Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Cikgu Roslan Daud

RAGAM AYAT [AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF]

Standard Pembelajaran
5.3.4 Memahami dan menggUnakan ragam ayat yang betUl mengikUt konteks.

Ayat aktif ialah ayat yang yang mengutamakan subjek asal sebagai ayat judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya:
Saya masih mengulang kaji pelajaran walaupun hari telah larut malam.
Kami belum menghadapi peperiksaan akhir tahun.
Anda perlulah meneliti maklumat pembungkusan sebelum membelinya.
Banjir telah menenggelamkan beberapa kawasan rendah di kampung kami.
Dua ekor anjing mengejar budak yang bermain-main di jalan itu.
Lori melanggar pembahagi jalan itu sehingga rebah.

Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya:
Pelajaran masih saya ulang kaji walaupun hari telah larut malam.
Peperiksaan akhir tahun belum kami hadapi.
Maklumat pembungkusan perlulah anda teliti sebelum membelinya.
Beberapa kawasan rendah di kampung kami telah ditenggelamkan oleh banjir.
Budak yang bermain-main di jalan itu kena kejar oleh dua ekor anjing.
Pembahagi jalan itu terlanggar oleh lori sehingga rebah.

LANGKAH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF


Kenal pasti unsur subjek [S], kata bantu [KB], kata kerja [KK], objek [O] dan keterangan [Ket].
Tentukan subjek sama ada kata ganti nama diri pertama, kedua atau ketiga.
Gunakan rumus yang sesuai untuk menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
Kata kerja berimbuhan meN-... , meN-...-i dan meN-...-kan mestilah digugurkan imbuhan awalan.

Rumus Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Objek Kata bantu Subjek Kata kerja Keterangan
[buang imbuhan
awalan]

Rumus Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Ketiga


Objek Kata bantu Kata kerja Subjek Keterangan
[di-... + oleh]

Contoh Ayat
Ayah menghadiahi adik sebuah basikal kerana kejayaannya dalam peperiksaan.
Subjek Kata bantu Kata kerja Objek Keterangan
Ayah - menghadiahi adik sebuah basikal kerana kejayaannya dalam peperiksaan.

Jawapan
Objek Kata bantu Kata kerja Subjek Keterangan
Adik - dihadiahi oleh ayah sebuah basikal kerana kejayaannya dalam peperiksaan.

1
Cikgu Roslan Daud

LANGKAH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF


Kenal pasti unsur objek [O], kata bantu [KB], kata kerja [KK], subjek [S] dan keterangan [Ket].
Kata kerja mestilah dijadikan berimbuhan awalan meN-... .
Kata kerja berimbuhan di-... oleh perlulah digantikan dengan imbuhan awalan meN-... .
Pastikan susunan ayat menggunakan rumus S + KB + KK [imbuhan meN] + O + Ket sahaja.

Rumus Ayat Aktif


Subjek

Kata bantu Kata kerja Objek Keterangan


[imbuhan awalan
meN-...]
Contoh Ayat
Agama dan budaya kaum lain haruslah kita hormati demi mengelakkan perselisihan faham.
Objek Kata bantu Subjek Kata kerja Keterangan
Agama dan budaya kaum lain haruslah kita hormati demi mengelakkan perselisihan faham.

Jawapan
Subjek Kita Kata bantuKata kerja haruslahmenghormati ObjekKeterangan
agama dan budaya kaum laindemi mengelakkan perselisihan faham.

LATIHAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. TUkarkan tiga ayat aktif yang anda pilih menjadi ayat pasif tanpa menGUbah makSUd
asalnya.
[6 markah]
Saya menghargai keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan. Kerajaan Korea Selatan
LATIHAN 2
masih tetap memelihara rumah tradisional seperti waktu dahulu. Jeneral Kim Bin-gil dengan tenteranya membina
Baca petikan
perkampungan ini di bawah dengan
menggunakan teliti
tanah dan
liat tUkarkan
untuk ayat pasif
melindungi yang
kawasan itubergaris
daripadakepada ayatlanun
rampasan tanpapada
aktifJepun menGU bah mak
tahun ke-6SUd
pemerintahan King Taejo. Kewujudan struktur benteng menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti nenek moyang mereka asalnya.
pada suatu ketika dahulu untuk membina sistem pertahanan yang berkesan terhadap musuh. Penduduknya masih ]
[6 markah
melaksanakan aktiviti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka seperti berkebun.
Demi mengukuhkan industri pelancongan negara, kerajaan Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Dasar Pelancongan
Negara (DPN) 2020-2030. Dasar ini dibangunkan Dipetik dan diubah
oleh kerajaan suai
menerusi daripada
enam ‘SuncheonKeunikan
teras strategik. bandar biodiversiti
ekologi Korea
dan
Selatan’ oleh Abdul Halim Abdullah,
alam semula jadi yang ada di dalam negara membuatkan kerajaan terpanggil untuk memacu kelestarian sumber Dewandengan
Siswa,
memartabatkan program ekopelancongan. Usaha ini seharusnya kita puji kerana selaras dengan komitmen Malaysia
terhadap Agenda 2030. Ekopelancongan ialah aktiviti pelancongan berkonsepkan alam. Beberapa ancaman perlu dihadapi
negara tatkala kita sibuk mempertingkatkan sektor pelancongan dalam negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Empat tahun nak
pulih!’ oleh Mohd Rozaimy Ridzuan, Harian Metro, 29

You might also like