Kajian

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/351776387

MENGENAL PASTI TINGKAH LAKU DAN PERINGKAT AWAL KESIHATAN


MENTAL MANGSA GANGGUAN SEKSUAL KANAK-KANAK

Conference Paper · July 2019

CITATIONS READS

0 4,432

4 authors, including:

Mohammad Hazim Amir Nordin


Institute of Teacher Education Malaysia Raja Melewar Campus
10 PUBLICATIONS   6 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Penulisan Sosiologi Dalam Pendidikan View project

BIOMORPHIC CONCEPT IN EDUCATIONAL PSYCHOLOGY, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING View project

All content following this page was uploaded by Mohammad Hazim Amir Nordin on 22 May 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

MENGENAL PASTI TINGKAH LAKU DAN PERINGKAT AWAL KESIHATAN


MENTAL MANGSA GANGGUAN SEKSUAL KANAK-KANAK

Mohammad Hazim Amir Nordin1, Nurhafizah Amir Nordin2, Aishah Abdul Ghani3,
Khairul Azrin Muhammad4

ABSTRAK

Jenayah gangguan seksual terhadap kanak-kanak (berumur lapan belas tahun ke bawah)
semakin meningkat saban tahun dan ada di antara kes yang tidak dilaporkan atau digugurkan
atas faktor-faktor tertentu dan mangsa temasuk di dalam kategori kes terpencil. Kajian ini
dijalankan bertujuan bagi mengenal pasti tingkah laku yang ditunjukan oleh mangsa semasa
berada di sekolah. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat peringkat awal kesihatan mental
mangsa dengan menggunakan Ujian Dass untuk mengenalpasti kemurungan, kebimbangan dan
tekanan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan berbentuk kajian kes. Seramai tiga orang
subjek kajian yang terdiri daripada seorang murid lelaki yang berumur dua belas tahun dan dua
orang murid perempuan yang berumur dua belas tahun. Ketiga-tiga murid yang menjadi subjek
kajian di dalam kajian ini merupakan mangsa kepada jenayah gangguan seksual kanak-kanak
kategori kes terpencil. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di kuala lumpur. Dapatan
kajian menunjukan terdapat perubahan tingkah laku subjek kajian yang ketara semasa berada
di dalam bilik darjah hasil daripada pemerhatian guru kelas. Dapatan juga mendapati hasil
saringan awal kesihatan mental dengan menggunakan Ujian DASS iaitu kemurungan,
kebimbangan dan tekanan berada di tahap sederhana, teruk dan sangat teruk. Secara
keseluruhannya kajian ini memperlihatkan bahawa jenayah gangguan seksual kanak-kanak
memberi implikasi kepada perkembangan emosi dan kendiri mangsa.

Kata Kunci : tingkah laku, kesihatan mental, gangguan seksual kanak-kanak

ABSTRACT

Crimes of sexual harassment on children (aged eighteen years and below) is increasing every
year and some of the cases were not reported or dropped on certain factors and some of the
victims are categorised in remote cases. The aim of this study is to identify the behaviour
shown by the victims at school. This study was also conducted to see the early stages of mental
health using DASS test to identify the levels of depression, anxiety and stress. This study is a
qualitative study and a case study. A total of three subjects of study ranging from a boy and
two girls aged twelve years old. Three pupils who were involved as a subjects of study were
the victims of the crime categorised in remote cases. The study was conducted at a school in
Kuala Lumpur. The study showed that there are significant behaviour changes on subjects of
study in the classroom based on the observation from the class teachers. The findings also
showed that early mental health screening results using DASS test for the levels of depression,
anxiety and stress are moderate, severe and very severe. Overall, this study shows that this
crime towards children gives severe implications for emotional development and self
development.

Keywords : behavior, mental health, sexual harassment on children.


eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

PENGENALAN

Jenayah gangguan seksual kanak-kanak di Malaysia semakin hangat diperkatakan dan


diperbincangkan di media sosial dan media massa. Jenayah ini boleh berlaku tanpa mengira
masa, tempat dan siapa mangsanya. Hasil daripada perlakuan jenayah ini mangsa akan
mengalami pelbagai tekanan terutamanya dari segi emosi. Umum mengetahui bagi kes-kes
jenyah gangguan seksual kanak-kanak semua pihak perlu memainkan peranan yang penting
terutamanya institusi pendidikan agar kebajikan murid-murid terbela dan terpelihara.
Walaubagaimanapun, tugas para pendidik adalah terhad seperti yang telah diperuntukan oleh
perundangan dimana sama ada pemangsa atau mangsa yang terlibat dengan kesalahan
gangguan saksual kanak-kanak yang berumur lapan belas tahun kebawah adalah dibawah
tanggungjawab ibu bapa atau penjaga mereka yang sah. Maka semua keputusan yang diambil
perlu mendapat persetujuan daripada mereka sebelum tindakan selanjutnya diambil. Pada
tahun 2017 sebanyak 314 kes yang disabit dengan kes jenayah gangguan seksual kanak-kanak
(Awani, 2017). Manakala perbandingan tahunan dari tahun 2010 sehingga tahun 2017
menunjukan peningkatan dengan purata kesuluruhan sebanyak 22,234 kes penderaan seksual
kanak-kanak yang telah dibentangkan di Parlimen Malaysia (Utusan, 2017).

Berdasarkan kepada bahan hebahan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Permata
Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa individu yang dikategorikan sebagai kanak-
kanak ini mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), kanak-kanak didefinisikan
sebagai mereka yang berada di bawah umur 18 tahun. Penderaan seksual kanak-kanak
berdasarkan kepada perkara 17 (2)(C) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) memperuntukan
bahawa seseorang yang terlibat di dalam penderaan seksual terhadap kanak-kanak adalah
apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa
aktiviti yang bersifat seksual bagi maksud apa-apa bahan pornografi, rakaman, filem, pita,
video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau eksploitasi seksual oleh mana-
mana orang bagi memuaskan nafsu seksual orang itu atau orang lain (Bahagian Permata
Jabatan Perdana Menteri, 2017). Individu yang berisiko untuk didera secara seksual terdiri
dari semua kanak-kanak lelaki atau perempuan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Di dalam konteks kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak ianya


merangkumi perbuatan seperti meraba-raba kemaluan, memperkosa, merogol dan menaikkan
syahwat kanak-kanak dengan meminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh
sulit atau kelakuan yang tidak melibatkan sentuhan sebagai contoh mengintai, mengeluarkan
kata-kata lucah atau menunjukan bahan-bahan lucah dan mengeksploitasikan kanak-kanak
untuk tujuan pornografi termasuklah melalui internet, dengan itu membolehkan seseorang
kanak-kanak itu digunakan oleh orang lain sebagai pelacur (Bahagian Permata Jabatan Perdana
Menteri, 2017). Isu penderaan seksual kanak-kanak ini jarang di laporkan kepada pihak
berkuasa ini kerana kurangnya pendidikan dan pendedahan berkaitan isu dan cara
mengatasinya diantara ibu bapa dan penjaga mangsa. Disamping itu antara faktor lain yang
menyebabkan kesalahan seksual ini tidak dilaporkan kerana ibu bapa, penjaga atau individu
yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan mangsa di mana mereka tidak
mempercayai bahawa kesalahan itu berlaku, mereka tidak mempercayai aduan mangsa, mereka
mempunyai perasaan malu untuk berhadapan dengan masyarakat sekiranya isu ini
diperbesarkan, mereka juga berkemungkinan takut untuk berhadapan dengan hukuman yang
berat khususnya melibatkan suspek yang dikenali atau tidak tahu cara untuk melaporkan dan
mendapatkan bantuan (Bahagian Permata Jabatan Perdana Menteri, 2017).
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

Individu yang menjadi mangsa kepada gangguan seksual kanak-kanak ini


sememangnya memerlukan bantuan dan sokongan moral. Sokongan, panduan dan bantuan
yang diberikan ini akan membantu menzahirkan perkembangan kesihatan mental yang baik.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mentafsirkan kesihatan mental merupakan kebolehan
mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam
aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Manakala berdasarkan kepada Dasar Kesihatan Mental Kebangsaan ianya merujuk kepada
kemampuan seseorang individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi dengan
individu lain, dengan menggunakan cara pemikiran, perasaan dan keupayaan berkomunikasi
bagi mencapai kesejahteraan hidup yang saksama. Di dalam kesihatan mental seseorang
individu cenderung untuk menonjolkan ciri-cirinya melalui emosi mahupun tingkahlaku. Oleh
kerana itu mangsa jenayah gangguan seksual kanak-kanak ini perlu dibantu dan diberi
sokongan agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih harmoni.

Di dalam konteks kesihatan mental yang diketengahkan di dalam kajian ini ialah dari
aspek tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Peringkat awal remaja dan remaja
merupakan satu tempoh masa kritikal dan penuh dengan konflik. Menurut Azizi, Cathy, Roslee
& Sharifuddin, (2006) sekiranya perkara ini tidak diatasi dengan baik ia juga berupaya untuk
mewujudkan kecelaruan tingkah laku di dalam diri para remaja dimana mereka akan
menunjukan ciri-ciri seperti sikap agresif dengan orang lain. Tekanan perasaan adalah satu
tindak balas seseorang terhadap sesuatu bebanan atau tekanan yang dihadapinya. Bebanan ini
boleh wujud hasil dari ancaman, cabaran atau apa sahaja perubahan yang berlaku dalam hidup
seseorang dan ianya memerlukan penyesuaian. Manakala kebimbangan pula merupakan satu
gabungan diantara implikasi psikologi dan fizikal yang berlaku akibat tafsiran yang dibuat oleh
seseorang individu terhadap satu situasi. Seterusnya kemurungan pula ditafsirkan sebagai satu
perasaan sindrom atau penyakit klinikal dan ianya merangkumi perasaan dan tingkah laku
seperti putus harapan dan kesedihan melampau sehingga terbawa-bawa ke arah tingkah laku
yang membinasakan. Ketiga-tiga aspek ini amat wajar untuk di kenal pasti diperingkat awal
terutamanya kepada remaja umumnya dan khususnya kepada remaja yang menjadi mangsa
jenayah gangguan seksual kanak-kanak ini agar mereka dapat dibantu ke arah yang lebih
positif.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti tingkah laku yang ditunjukan oleh mangsa jenayah gangguan seksual
kanak-kanak.

2. Menentukan peringkat awal kesihatan mental mangsa jenayah gangguan seksual kanak-
kanak dari aspek kemurungan, kebimbangan dan tekanan perasaan berdasarkan kepada
Ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scale).
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

SOROTAN LITERATUR

Kajian yang berkaitan dengan jenayah gangguan seksual kanak-kanak ini semakin banyak
dilaksanakan di Malaysia. Walaubagaimanapun masih terdapat banyak lagi isu-isu yang perlu
diketengahkan dalam usaha untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat di dalam kes ini.
Kajian lampau yang telah dilakukan menunjukan bahawa terdapat kesan kepada mangsa
penderaan seksual ataupun jenayah gangguan seksual kepada kanak-kanak dan ianya memberi
implikasi yang mendalam terhadap perkembangan diri mereka (Nor Shafrin, 2007 ; Amalina
1997). Di dalam kajian yang telah dijalankan pada ketika itu ia menjurus ke arah untuk melihat
faktor yang menjadi penyumbang kepada berlakunya jenayah gangguan seksual ini ke atas para
remaja (Nor Shafrin, 2012). Disamping itu walaupun perundangan di negara Malaysia telah
diwujudkan bagi membela nasib individu yang menjadi mangsa kepada jenayah ini namun satu
insolvensi dan pendekatan yang berasaskan kepada pegagangan keagamaan (islam) perlu
diperlihat semula berdasarkan kepada konvensyen hak kanak-kanak 1989 (Nor’asyikin, 2018).

Kajian menunjukan remaja perempuan lebih kerap menjadi mangsa kepada jenayah ini
berbanding remaja lelaki. Namun ianya masih tidak mustahil berlaku kepada remaja lelaki atas
faktor perkembangan remaja itu sendiri dari aspek perkembangan fizikal dan proses akil baligh
(David Finkelhor, 2009 ; David Finkelhor, 1994). Kekerapan jenayah ini semakin meningkat
saban tahun , namun hakikatnya masih ramai individu yang mengambil lewa isu ini dan tidak
melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya dan sekaligus ia memberi kesan
yang mendalam kepada mangsa kerana tidak mendapat perlindungan dan keadilan yang
sewajarnya (David Finkelhor & Lisa M. Jones, 2004). Kajian juga menunjukan bahawa
individu yang menjadi mangsa kepada jenayah ini cenderung untuk menghadapi disfungsi
seksual, kemurungan, tekanan dan rendah diri (David Finkelhor, 2008) dan ianya telah
disokong hasil daripada kajian yang dilakukan oleh Khaled dan Ahmed , (2012). Disamping
itu kajian menunjukan terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya jenayah
penderaan kanak-kanak termasuklah jenayah penderaan seksual kanak-kanak (Khadijah,
1999). Pendedahan dan pendekatan yang signifikan perlu dilakukan bagi memberi maklumat
kepada remaja dan kanak-kanak agar mereka memahami dan mengetahui cara untuk mengatasi
dari menjadi mangsa jenayah gangguan seksual ini (Allicia, Craigs, Dianne & Danial, 2014).

Jenayah gangguan seksual ini merupakan satu agenda yang kritikal dan berkait rapat
dengan hak-hak asasi manusia. Kajian menunjukan bahawa mangsa yang terlibat dengan
jenayah gangguan seksual ini terutamanya dalam kalangan kanak-kanak akan membentuk
variasi tekanan perasaan, pemikiran dan tingkah laku (Aber, Sahar, Hishah & Azza, 2011).
Seterusnya kajian juga menunjukan masih ramai remaja dan kanak-kanak tidak memahami
dengan baik cara untuk menangani dan mengatasi jenayah gangguan seksual (Wenjing,
Yanang, Xiaoxia & Xiaoling, 2013) dan ianya turut disokong oleh Buyi, Jingqi,Yichen,
Wenjing, Yanan & Xiaoxiao, (2017). Indikator lain yang menjadi punca kepada jenayah
gangguan seksual kanak-kanak ini juga antara lainnya adalah disebabkan oleh budak lelaki
yang lain, orang yang lebih tua, adik beradik yang lain, keluarga yang berpecah belah,
penceraian ibu bapa dan bapa yang tidak bekerja (Ko, Elsie, Douglas & Patrikck, 2013).

Banyak negara yang cuba untuk mengetegahkan isu jenayah gangguan seksual
terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sebagai contoh banyak kajian yang telah dilakukan
dan dibuat perbandingan di negara China (Kai, David & Michael, 2013). Namun terdapat juga
segelintir negara di mana peranan penjaga atau ibu bapanya yang mengabaikan tanggungjawab
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

untuk membela mangsa dimana isu ini merentas budaya, norma dan pegangan nilai
keagamaaan di negara tersebut contohnya di Jordon (Fatmeh, Reem, Intesar & Ahlam, 2018)
dan ia turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Aber, Sahar, Hishah & Azza, (2011) di
mana berlakunya peningkatan terhadap kes-kes jenayah gangguan seksual kanak-kanak dari
tahun 2004 sehingga 2009 di kawasan Mesir kerana kurangnya tindakan yang diambil oleh
penjaga atau ibu bapa mangsa atas faktor isu ini masih taboo dalam kalangan masyarakat.
Implikasinya dapat dilihat apabila ia tidak diambil berat di mana fahaman mangsa ataupun ahli
masyarakat terhadap isu ini semakin tertutup dan jarang diperbincangkan secara umum
(Khaled & Ahmed, 2012). Kajian lampau juga menunjukan bahawa 60% daripada mangsa
jenayah gangguan seksual adalah lelaki dan 50 % mangsa jenayah gangguan seksual adalah
perempuan merentas dua puluh satu buah negara yang berbeza (Noemi, Georgina, Maria &
Juana, 1994).

Kajian menunjukan mangsa-mangsa kepada jenayah ganggual atau penderaan seksual


ini memperlihatkan tingkah laku yang sebaliknya dari kebiasan. Ada antara mangsa yang
menunjukan penentangan, lebih suka menyendiri kemurungan dan tekanan (Nor Shafrin,
2007). Ada antara mangsa yang ketakutan dan mengalami trauma. Oleh yang demikian langkah
awal pencegahan amat perlu di ketengahkan agar dapat mendidik ahli masyarakat tentang
kesalahan jenayah gangguan sesual kanak-kanak (Vladimir, Anastasia & Maria, 2017). Semua
pihak perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan jenayah gagguan seksual ini
mendapat perhatian dan mangsa-mangsanya terutamanya dalam kalangan kanak-kanak
mendapat perlindungan yang sewajarnya.

Kajian menunjukan institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan yang penting
dan guru juga merupakan salah satu indikator dalam membantu mangsa-mangsa jenayah
gangguan seksual kanak-kanak apabila ianya berlaku di sekolah agar kebajikan mangsa terbela
dan institusi-institusi tertentu perlu memainkan peranan agar mangsa mendapat sokongan
sosial (Laura, Christian, Collen, Ben & Kay, 2012 ; Abdul Razak & Norliza, n.d). Kajian juga
menunjukan bahawa tahap kesihatan mental individu dewasa boleh dipengaruhi oleh tahap
jangkaan aktiviti seksual pada umur 12 dan 14 tahun (Mark S. Alen, 2018). Seterusnya dapatan
kajian lepas menunjukan bahawa mangsa jenayah gangguan seksual ini berpotensi untuk
mengalami masalah gangguan kesihatan mental sekiranya ia tidak ditangani diperingkat awal
(Charlie, Sheila & Choral, 2018 ; Jonathan & Sylvie, 2018). Malah dapatan kajian lain juga
menunjukan bahawa tahap kesihatan mental individu dewasa boleh terjejas sama ada lelaki
ataupun perempuan hasil daripada menjadi mangsa jenayah gangguan seksual semasa kanak-
kanak sekiranya ia tidak dikenalpasti di peringkat awal (Carey, Chelsea & Cindy, 2018 ; Sarah,
Tamara, Kristen & Tracie , 2017).
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kes dan melibatkan tiga orang subjek kajian yang terdiri daripada
murid yang berumur 12 tahun (fasa awal remaja) yang dijalankan di salah sebuah sekolah di
Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam usaha untuk memahami
tingkah laku dan peringkat awal kesihatan mental mangsa jenayah gangguan seksual kanak-
kanak mangsa. Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian kes ini ialah senarai semak
pemerhatian, ujian saringan awal kesihatan mental DASS dan protokol temubual. Data telah
dianalisis secara tematik dan berbentuk deduktif. Di dalam kajian ini, subjek kajian yang
diambil merupakan mangsa di bawah kategori terpencil. Mereka telah diberi pembelaan tetapi
bagi menjaga maruah, kepentingan dan sesitiviti keluarga maka kes telah digugurkan atau
laporan ditarik semula. Ini kerana pelaku merupakan individu yang mempunyai hubungan yang
signifikan dengan keluarga mangsa. Namun mangsa masih mendapatkan rawatan daripada
pakar psikatri di hospital dan ahli psikologi yang berdaftar.

Jadual 1
Maklumat subjek kajian

MAKLUMAT M1 M2 M3
Jantina Perempuan Perempuan Lelaki

Umur 12 tahun 12 tahun 12 tahun

Pendapatan ekonomi <RM 3000.00 >RM 5000.00 >RM 3000.00


keluarga

Maklumat bapa Bekerja sebagai Bekerja sebagai Bekerja sebagai


pemandu teksi pegawai pegawai
eksekutif eksekutif

Maklumat ibu Suri rumah Bekerja sebagai Suri rumah


pegawai
eksekutif

Tahap pencapaian 3A, 2B, 1C 6A 2A, 2B, 1C


akademik

Tahap pencapaian Mewakili rumah Mewakili Mewakili rumah


kokurikulum sukan sekolah dalam sukan
sukan di
peringkat negeri

Pelaku Abang saudara Kekasih Abang saudara

Di dalam jadual 1, maklumat subjek kajian diatas M1 merujuk kepada subjek kajian satu, M2
merujuk kepada subjek kajian dua, M3 merujuk kepada subjek kajian tiga yang terlibat di
dalam kajian kes ini.
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

DAPATAN KAJIAN

Di dalam kajian ini seramai tiga orang guru kelas kepada subjek kajian telah terlibat bagi
membantu pengkaji membuat pemerhatian terhadap tingkah laku yang ditunjukan semasa
proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah. Berikut merupakan dapatan dari
ketiga-tiga orang guru yang terlibat :-

Rajah 1. Dapatan senarai semak pemerhatian guru kelas subjek kajian 1 (M1)

Rajah 2. Dapatan senarai semak pemerhatian guru kelas subjek kajian 2 (M2)
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

Rajah 3. Dapatan senarai semak pemerhatian guru kelas subjek kajian 3 (M3)

Berikut merupakan dapatan ujian saringan awal peringat kesihatan mental DASS yang telah
dijalankan ke atas subjek kajian. Ujian ini bukanlah diagnosis tetapi hanyalah saringan awal
untuk mengetahui tahap kesihatan mental subjek kajian selepas berlakunya kejadian dan
kesemua subjek kajian telah dihantar untuk mendapat khidmat rawatan dan rujukan dari pakar
di hospital.

Jadual 2
Dapatan saringan awal peringkat kesihatan mental menggunakan ujian DASS

Subjek Kemurungan Kebimbangan Stress


Kajian
M1 11 12 11
Skala teruk teruk sederhana
M2 10 12 10
Skala sederhana sangat teruk sederhana
M3 10 10 10
Skala sederhana teruk sederhana
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

Berdasarkan kepada temu bual bersama dengan subjek kajian 1. Beliau menjelaskan
bahawa beliau merupakan anak ke dua dari dua orang adik beradik. Beliau sering di raba di
bahagian kemaluan dan payu dara dimana abang saudara beliau akan melakukannya apabila
kedua ibu bapa subjek kajian tiada di rumah. Disamping itu bukan sahaja subjek kajian malah
kakaknya juga pernah menjadi mangsa di raba di bahagian kemaluan dan payudara oleh abang
saudara yang sama. Abang saudara subjek kajian tinggal di rumah dan tidak bekerja. Pelaku di
jaga oleh ibu bapa subjek kajian sejak dari kecil. Subjek kajian menceritakan beliau kerap tidak
hadir ke sekolah kerana sering diugut oleh abang saudaranya untuk mencederakan diri beliau
sekiranya beliau didapati menceritakan apa yang terjadi kepada orang lain. Subjek kajian
menyatakan bahawa beliau merasa takut dan tidak selamat. Apabila subjek kajian hadir ke
sekolah beliau menyatakan bahawa malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan yang lain dan
merasakan dirinya hina dan tidak suci. Beliau juga merasakan bahawa beliau tidak lagi mahu
belajar dan hadir ke sekolah kerana menganggap ianya perkara yang sangat membebankan.
Subjek kajian juga ada menyatakan bahawa beliau sangat kecewa kerana beliau tidak merasa
selamat untuk berada di rumah.

“saya telah di raba di bahagian kemaluan dan payudara oleh abang sedara”
DTB SK 1: 46

“Kakak saya pun pernah kena raba di tempat yang sama….hurmmm”


DTB SK 1: 48

“saya takut nak datang sekolah sebab nanti kene marah, dia cakap kalua saya cakap dengan
sapa-sapa dia akan cederakan saya. Saya takut kalau kawan-kawan dah tak nak kawan
dengan saya”
DTB SK 1: 51

Berdasarkan kepada temu bual bersama dengan subjek kajian 2. Terjadinya kes jenayah
gangguan seksual ini apabila teman lelaki beliau mengajak untuk ‘berdating’ di bahagian
tangga. Subjek kajian menyatakan bahawa mereka berjumpa adalah untuk berdamai kerana
mereka telah bergaduh dan masih menyukai dan mencintai antara satu sama lain. Namun
subjek kajian menceitakan bahawa kekasih lelaki beliau telah dengan sengaja menarik dagunya
dan mengucup bibir beliau. Subjek kajian turut memaklumkan bahawa kucupan itu merupakan
satu kucupan untuk berdamai dan tidak lagi bergaduh antara satu sama lain. Subjek kajian
berasa malu dan terasing kerana rakan-rakan di sekolah sudah tahu tentang perkara ini dan
ianya telah tersebar dan ada antara rakan-rakan beliau yang telah memualaukan beliau.

“kami bergaduh, lepas tu dia ajak saya dating”


DTM SK 2 : 30

“Saya pun tak sedar. Tahu-tahu dia dah cium bibir saya”
DTM SK 2 : 33

“Saya tolak badan dia tapi dia tetap nak cium jugak. Lepas tu dia cakap yang ciuman tu untuk
tak gaduh lagi dah”
DTM SK 2 : 37

“kawan kelas saya dah tak nak kawan dengan saya, lepastu saya perasan dorang selalu
berbisik-bisik. Saya tau dorang bercerita pasal saya.Saya malu…”
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

DTM SK 2 : 43
Dapatan temu bual bersama subjek kajian 3 menunjukan beliau menjadi mangsa kes
jenayah gangguan seksual apabila berbaik dengan abang sedara beliau. Hubungan rapat
diantara subjek kajian membuatkan ibu bapa subjek kajian percaya bahawa mereka hanyalah
sekadar abang dan adik. Semuanya bermula apabila abang sedara beliau sering memanggil
beliau untuk masuk ke dalam bilik dan bermain permainan maya. Lama-kelamaan subjek
kajian diberi melihat rakaman video lucah perlakuan di luar tabii.

“dia (abang sedara) selalu datang rumah kitorang. Biasanya mak dengan ayah tau”
DTB SK 3 : 20

“kitorang masuk bilik lepastu nanti dia kunci pintu. Mula-mula main game lepas tu
dia bagi tengok video lucah. Dalam video tu laki dengan laki bercium lepas tu raba-raba
kemaluan”
DTB SK 3 : 26

“dia suruh saya pegang dia punya lepastu dia pegang saya punya”
DTB SK 3 : 28

Subjek kajian ada merasakan bahawa beliau malu untuk berhadapan dengan kawan-kawan.
Walaupun kawan-kawan tidak mengetahui apa yang telah terjadi tetapi beliau berasa takut
sekiranya kawan-kawan akan memulaukan beliau. Subjek kajian mengatakan sudah tidak
suka untuk hadir ke sekolah kerana malu dan bimbang orang lain terutamanya guru-guru dan
rakan-rakan tahu tentang perkara ini. Beliau juga tidak mempunyai banyak rakan dan sering
mengasingkan diri di dalam kelas.

“buat apa saya datang ke sekolah?. Nanti kalau orang lain tau macam mana? Saya pun ada
perasaan juga”
DTB SK 3 : 40

“saya memang tak ramai kawan. Saya lagi suka duk sorang-sorang dalam kelas sebab tak de
orang kacau”
DTB SK 3 : 43
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

PERBINCANGAN

Di dalam kajian yang dilakukan sememangnya subjek kajian terkesan hasil daripada menjadi
mangsa kepada jenayah gangguan seksual kanak-kanak. Berdasarkan kepada temu bual di
antara pengkaji dan subjek kajian menunjukan bagi subjek kajian 1 pelaku kepada jenayah
tersebut adalah orang yang signifikan atau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau
di mana pelakunya adalah abang saudara yang duduk sekali di rumah mereka. Manakala bagi
subjek kajian 2 pelaku merupakan kekasih kepada subjek kajian dan tidak mempunyai sebarang
hubungan yang signifikan dalam konteks kekeluargaan. Seterusnya bagi subjek kajian 3 pelaku
merupakan individu yang mempunyai hubungan yang signifikan dari segi kekeluargaan kerana
pelakunya merupakan abang saudara beliau. Menurut Riley, (1991) 80% sehingga 90% peratus
kes penderaan seksual kanak-kanak berlaku dimana pelakunya merupakan individu yang
dikenali oleh mangsa. Berdasarkan kepada temu bual bersama subjek kajian menunjukan
bahawa perlakuan jenayah gangguan seksual berlaku tanpa kerelaan dan keizinan daripada
mereka dan pada masa yang sama mereka tidak mengetahui dan memahami bahawa diri
mereka telah dimanipulasikan dan di eksploitasi untuk tujuan kepuasan pelakunya.

Di dalam kajian ini satu senarai semak ringkas telah dibina untuk membantu guru kelas
subjek kajian untuk membuat pemerhatian ke atas mereka semasa berada di dalam bilik darjah.
Di dalam senarai semak tersebut terdapat tiga kompenan yang diketengahkan iaitu perlakuan
agresif, perlakuan pasif dan juga permasalahan emosi. Senarai semak ini dibentk berdasarkan
kepada soalan binary ‘ya’ dan ‘tidak’ bagi memudahkan guru untuk membuat pemerhatian. Di
dalam kompenan perlakuan agresif sebanyak lapan elemen diketengahkan yang
memperlihatkan tingkah laku yang menjurus ke arah agresif. Manakala di dalam kompenan
perlakuan pasif sebanyak tujuh elemen diketengahkan untuk menilai keterlibatan subjek kajian
di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seterusnya bagi
kompenan permasalahan emosi sebanyak tujuh elemen diketengahkan untuk menilai tingkah
laku yang dizahirkan dalam konteks emosi murid di dalam bilik darjah.

Dapatan menunjukan di dalam senarai semak pemerhatian guru kelas bagi subjek kajian
1 bagi kompenan agresif murid memperlihatkan tiga tingkah laku yang menjurus ke arah
tingkah laku agresif iaitu cepat berkelahi, cepat marah atau meradang, dan cepat panas baran.
Manakala perlakuan agresif pula sebanyak enam eleman yang memperlihatkan subjek kajian
mempunyai kecenderungan ke arah tingkah laku pasif iaitu memencilkan diri, kelihatan sugul,
terlalu pendiam, mudah terganggu perhatian, terlalu malu dan lambat dalam membuat sesuatu
tugasan. Di bahagian catatan guru kelas menjelaskan bahawa semenjak dari berlakunya kes
tempoh hari murid tidak menumpukan perhatian, menjadi pendiam dan enggan untuk belajar.
Manakala bagi kompenan permasalahan emosi sebanyak enam elemen yang diperlihatkan iaitu
gelisah, menipu atau berbohong, memerlukan perhatian yang lebih, sering menunjukan
kerisauan, suka berkhayal dan termenung dan membuat sesuatu tanpa tujuan. Dapatan ini juga
selari dengan temu bual yang telah dijalankan bersama dengan subjek kajian di mana beliau
ada menyatakan bahawa beliau takut untuk hadir ke sekolah kerana takut dicederakan dan
kawan-kawan beliau tidak lagi mahu berkawan dengan beliau. Berdasarkan kepada ujian
DASS yang telah ditadbir untuk melihat peringkat awal kesihatan mental subjek kajian (rujuk
jadual 2) dapatan menunjukan bahawa subjek kajian 1 memperolehi skor 11 dengan skala teruk
bagi kemurungan, skor 12 dengan skala teruk bagi kebimbangan dan skor 11 dengan skala
sederhana bagi stress ataupun tekanan. Secara keseluruhannya emosi subjek kajian 1 sangat
terganggu dan beliau memerlukan persekitaran yang membina dan sokongan moral dari semua
pihak.
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

Bagi subjek kajian 2, dapatan pemerhatian guru kelas menunjukan bagi kompenan
perlakuan agresif sebanyak tiga elemen tingkah laku ditunjukan iaitu merosakan harta sendiri
atau orang lain, cepat berkelahi dan cepat meradang. Bagi kompenan perlakuan pasif sebanyak
lima elemen yang ditunjukan iaitu memencilkan diri, kelihatan sugul, mudah terganggu
perhatian, terlalu malu dan lambat dalam membuat sesuatu tugasan. Seterusnya bagi kompenan
permasalahan emosi sebanyak lima elemen yang diperlihatkan iaitu gelisah, mengerakan
anggota badan tanpa data dikawal, memerlukan perhatian yang lebih, sering menunjukan
kerisauan dan suka berkhayal atau termenung. Perkara ini disokong oleh dapatan temu bual di
mana subjek kajian menyatakan bahawa beliau berasa malu sekiranya kawan-kawan
mengetahui apa yang telah terjadi. Maka dapat di lihat dapatan ujian DASS yang telah ditadbir
untuk melihat peringkat awal kesihatan mental subjek kajian (rujuk jadual 2) menunjukan skor
10 dengan skala sederhana bagi kemurungan, skor 12 dengan skala sangat teruk bagi
kebimbangan dan skor 10 dengan skala sederhana bagi stress ataupun tekanan. Subjek kajian
ini juga memerlukan intervensi dan bantuan daripada pakar.

Seterusnya subjek kajian 3 bagi pemerhatian berdasarkan kepada senarai semak guru
kelas bagi kompenan perlakuan agresif ialah mengacau atau menguasai orang lain, panas baran
dan perlakuan negatif berlaku secara tiba-tiba. Manakala bagi kompenan perlakuan pasif
subjek kajian menunjukan tingkah laku memencilkan diri, kelihatan sugul, terlalu pendiam,
mudah terganggu perhatian, terlalu malu dan lambat membuat sesuatu tugasan. Dari aspek
permasalahan emosi pula subjek kajian memperlihatkan gelisah, menggerakan bahagian
anggota badan tanpa dapat dikawal, menipu atau berbohong, memerlukan perhatian yang lebih,
sering menunjukan kerisauan dan suka berkhayal atau termenung. Di bahagian ulasan guru
kelas ada menyatakan bahawa murid gelisah dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.
Bagi dapatan saringan kesihatan mental ujian DASS subjek kajian 3 menunjukan skor 10 dan
skala sederhana bagi kemurungan, skor 10 dan teruk bagi kebimbangan dan skor 10 dengan
skala sederhana bagi stress ataupun tekanan. Berdasarkan kepada nilaian skor dan skala
tersebut dapat di lihat bahawa retetan peristiwa gangguan seksual tersebut telah memberi impak
terhadap perkembangan emosi subjek kajian.

Secara keseluruhannya dapatan menunjukan terdapat perkaitan diantara tingkah laku


yang ditunjukan oleh subjek kajian dengan dapatan ujian saringan awal kesihatan mental yang
mengukur elemen kemurungan, kebimbangan dan stress dalam ujian DASS bagi ketiga-tiga
subjek kajian ianya melebihi tahap ringan dan subjek kajian memerlukan diagnosis dan rawatan
daripada pakar psikatri, ahli perubatan bertauliah, pakar psikologi, ahli psikologi pendidikan
bertauliah dan sokongan moral serta intervensi psikoterapi dari kaunselor bertauliah atau
terlatih. Ujian DASS yang telah ditadbir kepada subjek kajian di dalam kajian ini bukanlah
satu diagnosis khusus tetapi ia hanyalah langkah awal yang diambil oleh pengkaji dalam usaha
membuat penyaringan tahap kesihatan mental subjek kajian agar mereka boleh dibantu oleh
pakar dan satu pelan ataupun perancangan intervensi boleh diwujudkan oleh kaunselor sekolah
bagi membantu subjek kajian untuk menjalani persekolahan seperti biasa. Sekiranya langkah
pemulihan tidak diambil berkemungkinan peringkat kesihatan subjek kajian akan menjadi
lebih teruk dan kritikal. Catherine, Tania dan Isabelle (2018) menjelaskan bahawa remaja yang
terdedah kepada jenayah gangguan seksual ini lebih cenderung untuk berhadapan dengan
masalah kesihatan mental terutamanya skizofrrenia dan ianya turut disokong oleh kajian yang
dilakukan oleh Sarah, Tamara dan Kristene ( 2017).
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

RUMUSAN

Semua individu berhak untuk mendapat kualiti kehidupan dan hidup dalam keadaan
yang harmoni, selamat dan saling bantu membantu tidak kira sama ada kanak-kanak, orang
dewasa, orang tua ataupun orang kelainan upaya. Hak kanak-kanak untuk mendapatkan
perlindungan juga tidak boleh kita nafikan. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang telah
dijadikan sebagai mangsa jenayah gangguan seksual maka semua pihak dan ahli masyarakat
perlu cakna dan mengambil tindakan segera agar kebajikan mereka terjaga dan terbela. Ahli
masyarakat perlu peka dengan persekitaran dan perlu mengambil tahu tatacara dalam
mengenalikan kesalahan jenayah gangguan seksual kanak-kanak ini. Disamping itu pihak
sekolah juga perlu memainkan peranan yang signifikan dan produktif dalam membantu
memberikan pendidikan dan persekitaran yang positif kepada murid yang menjadi mangsa
jenayah ini. Malah pentadbir, guru dan staf terutamanya kaunselor di sekolah perlulah
memainkan peranan yang penting agar mangsa tidak terasa terasing dan diabaikan. Cadangan
kajian akan datang pengkaji boleh merangka satu intervensi atau pelan insolvensi bagi
membantu mangsa-mangsa jenayah gangguan seksual kanak-kanak ini sama ada dari aspek
pencegahan ataupun pemulihan.
RUJUKAN

Abdul Razak dan Norliza. (n.d). Isu-isu sokongan sosial dalam kalangan kanak-kanak
mangsa penderaan seksual di institusi pemeliharaan dan perlindungan.

Amalina.(1997). Penderaan kanak-kanak : persepsi masyarakat kota samarahan. Fakulti


Sains Sosial : Universiti Malaysia Sarawak

Aber, Sahar, Hishah and Azza. (2011). Medico-legal evaluation of child sexual abuse over a
six-year period from 2004 to 2009 in the suez canal area, Egypt. Egyption journal of
forensic science. Vol. 1, issues 1 pages 58-66

Alicia, Craig, Dianne, Daniel and Digna.(2014). Childrens knowledge of sexual abuse
prevention in el Salvador.Annals of global health. Vol.80, issues 2, pages 103-107

Alavi, Aizan, Subhi dan Mohamad. (2012). Kerja sosial di sekolah : memahami dan
menangani penderaan kanak-kanak. Jurnal e-bangi. Jilid 7, Bilangan 1, 17-37

Buti, Jingqi, Wenjing, Yanan and Xiaoxiao. (2017). The knowledge and skills related to
sexual abuse prevention among Chinese children with hearing loss in beijing.
Diasbility and health jurnal. Vol.10, issues 2 pages 344-349

Carey, Chelsea and Cindy. (2018). The impact of childhood sexual abuse on women sexual
health : a comprehensive review. Sexual medicine review. Vol.6, issues 2, page 188-
200

Charlie, Sheila and Coral. (2018). Mental health in sexual assault referral centres : a survey
of forensic physician. Journal of forensic and legal medicine. Vol.58 Pages 117 -121

Catherine, Tania and Isabelle. (2018). Psychotic disorders in sexually abused youth : a
perspective matched cohort study. Schizophrenia research. Vol.199 pages 123-127

David Finkelhor. (2009). The prevention of sexual abuse. Future of children. Vol.19, no 2,
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

Eben. (2017). A critical review of child abuse and its management in africa. African journal
of emergency medicine. Vol.7, pages s32-s35

Fatmeh, Reem, Intesar and Ahlam. (2018). Mothers knowledge and perception about child
sexual abuse in jordon. Child abuse and neglect. Vol.75 , pages 149-158

Jonathan, Sylvie and David. (2018). Characteristic of child physical and sexual abuse as
predictors of psychopathology. Child abuse and neglect. Vol.86 , pages 167-177

Khaled and Ahmed. (2012). Prevelence and pattern of child sexual abuse reported by cross
sectional study among the university students, sohag university Egypt. Egyption
journal of forensic science. Vol. 2, issues 3

Khadijah. (1999). Penderaan kanak-anak : satu kajian kes-kes rawatan di hospital


universiti, kuala lumpur. Fakulti Sastera dan Sains Sosial : Universiti Malaya

Kai, David and Michael. (2013). Child sexual abuse in china : a meta analysis of 27 studies.
Child abuse and neglect. Vol.37 , pages 613-622

Ko, Elsie, Douglas and Patrick. Assocating child sexual abuse with child victimization in
china. The journal of pediatrics. Vol. 162, issues 5, pages 1028-1034

Laura, Christian, Colleen, Ben and Kay. (2012). The teachers role in child sexual abuse
prevention programs : implication for teachers education. Australian jurnal of teacher
education. Vol.37, issue 11, article 6

Mark. (2018). Change in adolescent mental health between age 12 and 14 predict sexual
avtivity and sexual orientation at age 14. Mental health and prevention. Vol.10 pages
9-12

Naomi, Georgina, Maria and Juana. (2009). The international epidemiology of child sexual
abuse: a continuation of finkelhor (1994). Child abuse and neglect. Vol.33 , pages
331-342

Naomi, Georgina, Maria and Juana. (2009). The prevalence of child sexual abuse in
community and students sample : a meta-analysis. Clinical psychology review.Vol.29,
issues 4 pages 328-338

(n.n.), (n.d.). Garis panduan jenayah gangguan seksual kanak-kanak di malaysia. Jabatan
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

(n.n.), (n.d.). Hentikan kesalahan seksual terhada kanak-kanak: panduan di malaysia.


Bahagian Permata Jabatan Perdana Menteri

Nor Shafrin. (2007). Mengenal pasti indikator tingkahlaku mangsa penderaan seksual. Jurnal
pendidik dan pendidikan, jilid 22, 107-125
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

Nor Shafrin. (2012).Penderaan seksual : keperluan kriteria pegawai, punca penderaan, dan
kes tidak dilaporkan . Jurnal pendidikan sains sosial dan kemanusiaan, jilid 5, no 1,
81-91

Nor’asyikin. (2018). Pelaksanaan peruntukan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak


menurut undang-undang keluarga islam di Malaysia : kajian dari perspektif
konvensyen hak kanak-kanak 1989. Akademi Pengajian Islam : Universiti Malaya

Sarah, Tamara and Kristene.( 2017). The relationship between childhood sexual abuse and
mental health outcomes among males : results from a nationally representative united
states sample. Child abuse and neglect. Vol. 66, pages 64-72

Vladimir, Anastasia and Maria. (2017). University capacity for children education to prevent
their abuse and exploitation. Procedia – social science and behavioral science.
Vol.237, pages 6987-704

Wenjing, Jingqi, Yanan and Xiaoxiao. (2013). Young childrens knowledge and skills related
to sexual abuse prevention : a pilot study in beijing, china. Child abuse and neglect.
Vol.37 , pages 623-630
eISBN978-967-13784-3-4 ePROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL, 2019 (215-231)
“KRISIS TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”

Profil Penulis

Mohammad Hazim Amir Nordin,


Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
mohammad_hazim@yahoo.com

Nurhafizah Amir Nordin,


Fakulti Seni Kreatif dan Industri
Universiti Pendidikan Sultan Idris
nurhafizahnordin@gmail.com

Aishah Abdul Ghani,


Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Bahasa Melayu
aishah.ghani@yahoo.com

Khairul Azrin Muhammad


Fakulti Pengajian Perniagaan
Universiti Kuala Lumpur, Malaysia
ren.mohd@yahoo.com

View publication stats

You might also like