Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

YOUNG CODER

CHALLENGE 2022

KATEGORI
SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
1. PENGENALAN

Pertandingan ini merupakan salah satu program yang berasaskan STEM dan
dijalankan untuk pelajar-pelajar sekolah oleh Syscore Sdn Bhd. Pertandingan ini akan
menjadi platform untuk mencungkil bakat ICT dan kemahiran STEM dalam kalangan
murid-murid sekolah.

2. LATAR BELAKANG

Syscore Sdn Bhd mempunyai kepakaran dan pengalaman selama 10 tahun dalam
bidang teknologi maklumat dan pernah menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan STEM.
Tambahan pula, Syscore merupakan syarikat yang telah mendapat anugerah daripada
Niaga Times dan diiktiraf oleh Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC).
Syarikat ini juga mempunyai pengalaman menganjurkan pertandingan secara semuka
dan dalam talian (online). Selain itu, seramai 500 pelajar sedang belajar dalam
program STEM dengan syarikat ini.

3. VISI
Meningkatkan dan memperkasakan ilmu pengetahuan STEM dan teknologi selaras
dengan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan murid-murid sekolah rendah &
menengah.
4. MISI

• Mewujudkan dan mengadakan pertandingan ilmu pengetahuan dan teknologi

peringkat negeri dan kebangsaan untuk murid-murid sekolah.

• Memperkenalkan perisian sumber terbuka dalam kalangan murid-murid sekolah.

• Mencungkil dan memperkasakan bakat murid-murid sekolah dalam bidang ilmu

pengetahuan dan teknologi.

5. OBJEKTIF

• Mengadakan pertandingan STEM peringkat negeri dan kebangsaan untuk

murid - murid sekolah.

• Menemukan dan memperkembangkan bakat dan meneroka STEM dalam

kalangan murid.

• Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains.

• Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui cabang

pengaturcaraan.

6. PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

• Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian

• Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan pelajar

sekolah menengah.

• Pertandingan ini melibatkan dua kategori iaitu untuk murid sekolah rendah

iaitu tahun 1 hingga 6 dan Kategori pelajar sekolah menengah tingkatan 1

hingga tingkatan 5.

• Penyertaaan secara individu.

• Peserta perlu mengunakkan aplikasi Scratch 3.0 untuk menghasilkan Animasi ,

permainan atau cerita mengikut tema yang ditetapkan.

• Hasil karya murid hendaklah dihantar melalui pautan google forms.

• Pautan berlainan akan disediakan untuk membuat pendaftaran dan menghantar

hasil karya murid.


• Sijil penyertaan digital akan disediakan kepada semua peserta

• Sijil Pencapaian dan Pingat diberikan kepada Pemenang

• Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.

• Pautan menghantar projek akan dibuka pada Tarikh 1/11/2022

• Tarkh akhir Penghantaran projek 6/12/2022 – 11.59pm

• Pautan untuk berdaftar ialah: https://bit.ly/techmaker2022

• Pautan untuk menghantar projek https://bit.ly/techmaker2022submission.

Maklumat Pertandingan

1. Peserta perlu menghantar dan video rakaman persembahan projek (berdurasi tidak

lebih lima (5) minit) sebelum tarikh akhir pertandingan.

Tema

1. Satu projek scratch perlu dihasilkan berdasarkan tema berikut:

Robotic World – Dunia Robot

2. Pertandingan ini memerlukan peserta perlu menghasilkan satu permainan antaupun

animasi berdasarkan tema yang ditetapkan .

Format rakaman video pembentangan:

• Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit;

• Peserta perlu menerangkan proses penghasilan dan kebolehfungsian projek secara

terperinci.

• Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;

• Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV. Resolusi

video yang ditetapkan adalah Full HD-1080p.

• Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur

• Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.


7. PROSES PENJURIAN

• Semua source code dan video projek akan disahkan / diperiksa oleh pihak

penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan

dan prosedur pendaftaran.

• Pemenang – pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Tempat Keterangan

JOHAN Wang Tunai + Sijil Penyampaian + Pingat

NAIB JOHAN Wang Tunai + Sijil Penyampaian +Pingat

KETIGA Wang Tunai + Sijil Penyampaian + Pingat

KEEMPAT Sijil Penyampaian + Pingat

KELIMA Sijil Penyampaian + Pingat

• Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

Kriteria Pemarkahan (100%)

Tema 25

Pengaturcaraan 25

Rekabentuk kejuruteraan 25

Pembentangan projek 25

You might also like