebanyak -9.95% pada tahun pertama kajian iaitu dari 794.1 ribu orang pada tahun 2002 kepada
715.1 ribu orang pada 2003. Guna tenaga W.P. Kuala Lumpur telah menurun lagi pada tahun
2004 iaitu sebanyak -6.07% kepada 671.1 ribu orang. Pada tahun 2005, jumlah guna tenaga telah
meningkat sedikit bersamaan 0.52% kepada 675.2 ribu orang. Peningkatan ini berterusan pada
tahun seterusnya kepada angka 676.6 ribu orang bersamaan 0.21%. Trend ini diteruskan pada
tahun 2007 dengan peningkatan sebanyak 0.81% kepada 682.1 ribu orang. Peningkatan yang
sangat sedikit berlaku pada tahun 2008 iaitu sebanyak 0.01% sahaja kepada 682.1 ribu orang.
Penurunan jumlah guna tenaga dapat dilihat pada tahun 2009 sebanyak -0.60% kepada 679.1
ribu orang. Permulaan dekad baharu telah melihat peningkatan jumlah guna tenaga yang banyak
kepada 788.0 ribu orang bersamaan 16.21%. Peningkatan jumlah guna tenaga berterusan pada
tahun 2011 sebanyak 3.11% kepada 812.5 ribu orang. Jumlah tenaga W.P. Kuala Lumpur telah
meningkat sedikit lagi pada tahun 2012 sebanyak 0.97% kepada 820.4 ribu orang. Bagi arah
aliran pengangguran pula, terdapat peningkatan pengangguran pada 2003 sebanyak 11.01%
daripada 22.7 ribu orang kepada 25.2 ribu orang. Pada tahun 2004, terdapat penurunan
pengangguran sebanyak -21.03% kepada 19.9 ribu orang. Trend ini berterusan lagi pada tahun
2005 dengan penurunan sebanyak -19.10% kepada 16.1 ribu orang. Terdapat peningkatan
pengangguran pada tahun 2006 sebanyak 21.12% kepada 19.5 ribu orang. Jumlah pengangguran
terus meningkat pada tahun 2007 sebanyak 4.10% kepada 20.3 ribu orang. Tahun 2008 telah
menunjukkan penurunan pengangguran sebanyak -7.39% kepada 18.8 ribu orang. Jumlah
pengangguran telah meningkat semula kepada angka yang hampir sama dengan dua tahun
sebelumnya iaitu 20.2 ribu orang pada 2009 bersamaan 7.47%. Pada tahun 2010, terdapat

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

11
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

peningkatan pengangguran sebanyak 23.27% kepada 24.9 ribu orang. Trend ini terus berlaku
pada tahun 2011 dengan peningkatan pengangguran sebanyak 0.80% kepada 25.1 ribu orang.
Terdapat penurunan pengangguran sebanyak -10.36% kepada 22.5 ribu orang pada tahun 2012.

Bagi guna tenaga negeri terakhir yang dikaji iaitu Kelantan, peningkatan pada tahun 2002
hingga 2003 adalah daripada 422.7 ribu orang kepada 475.7 ribu orang iaitu 12.54%. Seterusnya,
pada tahun 2004, jumlahnya telah menurun kepada 436.6 ribu orang yang menunjukkan
penurunan sebanyak -8.22%. Pada tahun berikutnya, jumlah pada tahun 2005 telah menaik
daripada 436.6 ribu orang kepada 438.8 ribu orang iaitu hanya 0.52%. Sementara pada tahun
2006, berlaku peningkatan kepada 458.4 ribu orang bersamaan 4.47%. Manakala tahun 2007,
guna tenaga terus mengalami peningkatan kepada 473.1 ribu orang iaitu pertumbuhan sebanyak
3.21%. Selain itu, jumlah guna tenaga ini meningkat lagi pada kadar 2.81% iaitu kepada 486.4
ribu orang pada tahun 2008. Pada tahun 2009, berlaku peningkatan kepada 505.2 ribu orang iaitu
peningkatan sebanyak 3.87% dan pada tahun 2010 masih meningkat kepada 534.2 ribu orang
bersamaan 5.74%. Seterusnya, pada tahun 2011 jumlah guna tenaga meningkat dengan jumlah
yang baru iaitu 544.6 ribu orang yang hanya 1.95%. Akhir sekali, pada tahun 2012, masih
berlaku peningkatan yang berterusan kepada 578.7 ribu orang atau sebanyak 6.26%.
Bagi pengangguran di Kelantan pula, 17.0 ribu orang pada tahun 2002 dan pada tahun 2003 telah
menurun kepada 15.9 ribu orang sebanyak -6.47%. Seterusnya, pada tahun 2004 jumlah
pengangguran telah meningkat sebanyak 16.35% dari tahun sebelumnya kepada 18.5 ribu orang.
Manakala tahun berikutnya, jumlah pengangguran menurun dari 18.5 ribu orang kepada 15.4
ribu orang bersamaan penurunan sebanyak -16.76%. Pada tahun 2006, berlaku penurunan jumlah
pengangguran yang mendadak kepada 11.4 ribu orang bersamaan -25.97%. Manakala, pada
tahun 2007 berlaku peningkatan jumlah pengangguran dari 11.4 ribu orang kepada 13.2 ribu
orang iaitu pertambahan sebanyak 15.79%. Seterusnya, peningkatan telah berlaku sebanyak
9.85% iaitu kepada 14.5 ribu orang menjelang tahun 2008. Peningkatan telah berhenti pada tahun
2009 iaitu dari 14.5 ribu orang kepada 12.6 ribu orang dengan sebanyak -13.10%. Malah, pada
tahun 2010, terdapat peningkatan sebanyak 3.97% iaitu 13.1 ribu orang berbanding tahun
sebelum. Namun begitu, pada tahun 2011, pengurangan pengangguran iaitu sebanyak -17.56%
dari tahun sebelumnya kepada 10.8 ribu orang. Manakala pada tahun 2012, pengangguran telah
meningkat mendadak sebanyak 25.93% daripada 10.8 ribu orang pada tahun 2011 kepada 13.6
ribu orang.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

12
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Kesimpulannya, ketiga-tiga negeri dalam kajian telah menunjukkan peningkatan secara


konsisten dalam jumlah guna tenaga dari tahun 2002 hingga 2012. Negeri Johor telah mengalami
perubahan guna tenaga sebanyak 21.21% dari awal kajian hingga akhir kajian. Manakala untuk
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, peningkatan yang terdapat sebanyak 3.31%. Akhirnya,
untuk negeri Kelantan, terdapat peningkatan guna tenaga sebanyak 36.90% dari tahun 2002
hingga 2012. Pengangguran di ketiga-tiga negeri telah melihat perkembangan yang tidak
konsisten dan selalu berubah dari tahun 2002 hingga tahun 2012. Pada akhir kajian, negeri Johor
mempunyai jumlah pengangguran yang paling banyak iaitu 47.9 ribu orang dan peningkatan
sebanyak 30.52% dari 2002. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah
penganggur yang kedua terbesar dalam kajian dan pengurangan sebanyak -0.88% berbanding
dengan tahun 2002. Pengangguran di negeri Kelantan pada 2012 juga telah menunjukkan
pengurangan pengangguran sebanyak -20%.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

13
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

5.2 Menganalisis dan membandingkan jumlah guna tenaga dan pengangguran

Graf 1: Kadar perubahan jumlah guna tenaga di negeri Johor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan negeri Kelantan dari tahun 2002 hingga 2012

Sumber: (Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia)

Graf 1 menunjukkan kadar perubahan guna tenaga di negeri Johor, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan negeri Kelantan dari tahun 2002 hingga 2012.

Negeri Johor telah menunjukkan peningkatan jumlah guna tenaga paling tinggi antara
kesemua negeri dalam kajian pada tahun 2006 iaitu sebanyak 2.27%. Peningkatan jumlah guna
tenaga yang tinggi ini boleh dikaitkan dengan peranan Johor dalam Projek Rancangan Malaysia
Kesembilan yang telah mengutamakan Johor dalam rancangan tersebut terutamanya dalam

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

14
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Projek ini telah meningkatkan ekonomi Johor dan
peluang pekerjaan dari segi pembinaan dan perkhidmatan profesional termasuklah pembinaan
Pusat Pentadbiran Negeri di Nusajaya, trek keretapi ke Pelabuhan Pelepas dan Lebuhraya Senai-
Skudai. (Laporan Bank Negara Malaysia 2006). Pengurangan jumlah guna tenaga terbanyak di
Johor dapat dilihat pada tahun 2004. Pengurangan jumlah guna tenaga ini disebabkan oleh
penguncupan sektor pembinaan secara keseluruhan di negara kita pada tahun tersebut, namun
Johor merupakan antara negeri yang paling terjejas. Ini dapat dipastikan kerana ruang perniagaan
tidak diisi di Johor merupakan kedua tinggi di negara dengan 299 ruang perniagaan yang tidak
diisi daripada keseluruhan 1,431 ruang (Laporan Bank Negara Malaysia 2003).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menunjukkan peningkatan jumlah guna tenaga
tertinggi pada tahun 2010 bersamaan 16.21%. Peningkatan ini disebabkan oleh tindakan yang
telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan kesan Krisis Ekonomi 2008 kepada
Kuala Lumpur. Antara tindakan yang telah dilakukan termasuk memaksa syarikat tempatan
untuk membuka peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia dan mengiklankan
kekosongan jawatan di atas talian. Selain itu, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan oleh
kerajaan untuk melatih semula pekerja-pekerja yang telah hilang pekerjaan. Tindakan-tindakan
yang prihatin tersebut dapat mengurangkan kesan Krisis Ekonomi 2008 dan meningkatkan
jumlah guna tenaga pada tahun 2010 (The Straits Times, 2008). Pada tahun 2003 hingga 2004
pula, W.P. Kuala Lumpur mengalami penurunan jumlah guna tenaga kedua tertinggi semasa
kajian ini iaitu sebanyak -6.07%. Ini dikaitkan dengan masalah sama yang dialami oleh Johor
pada 2004 iaitu penguncupan sektor pembinaan yang telah menyebabkan W.P. Kuala Lumpur
sebagai negeri paling terjejas dengan sebanyak 1,414 ruang pejabat dan 286 ruang perniagaan
yang tidak diisi (Laporan Bank Negara Malaysia 2004). Tambahan pula, wabak Severe Acute
Respiratory Syndrome (SARS) telah menjejaskan industri pelancongan sehingga terdapat
penurunan kedatangan pelancong ke Malaysia sebanyak 20.5%. (The Star, 2020)

Negeri Kelantan telah mengalami peningkatan jumlah guna tenaga tertinggi pada tahun
2012 antara semua negeri dalam kajian iaitu sebanyak 6.26%. Ini disebabkan oleh pelbagai usaha
yang telah dilakukan untuk memajukan ekonomi di Kelantan pada waktu itu di bawah Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (ECER). Kemajuan di bawah ECER termasuklah pembinaan taman
perindustrian di Pasir Mas dan penternakan biri-biri dan penanaman kelapa sawit.. Selain itu, di

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

15
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

bawah rolling plan Pertama (RP1), terdapat projek pembinaan hospital di Kuala Krai, Kelantan
(Laporan Kementerian Kewangan Malaysia 2011/2012). Di samping itu, RM723.6 juta telah
dibelanjakan untuk menaik taraf beberapa jalan luar bandar di Kelantan. Semua tindakan
kerajaan tersebut telah mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan jumlah guna tenaga di
Kelantan. Negeri Kelantan mengalami penurunan jumlah guna tenaga hanya pada tahun 2003
hingga 2004. Ini kerana terdapat pemberhentian pekerja yang kebanyakkannya berlaku dalam
sektor perkilangan dan sektor berkaitan pelancongan. Sebab-sebab utama pemberhentian pekerja
termasuk pengurangan permintaan barangan, pengorganisasian semula syarikat, penutupan
syarikat dan pengurangan dalam pengeluaran serta kesan-kesan wabak SARS kepada
pelancongan Kelantan (Laporan Bank Negara Malaysia 2004).

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

16
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Graf 2: Kadar perubahan jumlah pengangguran di negeri Johor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan negeri Kelantan dari tahun 2002 hingga 2012

Sumber: (Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia)

Graf 2 menunjukkan kadar perubahan pengangguran di negeri Johor, Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan dari tahun 2002 hingga 2012.

Negeri Johor telah menunjukkan peningkatan pengangguran yang tertinggi antara semua
negeri dalam kajian pada tahun 2009 dan juga peningkatan tertinggi untuk negeri Johor
sepanjang kajian ini iaitu sebanyak 49.15%. Perkembangan ini selaras dengan penutupan
syarikat yang berlaku di Johor pada waktu itu terutamanya syarikat dari sektor pembuatan.
Sebanyak 11 syarikat dari sektor pembuatan telah ditutup dan seramai 1,477 pekerja daripada
sektor pembuatan di Johor telah diberhentikan (Laporan Ekonomi Johor 2008/2009). Penurunan

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

17
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

pengangguran dapat dilihat di Johor pada tahun 2010 sebanyak -20.59%. Ini dapat dikaitkan
dengan peningkatan pelaburan kerajaan kepada beberapa sektor terutamanya pembinaan.
Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2.4 bilion bagi pembangunan infrastruktur di
Iskandar Malaysia termasuklah projek menaiktaraf Lebuh Raya Skudai-Senai dan Persimpangan
Bertingkat Bandar Ulu Tiram. Selain itu terdapat juga 101 projek sektor pembuatan dan
penubuhan Taman Kekal Pengeluaran bagi Industri Ayam di Johor telah menyumbang kepada
subsektor ternakan (Kementerian Kewangan Malaysia 2009/2010).

W.P. Kuala Lumpur telah menunjukkan peningkatan jumlah pengangguran pada tahun 2003
sebanyak 11.01%. Sebab-sebab peningkatan jumlah pengangguran di W.P. Kuala Lumpur
berkait dengan penurunan guna tenaga pada tahun yang sama (Kementerian Kewangan Malaysia
2003/2004). Peningkatan pengangguran pada tahun ini dapat dikaitkan dengan penguncupan
sektor pembinaan yang telah menyebabkan W.P. Kuala Lumpur mengalami sebanyak 1,414
ruang pejabat dan 286 ruang perniagaan tidak diisi (Laporan Bank Negara Malaysia 2003).
Wabak SARS telah menjejaskan industri pelancongan dan menurunkan kedatangan pelancong ke
Malaysia sebanyak 20.5%. (The Star, 2020)

Negeri Kelantan merupakan negeri yang mengalami peningkatan pengangguran tertinggi


dalam kajian pada tahun 2007 hingga 2008 bersamaan 9.85%. Peningkatan pengangguran ini
mengikut trend yang terdapat di seluruh Malaysia pada waktu itu iaitu akibat daripada Krisis
Ekonomi 2008 yang telah mengakibatkan pemberhentian pekerja pada suku ketiga 2008 tiga kali
lebih tinggi daripada pemberhentian pekerja pada suku kedua tahun yang sama. Namun, pada
tahun seterusnya iaitu 2008-2009, Kelantan telah menunjukkan penurunan pengangguran
sebanyak -13.10% (Bangkok Post, 2008). Penurunan ini disebabkan oleh usaha kerajaan untuk
menggalakan pelancongan tersendiri di bawah Program Tahun Melawat Malaysia 2007 yang
telah dilanjutkan kepada bulan Ogos 2008, negeri Kelantan telah melancarkan program yang
serupa pada bulan Januari 2008. Selain itu, Universiti Malaysia Kelantan juga telah dinaik taraf
dan diperluaskan (Laporan Kementerian Kewangan Malaysia 2008/2009).

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

18
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

6.0 CADANGAN

Berdasarkan kajian membandingkan dan menganalisis guna tenaga dan pengangguran di negeri
Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan pada tahun 2002 hingga 2012, terdapat
beberapa cadangan oleh pengkaji bagi meneruskan prestasi baik tenaga buruh di ketiga-tiga
negeri dalam kajian ini.

6.1 Dasar Fiskal Mengembang (Menambah Perbelanjaan Kerajaan)

Dasar fiskal merupakan satu dasar kerajaan melalui perubahan dasar cukai dan perbelanjaan
kerajaan agar satu keadaan ekonomi yang stabil dapat dicapai.

Berdasarkan hasil kajian, kadar pengangguran telah menunjukkan peningkatan di Johor kerana
berlaku penutupan syarikat di Johor terutamanya dari sektor pembuatan. Kemudian, peningkatan
pengangguran di W.P. Kuala Lumpur disebabkan oleh penguncupan sektor pembinaan pada
tahun 2003. Akhirnya, peningkatan pengangguran di Kelantan pada tahun 2008 selaras dengan
Krisis Ekonomi 2008.

Ini dapat dilakukan dengan menambah perbelanjaan kerajaan. Apabila kerajaan menambah
perbelanjaan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan seperti Projek Iskandar Malaysia
di negeri Johor, jumlah peluang pekerjaan akan meningkat kerana penganggur akan diserap
dalam guna tenaga. Oleh itu, pendapatan individu meningkat, permintaan agregat bertambah dan
pendapatan negara serta guna tenaga akan meningkat serta pengangguran diatasi.

6.2 Dasar Kewangan Mengembang (Menurunkan Kadar Bunga Semalaman)

Dasar kewangan mengembang merupakan cara kerajaan mengawal bekalan wang dan kadar
bunga bagi mempengaruhi kegiatan kegiatan ekonomi supaya ekonomi negara sentiasa berada
dalam keadaan yang stabil.

Berdasarkan hasil kajian, guna tenaga telah menunjukkan penurunan di negeri Johor pada tahun
2004 disebabkan oleh penguncupan sektor pembinaan Selain itu, W.P. Kuala Lumpur mengalami
penurunan guna tenaga pada tahun 2003 disebabkan oleh isu yang sama. Cadangan pertama bagi
meneruskan trend ini ialah melalui dasar kewangan mengembang.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

19
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Dasar kewangan dapat dilaksanakan dengan menurunkan kadar bunga semalaman (KBS). KBS
ialah kadar faedah yang dijadikan sasaran dalam operasi kecairan harian Bank Negara Malaysia.
KBS menentukan kadar semalaman antara bank, kadar pinjaman asas dan kadar tabungan bank
yang akan berubah mengikut perubahan KBS. Apabila bank pusat menurunkan KBS, kadar
pinjaman asas yang ditanggung oleh bank perdagangan akan menurun. Oleh itu, bank
perdagangan akan menurunkan kadar bunga pinjaman yang dikenakan terhadap peminjam.
Dengan ini, kemampuan individu atau firma untuk meminjam akan meningkat dan
menggalakkan pelaburan. Peningkatan guna tenaga akan menyebabkan peningkatan pendapatan
individu dan juga firma. Seterusnya bekalan wang dan permintaan agregat meningkat seterusnya,
perbelanjaan agregat meningkat dan jumlah guna tenaga meningkat serta pengangguran menurun.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

20
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

7.0 RUMUSAN

Hasil kajian ini telah dijalankan bagi menganalisis guna tenaga dan pengangguran di negara
ini. Secara lebih terperinci, pengkaji telah mengenal pasti jumlah guna tenaga dan pengangguran
di negeri Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan pada tahun 2002 hingga 2012.
Seterusnya, pengkaji juga telah menganalisis dan membandingkan jumlah guna tenaga dan
pengangguran di negeri Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan pada tempoh
masa yang sama.

Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam penghasilan kajian ini termasuklah
kaedah memperoleh data, sumber internet digunakan seperti portal rasmi Jabatan Perangkaan
Malaysia dan laman sesawang bahasa. Sumber buku seperti buku teks STPM Ace Ahead juga
digunakan. Selain itu, kaedah analisis data digunakan melalui jadual. Seterusnya, kaedah analisis
data digunakan untuk mengira sumbangan bagi guna tenaga dan pengangguran serta pengiraan
peratus pertumbuhan. Kemudian, kaedah graf garisan dan graf bar komponen digunakan bagi
mendapatkan visual dalam bentuk graf yang jelas.

Hasil dapatan kajian bagi objektif pertama menunjukkan peningkatan guna tenaga di negeri
Johor dari tahun 2002 hingga 2003, penurunan dari tahun tahun 2003 hingga 2004 dan
seterusnya peningkatan konsisten dari tahun 2004 hingga 2012 sebanyak 248.9 ribu orang.
Seterusnya, W.P. Kuala Lumpur telah mengalami penurunan guna tenaga dari tahun 2002 hingga
2004, peningkatan perlahan dari tahun 2004 hingga 2009 dan peningkatan mendadak dan
konsisten dari tahun 2009 hingga 2012 iaitu sebanyak 142.3 ribu orang. Akhirnya, negeri
Kelantan telah mengalami arah aliran guna tenaga yang sama dengan negeri Johor. Bagi
pengangguran pula, kesemua negeri telah mengalami arah aliran yang tidak konsisten dari tahun
2002 hingga 2012. Bagi negeri Johor, peningkatan pengangguran yang paling ketara berlaku
pada tahun 2008 iaitu sebanyak 14.4 ribu orang. W.P. Kuala Lumpur memperlihatkan
peningkatan pengangguran paling drastik pada tahun 2009 iaitu setinggi 23.27% dan untuk
negeri Kelantan pula, peningkatan setinggi 25.93% pada tahun 2011.

Pengkaji juga telah mencadangkan penyelesaian bagi masalah yang dikemukakan oleh kajian
seperti peningkatan jumlah pengangguran. Cadangan termasuklah dasar fiskal mengembang dan
dasar kewangan mengembang.

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

21
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

8.0 SENARAI RUJUKAN

Buku

Ishak Ismail dan Yip Seiw Lang, 2017. Nota & Latihan STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3.
Selangor: Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

Lai Mooi Chang, 2015. Teks Pra-U STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3. Selangor:
Sasbadi Sdn. Bhd.

Lai Mooi Chang, 2017. Super Skills Teks Pra-U STPM Ekonomi (Makroekonomi) Penggal 2.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Sabariah Ali, 2019. Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Penggal 2 Edisi Keempat. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sabariah Ali, 2018. Ace Ahead Teks STPM Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Keempat. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Internet

Maxmanroe (2020). Pengertian Ekonomi: Definisi, Prinsip, Motif, dan Kegiatan Ekonomi.
Dicapai pada September 6, 2020 https://www.maxmanroe.com/vid/bisnis/pengertian-
ekonomi.html 2/

The Bangkok Post (2009). Asia’s job rescue begins. Dicapai pada Oktober 29, 2020
https://www.pressreader.com/article/282033323071775

The Star (2020). How SARS impacted tourism. Dicapai pada Oktober 10, 2020
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/29/how-sars-impacted-tourism

The Straits Times (2008). KL gears up to help laid-off workers. Dicapai pada Oktober 29, 2020
https://pressreader.com/article/282205121743431

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

22
EDITOR : MARC CREDIT TO : MARC
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi atau Jawatankuasa

Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2003. Laporan Bank Negara Malaysia 2004. Kuala Lumpur:
Bank Negara Malaysia

Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2004. Laporan Bank Negara Malaysia 2004. Kuala Lumpur:
Bank Negara Malaysia

Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2006. Laporan Bank Negara Malaysia 2006. Kuala Lumpur:
Bank Negara Malaysia

Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2008. Laporan Bank Negara Malaysia 2008. Kuala Lumpur:
Bank Negara Malaysia

Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020. Statistik utama tenaga buruh, Malaysia, 1982-
2019. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia

Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2003. Laporan Ekonomi 2003/2004. Kuala Lumpur:
Kementerian Kewangan Malaysia

Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2008. Laporan Ekonomi 2008/2009. Kuala Lumpur:
Kementerian Kewangan Malaysia

Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2011. Laporan Ekonomi 2011/2012. Kuala Lumpur:
Kementerian Kewangan Malaysia

Malaysia. Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim, 2008. Laporan Ekonomi 2008/2009. Johor
Bharu: Kerajaan Johor Darul Ta’zim

HANYA SEBAGAI RUJUKAN. DILARANG PLAGIAT HASIL KERJA

23

You might also like