Artikel - Penyelarasan Undang-Undang Islam Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PENYELARASAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

Zanariah Dimon

Seperti yang diketahui umum, setiap negeri di Malaysia mempunyai undang-undang Islam yang
tersendiri dan keadaan ini menimbulkan kesulitan terhadap sebahagian orang Islam.
Ketidakselarasan dan ketidakseragaman undang-undang Islam yang sedang berkuatkuasa di
negeri-negeri sudah semestinya akan mengakibat ketidakselarasan dan ketidakseragaman dalam
pentadbiran,pelaksaanaan dan penguatkuasaan undang-undang Islam antara negeri-negeri di
negara ini. Di samping itu Ketidakselarasan dan ketidakseragaman ini juga akan menyebabkan
perbezaan dalam penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Syariah antara satu negeri dengan
negeri yang lain walaupun penghakiman tersebut berhubung dengan kes yang mempunyai fakta
yang serupa dan ini boleh menimbulkan kekeliruan dan perasaan tidak puas hati di kalangann
rakyat negara ini terutamanya orang Islam
Sebagai contoh, perbezaan di antara negeri dalam peruntukan syarat berpoligami dalam
undang-undang keluarga Islam menyebabkan berlaku konflik dan persepsi negatif dalam
kalangan masyarakat Islam. Hal ini demikian disebabkan bidang kuasa undang-undang Islam
yang terhad dan ketidakseragaman undang-undang antara negeri-negeri di Malaysia telah
menimbulkan kekeliruan. Keputusan yang dibuat di Mahkamah Syariah di satu negeri sukar
untuk dikuatkuasakan apabila pihak-pihak dalam kes terbabit berpindah ke negeri yang lain
(Mahamad Arifin et al., 2007).
Kaedah bagi penyelarasan undang-undang ada diperuntukkan oleh Perlembagaan
Persekutuan. Menurut Perkara 76(1)(b), Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai
apa-apa perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri termasuk undang-undang Islam bagi
maksud mengadakan persamaan undang-undang di antara dua buah negeri atau lebih. Undang-
undang yang dibuat ini akan dikenakan kepada orang-orang Islam di sesuatu negeri dan apabila
diterima dengan suatu undang-undang yang diperbuat oleh Badan Perundangan Negeri. Menurut
Perkara 76(3) pula, undang-undang ini hendaklah selepas itu disifatkan sebagai undang-undang
yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri (Abdul Monir Yaacob, 2009)..
Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil telah ditubuhkan di peringkat
kebangsaan bagi merealisasikan usaha penyelarasan undang-undang Islam di Malaysia. Ia
ditubuhkan pada pertengahan tahun 1988, diketuai oleh Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim sebagai
pengerusi. Di antara tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk mengkaji undang-
undang yang sedang dipakai oleh Mahkamah Syariah dan menyediakan undang-undang yang
baru yang lebih kemas dan lengkap di samping mengemaskininya.
Jawatankuasa ini telah membuat semakan kepada beberapa undang-undang dan
menyediakan draf undang-undang yang baru utnuk dipakai oleh Mahkamah Syariah negeri-
negeri di Malaysia semenjak penubuhannya. Di antara undang-undang yang telah berjaya
disemak oleh jawatankuasa ini termasuklah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam, Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam, Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah dan Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah. Pada awal tahun 1990-an, Jawatankuasa ini juga telah berjaya
mendraf beberapa undang-undang untuk dipakai di Mahkamah Syariah seperti Enakmen Acara
Mal Mahkamah Syariah, Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah, Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah, Enakmen Wasiat, Wakaf, Zakat dan Fitrah. Hampir keseluruhan
perundangan tersebut telah diterima oleh negeri-negeri (Abdul Monir Yaacob, 2009).
Seterunsya, perkembangan terkini pada akhir tahun 1990-an telah menyaksikan usaha
lebih giat dilakukan untuk penyelarasan undang-undang Islam di Malaysia. Majlis Raja-raja
Melayu melalui mesyuarat yang ke 176 pada 1 Ogos 1997 telah bersetuju dengan Kerajaan
Persekutuan yang mengarahkan supaya penyelarasan dan penyeragaman undang-undang syariah
di semua negeri dilakukan. Berikutan dengan itu, Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal ehwal
agama Islam Malaysia yang ke 39 pada 10 Oktober 1997 telah membuat keputusan bersetuju
dengan cadangan penyelarasan dan penyeragaman undang-undang syariah di seluruh Malaysia.
Mesyuarat juga bersetuju supaya draf undang-undang yang berrkaitan digubal oleh Bahagian
Penasihat Undang-undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama
Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, JAKIM dan seterusnya hendaklah
dijadikan model oleh negeri-negeri di Malaysia (Mahamad Arifin et al., 2007).
Draf undang-undang yang telah digubal akan dibincangkan selanjutnya dengan negeri-
negeri akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan dan kelulusan.
Undang-undang itu kemudiannya hendaklah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk
diperkenankan. Setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, draf rang undang-undang tersebut
hendaklah diterima pakai oleh negeri-negeri tanpa apa-apa pindaan dan seterusnya dibentangkan
dalam Persidangan dewan Undangan Negeri masing-masing.
JAKIM dan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan enam rang undang-undang
sebagai contoh untuk diguna pakai di negeri-negeri. Enam rang-undang tersebut adalah Undang-
undang Keluarga Islam, Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah, Undnag-undang
Tatacara Jenayah Syariah, Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Undang-undang
Pentadbiran Agama Islam dan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah.
Penggubalan keenam-enam rang undang-undang ini dibuat berdasarkan undang-undang
yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan kecuali Rang Undang-undang Tatacara Mal
Mahkamah Syariah yang digubal berdasarkan Enakmen Undnag-undang Tatacara Mal yang
sedang berkuat kuasa di negeri Perak. Penggubalan ini juga mengambil kira hasil kajian
mengenai ketidakselarasan dan ketidakseragaman undang-undang syariah antara negeri-negeri
dengan memberi tumpuan kepada enam undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negeri-
negeri (Mahamad Arifin et al., 2007).
Usaha telah dilakukan di peringkat persekutuan untuk menyelaras dan menyeragamkan
undang-undang Islam yang diamalkan di negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu, pada tahun 2000-
an, kebanyakan negeri telah menerima draf undang-undang tersebut dan meminda enakmen-
enakmen terdahulu dalam tajuk yang sama (Abdul Monir Yaacob, 2009). Contohnya negeri
Johor telah menerima dan mengkanunkan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2003,
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2003 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
2003. Begitu juga langkah yang sama telah diambil oleh kebanyakan negeri-negeri lain di
Malaysia (rujuk senarai enakmen terkini di setiap negeri). Justeru itu, walaupun tidak kesemua
bidang kuasa undang-undang Islam di peringkat negeri dapat diselaras dan diseragamkan, namun
usaha-usaha yang telah dibuat menunjukkan kesungguhan bagi meningkatkan kedudukan
undang-undang Islam.

Undang-undang Islam Sedang Berkuatkuasa di Negeri-negeri

Kesan daripada usaha penyelarasan yang telah dibuat, bermula tahun 2000-an, negeri-negeri di
Malaysia telah menggubal undang-undang yang lebih kemas dan berkesan meliputi semua ruang
lingkup bidang kuasa undang-undang Islam setakat yang dibenarkan dalam Undang-undang
Persekutuan. Penggubalan undang-undang juga bukan sahaja tertumpu kepada aspek pentadbiran
undang-undang Islam, kekeluargaan dan kesalahan sahaja tetapi diluaskan kepada aspek
kehartaan seperti undang-undang wakaf dan pentadbiran harta orang Islam. Undang-undang
tersebut telah dikuatkuasakan dalam negeri masing-masing sehingga ke hari ini. Pindaan-
pindaan undang-undang tersebut juga telah dilakukan mengikut kesesuaian dari semasa ke
semasa. Ada di antaranya yang telah diseragamkan di antara negeri-negeri. Berikut adalah
senarai undang-undang Islam yang sedang berkuat kuasa pada masa kini di peringkat negeri
(e.syariah.gov.my, 2019):

Perlis

i. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006 (En. 7/2006)


ii. Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (En. 4/2006)
iii. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2006 (En. 6/2006)
iv. Enakmen Jenayah dalam Syarak 1991 (En. 4/93)
v. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2006 (En. 5/2006)
vi. Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Ugama Islam 1964 (En. 3/64)
vii. Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 (En. 5/89)
viii. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2006 

Kedah

i. Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 (En. 5/2008)
ii. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 (En. 21/2014)
iii. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 (En. 18/2014)
iv. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 (En. 20/2014)
v. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 (En.7/2008)
vi. Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2008 (En. 8/2008)
vii. Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 (En. 8/88)
viii. Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 (En. 11/88)
ix. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2014 (En. 19/2014)
x. Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (En. 6/08 / En. 10)

Pulau Pinang

i. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 (En. 4/04)
ii. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 (En 5/04)
iii. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 (En 3/96)
iv. Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 (En 7/04)
v. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 (En 8/04)
vi. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 (En 6/04)
vii. Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama (Pulau Pinang) 1989 (En 1/89)

Perak
i. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (En. 4/04)
ii. Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 (En. 6/04)
iii. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Perak) 2004 (En. 7/04) 
iv. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Perak) 2004 (En. 8/04)
v. Enakmen Tatacara Jenayah (Perak) 2004 (En. 5/04)
vi. Enakmen Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak (Tatatertib Dan Surcaj) 2001
(En. 4/2001)
vii. Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 (En. 3/92)
viii. Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 (En. 10/96) – belum
berkuatkuasa
ix. Enakmen Wakaf (Perak) 2015 (En. 9/2015) – belum berkuatkuasa

Selangor

i. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (En. 1/03)


ii. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (En. 2/03)
iii. Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 (En. 3/03) 
iv. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 (En. 4/03)
v. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 (En. 5/03)
vi. Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama 1988 (En. 2/88) 
vii. Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988
(En. 1/88)
viii. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (En. 9/95)
ix. Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (En. 4/99) 
x. Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015 (En. 15/2015) 

Wilayah Persekutuan

i. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta


505)
ii. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303)
iii. Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 (Akta 585)
iv. Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561)
v. Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560)
vi. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559)
vii. Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355)

Negeri Sembilan

i. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 (En. 11/03)


ii. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 (En. 10/03)
iii. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 (En. 12/03) 
iv. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 (En. 13/03) 
v. Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (En. 4/92)
vi. Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 (En. 6/96)
vii. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 (En. 14/03)
viii. Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-agama Bukan Islam Di
Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991 (En. 9/91)
ix. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 (En. 5/04) 
x. Enakmen Tarekat Tasawuf 2005 (En. 10/06 / En. 3) - belum berkuatkuasa
xi. Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005 (En. 5/05 / En. 2) – belum berkuatkuasa

Melaka

i. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 (En. 7/02)


ii. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 (En. 12/02)
iii. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002 (En. 9/02)
iv. Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 (En. 6/91)
v. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002 (En. 13/02)
vi. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002 (En. 8/02)
vii. Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang
Islam 1988 (En. 1/88)
viii. Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Melaka) 2002 (En. 3/02)
ix. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005 (En. 4/05 / En. 4)
x. Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005 (En. 5/05 / En. 5)
xi. Enakmen Tabung Amal Jariah Melaka 1994 (En. 13/94) 

Johor

i. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 (En. 16/03)


ii. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 (En. 17/03)
iii. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003 (En. 18/03)
iv. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003 (En. 19/03)
v. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003 (En. 20/03)
vi. Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1991 (En. 11/91) 
vii. Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1991 (En.
12/91)
viii. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (En. 4/97)

Pahang

i. Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 (En. 3/91)


ii. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005 (En. 3/05)
iii. Enakmen Kawalan & Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 (En.
5/89)
iv. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2005 (En. 4/05)
v. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (En. 8/02)
vi. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 (En. 9/02)
vii. Enakmen Tafsiran (Penerimaan – Pakai Bahagian III Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967)
1990 (En. 2/90) 
viii. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 (En. 11/2013) 

Kelantan

i. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 (En. 3/82)


ii. Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 (En. 13/2015)
iii. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (En. 8/2002)
iv. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 (En. 7/2002)
v. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2002 (En. 9/2002)
vi. Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002 (En. 6/2002)
vii. Enakmen Majlis Agama Islam Kelantan Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (En.
4/94)
viii. Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam 1981 (En. 11/81)

Terengganu

i. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 (En. 2/01)
ii. Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 (En. 12/85)
iii. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 (En. 4/01)
iv. Enakmen Tatacara Jenayah (Terengganu) 2001 (En. 5/01)
v. Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 (En. 3/01)
vi. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 (En. 6/01)
vii. Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Bukan Islam 1980 (En. 1/80)
viii. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (En. 7/01)
ix. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 (En. 4/02) 

Sarawak

i. Ordinan Mahkamah Syariah 2001 (Bab 42/2001)


ii. Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam 2001 (Bab 43/2001)
iii. Ordinan Tatacara Mal Syariah 2001 (Bab 44/2001)
iv. Ordinan Tatacara Jenayah Syariah 2001 (Bab 45/2001)
v. Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 (Bab 46/2001)
vi. Ordinan Keterangan Syariah 2001 (Bab 47/2001)
vii. Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 (Bab 41/2001) 

Sabah

i. Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 (En. 13/92)


ii. Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004 (En. 6/04)
iii. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004 (En. 8/04)
iv. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 (En. 3/95)
v. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004 (En. 9/04)
vi. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2004 (En. 10/04)
vii. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2004 (En. 11/04)
viii. Enakmen Zakat & Fitrah 1993 (En. 6/93)
ix. Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1991 (En. 7/91)
x. Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004 (En. 5/04)
xi. Enakmen Fatwa Negeri Sabah 2004 (En. 7/04)
xii. Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998 (En. 1/98) 

Berdasarkan senarai undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri di


Malaysia, didapati terdapat kepelbagaian enakmen undang-undang Islam yang lebih khusus dan
sistematik. Kebanyakan negeri telah mengikut model undang-undang yang telah diseragamkan
seperti undang-undang keluarga, undang-undang tacara jenayah dan undang-undang tatacara
mal. Ada sebahagian negeri juga yang telah menggubal dan melaksanakan undang-undang Islam
yang lebih khusus dalam aspek harta orang Islam seperti undang-undang zakat dan fitrah,
undang-undang wakaf dan undang-undang wasiat. Ini bermakna, semua negeri telah berusaha
untuk memaksimakan pemakaian undang-undang Islam mengikut takat bidang kuasa yang
dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

You might also like