Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA 1

JALAN SS22/48 DAMANSARA JAYA,


47400 PETALING JAYA, SELANGOR

MINIT MESYUARAT UNIT KESIHATAN BIL 2 TAHUN 2021

Tarikh : 23 Februari 2021/ Selasa


Masa : 2.00 petang
Tempat : Google Meet
Pengerusi : Pn. Nur Mazlina binti Majnun
Kehadiran (Bil) : 28 orang

Kehadiran
1. En. Mohd Johari bin Mohamed Sahar Guru Besar
2. En. Mohd Sabri bin Hashim Penolong Kanan Kurikulum
3. Pn. Nur Mazlina binti Majnun Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Pn. Suriani binti Husin Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Siti Nor Mahani bt. Othman Penolong Kanan Pendidikan Khas
6. En. Bak Zi Yang Setiausaha HEM / Penempatan SMK
7. Pn. Nur Aidilla bt. Hassan Penyelaras Jawatankuasa Guru Bertugas
8. Pn. Siti Hawadalila bt Haneefa Penyelaras J/Kuasa Kesihatan & Rawatan
9. En. Muhammad Razif b. Amir Abzol Penyelaras Unit Pengawas Sekolah
10. En. Mohd Juhari b. Yusoff Penyelaras Anti Dadah / Pencegahan Jenayah
11. En. Mohd Hazmie b. Zakariyah Penyelaras Bantuan KWAMP / BAP
12. Pn. Suriya bt. Ahmad Penyelaras Sambutan Hari Kanak-kanak
13. Cik. Azma bt. Abdul Aziz Penyelaras Unit Bimbingan & Kaunseling / PRS
14. Pn. Siti Hajar Nabila bt Shukri Penyelaras J/Kuasa RMT
15. Pn. Nurliyana bt. Md. Saad Penyelaras Sarana Ibu Bapa
16. En. Muhammad Faiz b. Baharin PenyelarasJ/Kuasa Keselamatan
17. En. Muhammad Farhan bin Rosli Pegawai Aset
18. Pn. Tn. Nor Hafizah binti Tn. Mahmood Penyelaras SPBT / Pengawas SPBT
19. Pn. Siti Norazlina binti Makhtar Penyelaras Program 3K
20. En. Mohamad Ikhwan bin Izam Guru Disiplin
21. Pn. Radiah bt. Zakaria Penyelaras Unit Kantin
22. Pn. Afiqah binti Nooh Penyelaras Pustakawan
23. Pn. Noor Hasliza binti Zainal Abidin Penyelaras Data Murid Berisiko Cicir
24. Pn. Nurul Sakinah Bt Sahid Penyelaras Data APDM
25. En. Muhamad Ziad Bin Md Isa Penyelaras Program Bebas Denggi
26. En. Muhammad Asyraf bin Tajuddin Penyelaras Kebersihan
27. Cik Kamarul Amira binti Muhd Ariffin Penyelaras Papan Kenyataan
28. Cik Afiqah Faheem Penyelaras Papan Kenyataan

Tidak Hadir:

1. Pn. Haryati bt. Hasan PSS

1
1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat HEM bil.2 2021.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Dibentangkan oleh:Pn. Nur Mazlina binti Majnun
2.2 Dicadangkan oleh: Pn. Siti Hawadalila bt Haneefa
2.3 Disokong oleh: Pn. Pn. Siti Hajar Nabila bt Shukri

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Penyeliaan pematuhan SOP dan sambut kehadiran murid-murid di pintu hadapan
seawal jam 7.00 pagi.

Makluman: Semua guru

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Makluman

4.1.1 Kes Positif Covid 19 dalam kalangan guru, staf, murid-murid, pekerja keselamatan dan
kebersihan perlu dilapor segera kepada PPD dan PKD mengikut format .

4.1.2 Program-program yang telah dijalankan di atas talian adalah Majlis Watikah Pelantikan
Pemimpin Cilik dan PTD.

4.1.3 Aktiviti-aktiviti bulanan terdekat termasuk mesyuarat unit-unit kecil di mana mesyuarat
mengikut kelompok masing-masing. Minit mesyuarat perlu disediakan berasingan. Mesyuarat
perlu dijalankan 4 kali setahun seperti unit induk. Diminta menjemput pentadbir untuk menghadiri
mesyuarat.

4.1.4 Majlis pelancaran kelab pencegahan jenayah ditetapkan akan dikendalikan oleh En. Mohd
Juhari.

Tindakan: Semua Guru

4.2 Pemantauan pematuhan SOP

4.2.1 Guru kelas diminta sebar luas maklumat melalui kumpulan Whatsapp kelas kepada ibu
bapa dan penjaga.

4.2.2 Peringatan kepada murid-murid secara berterusan semasa awal pagi sebelum bermula sesi
pengajaran.

4.2.3 Memastikan suhu murid disukat 2 kali sehari dan melaporkan segera sebarang gejala yang
berlaku dalam kalangan murid.

4.2.4 Ibu bapa tidak boleh berada dalam kawasan sekolah tanpa sebarang urusan penting.

4.3 Bantuan dan Kebajikan Murid

2
4.3.1 KWAPM & BAP

1. Peruntukan BAP telah masuk dalam akuan sekolah.

2. Panel pemilihan telah senaraipendek murid-murid yang layak terima bantuan.

3. Murid yang tinggal di Homes, duit akan diuruskan oleh guru kelas atau PK Hem untuk
urusan pembelian buku.

4. Agihan duit BAP sebelum akan dibuat pada 3 dan 4 Mac 2021 mengikut pematuhan SOP
yang ketat.

5. Borang permohonan PB1 yang sama juga digunakan dalam memohon bantuan KWAPM,
RMT dan PSS.

Tindakan: Guru Kebajikan

4.3.2 EMK

1. Minit mesyuarat perlu masukkan semua murid yang layak terima EMK.

2. Rujuk garis panduan fasa 1 tahun 2021 yang diedarkan oleh JPN.

3. Ibu bapa berikan no kad OKU dan akuan BSN yang sahih.

4. Murid-murid baharu atau cicir boleh dimasukkan ( rujuk takwim EMK)

Tindakan : Guru EMK

4.3.3 RMT

5. Surat setuju terima RMT perlu difailkan.

6. Dokumen perjanjian RMT dengan pengusaha kantin telah diperbaharui

7. Pengusaha kantin mesti ikut menu yang telah ditulis oleh penyelaras RMT. Jika ada
perubahan mesti tulis memo.

8. Melapor sebarang kes makan yang basi dan kes keracunan makanan dengan segera .

9. Penyeliaan RMT secara berterusan oleh guru yang bertugas.

Tindakan : Guru RMT

4.4 Sahsiah Murid

3
4.4.1 Guru-guru perlu sentiasa memantau sahsiah murid. Amalan baik seperti memberi salam
dan membantu guru patut digalakkan.

4.4.2 Sebarang amalan terbaik dan salah laku murid boleh dilaporkan dalam SSDM.

4.5 Data Murid

4.5.1 Guru kelas perlu memastikan setiap murid mempunyai fail peribadi murid. Fail dari sekolah
lain dibenarkan. Nombor pendaftaran murid perlu diisi di fail tersebut.

4.5.2 Laporan bulanan kehadiran kelas perlu dicetak setiap akhir bulan untuk semakan PK.

4.5.3 Guru kelas kenalpasti murid-murid yang memerlukan bantuan melalui data pendapatan ibu
bapa mereka dalam APDM.

4.5.4 Murid-murid baharu didaftar dalam buku besar.

4.6 Disiplin dan Bimbingan

4.6.1 Program bimbingan dan kaunseling bebas menggunakan mana-mana bilik untuk sesi
kaunseling secara individua atau berkumpulan. Laporan perlu disediakan untuk setiap sesi.

4.6.2 Penetapan tarikh ujian psikometrik untuk murid tahun 6 perlu dimaklumkan seminggu
sebelum kepada pentadbir.

4.7 Kantin

4.7.1 Kantin ditutup pada awal pagi dan pada waktu pulang untuk mengelakkan kesesakan murid
di kantin.

4.7.2 Operasi kantin hanya pada waktu rehat sahaja.

4.7.3 Pengusaha kantin memberi kerjasama yang baik dalam menerima dan menyiapkan
tempahan yang dihantar oleh guru kelas.

4.8 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

4.8.1 Laluan susur gajah telah ditambahbaik oleh guru-guru lelaki.

4.8.2 Papan kenyataan sekolah telah diperbaharui mengikut tahun semasa.

4.8.3 Kos baikpulih dan selenggara akan ditanggung oleh PIBG mengikut peruntukan yang telah
diluluskan.

5.0 Hal-hal Lain

4
5.1 Guru Kelas kenal pasti murid bukan warganegara yang masih belum bayar levi mengikut
tahun semasa.

5.2 Laporan program yang telah dilaksanakan mesti dihantar dalam tempoh 3 minggu.

5.3 Sebarang sumbangan peribadi yang diterima perlu dimaklumkan kepada guru besar.

5.4 Sebarang aduan yang diterima perlu dilapor kepada pentadbir dengan segera .

5.5 Sentiasa patuh SOP agar kesihatan dan keselamatan semua warga sekolah terjamin.

6.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua atas komitmen yang diberikan. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Urusetia:
Setiausaha Unit Kesihatan
SK Damansara Jaya (1)
Tarikh : 23 Februari 2021

You might also like