Novel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Berdasarkan sebuah novel yang telah saya kaji,iaitu novel Songket

Berbenang Emas ,karya Khairuddin Ayip ,terdapat satu peristiwa


yang pada pendapat saya dapat menimbulkan perasaan gembira
pembaca.
Peristiwa tersebut ialah,peristiwa seorang gadis yang berjaya
melanjutkan pelajaran.Buktinya,Dahlia telah Berjaya melanjutkan
pelajarannya ke Jepun.Hal ini demikian kerana,Dahlia telah berusaha
dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan STPM walaupun dia telah menghadapi pelbagai dugaan
dalam kehidupannya.Sebagai contoh,Dahlia gigih dan bersemangat
untuk belajar walaupun berada di pusat pemindahan banjir di balai
raya.Kegigihannya itu menyebabkan dia terpilih untuk mengikuti
Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah selama empat tahun
di Jepun.Selain itu,dia terpaksa keluar dari asrama atas sebab
emaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidapi kemurungan
sehingga menjadi kurang siuman.
Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca
kerana,adanya sikap kegigihan dalam menuntut ilmu sehingga
berjaya ke pelosok dunia.

You might also like