Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PATI boleh jadi pembantu rumah melalui Program

Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0


bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1053430/pati-boleh-jadi-pembantu-rumah-melalui-program-rekalibrasi-
tenaga

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memberi taklimat mengenai
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 di Putrajaya, hari ini. - BERNAMA

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memberi taklimat mengenai
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 di Putrajaya, hari ini. - BERNAMA

PUTRAJAYA: Pengambilan pekerja asing tanpa izin (PATI) yang sedia berada dalam
negara sebagai pembantu rumah, menjadi sektor baharu dibenarkan dalam Program
Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0, yang akan dibuka semula 27 Januari ini.

Ia menjadikan keseluruhan lapan sektor dibenarkan dalam lanjutan program itu yang
akan berakhir pada 31 Disember 2023. Tujuh sektor lain ialah perkilangan, pembinaan,
perlombongan, kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian dan
perladangan.

Tawaran rekalibrasi membabitkan lapan sektor itu terbuka kepada semua pekerja asing
yang tiada dokumen lengkap termasuk PATI yang langsung tiada dokumen. RTK 2.0
mengenakan syarat lebih fleksibel, namun tidak mengetepikan elemen keselamatan
dalam negara.

Pada 10 Januari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju sektor perkhidmatan khususnya pembantu
rumah yang tinggal di Malaysia melebihi tempoh ditetapkan, boleh disambung pas
kerja mereka untuk terus berkhidmat melalui RTK 2.0.

Pada sesi taklimat media mengenai RTK 2.0 hari ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk
Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata terdapat sembilan negara sumber bagi pembantu
rumah asing, iaitu Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India
dan Indonesia.

"Sektor pembantu rumah asing ialah sektor baharu yang ditambah, menjadikan lapan
sektor dibenarkan bagi proses pengambilan pekerja asing dalam RTK 2.0. Sektor lain
ialah perkilangan, pembinaan, perlombongan dan kuari, pengawal keselamatan,
perkhidmatan, pertanian serta perladangan," katanya.

Beliau memaklumkan, lima sektor yang masih dibekukan dan tidak dibenarkan
mengambil pekerja asing melalui program berkenaan ialah perniagaan tekstil, tukang
emas, tukang gunting rambut, rumah kebajikan dan kitar semula.

1/3
Katanya, mereka yang layak diambil bekerja oleh majikan melalui RTK 2.0 termasuk
yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta
Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 pada
atau sebelum 31 Disember 2022.

Majikan boleh mendaftar secara dalam talian di https://imigresen-


online.imi.gov.my/myimms/main untuk tarikh janji temu serta perlu hadir bersama
jumlah PATI yang disenaraikan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya atau
cawangan negeri.

"Semua PATI perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan Agensi Pemantauan dan
Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) bagi memastikan mereka sihat dan
dapat bekerja dalam sektor masing-masing.

"Sekiranya gagal pemeriksaan kesihatan, mereka perlu dihantar pulang ke negara asal.
Kelulusan akan diberikan dalam masa sehari dan selepas itu, majikan perlu membuat
bayaran secara dalam talian," katanya.

Beliau memaklumkan, fi kalibrasi yang dikenakan adalah sebanyak RM1,500, selain


bayaran levi yang berbeza mengikut sektor dengan perladangan dan perkhidmatan
membabitkan RM649, manakala pembantu rumah asing sebanyak RM410.

"Sektor perkilangan, pembinaan, perlombongan, pengawal keselamatan dan


perkhidmatan dikenakan levi RM1,850. Selepas semua bayaran dibuat majikan akan
menerima stiker Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

"Proses kelulusan akan diberikan dalam jangka masa sehari dan selepas itu majikan
perlu membuat bayaran secara dalam talian," katanya.

Beliau turut mengingatkan, majikan tidak boleh memegang pasport atau dokumen
rakyat asing dan jika didapati menyimpan dokumen itu dalam jumlah yang banyak, ia
adalah kesalahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan
Migran 2007 (Akta 670).

Katanya lagi, jabatan berkenaan juga tidak melantik mana-mana pihak atau ejen bagi
menguruskan permohonan RTK 2.0 dan jika ada pihak mendakwa demikian, tindakan
tegas akan diambil terhadap mereka.

"Majikan disaran berurusan terus dengan Jabatan Imigresen kerana proses RTK 2.0
mudah," katanya.

Terdahulu pada 10 Januari lalu, Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing


dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melaksanakan
semula Program RTK dan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing
sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing.

2/3
Saifuddin Nasution dilaporkan berkata, RTK yang tamat 31 Disember lalu diteruskan
selama setahun lagi kerana ia mampu menyediakan peluang tenaga kerja asing yang
sedia ada dalam negara.

Program itu diwujudkan sebelum ini bagi menjadikan PATI yang ada di negara ini
sebagai pekerja asing sah dan digajikan majikan yang layak untuk mengisi kekosongan
dalam sektor pekerjaan, khususnya '3D', iaitu kotor (dirty), bahaya (dangerous) dan
sukar (difficult) akan terisi.

3/3

You might also like