Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj.Kami : JPKn./SI.

100-1/8/1 ( )
Tarikh : Januari 2022
SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

ARAHAN PEMBATALAN KELULUSAN PENGLIBATAN PENJAWAT AWAM DI


DALAM POLITIK BAGI WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berdasarkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 November 2021 telah


memutuskan bahawa semua pegawai awam di semua peringkat Kumpulan/ Gred tidak
dibenarkan sama sekali bertanding atau memegang jawatan atau dilantik dalam apa-
apa jawatan dalam suatu parti politik. Satu ketetapan juga telah dibuat dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Bil. 3 Tahun 2021 pada 27 September 2021 yang lalu bahawa semua warga KPM yang
terlibat dalam memegang jawatan atau dilantik dalam apa-apa jawatan dalam suatu
parti politik perlu melepaskan jawatan dalam parti politik berkenaan dan kelulusan yang
telah diberi sebelum ini adalah dibatalkan.

3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dipanjangkan sesalinan surat edaran


Ketua Setiausaha KPM rujukan KPM.500-4/20/1(42) bertarikh 8 Disember 2021 seperti
di Lampiran untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Semua Pegawai
Pendidikan Daerah adalah dipohon untuk segera memanjangkan pemakluman ini
kepada semua sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( ZULKERNAI BIN FAUZI )


Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

You might also like