Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PENDIDIKAN KHAS)


GRED N19
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Unit Peperiksaan Perkhidmatan


Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12, Kompleks E


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya

https://sisppa.moe.gov.my/

1
PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN
BAGI CALON PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
(PENDIDIKAN KHAS) GRED N19
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Tarikh Sukatan Peperiksaan : 1 Januari 2018


Dikuatkuasakan oleh (Dikemaskini kali kedua pada 12 Januari 2022)
Lembaga Peperiksaan
Perkhidmatan Awam,
Kementerian Pendidikan
Malaysia

2. Matlamat Sukatan : Bagi membolehkan pegawai-pegawai dalam


Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan
Murid mempunyai pengetahuan asas berhubung
arahan dan peraturan Kerajaan yang berkaitan
secara langsung atau tidak langsung dengan
tugas pegawai berkenaan.

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat


pengesahan dalam perkhidmatan bagi Skim
Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid
Gred N19 lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran.

4. Pegawai Yang Layak : Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 yang


Mengambil Peperiksaan masih BELUM DISAHKAN DALAM
PERKHIDMATAN seperti mana yang disyaratkan
dalam skim perkhidmatan.

5. Sukatan Peperiksaan : i. Bahagian A : Subjek Umum (JPA)


ii. Bahagian B : Subjek Jabatan

BAHAGIAN A :
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM, PERINTAH-PERINTAH AM,
PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT, PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN
AWAM, ARAHAN KESELAMATAN, ARAHAN PERBENDAHARAAN/ PEKELILING
PERBENDAHARAAN

- Rujukan sukatan boleh dibuat melalui laman sesawang Jabatan Perkhidmatan


Awam (JPA) di https://www.kompetensi.jpa.gov.my; dan
- Bahan rujukan yang berkaitan DIBENARKAN untuk dibawa masuk ke dalam
dewan peperiksaan kecuali nota tangan dan nota slaid.

2
BAHAGIAN B :
PENGURUSAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS, PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN, PENGURUSAN HAL EHWAL MURID, PENGURUSAN
KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN PERSEKITARAN

Soalan-soalan yang akan ditanya adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

A. PENGURUSAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

i. Pengurusan rekod dan fail murid


ii. Pengurusan aset di kelas/bengkel
iii. Pengurusan data
• Elaun Murid Khas
• Aplikasi Pangkalan Data Murid
• Rancangan Makanan Tambahan

B. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS PENDIDIKAN


KHAS

i. Persediaan bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang diperlukan


oleh guru
ii. Pengurusan alat bantuan belajar
iii. Pengurusan tingkahlaku murid sewaktu sesi PdP
iv. Asas kod Braille/ asas Komunikasi Kod Tangan
v. Kategori Murid Berkeperluan Khas
a) Kurang Upaya Pendengaran
b) Kurang Upaya Penglihatan
c) Kurang Upaya Pembelajaran

C. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS

i. Pengurusan kebajikan murid


ii. Pengurusan keselamatan, kebersihan dan kesihatan
iii. Asas pertolongan cemas
iv. Pengurusan mobiliti mesra OKU

3
D. PENGURUSAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN
PERSEKITARAN

i. Bilik khas
ii. Ruang kelas
iii. Bengkel
iv. Stesen
v. Pusat Sumber
vi. Projek khas (mini kebun, penternakan, ikan hiasan dll.)

- Calon-calon DIBENARKAN merujuk bahan rujukan seperti yang disenaraikan di


Senarai Bahan Bacaan yang dinyatakan di laman web http://sisppa.moe.gov.my.

6. Bentuk dan Bilangan : i. Bahagian A :


Soalan - Aneka Pilihan (40 soalan).
- Peperiksaan dalam talian.

ii. Bahagian B :
- Aneka Pilihan (40 soalan).
- Calon dikehendaki menjawab di atas
Borang OMR dengan menggunakan
Pensil 2B.

7. Masa : Bahagian A : 1 jam


Bahagian B : 1 jam

8. Keputusan Peperiksaan : i. Lulus/Kandas (calon yang gagal


mana-mana bahagian hanya perlu
menduduki semula bahagian berkenaan).
ii. Markah LULUS adalah 60%

iii. Semakan keputusan peperiksaan adalah


secara dalam talian melalui laman sesawang
berikut:

a. Bahagian A
https://www.kompetensi.jpa.gov.my

b. Bahagian B
https://sisppa.moe.gov.my

4
iv. Keputusan hendaklah dimaklumkan kepada
Ketua Jabatan untuk direkodkan dalam
Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai;dan

v. Keputusan seseorang pegawai adalah


TERBATAL secara automatik sekiranya
didapati pegawai tidak layak menduduki
peperiksaan tersebut.

9. Pengecualian Peperiksaan : Pegawai-pegawai yang telah lulus mana-mana


Bahagian Peperiksaan Perkhidmatan adalah
dikecualikan daripada menduduki peperiksaan
bagi Bahagian tersebut.

10. Bahasa : Bahasa Malaysia


(Soalan dan Jawapan)

11. Kaedah Permohonan : Secara dalam talian di laman sesawang berikut:

i. Bahagian A
https://www.kompetensi.jpa.gov.my

ii. Bahagian B
https://sisppa.moe.gov.my

12. Kekerapan Peperiksaan : Dua (2) kali setahun

13. Tarikh Akhir : i. Bahagian A


Mengemukakan Enam (6) minggu sebelum tarikh
Permohonan peperiksaan

ii. Bahagian B
Tujuh (7) minggu sebelum tarikh
peperiksaan

14. Pusat Peperiksaan : i. Ditetapkan oleh:

a. Bahagian A
Urus setia Peperiksaan, Jabatan
Perkhidmatan Awam

5
b. Bahagian B

Unit Peperiksaan Perkhidmatan,


Cawangan Latihan dan Kompetensi,
Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia, Kementerian Pendidikan
Malaysia

ii. Pertukaran pusat peperiksaan adalah


TIDAK DIBENARKAN kecuali mendapat
kebenaran bertulis daripada Unit
Peperiksaan Perkhidmatan, Cawangan
Latihan dan Kompetensi, Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia yang
berkenaan;

iii. Pertukaran pusat hanya dibenarkan atas


sebab berikut:

a. Pertukaran tempat bertugas


(Surat Arahan Pertukaran
hendaklah disertakan); dan

b. Masalah kesihatan (Surat Laporan


Kesihatan daripada Pegawai
Perubatan hendaklah disertakan).

15. Tanggungjawab calon : Calon hendaklah mematuhi peraturan seperti


semasa menduduki yang ditetapkan dalam Pekeliling
peperiksaan Perkhidmatan Sumber Manusia Pengurusan
Peperiksaan Perkhidmatan Awam Versi 1.0
(2022). Antaranya:

i. Calon hendaklah mencetak dan


membawa SLIP ARAHAN CALON,
KAD PENGENALAN dan ALAT TULIS;

ii. Calon wajib berpakaian pejabat dan


kemas; dan

iii. Sekiranya calon tidak mengikut


peraturan, Ketua Pengawas boleh
menghalang calon daripada menduduki
peperiksaan.

6
16. Senarai Bahan Bacaan : Rujukan bahan bacaan boleh dibuat melalui
laman sesawang berikut:

i. Bahagian A
https://www.kompetensi.jpa.gov.my

ii. Bahagian B
https://sisppa.moe.gov.my/MuatTurun

PERINGATAN:

• Mesin kira (calculator) DIBENARKAN kegunaannya dalam peperiksaan


TETAPI DILARANG sekiranya ia terkandung dalam peralatan elektronik lain
seperti telefon bimbit.

• MENIRU SEMASA PEPERIKSAAN ADALAH SUATU KESALAHAN


SERIUS DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

You might also like