Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

×

detalles de la promoción, términos, condiciones, folio de registro IFT y velocidades


promedio
Claro video
de descarga
y Paramount+
en telmex.com/terminoshogar
son servicios proporcionados por un tercero. Otros beneficios,

Search (

Koleksi Makna, Istilah ! " #


Dan Formula Fizik SPM
(Tingkatan 4 & 5)
Asia Pacific University of Technology &
Innovation (APU)

Nov. 12, 2016 • 111 likes • 65,135 views

$ % 3 of 27 & '

Harap bahan ini membantu anda semua. Good


luck ;)
Education

Advertisement

Recommended

134032908 takrifan-hukum-
fizik
A'dilah Hanum

5 1152449126923763713
Indotang Musa

Formula fizik f4
Sal Aw

7.2 pengukuran daya


Ong Chee Kiong

Sains tingkatan 1 Jisim dan


Berat
Nash Nash

Bab 7 dinamik
Ong Chee Kiong

7.5 kuasa
Ong Chee Kiong

Bab 7 t2
sitihafidah

Advertisement

More Related Content


Viewers also liked

Senarai formula fizik F4


Ramli Rem

PERFECT SCORE FIZIK PAPER


1 2014 DAN SKEMA
Tuisyen Geliga

Fizik kertas 2 (2011)


Nasran Syahiran

FIZIK T4 1.4
zainab_jahsy

Sce 3105 fizik dalam


kehidupan harian
CHARLES KOH ING TAI

Pengukuran Kuantiti Fizik


SCES Fizik Am
Koh Kok An

More from Asia Pacific University of


Technology & Innovation (APU)

English Proverbs
Asia Pacific University of Technology …
Innovation (APU)

Huraian Sukatan Pelajaran


Pendidikan Moral Tingkatan
5
Asia Pacific University of Technology …
Innovation (APU)

Nota Padat Sejarah SPM


(Ting 4&5)
Asia Pacific University of Technology …
Innovation (APU)

English Perfect Score SPM


Asia Pacific University of Technology …
Innovation (APU)

Nota Padat Pendidikan Moral


Asia Pacific University of Technology …
Innovation (APU)

Guidelines On Writing
English Essays SPM
Asia Pacific University of Technology …
Innovation (APU)

Advertisement

Featured

Understanding Artificial
Intelligence - Major concepts
for enterprise applica...
APPANION

Four Public Speaking Tips


From Standup Comedians
Ross Simmonds

Di!erent Career Paths in


Data Science
Roger Huang

How to Fortify a Diverse


Workforce to Battle the Great
Resignation
Aggregage

5 Tips for Embracing Change


at Work
O.C. Tanner

Six Business Lessons From 10


Years Of Fantasy Football
Ross Simmonds

Recently uploaded

buku-iqra-3-1.pdf
hanunropi

PROJEK KmR 2022.pdf


TiYeeSan1

DPPPDBP BIL 3- TEMPLATE


SEKOLAH.pptx
HasfarulIzwatyHashim

pdf_20221123_220216_0000.
pdf
ShahdanShahdan

Profil pelajar pancasila


Bangun lah jiwa dan
raganya.pptx
SyarifF1450hs

Cetakan_Aktiviti_Individu.pd
f
NURFATINAHBINTIAHMAD

Advertisement

! Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM


(Tingkatan 4 & 5)
1. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 1 KOLEKSI DEFINISI / MAKNA /
ISTILAH / FORMULA FIZIK SPM Disediakan oleh: En. Muhamad
Fariez Bin Mustafar B. Ed. Sc. Physics Hons. (UPSI)
fariez86@ymail.com Ketua Panitia Fizik SMK Tebedu
2. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 2 ISI KANDUNGAN Bab Tajuk
Muka Surat 1 Pengenalan Kepada Fizik 3 – 4 2 Daya dan
Gerakan 4 – 8 3 Daya dan Tekanan 9 4 Haba 10 – 11 5 Cahaya
12 – 14 6 Gelombang 15 – 18 7 Elektrik 18 – 20 8
Keelektromagnetan 20 – 21 9 Elektronik 22 – 24 10 Radioaktif
25 – 27
3. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 3 BAB 1 : PENGENALAN KEPADA
FIZIK Bil . Istilah Definisi / Makna Simbol/ Unit Formula /
Contoh / Catatan 1 Kuantiti Fizik Kuantiti yang boleh diukur. 2
Kuantiti Asas Kuantiti yang tidak boleh diterbitkan dalam
sebutan kuantiti-kuantiti fizik yang lain. Contoh: Panjang,
jisim, masa, suhu, arus elektrik. 3 Kuantiti Terbitan Gabungan
kuantiti-kuantiti asas secara pendaraban atau pembahagian
atau kedua-duanya. Contoh: Halaju, daya, pecutan,
momentum, ketumpatan, kerja. 4 Unit Asas Unit yang tidak
boleh diterbitkan dalam sebutan unit-unit yang lain. Contoh:
Meter, kg, saat, Kelvin, Ampere. 5 Unit Terbitan Gabungan
unit-unit asas secara pendaraban atau pembahagian atau
kedua-duanya. Contoh: m s-1, m s-2, joule, Nm-2, kg ms-1 6
Kejituan Kejituan pengukuran ialah betapa hampir suatu nilai
pengukuran kepada nilai sebenar. 7 Kepersisan Kebolehan
alat mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten dengan
sedikit atau tiada sisihan relatif antara bacaan-bacaan yang
diperolehnya. 8 Kepekaan Kebolehan suatu alat mengesan
perubahan kecil kuantiti fizik yang diukurnya. 9 Ralat
Perbezaan antara suatu nilai pengukuran dengan nilai
sebenar. 10 Ralat Bersistem 11 Ralat Rawak 12 Ralat Paralaks
Kesilapan pengukuran yang berlaku apabila seseorang
membaca tanda skala dari kedudukan yang salah. 13 Ralat
Sifar Penunjuk alat pengukuran tidak berada pada kedudukan
‘0’ apabila alat itu tidak digunakan.
4. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 4 14 15 16 17 18 BAB 2 : DAYA
DAN GERAKAN 1 Kuantiti Skalar Kuantiti fizik yang
mempunyai magnitud (nilai) sahaja. Contoh: Jisim, masa,
ketumpatan, isi padu, laju, dll. 2 Kuantiti Vektor Kuantiti fizik
yang mempunyai magnitud dan arah. Contoh: Halaju,
sesaran, daya, momentum, dll. 3 Gerakan linear Suatu
gerakan sepanjang suatu garis lurus. 4 Jarak Jumlah panjang
lintasan yang dilalui oleh objek itu. (Kuantiti skalar) Simbol : s
Unit SI : m 5 Sesaran Jarak di antara dua lokasi yang diukur
dengan lintasan yang paling dekat yang menghubungi lokasi-
lokasi itu dalam arah yang tertentu. (Kuantiti vektor) Simbol :
s Unit SI : m 6 Laju Kadar perubahan jarak. (Kuantiti skalar)
Simbol : v Unit SI : m s-1 s v t 7 Halaju Kadar perubahan
sesaran. (Kuantiti vektor) Simbol : v Unit SI : m s-1 s v t 8
Pecutan Kadar perubahan halaju. Simbol : a Unit SI : m s-2 v u
at
5. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 5 9 Nyahpecutan (pecutan
negatif) Objek yang bergerak dengan halaju yang semakin
berkurang. Simbol : a Unit SI : m s-2 v u a t 10 Inersia Sifat
semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang
sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan
pegun atau keadaan bergerak. (Inersia boleh dinyatakan
dalam hukum gerakan Newton pertama) 11 Jisim Kuantiti
zarah dalam suatu objek. Simbol : m Unit SI : kg 12 Berat Berat
suatu objek ialah daya tarikan graviti ke atas objek itu.
(Kuantiti skalar) Simbol : W Unit SI : Newton (N) W mg 13
Momentum Momentum linear atau momentum sesuatu objek
ditakrifkan sebagai hasil darab jisim objek itu dengan
halajunya. Simbol : p Unit SI : kg m s-1 14 Prinsip Keabadian
Momentum Prinsip keabadian momentum menerangkan
bahawa dalam suatu sistem yang terdiri daripada beberapa
objek yang bertindak balas, jumlah momentum adalah malar
jika tiada daya luar bertindak ke atas sistem itu. 15
Perlanggaran kenyal Dalam perlanggaran kenyal, i)
Momentum diabadikan ii) Tenaga kinetik diabadikan iii)
Objek-objek yang berlanggar bergerak berasingan selepas
perlanggaran iv) Jumlah tenaga terabadi. 1 1 2 2 1 1 2 2m u m
umvmv 16 Perlanggaran tidak kenyal Dalam
perlanggaran tidak kenyal, i) Momentum diabadikan ii)
Tenaga kinetik tidak diabadikan iii) Objek-objek yang
berlanggar bercantum dan bergerak iv) Jumlah tenaga
terabadi. 1 1 2 2 1 2( )m u m u m m v 17 Daya paduan
Daya tunggal yang dihasilkan oleh hasil tambah secara vektor
dua atau lebih daya yang bertindak ke atas sesuatu objek.
(kuantiti vektor) 18 Daya bersih 19 Daya tidak seimbang
6. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 6 20 Daya seimbang /
Keseimbangan daya 21 Daya Impuls Daya impuls ditakrifkan
sebagai kadar perubahan momentum terhadap masa
tindakan yang singkat bagi sesuatu objek yang bergerak,
contohnya semasa perlanggaran. Simbol : F Unit SI : N mv mu
Ft 22 Impuls Impuls ditakrifkan sebagai perubahan
momentum. (kuantiti vektor) Simbol : Ft Unit SI : kg m s-1 @ N
s Ft mv mu 23 Medan graviti 24 Kekuatan medan graviti 9.8
N kg-1 F g m 25 Pecutan graviti Simbol : g Unit : m s-2 g = 10
m s-2 26 Jatuh bebas Gerakan sesuatu objek yang jatuh yang
hanya bergantung kepada daya graviti sahaja. * Jatuh bebas
hanya berlaku dalam vakum (tiada udara) 27 Hukum Gerakan
Newton Pertama Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan
asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau keadaan gerakan
dengan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas
objek itu. Contoh: Inersia 28 Hukum Gerakan Newton Kedua
Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa kadar
perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya
paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama
dengan arah tindakan daya paduan itu. Simbol : F Unit SI : N F
ma 29 Hukum Gerakan Newton Ketiga Hukum Gerakan
Newton Ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya
tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang bermagnitud
sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. 30 Prinsip
Leraian Daya Leraian daya ialah satu proses di mana satu daya
tunggal boleh diuraikan kepada dua komponen. Proses ini
merupakan songsangan kepada prinsip paduan daya.
7. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 7 31 Tenaga Tenaga ialah
keupayaan atau kebolehan suatu sistem untuk melakukan
kerja. (Kuantiti skalar) Simbol : E Unit SI : Joule @ J 32 Daya
geseran 33 Kerja yang dilakukan Hasil darab magnitud
sesaran dan komponen daya yang selari dengan arah sesaran
itu. Simbol : W Unit SI : Joule @ J W Fs 34 Kuasa Kuasa ialah
kadar melakukan kerja atau kadar pemindahan tenaga.
Simbol : P Unit SI : Watt @ W W P t Atau E P t 35 1 watt 36
Tenaga Kinetik Tenaga yang diperoleh oleh suatu jasad
apabila jasad itu bergerak. Simbol : E Unit SI : Joule @ J 21 2 E
mv 37 Tenaga Keupayaan Tenaga yang dipunyai oleh jasad
itu disebabkan oleh kedudukan atau keadaan jasad itu. 38
Tenaga keupayaan graviti Tenaga keupayaan suatu jasad yang
disebabkan oleh ketinggian jasad itu. Simbol : E Unit SI : Joule
@ J E mgh 39 Tenaga keupayaan kenyal Tenaga keupayaan
suatu jasad yang disebabkan oleh keadaan jasad itu. Simbol :
E Unit SI : Joule @ J 1 2 E Fs 40 Ketumpatan Jisim per unit
isipadu. Simbol : Unit : g cm-3 @ kg m-3
8. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 8 41 Prinsip keabadian tenaga
Prinsip keabadian tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak
boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah
daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. 42 Kecekapan
Kecekapan suatu alat didefinisikan sebagai peratusan tenaga
input yang bertukar kepada tenaga yang berguna. Tenaga
output yang berguna Kecekapan 100 Tenaga input Atau
Kuasa output yang berguna Kecekapan 100 Kuasa input
43 Kekenyalan Kekenyalan suatu bahan ialah kebolehan
bahan itu untuk kembali ke bentuk dan saiz asalnya apabila
daya yang dikenakan ke atasnya dialihkan. Contoh: Tali getah,
span. 44 Hukum Hooke Hukum Hooke menyatakan bahawa
pemanjangan suatu bahan kenyal berubah secara langsung
dengan daya regangan yang bertindak terhadapnya jika daya
itu tidak melebihi had kekenyalan bahan itu. F kx 45 Had
kenyal Daya maksimum yang boleh dikenakan ke atas spring
itu sebelum spring itu kehilangan sifat kekenyalannya. Jika
daya regangan melebihi had ini, spring tidak akan kembali ke
panjang asalnya. 46 Pemalar spring Daya per unit regangan. F
kx 47 48 49 50
9. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 9 BAB 3 : DAYA DAN TEKANAN 1
Tekanan Tekanan ditakrifkan sebagai daya yang bertindak
secara normal per unit luas permukaan sentuhan. Simbol : P
Unit SI : Pascal @ N m-2 Daya, Luas, F P A 2 Tekanan dalam
cecair Simbol : P Unit SI : Pascal @ N m-2 2 kedalaman air
ketumpatan cecair pecutan graviti, 10 h g m s P h g
3 1 Pascal @ 1 N m-2 4 Tekanan atmosfera Tekanan
atmosfera, Pat ialah tekanan yang dikenakan oleh atmosfera
ke atas permukaan bumi dan semua jasad di bumi. Simbol :
Pat 5 Prinsip Pascal Prinsip Pascal menyatakan bahawa
tekanan yang dikenakan pada permukaan suatu bendalir
dalam bekas tertutup akan dipindah dengan seragam ke
seluruh bahagian bendalir itu. 1 1 2 2 daya input luas keratan
rentas silinder input daya output luas keratan rentas silinder
output F A F A 1212FFAA 6 Daya apungan Daya
apungan = Berat air tersesar. Simbol : F Unit SI : N berat
bendalir yang disesarkan F V g 7 Prinsip Archimedes
Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila satu objek
direndam sebahagian atau sepenuhnya di dalam suatu
bendalir, objek itu akan mengalami satu daya apungan ke atas
yang sama dengan berat bendalir yang tersesar. Berat di
udara = Berat sebenar Berat dalam bendalir = Berat ketara 8
Prinsip Bernoulli Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa
apabila halaju aliran bendalir bertambah, tekanan dalam
bendalir itu berkurang. *udara, gas, cecair dan air adalah
bendalir, maka kesemua ini mematuhi prinsip Bernoulli. 9
10. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 10 BAB 4 : HABA 1 Suhu Suhu
ialah darjah kepanasan sesuatu bahan. 2 Keseimbangan
Terma i) Apabila dua objek berada dalam keseimbangan
terma, kadar bersih pemindahan tenaga antara dua objek itu
adalah sifar. ii) Dua objek yang berada dalam keseimbangan
terma mempunyai suhu yang sama. 3 Takat beku Suhu bagi
ais tulen melebur di bawah tekanan atmosfera piawai. Nilai: 0
C 4 Takat didih Suhu air mendidih di bawah tekanan
atmosfera piawai. Nilai: 100 C 5 Muatan haba Suatu objek
yang mempunyai muatan haba yang besar memerlukan
kuantiti haba yang lebih besar untuk menaikkan suhunya
sebanyak 1OC. *semakin besar objek, semakin besar muatan
habanya. Muatan haba suatu objek bergantung pada: i) Jisim
objek, dan ii) Jenis bahan objek itu. 6 Muatan haba tentu
Muatan haba tentu suatu bahan, Q c m ialah haba yang
diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1OC bagi 1 kg
bahan itu. Simbol : c Unit : J kg-1 OC-1 Q c m 7 Haba
pendam Haba yang diserap atau haba yang dibebaskan oleh
sesuatu bahan semasa perubahan keadaan jirim tanpa
kenaikan suhu.
11. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 11 8 Haba pendam tentu
pelakuran Haba pendam tentu pelakuran suatu bahan ialah
haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan itu
daripada pepejal kepada cecair pada suhu tetap. Simbol : L
Unit : J kg-1 Haba pendam tentu: Kuantiti haba, Q yang
diperlukan: Jika haba dibekalkan oleh pemanas elektrik:
kuasa pemanas dlm. unit W masa dlm. saat Q L m Q mL Pt mL
Pt 9 Haba pendam tentu pengewapan Haba
pendam tentu pengewapan suatu bahan ialah haba yang
diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan itu daripada cecair
kepada gas pada suhu tetap. 10 Hukum Boyle Hukum Boyle
menyatakan bahawa bagi suatu jisim gas yang tetap, tekanan
gas itu adalah berkadar songsang dengan isi padunya jika
suhu gas itu adalah tetap. 1 1 2 2PV PV 11 Hukum Charles
Hukum Charles menyatakan bahawa bagi suatu jisim gas yang
tetap, isi padu gas itu berubah secara langsung dengan suhu
mutlaknya jika tekanan gas itu adalah tetap. 1 2 1 2 V V T T
12 Hukum tekanan Hukum Tekanan menyatakan bahawa bagi
suatu jisim gas yang tetap, tekanan gas itu berubah secara
langsung dengan suhu mutlaknya jika isi padu gas itu adalah
tetap. 1 2 1 2 P P T T 13 Sifar mutlak 14 Suhu mutlak 15
Skala Kelvin 16 17
12. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 12 BAB 5 : CAHAYA 1 Hukum
pantulan i) Sudut pantulan, r adalah sentiasa sama dengan
sudut tuju, i. ii) Sinar tuju, sinar pantulan, dan garis normal
berada pada satah yang sama. 2 Paksi utama 3 Pusat
lengkungan Pusat lengkungan, C cermin melengkung ialah
pusat sfera bagi cermin melengkung. Simbol : C 4 Jejari
lengkungan Jejari lengkungan, R ialah jarak di antara C
dengan cermin. Simbol : R 5 Titik fokus 6 Imej nyata Imej yang
dapat ditangkap oleh skrin. 7 Imej maya Imej yang tidak dapat
dilihat pada skrin. 8 Jarak objek Jarak di antara objek dengan
cermin. Simbol : u 9 Jarak imej Jarak di antara imej dengan
cermin. Simbol : v 10 Pantulan cahaya Apabila sinar cahaya
ditujukan ke atas permukaan suatu cermin, cahaya tidak
merambat melaluinya, tetapi dipantul balik oleh cermin satah.
Fenomena ini dikenali sebagai pantulan cahaya. 11
Pembiasan cahaya Pembiasan cahaya ialah suatu fenomena
yang mana alur cahaya mengubah arahnya apabila merambat
dari satu medium ke medium lain yang berlainan
ketumpatannya. 12 Hukum pembiasan Hukum Pembiasan
menyatakan bahawa apabila suatu sinar cahaya merambat
dari satu medium ke medium yang lain, i) Sinar tuju, sinar
pembiasan dan garis normal terletak pada satah yang sama.
ii) Nisbah sin i kepada sin r ialah suatu pemalar. sin sin i
pemalar r
13. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 13 13 Hukum Snell sin sin i n r
14 Indeks pembiasan Nisbah sin sin i r ialah suatu ukuran yang
menunjukkan banyaknya sinar cahaya terbias apabila
merambat melalui suatu medium dari vakum atau udara. sin
sin i n r , Laju cahaya di dalam vakum @ udara, Laju cahaya
di dalam medium, c n v 15 Dalam nyata Kedalaman yang
sebenar. 16 Dalam ketara Kedalaman yang mana imejnya
kelihatan lebih dekat dengan permukaan air. 17 Sudut genting
Sudut tuju apabila sudut pembiasan sama dengan 90O. 18
Pantulan dalam penuh Fenomena pantulan cahaya di
permukaan dalam suatu medium dikenali sebagai pantulan
dalam penuh. Rujuk buku Fokus Sukses m/surat 186 – 188. 19
Panjang fokus Jarak di antara titik fokus dengan pusat optik
suatu kanta. Simbol: f Rujuk buku Fokus Sukses m/surat 192.
20 Kuasa kanta Kuasa kanta ditakrifkan sebagai songsangan
panjang fokus yang diukur dalam unit meter. Simbol : Unit :
diopter (D) 1 1 Kuasa kanta panjang fokus f
14. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 14 21 Pembesaran linear Nisbah
tinggi imej kepada tinggi objek. Atau Nisbah jarak imej kepada
jarak objek. 1 0 Tinggi imej Pembesaran linear, Tinggi objek
Jarak imej Jarak objek m atau m h v m h u 22 Formula
kanta 1 1 1 f u v u = jarak objek v = jarak imej f = panjang
fokus
15. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 15 BAB 6 : GELOMBANG 1
Gelombang Gelombang ialah suatu gangguan yang bergerak
merentasi ruang atau medium dalam satu siri ayunan. Punca
gelombang ialah getaran atau ayunan. Gelombang
memindahkan tenaga dari satu titik ke titik lain. Tenaga
dipindahkan tanpa memindahkan medium. 1. Buku teks –
bermula m/surat 2. 2. Buku Kuasai Melalui Diagram – bermula
m/surat 128 2 Gelombang mekanikal Gelombang yang terhasil
dari zarah-zarah medium yang bergetar. Contoh: Gelombang
bunyi. 3 Gelombang elektromagnet Gelombang yang terdiri
dari ayunan medan elektrik dan medan magnet yang dapat
merambat melalui vakum. Contoh: Gelombang cahaya. 4
Gelombang membujur Gelombang membujur ialah
gelombang yang arah getaran zarah-zarah mediumnya SELARI
dengan arah perambatan gelombang. 5 Gelombang melintang
Gelombang melintang ialah gelombang yang arah getaran
zarah-zarah mediumnya BERSERENJANG dengan arah
perambatan gelombang. 6 Muka gelombang Muka gelombang
ialah garis atau permukaan satah yang menyambungkan
semua titik yang bergetar pada fasa yang sama dan berada
pada jarak yang sama dari sumber gelombang. Muka
gelombang terbahagi kepada dua: i) Muka gelombang
membulat ii) Muka gelombang satah 7 Satu ayunan lengkap 8
Amplitud Sesaran maksimum zarah dari kedudukan
keseimbangan. (Rujuk buku teks m/surat 8) Simbol : a Unit :
meter, m 9 Tempoh Masa yang diambil oleh sesebuah system
ayunan untuk melakukan satu ayunan lengkap. (Rujuk buku
teks m/surat 9) Simbol : T Unit : s (saat) 10 Frekuensi Bilangan
ayunan lengkap dalam satu saat. (Rujuk buku teks m/surat 9)
Simbol : f Unit : Hertz (Hz) 1 Tempoh, f T
16. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 16 11 Panjang gelombang Jarak
di antara dua titik sefasa yang berturutan. (Rujuk buku teks
m/surat 8) Simbol : (lambda) Unit : meter, m v f 12 Laju
gelombang Jarak yang dilalui oleh suatu gelombang dalam
satu tempoh masa dalam arah perambatan. (Rujuk buku teks
m/surat 10) Simbol : v Unit : m s-1 v f 13 Pelembapan
Sistem mengalami kehilangan tenaga secara beransur-ansur.
Pada masa yang sama, amplitud sistem berkurang dan
menjadi sifar pada akhirnya. Pelembapan berpunca daripada:
i) Pelembapan luar – sistem kehilangan tenaga untuk
mengatasi daya rintangan dan geseran udara. ii) Pelembapan
dalam- sistem kehilangan tenaga kerana regangan dan
mampatan zarah-zarah dalam sistem tersebut. Rujuk buku
teks m/surat 12 - 13 14 Frekuensi asli Frekuensi asli ialah
frekuensi sesuatu sistem ketika berayun secara bebas tanpa
sebarang tindakan daya luar. Setiap sistem ayunan
mempunyai frekuensi asli yang tersendiri. (Rujuk buku teks
m/surat 13) 15 Resonans Resonans berlaku apabila suatu
sistem ayunan dikenakan daya luar berfrekuensi sama
dengan frekuensi asli sistem ayunan tersebut. Sistem ayunan
dikatakan mengalami ayunan paksa. (m/surat 13) 16 Pantulan
gelombang Fenomena perubahan arah perambatan
gelombang apabila suatu gelombang terkena pada suatu
halangan. 17 Pembiasan gelombang Perubahan arah
perambatan suatu gelombang disebabkan oleh perubahan
laju gelombang ketika merambat merentasi dua medium atau
keadaan yang berlainan. 18 Pembelauan gelombang
17. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 17 19 Perbezaan pantulan,
pembiasan, pembelauan Ciri-ciri Fenomena Panjang
gelombang, Frekuensi, f Laju, v Amplitud, a Arah
perambatan Pantulan Tidak berubah Tidak berubah Tidak
berubah Tidak berubah Berubah Pembiasan Kawasan: Dalam
ke cetek ( berkurang) Cetek ke dalam ( meningkat) Tidak
berubah Kawasan: Dalam ke cetek (laju berkurang) Cetek ke
dalam (laju meningkat) Kawasan: Dalam ke cetek (mendekati
garis normal) Cetek ke dalam (menjauhi garis normal)
Pembelauan Tidak berubah Tidak berubah Tidak berubah
Berkurang Berubah 20 Interferens Interferens ialah kesan
superposisi dua atau lebih gelombang yang koheren.
Interferens berlaku ketika dua atau lebih gelombang bertemu
dan bertindih ketika sedang merambat dalam medium yang
sama. ax D 21 Sumber koheren Merupakan sumber yang
menghasilkan gelombang dengan frekuensi yang sama dan
fasa yang sama atau beza fasa yang tetap. 22 Prinsip
superposisi Prinsip superposisi menyatakan bahawa apabila
dua atau lebih gelombang bertindih pada satu titik pada satu
masa yang tertentu, sesaran paduan gelombang pada titik itu
adalah sama dengan hasil tambah sesaran setiap komponen
gelombang ndividu pada masa itu. 23 Interferens membina 24
Interferens memusnah 25 Gelombang bunyi
18. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 18 26 Spektrum elektromagnet
Satu siri susunan gelombang elektromagnet yang disusun
mengikut tertib frekuensi atau panjang gelombang. 1. Buku
teks m/surat 57- 59 2. Buku Kuasai Melalui Diagram m/surat
152 – 156 27 28 29 30 31 32 33 BAB 7 : ELEKTRIK 1 Arus elektrik
Kadar pengaliran cas elektrik melalui suatu konduktor. Simbol
: I Unit : Ampere, A 2 1 Ampere Arus elektrik yang mengalir
melalui suatu konduktor jika 1 coulomb cas mengalir melalui
suatu londuktor dalam masa 1 saat. 3 Medan elektrik
Kawasan yang mengalami daya elektrik yang bertindak ke
atas cas. *Setiap cas elektrik atau jasad bercas menghasilkan
medan elektrik di sekelilingnya. 4 Beza keupayaan Kerja, W,
yang dilakukan untuk menggerakkan 1 Coulomb cas, Q,
antara dua titik di dalam suatu medan elektrik. Simbol : V Unit
: volt, V W V Q 5 1 volt beza keupayaan Satu kerja sebanyak 1
joule dilakukan untuk memindahkan cas sebanyak 1 C dari
satu titik ke titik yang lain di dalam medan elektrik.
19. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 19 6 Rintangan Nisbah beza
keupayaan, V, kepada arus, I, yang melaluinya. Simbol : R Unit
: ohm, VRI 7 Hukum Ohm Hukum Ohm menyatakan
bahawa arus yang mengalir melalui suatu konduktor adalah
berkadar langsung dengan beza keupayaan merentasi
hujungnya, dengan keadaan suhu dan keadaan fizikal yang
lain adalah tetap. V I Kecerunan graf V melawan I adalah R. V
IR 8 Superkonduktor 1. Buku teks m/surat 89- 90 2. Buku
Kuasai Melalui Diagram m/surat 164 – 165 9 Litar bersiri Rujuk
perbandingan antara litar sesiri dengan litar selari di dalam
buku teks m/surat 96. 1. Buku teks – bermula m/surat 92 2.
Buku Kuasai Melalui Diagram – bermula m/surat 16610 Litar
selari 11 Daya gerak elektrik (d.g.e.) Jumlah tenaga yang
dibekalkan oleh satu sel untuk menggerakkan satu unit cas
melalui satu litar lengkap. Simbol : E Unit : volt, V W E Q 12
Rintangan dalaman Rintangan dalaman ialah rintangan
antara suatu sumber yang disebabkan oleh elektrolit atau
elektrodnya. Simbol : r Unit : ohm, @ E V Ir E IR Ir 13
Kuasa elekrik Kuasa elektrik ialah kadar pertukaran tenaga
elektrik kepada bentuk tenaga yang lain di dalam suatu litar
elektrik. Simbol : P Unit : Watt, W 2 2 @ @ P VI P I R V P R
14 Kecekapan tenaga Kuasa output Kecekapan 100% Kuasa
input
20. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 20 15 16 17 18 19 20 BAB 8 :
KEELEKTROMAGNETAN 1 Elektromagnet Elektromagnet ialah
suatu alat yang bertindak sebagai satu magnet (magnet
sementara) apabila arus mengalir melalui dawai. 2 Medan
magnet 3 Kekuatan medan magnet Kekuatan medan magnet
boleh ditambah dengan: i) Menambahkan bilangan lilitan. ii)
Menggunakan teras besi lembut untuk menumpukan garis
medan magnet. iii) Meningkatkan arus elektrik. 4 Medan lastik
(catapult field) Terhasil apabila medan-medan magnet
digabungkan. Ketidakseimbangan kekuatan medan magnet
dalam medan lastik akan menghasilkan suatu daya bertindak
ke atas dawai itu. 5 Aruhan elektromagnet Penghasilan arus
elektrik dalam suatu konduktor di bawah aruhan suatu
medan magnet yang berubah-ubah dikenali sebagai aruhan
elektromagnet. 6 Peraturan tangan kiri Fleming
21. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 21 7 Peraturan tangan kanan
Fleming 8 Hukum Lenz Hukum Lenz menyatakan bahawa arus
teraruh yang terhasil sentiasa mengalir pada arah yang
menentang perubahan yang menghasilkannya. 9 Hukum
Faraday Hukum Faraday menyatakan bahawa, magnitud daya
gerak elektrik teraruh berubah secara langsung dengan kadar
perubahan fluks magnet yang melalui suatu konduktor. 10
Arus terus (d.c.) Arus seragam yang hanya mengalir dalam
satu arah sahaja di dalam suatu litar. Contoh: Bateri 11 Arus
ulang alik (a.c.) Arus dengan magnitud dan arah pengaliran
yang sentiasa berubah- ubah secara berkala berbanding
masa. Arus ulang alik sentiasa mengalir secara berulangan
dalam dua arah yang berlawanan dan mempunyai frekuensi.
Contoh: Stesen janakuasa. 12 Transformer Transformer
merupakan suatu alat yang digunakan untuk menukarkan
beza keupayaan input kepada output yang dikehendaki. 13
Transformer injak naik Transformer injak naik digunakan
untuk MENAIKKAN beza keupayaan arus ulang-alik. Lihat
perbandingan dalam buku Kuasai Melalui Diagram m/surat
207. p p s s V N V N 14 Transformer injak turun Transformer
injak turun digunakan untuk MENURUNKAN beza keupayaan
arus ulang-alik. 15 Transformer ideal 16 Arus Eddy (Arus
pusar) Arus teraruh yang terhasil akibat konduktor yang
bergerak dalam medan magnet. 1. Buku teks – m/surat 170 2.
Buku Kuasai Melalui Diagram –m/surat 208 17 Sistem
Rangkaian Grid Nasional Merupakan sistem rangkaian kabel
penghantar kuasa elektrik dari stesen jana kuasa elektrik
kepada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia. Contoh
syarikat: TNB (Semenanjung) SESCO (Sarawak) SESB (Sabah)
18
22. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 22 BAB 9 : ELEKTRONIK 1
Pancaran Termion (Thermionic emission) Pancaran
(pembebasan) elektron daripada permukaan logam yang
dipanaskan. 2 Sinar katod Alur elektron dipancar dari elektrod
negatif dan bergerak dengan laju tinggi dalam tiub vakum. 3
Osiloskop Sinar Katod (OSK) Suatu alat yang dapat
menukarkan isyarat elektrik kepada bentuk visual dan
dipaparkan. 3 bahagian utama dalam OSK: 1) Senapang
Elektron 2) Sistem Pemesongan 3) Skrin Berpendafluor 1.
Buku teks – bermula m/surat 188 2. Buku Kuasai Melalui
Diagram –bermula m/surat 219 4 Senapang Elektron Bahagian
yang menghasilkan alur elektron pada halaju yang tinggi.
Bahagian ini terdiri daripada filamen, grid, anod memfokus
dan anod memecut. 5 Sistem Pemesongan Berfungsi untuk
memesongkan alur elektron secara menegak dan mengufuk.
Sistem ini terdiri daripada dua pasang plat yang selari, iaitu
plat-X dan plat-Y. 6 Skrin Berpendafluor Berfungsi untuk
memaparkan isyarat elektrik dalam bentuk visual. Bahagian
dalam skrin disalutkan dengan bahan pendafluor zink sulfida.
Apabila alur alektron yang berhalaju tinggi melanggar skrin,
satu tompok cahaya terhasil. Tenaga kinetik elektron telah
ditukarkan kepada tenaga cahaya pada skrin.
23. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 23 7 Semikonduktor ialah suatu
bahan yang mengkonduksi elektrik lebih baik daripada
penebat, tetapi tidak sebaik konduktor. 8 Semikonduktor
tulen / intrinsik Semikonduktor yang ada unsur silikon dan
germanium. Mempunyai sifat kekonduksian elektrik yang
rendah. 9 Pendopan (doping) Proses penambahan bendasing
ke dalam kekisi hablur semikonduktor yang tulen untuk
mengubah sifat kekonduksian elektriknya. 10 Semikonduktor
ekstrinsik Semikonduktor yang telah diubahsuai melalui
proses pendopan. 11 Semikonduktor jenis-n Rujuk: 1. Buku
teks – bermula m/surat 200 2. Buku Kuasai Melalui Diagram –
bermula m/surat 22712 Semikonduktor jenis-p 13 Diod
semikonduktor 14 Diod pincang ke depan 15 Diod pincang
songsang 16 Rektifier Alat yang menukarkan arus ulang-alik
kepada arus terus. 17 Rektifikasi Proses penukaran arus
ulang-alik kepada arus terus. 18 Rektifikasi gelombang
separuh Rujuk: 1. Buku teks – bermula m/surat 204 2. Buku
Kuasai Melalui Diagram –bermula m/surat 22919 Rektifikasi
gelombang penuh
24. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 24 20 Transistor Peranti
elektronik yang juga diperbuat daripada gabungan
semikonduktor jenis-p dan jenis-n. Suatu transistor
mempunyai tiga terminal: i) Pengeluar, E (membekalkan
pembawa cas ke pengumpul) ii) Tapak, B (mengawal
pengaliran cas dari pemancar ke pengumpul) iii) Pengumpul,
C (menerima cas yang dating dari E) 21 Transistor jenis n-p-n
Terdiri daripada satu semikonduktor jenis-p yang diapit oleh
dua semikonduktor jenis-n. 22 Transistor jenis p-n-p Terdiri
daripada satu semikonduktor jenis-n yang diapit oleh dua
semikonduktor jenis-p. 23 Get logik Get logik merupakan satu
peranti suis (suis elektronik) dengan satu atau lebih terminal
input dan satu terminal output. Rujuk: 1. Buku teks – bermula
m/surat 214 2. Buku Kuasai Melalui Diagram –bermula
m/surat 23524 Jadual kebenaran Digunakan untuk mencatat
serta menyenaraikan semua input dan output yang sepadan
bagi sesuatu get logik.
25. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 25 BAB 10 : KERADIOAKTIFAN 1
Nombor proton, Z Bilangan proton di dalam nukleus sesuatu
atom. Juga dikenali sebagai nombor atom. ( ) ( ) nukleon
proton A Z X 2 Nombor nukleon, A Jumlah bilangan proton
dengan bilangan neutron. Juga dikenali sebagai nombor
jisim. 3 Nuklid Suatu proses nuklear yang mempunyai
bilangan proton dan neutron yang tertentu. 4 Isotop Isotop
ialah atom-atom bagi suatu unsur yang mempunyai nombor
proton, Z, yang sama tetapi nombor nukleon, A, yang
berlainan. 5 Keradioaktifan Satu pereputan spontan bagi
suatu nukleus yang tidak stabil diikuti dengan pancaran
zarah-zarah bertenaga atau foton. 6 Reputan radioaktif
Merupakan proses penguraian nukleus yang tidak stabil
menjadi nukleus yang lebih stabil dengan membebaskan
sinaran radioaktif. i) Pereputan Alfa ii) Pereputan Beta iii)
Pereputan Gamma 7 Radiasi 8 Separuh hayat Separuh hayat
ditakrifkan sebagai: Masa yang diambil untuk keaktifan suatu
sampel unsur radioaktif berkurang menjadi setengah
daripada nilai asalnya. ATAU Masa yang diambil untuk
setengah daripada atom-atom dalam sampel unsur radioaktif
mereput. Simbol : 1 2 T Unit : saat/minit/jam/tahun 9
Radioisotop Radioisotop merupakan isotop-isotop yang tidak
stabil bagi sesuatu unsur. Radioisotop mengalami proses
pereputan radioaktif untuk mencapai kestabilan.
26. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 26 10 Aplikasi radioisotop Dalam
perubatan 1. Penyurih. 2. Pensterilan. 3. Radioterapi. 4.
Penyelidikan perubatan. Dalam industri 1. Pengesan
kecacatan bahan industri 2. Tolok ketebalan. Dalam pertanian
1. Kawalan seranggan perosak. 2. Pengawetan hasil tanaman.
3. Kajian pertanian. 11 Unit jisim atom (u.j.a.) Atomic mass
unit (a.m.u) Bersamaan dengan 1 12 daripada jisim 1 atom
karbon-12. Simbol : u.j.a. Unit : kg 23 27 1 u.j.a. 1 1 atom
karbon-12 12 1 0.012 kg 12 6.02 10 1.66 10 kg
12 Pembelahan nucleus (nuclear fission) Merupakan suatu
tindak balas apabila nuklid berjisim besar DIPECAHKAN
menjadi nuklid-nuklid yang lebih kecil. 13 Pelakuran nucleus
(nuclear fusion) Merupakan suatu tindak balas
PERCANTUMAN nuklid-nuklid yang ringan untuk membentuk
nuklid yang lebih berat. 14 Tindak balas berantai Suatu tindak
balas spontan di mana hasil tindak balas boleh memulakan
tindak balas lain yang sama. 15 Tenaga nuklear Tenaga yang
dibebaskan semasa berlakunya tindak balas nuklear seperti
pembelahan nukleus atau pelakuran nukleus. 16 Cacat jisim
Nilai perbezaan jisim sebelum dan selepas tindak balas.
27. Koleksi Definisi/Makna/Istilah/Formula Fizik SPM © 2014
Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 27 17 Prinsip Kesetaraan Jisim-
Tenaga Einstein Menurut prinsip ini, jisim dan tenaga adalah
setara tetapi dalam bentuk yang berlainan. 2 E mc E ialah
tenaga tindak balas nukleus atau tenaga yang dibebaskan
dalam unit joule. m ialah cacat jisim dalam unit kg c ialah
halaju cahaya dalam vakum, 8 3 10 m s-1 Baca juga tajuk 5.5
(Tingkatan 5) iaitu Kepentingan Pengurusan Bahan Radioaktif
Yang Betul ~~ Tamat. ~~

About Support

Terms Privacy
English +

Copyright Cookie Preferences

© 2022 SlideShare from Scribd ) *

You might also like