KERTAS KERJA Literasi Maklumat Adil Adha

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT PSS


TEMA : SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA 1442 H / 2021
SMK KAMPUNG BARU KERTEH
24300 KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU

1.0 Pengenalan

Literasi maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu
yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua
format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai
keupayaan untuk mengakses serta menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan
penyelesaian masalah secara efektif. Sempena Hari Raya Aidil Adha atau disebut juga Hari Raya
Haji, Unit PSS SMK Kampung Baru Kerteh ingin mengadakan program literasi maklumat
bertemakan sambutan perayaan ini. Program ini akan merangkumi bukan sahaja aktiviti
pencarian maklumat tetapi juga melibatkan kemahiran ICT dan galakan membaca yang
berterusan.

2.0 Objektif

i. Memberi pendedahan dan kemahiran kepada murid-murid dalam pencarian maklumat.


ii. Menggalakkan murid-murid mengetahui, mempelajari dan menguasai kemahiran ICT.
iii. Merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu .

3.0 Tema

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1442 H / 2021

4.0 Maklumat Program

Tarikh : 15 Julai – 31 Julai 2021


Sasaran : Semua murid dan guru SMK Kampung Baru Kerteh

5.0 Anjuran

Pusat Sumber SMK Kampung Baru Kerteh


6.0 Senarai Jawatankuasa

Pengerusi : Pn Mariani binti Muda (Pengetua)


Naib Pengerusi I : Pn Hasnah binti Sulong (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En Ahmad Sarib bin Yaacob (PK HEM)
Naib Pengerusi III : Pn Hjh Noorihan binti Mohamed @ Mohd Harun (PK Kokurikulum)
Pemantau : Pn Hjh Martina binti Mokhtar (GKMP Bahasa)
: En Khalid bin Yahaya (GKMP Teknik dan Vokasional)
: Pn Wan Norasikin binti Wan Ahmad (GKMP Kemanusiaan)
: Pn Nor Aini binti Haron (GKMP Sains dan Matematik)
Setiausaha : Pn Rusliza binti Mohd Arsad (Guru Perpustakaan dan Media)
Hebahan / Poster : Pn Rusliza binti Mohd Arsad
Penyelaras Pertandingan : Pn Rusliza binti Mohd Arsad
Hadiah & Cenderahati : Pn Wan Satini binti W.Mahmod
Sijil : Cik Norhasani binti Yaacob
Laporan : Pn Norhazma binti Wahab

7.0 Pelaksanaan dan Cadangan Aktiviti

BIL AKTIVITI CARA PELAKSANAAN SASARAN TARIKH


1 Pameran Bertema 1. Pameran bertema dalam Semua guru 15 – 31 Julai
Sambutan Aidil bentuk video dan PDF akan dan murid 2021
Adha 1442 H / 2021 diedarkan kepada murid
sebagai satu bahan bacaan dan
tontonan bagi menyampaikan
maklumat tentang sambutan
perayaan Aidil Adha
2 Kuiz Literai 1. Kuiz berdasarkan maklumat Semua 15 – 31 Julai
Maklumat yang terdapat dalam pameran murid 2021
Sambutan Hari bertema akan diberikan melalui
Raya Aidil Adha medium Quizizz.
1442 H / 2021 2. 13 pemenang terbaik akan
diberikan hadiah
3. Semua murid yang mencapai
markah 80% ke atas akan
diberikan sijil.
3 Pertandingan Video 1. Murid dikehendaki membuat Semua 15 – 31 Julai
Pendek @ TikTok satu video bebas bermaklumat murid 2021
Ibadah Qurban kurang 1 minit bertemakan
Ibadah Qurban
4 Pertandingan 1. Murid dikehendaki menhantar Semua 15 – 31 Julai
Fotografi foto berkaitan Hari Raya Haji / murid 2021
Bertemakan Hari Ibadah Qurban
Raya Haji / Qurban
5 Pertandingan 1. Murid dikehendaki menulis esei Semua 15 – 31 Julai
Kreatif Menulis Esei pendek mengenai pengalaman murid 2021
Pendek Sambutan menyambut Hari Raya Haji /
Hari Raya Haji / Ibadah Qurban dan dipaparkan
Ibadah Qurban dalam bentuk kreatif sama ada
secara fizikal atau maya.
8.0 Perbelanjaan dan Sumber Kewangan

Sumber Kewangan

1. Yuran Perpustakaan RM 824.05


JUMLAH RM 824.05

Perbelanjaan

BIL AKTIVITI / HADIAH JUMLAH


(RM)
1 Kuiz Literasi Maklumat Sambutan Hari Raya Aidil Adha

Tempat Pertama – Hamper Alat Tulis RM 40 x 1 40.00


Tempat Kedua – Hamper Alat Tulis RM 30 x 1 30.00
Tempat Ketiga – Hamper Alat Tulis RM 20 x 1 20.00
Saguhati – Hamper Alat Tulis RM 10 x 10 100.00

2. Pertandingan Video Pendek @ TikTok Ibadah Qurban

Tempat Pertama – Hamper Alat Tulis RM 40 x 1 40.00


Tempat Kedua – Hamper Alat Tulis RM 30 x 1 30.00
Tempat Ketiga – Hamper Alat Tulis RM 20 x 1 20.00
Saguhati – Hamper Alat Tulis RM 10 x 10 100.00

3. Pertandingan Fotografi Bertemakan Hari Raya Haji / Qurban

Tempat Pertama – Hamper Alat Tulis RM 40 x 1 40.00


Tempat Kedua – Hamper Alat Tulis RM 30 x 1 30.00
Tempat Ketiga – Hamper Alat Tulis RM 20 x 1 20.00
Saguhati – Hamper Alat Tulis RM 10 x 10 100.00

4 Pertandingan Kreatif Menulis Esei Pendek Sambutan Hari Raya Haji /


Ibadah Qurban

Tempat Pertama – Hamper Alat Tulis RM 40 x 1 40.00


Tempat Kedua – Hamper Alat Tulis RM 30 x 1 30.00
Tempat Ketiga – Hamper Alat Tulis RM 20 x 1 20.00
Saguhati – Hamper Alat Tulis RM 10 x 10 100.00

5 Kertas Sijil 100’s 50.00


JUMLAH RM 810.00
9.0 Penutup

Besarlah harapan pihak penganjur agar Program Literasi Maklumat Sambutan Hari Raya Aidil
Adha 1442 H / 2021 ini akan memberi impak seperti yang diharapkan. Semoga dengan usaha ini
akan menjadikan PSS SMK Kampung Baru Kerteh lebih cemerlang dan seterusnya menarik minat dan
penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PSS.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………………………………………… ……………………………………………………
(RUSLIZA BINTI MOHD ARSAD) (HASNAH BINTI SULONG)
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
SMK KAMPUNG BARU KERTEH. SMK KAMPUNG BARU KERTEH.

Disahkan oleh :

…………………………………………………………….
(MARIANI BINTI MUDA)
PENGETUA,
SMK KAMPUNG BARU KERTEH.

You might also like