Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

KOD KURSUS

ALS 431
NAMA KURSUS
PENGANTAR BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU
KELAS:
LG241

TAJUK TUGASAN:
BAHASA SLANGA DALAM FILEM
ABANG LONG FADIL

DISEDIAKAN OLEH:
Bil Nama Pelajar No.Pelajar
1 Najmie Syamil Tasha Bin Mustafa 2022315195
2 Nur Juhaira Binti Mohd Jenon 2022329091
3 Cyra Deivera Hubertus 2022561963
4 Norshalehah Arianey Binti Mohd Sharif 2022356723

PENSYARAH : PUAN UMAIMAH BINTI KAMARULZAMAN


ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 3-4


2.0 Tokoh dan Teori 4-6
3.0 Metodologi 6-7
4.0 Analisis Kajian 7-10
5.0 Kesimpulan 10
Rujukan 11
Lampiran 12
1.0 PENGENALAN

Menurut Nawi Ismail (2016), bahasa slanga merupakan antara variasi bahasa yang dituturkan
oleh sekumpulan penutur tertentu, misalnya kumpulan remaja, kumpulan pekerja atau kalangan
profesional tertentu. Nik Safiah Karim (1981) mentakrifkan bahawa bahasa slanga merupakan
antara variasi bahasa yang sangat terhad penggunaannya. Hal ini dikatakan demikian kerana
penggunaan bahasa slanga lazimnya amat tidak formal dan tidak digunakan dalam perbualan
atau komunikasi yang serius atau pada situasi yang formal. Kosa kata variasi bahasa
mempunyai makna tertentu yang hanya difahami oleh kumpulan berkenaan sahaja. Hudson
(2000) mengungkapkan bahawa bahasa slanga bermula sebagai satu alternatif yang bijak untuk
mengatakan sesuatu yang sebaliknya boleh dikatakan dengan cara yang sopan. Bahasa slanga
mempunyai kosa kata sentiasa berubah-ubah untuk mewujudkan atau mengukuhkan identiti
sosial atau kesepaduan dalam masyarakat umumnya.

Bahasa slanga boleh mewujudkan halangan komunikasi kerana sifatnya yang arbitrari
dan tidak seragam akibat daripada wujudnya persekitaran komuniti serta jurang komunikasi
yang berbeza di antara generasi tua dan muda. (Venter, 2017). Menjelang era pemodenan kini,
bahasa slanga semakin rancak dipertutur dalam kalangan generasi muda disebabkan oleh
kewujudan media elektronik dan media massa. Menurut Cangara (2002), media massa adalah
alat yang digunakan dalam penyampaian pesan-pesan dari sumber kepada khalayak ramai
dengan menggunakan alat-alat komunikasi mekanisme seperti surat kabar, filem, radio, dan
televisyen. Media siaran seperti radio, rakaman muzik, filem, televisyen dan internet
memaparkan segala maklumat secara elektronik. Media digital merangkumi kedua-dua
komunikasi massa iaitu Internet dan web mudah alih.

Norinawati Binti Kamarulzaman (2006) dalam kajiannya yang bertajuk Bagaimana


Filem Menyampaikan Kesan Psikologi Seorang Watak Terhadap Penonton, beliau
mentakrifkan filem sebagai sumber hiburan yang paling mudah didapati dan difahami.
Menurutnya, filem berpengaruh besar ke atas kelakuan penonton terutamanya golongan remaja
dan kanak-kanak, tidak terkecuali kepada golongan dewasa. Filem juga mengandungi elemen-
elemen yang dapat mempengaruhi psikologi dan emosi seseorang. Tumpuan terhadap filem
daripada kesan psikologi adalah di antara seni yang unik, di mana kita perlu pelajari melalui
perhatian, pergerakan dan illusi. Filem harus menjadi alat yang akan membuat orang sedar
tentang sesuatu. Ia juga harus menjadi pantulan kepada pemikiran masyarakat atau mentaliti
masyarakat. Filem boleh dilihat kepada dua aspek, iaitu sifatnya dan kewujudannya. Filem
adalah medium yang popular dan ada pengaruhnya. Oleh itu, pengkaji telah memilih sebuah
filem tempatan yang bertajuk ‘Abang Long Fadil’ sebagai bahan penyelidikan untuk kajian ini.

2.0 TOKOH DAN TEORI

Teori Bahasa Slanga


Terdapat sebuah teori oleh Fishman (1991), beliau berpendapat bahawa setiap masyarakat
bahasa yang kompleks menggambarkan keragaman bahasa yang membawa fungsi berbeza-
beza antara satu dan yang lain. Menurut beliau, ragam bahasa mempunyai perbendaharaan kata,
sebutan dan struktur frasa yang tidak diketahui oleh sesetengah masyarakat yang besar. Salah
satu ragam bahasa adalah slanga bahasa. Menurut Minah Sintian (2015) slanga bahasa telah
lama digunakan oleh masyarakat gipsi, paderi, pelajar, penyanyi jalanan dan pemandu teksi.
Sebuah kajian telah dijalankan oleh Luthfiar (2012) mendapati bahawa kelas bawahan di
bandar Kabupaten Batang, Indonesia seperti penyanyi jalanan dan pemandu teksi yang kerap
menggunakan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai Sinjab.

Kajian rintis ini dilakukan berdasarkan beberapa contoh kajian-kajian lepas mengenai
pengunaan Bahasa Slanga oleh beberapa pengkaji yang berbeza. Kajian rintis yang telah
dihasilkan ini adalah berpandukan kajian daripada Nasihah Binti Hashim, Noor Aida Binti
Mahmor, Ainal Akmar Binti Ahmad, Maizatul Azura Binti Yahya yang bertajuk Bahasa Slanga
Dalam Komik Kanak-Kanak. Kajian ini dijadikan rujukan utama dalam kajian rintis ini. Hasil
dari bacaan kajian ini, terdapat beberapa ciri-ciri dan bentuk kata slanga yang dipamerkan oleh
pengkaji seperti di bawah:

i. Kata Slanga Merujuk Kata Ganti Nama Diri Orang


ii. Kata Slanga Untuk Memudahkan Ekspresi
iii. Kata Slanga Daripada Bahasa Asing

Setelah meneliti hasil daripada kajian lepas, pengkaji memperincikan tentang ciri-ciri
bahasa Slanga yang terdapat dalam kajian lepas yang telah dipilih dan disesuaikan dengan
bahan kajian iaitu Filem Abang Long Fadil.
i. Kata Slanga Merujuk Kata Ganti Nama Diri Orang

Menurut pandangan Nik Safiah Karim (1989), kata ganti nama diri orang terdiri daripada tiga
iaitu, ganti nama diri yang pertama, kata ganti diri orang kedua dan kata ganti diri nama diri
orang ketiga. Hal ini bermaksud kata diri mengandungi perkataan yang merujuk diri seseorang.
Sebagai contoh, bagi kata ganti diri yang pertama ialah aku, patik, hamba dan saya. Bagi contoh
kata ganti diri yang kedua pula ialah kamu, kau dan awak manakala bagi kata ganti diri yang
ketiga ialah mereka, beliau, ia dan dia. Berikut merupakan contoh ayat yang menggunakan kata
slanga yang merujuk kepada kata ganti nama diri.

Bil. Contoh Ayat Kata Slanga KGND Makna


1 “Gua mahu..” Gua Pertama Saya
2 “Lu conquer..” Lu Kedua Awak
3 “Diaorang dah kira..” Diaorang Ketiga Mereka
4 “okey bro..” Bro Kedua Abang
Jadual 1: Kata Slanga merujuk kata ganti nama diri orang

ii. Kata Slanga Untuk Memudah Ekspresi

Di dalam kata slanga untuk memudahkan ekspresi, pelbagai bentuk kata yang telah
disingkatkan dengan kaedah pengguguran vokal, konsonan dan suku kata. Pengguguran
tersebut terjadi bagi menyingkatkan perkataan-perkataan tersebut agar lebih mudah untuk
dilafazkan. Berikut merupakan kata slanga yang telah disingkatkan.

Bil. Contoh Ayat Kata Slanga Makna


1 “Dia tak berani..” Tak Tidak
2 “Dah lama aku..” Dah Sudah
3 “Buat taik kat kampung” Kat Dekat
4 “kira khurafat ni..” Ni Ini
Jadual 2: Kata Slanga untuk memudah ekspresi

iii. Kata Slanga Daripada Bahasa Asing


Menurut kajian oleh Noor Hashimah dan Adriana (2016), mereka mendapati bahawa fenomena
pertukaran kod bahasa semakin membimbangkan dalam kalangan murid di sekolah. Hal ini
terjadi dalam sesi berkomunikasi disebabkan penguasaan bahasa melebihi satu bahasa. Sebagai
contoh mencampuradukkan Bahasa Inggeris atau Cina di dalam Bahasa Melayu. Selain itu
juga, bahasa-bahasa asing itu juga turut dieja dalam rumus Bahasa Melayu. Berikut merupakan
bahasa asing yang telah dieja mengikut rumus Bahasa Melayu.

Bil. Contoh Ayat Kata Slanga Bahasa Makna


1 “Wah! Banyak langsi..” Langsi Asing Kurang Ajar
2 “Relaks..relaks..” relaks Inggeris Bertenang
3 “Kau chow la..” chow Kantonis Jalan
4 “kita taiko la..” taiko Kantonis Abang Besar
Jadual 3: Kata Slanga daripada bahasa asing

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan untuk kajian ini ialah melalui kaedah kualitatif, iaitu prosedur
penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati (Lexy, 2007), pengkaji
akan membincangkan dengan cara pemerhatian, pengumpulan data dan analisis. Data dan
analisis ini adalah berdasarkan tentang teori utama iaitu kajian iaitu teori bahasa slanga dalam
filem Abang Long Fadil. Kajian ini juga akan membincangkan tiga kata slanga yang terdapat
dalam filem ini iaitu Slanga Menunjuk Kata Ganti Nama Orang, Kata Slanga Untuk
Memudahkan Ekspresi dan Kata Slanga Daripada Bahasa Asing. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan proses pengamatan penggunaan bahasa slanga di dalam filem yang dipilih. Ia
juga merupakan proses pengambilan data dan maklumat mengenai penggunaan bahasa slanga.
Data dan maklumat yang diambil juga akan menguatkan dan menyokong data serta analisis
yang telah ditemui.

Data Kajian

Robson (2011) menyatakan bahawa pemilihan teknik kajian adalah berdasarkan kepada jenis
maklumat yang hendak dicari, dari siapa maklumat tersebut diperoleh dan dalam keadaan apa
ia dipilih. Data kajian yang dipilih untuk tajuk ini ialah melalui pengumpulan data.
Pengumpulan data kajian ini telah dikumpul melalui pemerhatian filem Abang Long Fadil.
Seterusnya, melalui data kuantitatif iaitu data dalam bentuk angka yang boleh dinilai dan
diukur besar dan kecilnya. Selain itu, data kuantitatif iaitu mengenai kelompok atau karakter
yang tidak boleh diukur besar dan kecilnya. Contohnya, dari segi sikap dan persepsi. Skala
ratio juga digunakan bagi kajian ini agar dapat dinilai dari segi perbandingannya.

Kewajaran Pemilihan Data

Kewajaran pemilihan data dilihat dari kesesuaian untuk tajuk kajian ini agar kajian ini lebih
menepati pada fakta dan alasan yang telah dianalisis. Semua kaedah ini merangkumi aspek
kaedah pemerhatian, pengumpulan data, penyelidikan dan penganalisisan data.

Sinopsis Filem

‘Abang Long Fadil’ ialah sebuah filem komedi aksi Malaysia 2014 arahan Syafiq Yusof
terbitan Skop Productions. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Kamal Adli, Tauke Jambu,
Soffi Jikan, Aaron Aziz, Yassin Yahya, Syamsul Yusof dan Harun Salim Bachik. Filem ini
merupakan filem terbitan turunan KL Gangster (2011) dan ditayangkan pada 29 Mei 2014.
Filem ini penuh dengan kelegaan komedi yang akan membuatkan semua orang ketawa dari
awal hingga akhir. Campuran dinamik pelakon baharu dan veteran berfungsi dengan baik untuk
dialog lucu dan adegan aksi. Filem ini telah berjaya mendapat punggutan sebanyak RM4.61
juta. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji penggunaan bahasa slanga dalam filem Abang
Long Fadil.

4.0 ANALISIS KAJIAN

Filem Abang Long Fadil telah menjadi bahan kajian dalam kajian rintis ini. Beberapa ciri dan
bentuk kata slanga di analisis daripada filem ini. Antara ciri-ciri dan bentuk kata slanga yang
dianalisis daripada filem ini adalah:

1. Kata slanga merujuk kata ganti nama diri


2. Kata slanga untuk memudahkan ekspresi
3. Kata slanga daripada bahasa asing
1. Kata slanga merujuk kata ganti nama diri

Minit Kata slanga merujuk kata ganti nama diri Bahasa Slanga Maksud
9:35 “ Wa ada nampak…” Wa Saya

10:22 “ Gua mahu lu conquer itu kampung…” Gua Saya

8:23 “ Lu mahu keluar...” Lu Kamu

Jadual 4 : Kata Slanga merujuk kata ganti nama diri orang

Dalam filem Abang Long Fadil, terdapat penggunaan kata slanga yang merujuk kepada kata
ganti nama diri. Sebagai contoh, dalam filem ini, pada minit ke 9:35 terdapat penggunaan
kata slanga “Wa” yang membawa maksud saya. Selain itu, pada minit ke 10:22 terdapat
penggunaan kata slanga “Gua” yang membawa maksud yang sama dengan “Wa” iaitu saya.
Penggunaan kata slanga yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama banyak kali di
gunakan didalam filem ini. Terdapat lebih daripada lima kali penggunaan kata “Wa” dan
“Gua” di dalam filem ini. Selain itu, kata slanga “Lu” membawa maksud kamu.

2. Kata slanga untuk memudahkan ekspresi

Minit Kata slanga untuk memudahkan ekspresi Bahasa slanga Maksud

2:43 “ Aku pasti ramai orang dah...” Dah Sudah

2:58 “ Ataupun macam mereka ni...” Ni Ini


Jadual 5 : Kata Slanga untuk memudah ekspresi
Terdapat beberapa dialog yang menggunakan kata slanga untuk memudahkan ekspresi di
dalam filem ini. Sebagai contoh, pada minit 2:43 dan 2:58, Fadil ada menyebut kata slanga
dah dan ni. Kata slanga ini merupakan singkatan kepada perkataan sudah dan ini. Selain
daripada itu, terdapat beberapa lagi kata slanga untuk memudahkan ekspresi lain yang
terdapat di dalam filem ini. Antaranya adalah tak, dah, kat, ini, lah dan sebagainya.
3. Kata slanga daripada bahasa asing

Minit Kata slanga daripada bahasa asing Bahasa Slanga Maksud

18:35 “Okey…okey bro…” Bro Abang

30:33 “ Kita taiko sini ma…” Taiko Abang


Besar

Jadual 6 : Kata slanga daripada bahasa asing

Bahasa slanga atau kata slanga juga boleh terbentuk daripada bahasa asing. Dalam filem ini,
ada beberapa patah perkataan daripada bahasa asing seperti bahasa kantonis dan bahasa
inggeris yang digunakan sebagai bahasa slanga. Sebagai contoh, pada minit ke 18:55
penggunaan kata slanga “Bro” yang dituturkan oleh Fadil membawa maksud abang. Bro
merupakan perkataan slang dalam bahasa inggeris yang membawa maksud abang. Selain itu,
pada minit ke 30:33, perkataan “Taiko” yang diucapkan oleh salah satu watak dalam filem
tersebut membawa maksud abang besar. Istilah “Taiko” di ambil daripada bahasa kantonis
yang membawa maksud abang besar yang merujuk kepada individu, kumpulan atau
organisasi yang ingin menguasai orang lain.

Walau bagaimanapun, pengkaji telah mendapati bahawa terdapat satu lagi penggunaan kata
slanga yang boleh diambil daripada filem ini, iaitu kata slanga dari bahasa melayu yang
membawa maksud yang berbeza.

KATA SLANGA DARI BAHASA MELAYU YANG MEMBAWA MAKSUD YANG


BERBEZA

Minit Kata Slanga Dari Bahasa Melayu Bahasa Slanga Maksud


Yang Membawa Maksud Yang
Berbeza
23:55 “ Gua sudah panas sama lu…” Panas Geram

1:11:22 “ Dia gua punya anjing...” Anjing Orang


suruhan
Jadual 7 : Kata slanga dari bahasa melayu yang membawa maksud yang berbeza
Kata slanga dari bahasa melayu yang membawa maksud yang berbeza bermaksud
penggunaan perkataan itu tidak membawa maksud atau makna yang sama dengan maksud
atau maknanya yang sebenar. Sebagai contoh, pada minit ke 23:55, penggunaan perkataan
panas membawa maksud geram dalam bahasa slanga. Sedangkan perkataan panas itu
membawa maksud hangat. Terdapat contoh lain penggunaan bahasa atau kata slanga dalam
filem ini. Pada minit ke 1:11:22, perkataan anjing digunakan di dalam filem tersebut yang
membawa maksud orang suruhan. Tetapi, maksud sebenar perkataan anjing adalah sejenis
binatang yang menyalak.

5.0 KESIMPULAN

Jelaslah bahawa terdapat beberapa bahasa slanga yang dapat dilihat, telah digunakan dalam
filem Abang Long Fadil. Bahasa slanga juga dapat dilihat sebagai bahasa yang masih popular
dalam perfileman di Malaysia kerana mempunyai unsur bahasa yang mudah difahami dan
menarik perhatian generasi muda pada zaman kini. Seterusnya, memudahkan pemahaman
terhadap aspek penggunaan bahasa slanga ini dalam kehidupan seharian. Di dapati bahasa
slanga juga mampu memberi kesan yang luar biasa, aura bahasa dan pengenalan diri kepada
individu dan latar sosial kehidupan kalangan mereka. Begitu juga kesan negatif yang mungkin
akan memberi kesan buruk jika penggunaan bahasa slanga ini jika tidak dibendung,
terutamanya generasi muda iaitu kanak-kanak yang pada mulanya menganggap jenaka dengan
penggunaan bahasa ini, berakhir dengan menarik minat mereka untuk terus menggunakan
bahasa slanga ini. Paling membimbangkan, kanak-kanak ini tidak tahu akan perkataan sebenar
disebalik bahasa slanga itu. Semoga, dengan kajian ini, lahir lebih ramai pengkaji mendalami
tentang penggunaan bahasa slanga dengan lebih spesifik.
RUJUKAN

Maslida Yusof. (2018). Trend Ganti Nama Diri Bahasa Melayu dalam Konteks Media Sosial.
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 34(2) 2018: 36-50. Diakses dari
https://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/19733

Atika Hassan, Duli Kamit & Evelyn Bangkang Jawi. (2021). Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Pertukaran Kod Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ).
Diakses dari: http://journalarticle.ukm.my/16762/1/254-488-1-SM.pdf

Usman S. Solihin. (2017). Slang Dalam Film Central Intelligence Karyarawson Marshall
Thurber. Diakses dari:
https://Www.Academia.Edu/38625399/Slang_Dalam_Film_Central_Intelligence_Karya

Petrania T. Anis. (2017). Kata-Kata Slang Dalam Instagram. Diakses dari:


https://ejournal.unsrat.ac.id/index.php/jefs/article/viewFile/18794/18335

Minah Sintian. (2015). Penggunaan Slanga Dalam Kalangan Pelajar Kadazan Dusun Di
Univesiti Pendidikan Sultan Idris. Conference: Seminar Antarabangsa Linguistik &
Pembudayaan Bahasa Melayu IX At: Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Diakses
dari:https://www.researchgate.net/publication/283622571_PENGGUNAAN_SLANGA_DAL
AM_KALANGAN_PELAJAR_KADAZAN_DUSUN_DI_UNIVESITI_PENDIDIKAN_SU
LTAN_IDRIS
LAMPIRAN

Minit Kata slanga merujuk kata ganti nama diri Bahasa Slanga Maksud
9:35 “ Wa ada nampak…” Wa Saya

10:22 “ Gua mahu lu conquer itu kampung…” Gua Saya

20:21 “ Abang korang dah tumbang dekat tangan aku…” Abang Ketua

18:35 “Okey…okey bro…” Bro Abang

23:45 “ Mana you punya kepala?...” You Kamu

Minit Kata slanga untuk memudahkan ekspresi Bahasa slanga Maksud

“ Meh! Hentam sama gua...” Hentam Lawan

18:35 “Okey…okey bro…” Okey Baik

1:11:31 “ Wah! Banyak langsi...” Langsi Berani

21:59 “ Relaks...Relaks...” Relaks Bertenang

23:55 “ Gua sudah panas sama lu…” Panas Geram

Minit Kata slanga daripada bahasa asing Bahasa Slanga Maksud

9:22 “ Macam aku bikin sama itu Malik…” Bikin Menjadikan

9:38 “ Sekarang lu pancung sendiri geng punya kepala…” Geng Kumpulan pekerja/
Penjenayah

24:38 “ Oppa jahanam kau…” Jahanam Orang


jahat/Rosak/Neraka

30:33 “ Kita taiko sini ma…” Taiko Ketua gangster/


Penyakit Kusta

47: 45 “ Hei der lo salah orang…” Der Abang

You might also like