Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PANDUAN KEPADA CALON BAGI PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN

PEPERIKSAAN DAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN


KES “T” SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) TAHUN 2021

A. PANDUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPMU


TAHUN 2021

1. Calon peperiksaan SPMU tahun 2021 yang tidak berpuas hati dengan
keputusan peperiksaan boleh membuat permohonan penyemakan
semula keputusan peperiksaan.

2. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dibuka selama


30 hari mulai hari pengumuman keputusan peperiksaan.

3. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dikenakan


bayaran RM100.00 bagi setiap mata pelajaran yang dimohon.

4. Calon boleh mengemukakan permohonan penyemakan semula


keputusan peperiksaan secara dalam talian sepenuhnya di
https://elp.moe.gov.my dengan memilih menu semak semula.
Calon juga boleh memuat turun aplikasi mobile e-LEMBAGA
PEPERIKSAAN di Google Play Store (android sahaja) untuk membuat
permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan.

5. Calon boleh menyemak status permohonan penyemakan semula


keputusan peperiksaan dengan memilih menu semak status.

6. Sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada khidmatbantu.lp@moe.gov.my.


B. PANDUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KES
“T” SPMU TAHUN 2021

1. Calon peperiksaan SPMU tahun 2021 yang hadir dan menduduki


peperiksaan tetapi mendapat keputusan peperiksaan “T”, boleh membuat
permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes “T”.

2. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes “T” dibuka


selama 30 hari mulai hari pengumuman keputusan peperiksaan.

3. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes “T”


TIDAK DIKENAKAN BAYARAN.

4. Calon boleh mengemukakan permohonan penyemakan semula


keputusan peperiksaan Kes “T” secara dalam talian sepenuhnya di
https://elp.moe.gov.my dengan memilih menu semak semula.
Calon juga boleh memuat turun aplikasi mobile e-LEMBAGA
PEPERIKSAAN di Google Play Store (android sahaja) untuk membuat
permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes “T”.

5. Calon boleh menyemak status permohonan penyemakan semula


keputusan peperiksaan Kes “T” dengan memilih menu semak status.

6. Sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada khidmatbantu.lp@moe.gov.my.

You might also like