Professional Documents
Culture Documents
Document 3
Document 3
2. Antara asas penubuhan Bersatu adalah menentang rasuah dan salah guna
kuasa tanpa melibatkan campurtangan atau tekanan ke atas mana-mana
agensi penguatkuasa kerajaan, apatah lagi sistem kehakiman negara. Namun
umum tahu bahawa ketika kempen PRU lalu, Rafizi Ramli yang kini menteri
ekonomi kerajaan luar tabie sekarang membuat kenyataan berbaur ugutan
kononnya beliau mahu "mencari" Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki jika
Pakatan Harapan (PH) berjaya mentadbir negara. Persoalannya adakah beliau
telah menemui Azam?
3. Ironinya Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan saja cakap berbelit dalam
hal mereformasikan institusi kerajaan sepertimana propaganda serta janji dari
pihak partinya sebelum PRU, malah beliau secara terbuka telah melanggar
beberapa perkara yang dianggap prinsipnya sendiri iaitu lantikan politik
melibatkan ahli keluarganya, memegang jawatan menteri kewangan serta
tidak meletakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen hingga kini.
Related video: Govt asked for the best way to instil Malaysia Madani concept
among the public (Dailymotion)
5. Justeru itu ramai rakyat di luar sana melibat slogan kerajaan Madani itu
sebagai retorik yang hanya indah dibibir namun penuh dendam kesumat untuk
membenamkan pihak lawan yakni Perikatan Nasional (PN) yang telah
bertekad untuk menjadi pembangkang yang profesional demi proses semak
imbang dalam negara. Tidak keterlaluan kerajaan hari ini hilang fokus utama
untuk mendahulukan permasalahan rakyat apabila menumpukan perhatian
untuk melumpuhkan PN supaya Umno-DAP dapat berkuasa secara diktator
serta zalim.