Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Kaedah pentaksiran PBD

Pada awalnya, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS)
yang bermula sejak 2011. Pada tahun 2016, Pentaksiran Sekolah (PS) telah bertukar kepada
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran dalam
sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dilakukan secara berterusan untuk mengukur
sejauh mana tahap perkembangan, kemajuan, kebolehan serta pencapaian murid dalam
sesebuah mata pelajaran. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan secara formatif dan
sumatif. Hal ini adalah dengan mengambil kira aspek pembelajaran, untuk pembelajaran dan
dan tentang pembelajaran. PBD telah melibatkan semua mata pelajaran daripada KSSR dan
KSSM. Ia dijalankan secara konsisten dari tahun satu sehingga tahun enam di peringkat
sekolah rendah dan disambung pula di peringkat sekolah menengah iaitu dari tingkatan satu
sehingga tingkatan lima.

Terdapat beberapa kaedah pentaksiran PBD antaranya ialah kaedah pemerhatian.


Kaedah pemerhatian digunakan bagi membantu guru untuk mentaksir proses dan hasil kerja
murid. Guru akan dapat menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran yang dimiliki oleh
murid. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, guru dapat mengenal pasti tahap kemahiran
murid seperti murid yang mahir berkomunikasi, mampu melakukan kerja sepasukan, bersifat
ingin tahu, berdaya tahan yang tinggi dan lain-lain. Melalui kaedah ini, murid akan dapat
menghasilkan sesuatu kerja seperti penghasilan lukisan, buku skrap, produk dan kraf tangan
dengan lebih cekap dan mahir.

Kaedah lain yang dilaksanakan dalam PBD ialah kaedah pengajaran secara bertulis.
Kaedah ini menekankan kepada murid untuk menguasai kemahiran menulis yang cekap di
samping melatih murid untuk menulis dengan betul. Pentaksiran secara bertulis juga melibatkan
aktiviti menyemak dan memeriksa hasil penulisan murid oleh guru mereka. Contoh pentaksiran
secara bertulis ialah menulis karangan,laporan projek dan folio. Melalui kaedah pelaksanaan
ini,guru dapat mengenalpasti perkembangan setiap muridnya dari segi menulis,menyusun idea,
mengaplikasi dan sebagainya. Jadi,kaedah pentaksiran secara penulisan dapat mengukuhkan
kemahiran dari pelbagai aspek dan mengembangkan lagi potensi diri seseorang murid itu.

Kaedah pentaksiran PBD secara berterusan dalam PdP yang terakhir ialah kaedah
lisan. Pentaksiran ini boleh dilakukan secara spontan semasa PdP atau secara dirancang
melalui kuiz atau sesi soal jawab. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang paling mudah dan
cepat bagi mengesan tahap penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Kaedah ini
digunakan bagi mengumpul maklumat semasa yang berlaku semasa interaksi antara murid
dengan guru, murid dengan murid, dan murid dengan bahan pembelajaran. Antara aspek yang
boleh ditaksir melalui kaedah lisan ini ialah kefahaman sesuatu konsep, pengetahuan fakta,
kemahiran mendengar, penggunaan bahasa yang tepat, kefasihan menghafaz, sebutan dalam
berbahasa, dan gaya persembahan. Oleh itu, guru boleh melaksanakan pelbagai aktiviti yang
menarik dalam mentaksir kemahiran lisan murid. Contohnya, aktiviti soal jawab, bercerita,
perbahasan, temu bual, nyanyian dan sebagainya.

Kesimpulannya, kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilihat sebagai suatu alternatif
yang dijalankan bagi mengelakkan keciciran murid dalam sesebuah mata pelajaran. Langkah
pencegahan dapat dilakukan sejak awal lagi melalui pentaksiran yang dijalankan secara
formatif mahupun sumatif. Malahan, laporan terhadap PBD juga membolehkan guru-guru lebih
peka akan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan khas. Justeru itu, PBD sangat
penting bagi menjamin keberhasilan murid dan pencapaian objektif pembelajaran dapat dicapai
sepenuhnya.

You might also like