Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION

BBGP4103
CONSUMER BEHAVIOUR
(GELAGAT PENGGUNA)
SEPTEMBER SEMESTER 2021

NO. MATRIKULASI : 970516305006001


NAMA : LYA NATASYA BINTI MOHD NOR
NO. KAD PENGENALAN : 970516305006
LEARNING CENTRE : MELAKA LC
KANDUNGAN

 
1.0 PENGENALAN………………………………………………………………….2-5

2.0 CIRI-CIRI UTAMA KEPERIBADIAN YANG MEMPENGARUHI GELAGAT


PEMBELI TERHADAP JENAMA YANG DIPILIH………………………...............
………….5-8

3.0 PENGANALISIAN SATU TEORI PERSONALITI YANG MEMPENGARUHI


GELAGAT PEMBELIAN PENGGUNA DALAM JENAMA YANG
DIPILIH……………….8-10

4.0 ANALISIS KONSEP INOVASI PENGGUNA YANG BERKAITAN DENGAN


GELAGAT PEMBELIAN
PENGGUNA………………………....................................................…....….11-13

5.0 RINGKASAN..............................................................................................................13-14

BIBLIOGRAFI.......……............………………………………….………..........................15

1
1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2015), jenama ditakrifkan sebagai jenis barang
yang memakai nama khas dikeluarkan oleh pengeluar seperti pembuat atau pengilang tertentu
memberikan penjenamaan kepada barang yang dihasilkan. Tambahan pula, dengan jenama
atau nama yang digunakan ini dapat mudah mengenal pasti atau membezakan produk,
perkhidmatan atau perniagaan tertentu. Pendaftaran jenama-jenama tertentu akan boleh
dilindungi undang-undang yang dipanggil nama proprietary iaitu menjadi hak milik
pengeluar. Nama, terma, imej, identiti atau representasi sesuatu produk ini dapat dilihat
dengan paparan dalam bentuk tanda, simbol, perkataan, muka taip, logo atau logo taip (Mohd
Nazri Awang, 2020). Jenama terbahagi kepada tiga jenis iaitu jenama bentuk nama, jenama
bentuk cap dan jenama bentuk cap dagangan. Jenis jenama bentuk nama adalah jenama yang
menggunakan perkataan, huruf, nombor, sekumpulan perkataan atau perkataan-perkataan
yang boleh disebut. Misalnya, jenama Colgate, Proton Saga, 7-eleven, 99 Speedmart dan
sebagainya. Berdasarkan jenama bentuk cap pula, jenam ini menggunakan simbol, reka
bentuk atau pewarnaan atau reka bentuk huruf tersendiri dalam penjenamaan mereka.
Contohnya, lambang harimau untuk Maybank, lambang wau untuk Malaysia Airlines dan
huruf M merujuk kepada McDonald’s. Sebaliknya, jenama bentuk cap dagangan ataupun
trade mark pula merupakan jenama yang berciri iaitu jenama ini menonjolkan orang
perseorangan yang mempelopori penemuan perdagangan itu. Jenama bentuk cap dagangan
ini boleh menyerupai jenama bentuk nama, jenama bentuk cap atau jenama bentuk cap
dagangan berciri perseorangan yang telah dilindungi secara undang-undang. Tambahan pula,
apabila jenis jenama ini digunakan, cap dagangan itu akan mempunyai simbol ® (Syahirah
Md Desa, 2015).

2
Rajah 1.0 : Logo Restoran Jenama McDonald’s

Terdapat pelbagai syarikat yang mempunyai jenama cap dagangan ataupun trade mark
iaitu mempunyai simbol ® pada penjenamaannya dan salah satunya adalah syarikat makanan
segera multinasional iaitu McDonald’s. Nama jenama McDonald's diilhamkan berdasarkan
nama keluarga pemilik restoran ini iaitu adik-beradik McDonald’s yang telah memberikan
nama serta logo restoran mereka berbentuk huruf M dan berwarna merah seperti di rajah 1.0,
kini sangat terkenal di seluruh negara. Oleh daripada itu, dapat kita lihat bahawa jenama
restoran McDonald’s ini merupakan jenama antarabangsa iaitu restoran-restoran McDonald’s
terdapat di lebih 100 buah negara (McDonald’s Corporation, 2020). Pada sekitar tahun 1980
dahulu iaitu sewaktu permulaan kemasukan serta pembukaan syarikat makanan segera di
Malaysia, restoran tersebut hanya dibuka di bandar-bandar utama sahaja. Namun begitu,
dengan kepesatan pembangunan di Malaysia, rangkaian restoran-restoran makanan segera ini
terus bertambah tahun demi tahun, malah satu per satu jenama restoran baru muncul. Pada
hari ini, salah satu daripada restoran makanan segera yang menjadi pilihan utama untuk
rakyat Malaysia adalah McDonald’s iaitu menerima lebih kurang 81.34% undian daripada
orang tempatan. (Eza, 2018).

McDonald's merupakan rangkaian perkhidmatan restoran besar yang pantas terkemuka di


dunia dengan mempunyai lebih daripada 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia, serta
melayani lebih daripada 69 juta pelanggan daripada lebih 100 buah negara. Dalam pada itu,
McDonald's melayani lebih dari 13.5 juta pelanggan sebulan di 300 restoran seluruh negeri di
Malaysia. Lebih daripada itu, dengan kependudukannya di serata tempat, syarikat
McDonald's telah mempekerjakan lebih daripada 14,000 rakyat Malaysia di restorannya di
seluruh negeri dan bukan sahaja memberi peluang pekerjaan tetapi termasuklah latihan dan

3
pembangunan. Melihat semula kepada latar belakang ataupun sejarah syarikat makanan
segera multinasional ini, terdapat banyak perkara dan pembangunan yang ditunjukkan.
Syarikat McDonald's diasaskan oleh Raymond Albert Kroc.

Ray Kroc iaitu pengedar eksklusif mesin pembuat susu kocak atau milkshake yang
bernama Multimixer. Sementara itu, dua saudara lelakinya iaitu Richard dan Maurice
McDonald memiliki serta mengendalikan sebuah restoran hamburger di San Bernadino,
California iaitu pada tahun 1950. Kemudian, Ray Kroc mendapati bahawa mesin
Multimixernya digunakan dan dipasarkan dengan baik oleh kedua-dua saudara-saudara untuk
melayani pelanggan mereka. Hal ini menyebabkan, beliau bertemu dengan mereka untuk
berbincang mengenai pembukaan francais daripada mereka untuk menjalankan restoran
McDonald's. Ray Kroc mengasaskan McDonald's Corporation dan membuka restoran
pertamanya di Des Plaines, Illinois pada tahun 1955. Selepas itu, seperti yang digembar-
gemburkan dalam sejarah bahawa McDonald's semakin berkembang sehingga menjadi
organisasi restoran terbesar di dunia yang menempatkan lebih daripada 33,000 restoran
McDonald's di 119 negara. Walaupun Ray Kroc meninggal pada tahun 1984, tetapi warisan
restorannya masih hidup dan membangun sehingga hari ini. Kisah kejayaannya diteruskan
dengan keluarga, pekerja, francais dan pembekal McDonald's dengan komitmen serta
berdedikasi. Malah, pencapaiannya bukan sahaja di negara Amerika tetapi dicapai sehingga
di semua cawangan restoran McDonald's di seluruh dunia (McDonald’s, 2021).

McDonald’s berada di bawah sektor industri Restoran dan Perkhidmatan Tatatertib


Pengguna di Malaysia. Pembukaan restoran McDonald’s pertama di Malaysia dibuka di
Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada bulan April tahun 1982 yang terkenal dengan
makanan segeranya. Pada November tahun 1987, McDonald’s telah memperkenalkan menu
yang menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia iaitu Ayam Goreng McD. Kemudian,
McDonald’s telah melancarkan restoran yang mempunyai perkhidmatan pandu lalu atau
drive-thru di Jalan Pahang, Titiwangsa. Pembukaan perkhidmatan ini amat memudahkan
pelanggan malah lebih menjimatkan masa mereka kerana perkhidmatan yang dijalankan
adalah cepat dan lancar. Pada Februari 1990 pula, McDonald’s telah menubuhkan rumah
kebajikan mereka iaitu Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) yang
meletakkan semua sumbangan yang dikutip kepada orang-orang yang memerlukan.
Kemudian, McDonald’s sudah mula membuka cawangan di bahagian Timur Malaysia iaitu
Sibu, Sarawak yang merupakan negeri terbesar di Malaysia. Tambahan pula, dengan Islam
4
sebagai agama rasmi di Malaysia, semestinya kebanyakkan warga tempatan adalah beragama
Islam yang menekankan pemakanan yang halal. Jadi, pada Februari 1995, McDonald’s
merupakan restoran perkhidmatan makanan segera pertama di Malaysia yang menerima sijil
halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tahun demi tahun, McDonald’s semakin berkembang di seluruh negara termasuklah


Malaysia dengan menyediakan pelbagai menu yang menarik dan sesuai dengan cita rasa
orang tempatan seperti bubur ayam dan sebagainya. Syarikat ini juga telah menjalankan
perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan serta menaik taraf servis-servis
mereka supaya dapat menarik lagi ramai pelanggan dan menanam kesetiaan kepada mereka.
Pada Disember 2016, McDonald’s Malaysia secara sahnya dimiliki oleh Lionhorn Pte Ltd
Arab Saudi struktur francais McDonald's Developmental Licensee. Berdasarkan berita berikut
telah meningkatkan lagi kesahihan dan kepercayaan orang tempatan terhadap makanan di
restoran McDonald’s (McDonald’s Corporation, 2021). Berkenaan dengan cap dagangan,
cap dagangan Mc’Donald didaftarkan pada tahun 1977 dengan klasikfikasi adalah nombor 29
iaitu berkenaan dengan produk-produk makanan diperbuat yang berasaskan makanan darat,
makanan laut, produk tenusu dan sebagainya. USP atau Proposal Jualan Unik adalah
pernyataan yang ringkas dan tidak dapat diingati dengan jelas menerangkan nilai unik
syarikat. Bagi syarikat makanan segera seperti McDonald, mereka menggunakan Suku Jualan
Unik yang menawarkan harga rendah, konsisten, dan kebersihan untuk membantu mereka
membina sebuah syarikat dan identiti di seluruh dunia (One IP, 2019).

2.0 CIRI-CIRI UTAMA KEPERIBADIAN YANG MEMPENGARUHI GELAGAT


PEMBELI TERHADAP JENAMA YANG DIPILIH

Melihat kepada sesuatu jenama seperti jenama McDonald’s yang kini semakin
terkenal, meningkat dan sekali gus mempunyai keuntungan yang besar semestinya datangnya
impak ini daripada pembeli-pembeli mereka. Hal ini kerana, produk-produk keluaran mereka
telah selari dengan gelagat pembeli. Gelagat pembeli ini dikaitkan dengan aktiviti pembelian
individu dan juga merangkumi pembelian pengguna organisasi. Secara umum, gelagat
pengguna merujuk kepada kajian mengenai individu, kumpulan atau organisasi dan proses
yang mereka lalui semasa memilih, menyimpan, menggunakan dan melupuskan produk,
perkhidmatan, pengalaman, masa atau idea bagi memuaskan sesuatu keperluan yang juga
meliputi kajian tentang kesan proses tersebut terhadap pengguna serta masyarakat secara
5
amnya. Pengguna perseorangan adalah pengguna individu yang membeli barang-barang
untuk kegunaan sendiri atau untuk kegunaan keluarga seperti makanan dan pakaian.
Sebaliknya, pengguna organisasi pula membeli barang-barang untuk kegunaan semua pekerja
dalam sesebuah organisasi, sebagai contoh, alat tulis dan pakaian seragam kerja. Walau
bagaimanapun, kedua-dua kategori pengguna perseorangan dan organisasi mampu untuk
membentuk pasaran mereka sendiri dan juga menggambarkan tingkah laku penggunaan yang
berbeza. Berdasarkan perkara tersebut, hal ini berkaitan dengan ciri-ciri keperibadian pembeli
yang mempengaruhi gelagat pembeli yang menentukan pilihan produk, pilihan jenama,
pilihan pengeluar, masa pembelian dan jumlah pembelian.

Terdapat beberapa ciri keperibadian yang mempengaruhi gelagat pembeli, antaranya


ialah budaya. Dari segi budaya ini terbahagi kepada beberapa kategori dan salah satunya
adalah subbudaya iaitu agama. Seperti yang diketahui bahawa agama Islam amat
menitikberatkan malah memberi perhatian kepada pemilihan makanan yang halal bagi umat
Islam. Misalnya, perhatian kepada logo halal kepada label produk, sijil halal dan sebagainya
untuk memastikan selari dengan keperluan mereka. Dengan cara ini, dapat kita lihat bahawa
di Malaysia yang mempunyai 61.3 peratus penduduk yang mengamalkan agama Islam
(Kedutaan A.S. Malaysia, 2020), maka pemilihan ke atas sesuatu produk, utamanya produk
makanan sangat diberikan perhatian yang telah mempengaruhi gelagat pembelian mereka.
Hal ini dapat dikaitkan dengan produk jenama McDonald’s yang telah diberi perhatian dan
keyakinan kepada pembeli umat Islam dengan mendapatkan serta menerima sijil halal
daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 1995, malah merupakan
restoran perkhidmatan makanan segera yang pertama menerimanya. Melalui perkara ini,
lebih banyak pengguna dan pembeli yakin serta tertarik dengan produk yang dikeluarkan oleh
McDonald’s. Oleh itu, ciri budaya seseorang sangat mempengaruhi gelagat pembeli terhadap
produk yang ingin dipilih.

6
Rajah 2.0 : Halal McDonald’s Malaysia

Seterusnya, ciri keperibadian yang mempengaruhi gelagat pembeli adalah kelas sosial
sebagai contoh kelas pertengahan. Merujuk kepada kelas pertengahan yang mempunyai
peluang pekerjaan serta pendapatan yang sederhana, malah juga mempunyai kekangan waktu
yang sangat terhad amat selari dengan produk jenama yang dibincangkan. Hal ini kerana,
perkara-perkara tersebut berkaitan dengan masa, kewangan, pemilihan makanan dan
sebagainya. Sebagai contoh, bagi kelas pertengahan ini mereka selesa dan suka dengan
pembelian makanan segera seperti waktu makan tengah hari yang terhad, malah boleh
didapati dengan harga dan kuantiti yang berpatutan. Selain daripada itu, dengan khidmat
pelanggan yang disediakan oleh McDonald’s seperti McDelivery ataupun konsep drive-thru
dapat menjimatkan masa bagi pembeli-pembeli tersebut. Dengan cara ini, sasaran jenama
McDonald’s ini telah mempengaruhi gelagat pembeli yang mempunyai ciri keperibadian
sebegini. Hal ini dapat dibuktikan dengan promosi penjualan yang dimulakan oleh
McDonald's termasuk promosi penghantaran dengan perjanjian waktu terhad yang akan
membolehkan dan menawarkan pelanggan memilih makanan dengan harga yang lebih
murah.

Rajah 3: Promosi McDonald’s

Rajah 4 : McDelivery & Drive-Thru

7
Di samping itu, faktor sosial juga merupakan salah satu ciri keperibadian yang
mempengaruhi gelagat pembeli. Berdasarkan faktor sosial ini boleh dilihat daripada
kumpulan rujukan seperti keluarga, rakan dan sebagainya yang berperanan menjadi petunjuk
serta pandangan yang membawa pembeli kepada sesuatu produk yang dipilih. Sebagai
contoh, McDonald’s peka dengan perkara semasa dan diaplikasikan menjadi strategi
perniagaan mereka dengan membuat kolaborasi dengan penyanyi KPOP iaitu kumpulan
penyanyi daripada negara Korea yang dikenali ramai bukan sahaja di Malaysia malah di
seluruh dunia iaitu BTS. McDonald’s telah berjaya membuat kolaborasi baru dengan ikon
pop global abad ke-21, BTS. Menu “tour” one-of-a-kind ini merupakan pesanan khas yang
sering dipilih oleh BTS di McDonald’s iaitu pelanggan dapat menikmati pesanan khas band
di restoran McDonald’s di seluruh negara. Dengan cara ini, dapat kita lihat bahawa pengaruh
sosial seperti keluarga dan rakan yang meminati kumpulan ini telah memberikan maklumat
kepada pengguna serta membuatkan mereka memilih produk tersebut untuk dibeli. Hal ini
telah menunjukkan keuntungan yang hebat iaitu BTS Meal tersebut sold out dalam masa
yang singkat. (McDonald’s, 2021).

Rajah 5: BTS Meal

Oleh itu, dapat diperlihatkan bahawa ciri keperibadian pembeli telah mempengaruhi
keputusan pembelian pengguna boleh dirangsangkan sama ada daripada rangsangan
persekitaran dan juga rangsangan pemasaran. Rangsangan persekitaran yang merujuk kepada
faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi pengguna seperti ekonomi, budaya, teknologi
dan politik. Sebaliknya, rangsangan pemasaran merupakan campuran pemasaran yang
rangsangan persekitaran merujuk kepada faktor dilaksanakan oleh organisasi iaitu produk,
pengedaran, penetapan harga dan promosi. Kesemua rangsangan tersebut akan diserap dan
diproses dalam minda pengguna yang dikenali untuk membuat keputusan pembelian, sekali
gus akan memberi respons terhadap produk yang ditawarkan.

8
3.0 PENGANALISIAN SATU TEORI PERSONALITI YANG MEMPENGARUHI
GELAGAT PEMBELIAN PENGGUNA DALAM JENAMA YANG DIPILIH

Berbalik kepada konsep gelagat pembeli yang dipengaruhi oleh ciri keperibadian yang
juga boleh dikatakan sebagai personaliti seseorang individu. Personaliti ditakrifkan sebagai
ciri-ciri dalaman seseorang individu yang akan menentukan bagaimana dia bertindak balas
kepada persekitaran beliau. Dengan kata mudah, ciri-ciri dalaman ini merujuk kepada
kecenderungan individu, perwatakan, gelagat, sifat-sifat dan kualiti yang membezakan satu
individu daripada orang lain. Personaliti ini mempunyai pembangunan dan pembentukan
berlaku secara berterusan berdasarkan faktor-faktor tertentu seperti keturunan, persekitaran
sosial dan pengalaman yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi diri.
Personaliti ini juga dapat dilihat dari segi aspek pemasaran yang memberi pengaruh
personaliti dalam gelagat membeli pengguna menjadi tumpuan utama. Kewujudan personaliti
yang berbeza-beza telah terbukti memberi ruang yang lebih luas kepada penyokong pasaran
dengan memberikan tawaran pelbagai produk dan perkhidmatan yang disesuaikan dengan
personaliti yang berbeza.

Melalui personaliti ini, terdapat beberapa teori personaliti yang dipelopori oleh tokoh-
tokoh terkenal dalam menganalisis serta mengkaji personaliti seseorang, tujuannya dan
kesannya terhadap sesuatu perkara. Salah satu daripada teori personaliti yang dikemukakan
adalah Teori Freudian atau Teori Psikoanalitik yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Asas
teori ini Freud telah memberi cadangan bahawa personaliti manusia terdiri daripada tiga
sistem interaksi iaitu id, superego dan ego. Tiga sistem tersebut diumpamakan beliau minda
manusia dengan ketulan ais yang besar dalam lautan iaitu bahagian atas yang terdedah ke
udara mewakili tahap sedar seseorang dan bahagian besar terpendam bawah paras air
mewakili alam bawah sedar manusia. Tambahan pula, alam prasedar berada di antara alam
sedar dan bawah sedar. Tiga sistem personaliti, iaitu id, ego dan superego berperanan
mengarah tingkah laku seseorang yang mungkin beroperasi pada tahap sedar, prasedar dan
bawah sedar.

9
Rajah 6 : Teori Psikoanalitik

Secara umum, id dimaksudkan dengan sistem bawah sedar personaliti yang bertindak
berdasarkan naluri hidup iaitu menggunakan prinsip keseronokan, kepuasan tanpa
memikirkan kesan kepada sekeliling manakala ego pula bertindak pada sistem sedar
personaliti serta beroperasi mengikut prinsip realiti yang meneutralkan kedua-dua id dan
superego. Secara am, ego akan cuba untuk menentukan bahawa kepuasan dirinya tercapai
tetapi dijalankan dalam sempadan yang diterima masyarakat. Sebaliknya, superego ialah
sesuatu yang bertentangan dengan id iaitu sistem moral personaliti yang terdiri daripada
gerak hati untuk memastikan bahawa seseorang individu memenuhi keperluan mengikut cara
yang diterima secara sosial. Melalui teori ini dapat kita lihat bahawa personaliti seseorang
bergantung kepada situasi mereka dalam sensor ketiga-tiga sistem id, ego dan superego yang
berinteraksi di antara satu sama lain untuk memberi keputusan kepada pemilihan mereka
misalnya aspek pembelian.

Sebagai contoh, melihat kepada jenama yang dipilih iaitu McDonald’s, jenama ini
sering menawarkan produk makanan yang memberi penjimatan kepada para pembeli atau
pelanggan secara terusnya sewaktu makan tengah hari. Hal ini kerana, makanan tengah hari
paling susah untuk diberikan keputusan oleh pengguna untuk pembelian mereka. Ini dapat
ditunjukkan dengan pada waktu tengah hari seseorang individu lebih gemar untuk menikmati
makanan yang mudah mengenyangkan seperti nasi dan lauk pauk iaitu menunjukkan struktur
id mereka. Walau bagaimanapun, dengan situasi tengah hari yang sangat kelam kabut, sibuk
dan panas, kedai yang menjual nasi serta lauk pauk tersebut boleh mendatangkan rimas dan
ketidakselesaan kepada pembeli. Tambahan dengan personaliti pembeli yang introvert iaitu
tidak sukakan keadaan yang ramai akan secara tidak langsung mengubah pemikiran dan
10
keputusan pembeliannya. Oleh itu, dengan melihat kepada tawaran yang diberikan oleh
jenama McDonald’s yang memperkenalkan produk baru seperti nasi lemak, ayam dan
sebagainya dapat diselarikan dengan kehendak pembeli, malah mereka juga memberi
perkhidmatan penghantaran yang memudahkan urusan pembeli untuk tidak perlu keluar dan
berjumpa orang ramai untuk membeli. Dengan cara ini, mereka hanya perlu berurusan secara
dalam talian yang dapat memberi kebaikan kepada pembeli malah lebih memudahkan urusan
mereka seperti menjimatkan masa dan tidak perlu ke mana-mana. Oleh itu, berdasarkan
contoh di atas ini, situasi pembeli apabila berfikir tentang keputusan akhir pembeliannya
menunjukkan sensor ego dan superego kerana keputusan serta pemikiran yang dilakukan
lebih rasional untuk keselesaan dan kepentingan diri individu tersebut.

Rajah 7 : Situasi kedai makan

11
Rajah 8 : Tawaran yang mempengaruhi gelagat pengguna

4.0 ANALISIS KONSEP INOVASI PENGGUNA YANG BERKAITAN DENGAN


GELAGAT PEMBELIAN PENGGUNA

Konsep inovasi pengguna ditakrifkan dengan menjelaskan tahap kesediaan mereka


untuk menerima atau membeli produk baru. Hal ini kerana, terdapat sebilangan besar
pengguna mungkin tidak berada dalam kategori penerima atau pembeli awal yang berani
mencuba produk baru dikeluarkan di pasaran. Sebaliknya, ramai pengguna lebih suka
membeli berdasarkan pengalaman dan maklum balas individu lain dalam menggunakan
produk. Walau bagaimanapun, melalui inovasi ini dapat menjurus dengan lebih dekat lagi
tentang personaliti berkait rapat dengan konsep inovasi pengguna. Melalui pemahaman ini,
anda akan lebih mudah untuk mengenal pasti personaliti pengguna dari sudut inovasi.
Terdapat beberapa ciri personaliti dilihat melalui inovasi pengguna ini dan salah satunya
adalah dogmatik yang merujuk kepada sifat personaliti yang mengukur tahap keterbukaan
individu. Sifat yang dikatakan ini merujuk kepada keterbukaan kepada maklumat, produk
atau ciri-ciri produk baru atau mereka yang bertentangan dengan kepercayaan yang dibina.
Tahap inovasi ini boleh dikemukakan melalui pelbagai perkara dan salah satunya
penyampaian inovasi pengguna ini boleh disampaikan pada platform media sosial. Hal ini
kerana, platform media sosial yang luas ini mampu mengetengahkan idea inovasi sesetengah
individu untuk memenuhi kepuasan mereka. Walau bagaimanapun, dengan perkara-perkara
yang diujarkan oleh pengguna ada kalanya mempunyai sisi negatif yang boleh memberikan

12
sesuatu pandangan yang tidak baik kepada sesebuah jenama. Akan tetapi, kalau dilihat dari
sudut yang berlainan atau sisi terangnya, perkara-perkara tersebut dijadikan sebagai maklum
balas serta inovasi kepada jenama untuk memperbaiki malah menghasilkan produk baru yang
cenderung dengan gelagat pengguna. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui tentang
pemasaran bagi mengiktiraf tahap penggunaan inovatif dalam kalangan pengguna pasaran
yang disasarkan apabila membangunkan produk untuk memaksimumkan kepuasan pengguna.
Dengan cara ini, jenama dapat mengetahui cara yang sesuai untuk mencapai pasaran kerana
mengikut kehendak sasaran kelompok.

Misalnya, jenama perkhidmatan McDonald’s yang menjadi pilihan orang ramai


sebagai hidangan harian seperti sarapan pagi, makan petang, minum petang dan makan
malam. Dengan melihat kepada perkembangan isu semasa dan trend terkini, pengguna lebih
minat dengan makanan yang berkonsepkan café. Maka, McDonald’s telah mengeluarkan
produk makanan segera seperti pihak Mcdonald’s telah mewujudkan berkonsepkan café
bersama dan bertujuan menonjolkan keistimewaan berbanding dengan jenama makanan
segera lain. McCafe merupakan inovasi strategi perniagaan untuk menggalakkan pelanggan
membeli burger sambil tertarik dengan aroma wangi biji kopi arabika yang berkualiti. Di
samping itu, harga yang ditawarkan oleh McCafe berpatutan, malah inovasi ini dapat
memberikan kenikmatan kepada pengguna-pengguna yang suka akan konsep café sambil
menikmatan produk makanan yang diinginkan ataupun sedia ada.

Rajah 9 : McDonald’s McCafé

Selain itu, melihat kepada inovasi pengguna dalam keterbukaan memberikan idea,
seperti yang dikatakan platform media sosial adalah tempat sesuai dalam mengemukakan
maklum balas atau inovasi pengguna. Sebagai contoh, seorang pengguna telah menggunakan

13
platform media sosial Twitter untuk menyampaikan pendapat tentang produk McDonald’s
yang menjadi permintaan ramai untuk dikeluarkan semula. Hal ini kerana, produk tersebut
hanya ditawarkan pada waktu tertentu sahaja. Produk tersebut adalah produk makanan
kentang goreng McShaker. Berdasarkan rajah 10, seorang pengguna menyatakan hasrat
beliau memberi cadangan kepada McDonald’s untuk mengeluarkan kembali produk tersebut
pada tahun 2018. Dapat dilihat bahawa bilangan retweet cadangan tersebut menjadi sambutan
ramai iaitu seramai 19100 ribu orang memberi perhatian kepada cadangan beliau supaya
mesej tersebut dapat disampaikan kepada jenama McDonald’s dengan lebih pantas, malah
jenama tersebut sekali gus mengetahui produk tersebut mempunyai permintaan yang tinggi.
Dengan pengguna media sosial ini, dapat dibuktikan pada tahun 2019 iaitu pada rajah 11,
McDonald’s telah menawarkan produk yang menjadi permintaan ramai tersebut sebagai
produk yang kekal dalam menu mereka. Hal ini menunjukkan bahawa inovasi pengguna
dalam menyuarakan idea mereka terhadap produk yang diingini berjaya disampaikan kepada
jenama yang diajukan Oleh itu, keterbukaan inovasi pengguna ini bukan sahaja dapat
memenuhi kehendak dan kepuasan mereka terhadap produk yang diingini malah memberikan
kesan jangka masa panjang yang baik kepada jenama yang dipilih. Tambahan pula, ketepatan
memilih bahagian pasaran dan ditambah dengan inovasi yang sesuai, akhirnya menyebabkan
kesetiaan pengguna terus menjadi pelanggan setia McDonald's.

Rajah 10 : Inovasi Pengguna.

14
Rajah 11: Maklum balas atau inisiatif jenama

5.0 RINGKASAN

McDonald's telah berjaya beroperasi di dalam industri perkhidmatan makanan melalui


strategi dan standard kualiti yang cekap yang membolehkan mereka memperoleh kelebihan
daya saing. Seperti yang dibuktikan oleh pertumbuhan pasaran antarabangsa, McDonald's
telah berjaya memperoleh kemasukan walaupun di pasaran yang paling mencabar di negara
seperti Malaysia. Melalui rasa kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan yang kuat,
McDonald's dapat menawarkan produknya ke pasaran Malaysia. Produknya juga diubahsuai
untuk memenuhi selera dan cita rasa Malaysia, harga berpatutan dilaksanakan, promosi dan
tawaran berkesan dilakukan. Ini adalah beberapa strategi yang terlibat dalam strategi
perniagaan syarikat yang membolehkan McDonald's mendapat sokongan Malaysia. Di
sebalik kejayaan ini, syarikat harus mempertimbangkan peningkatan daya saing dalam
industri perkhidmatan makanan. Di Malaysia, beberapa rantaian makanan segera asing yang
menawarkan produk serupa juga disokong oleh pengguna Malaysia. Perubahan strategik yang
berterusan kemudian diperlukan untuk memastikan bahawa syarikat akan mengekalkan
kelebihan daya saing mereka. Melalui usaha yang dijalankan oleh jenama ini, dapat
dibuktikan bahawa kesetiaan pengguna bergantung kepada jenama itu sendiri yang juga
memberi kesan kepada pengaruh gelagat pengguna. Tambahan, melihat kepada inovasi
pengguna jenama McDonald’s termasuk perkhidmatan, idea-idea, dan proses baru yang boleh
mewujudkan peningkatan prestasi jenama pengeluar kerana mengikut kehendak pengguna
dari segi sistem perancangan baru, pembuatan produk yang sama pada kos yang lebih rendah,
perisa baru dan sebagainya. Oleh itu, inovasi dikatakan mempunyai keupayaan untuk

15
meningkatkan keuntungan dan nilai untuk syarikat. Kesimpulannya, McDonald's telah
berjaya kerana nilai yang diberikan syarikat untuk pelanggannya.

BIBLIOGRAFI

Advameg Inc. (2021). Reference for Business- McDonald’s. Dicapai pada 7 Julai 2021,
daripada https://www.referenceforbusiness.com/history2/56/McDonald-s-
Corporation.html

Eza. (November, 2018). Restoran Makanan Segera Manakah Yang Paling Popular Di
Malaysia. Majalah Labur. Dicapai pada 7 Julai 2021, daripada

16
https://www.majalahlabur.com/lifestyle/restoran-makanan-segera-manakah-yang-
paling-popular-di-malaysia/

Kedutaan A.S. Malaysia. (2020). Laporan Kebebasan Agama Antarabangsa 2020 Malaysia.
https://my.usembassy.gov/ms/our-relationship-ms/laporan-rasmi/2020-report-on-
international-religious-freedom-malaysia-ms/

McDonald’s Corporation. (2020). Mengenali McDonald’s Malaysia.


https://www.mcdonalds.com.my/others/About-McD-Latest.pdf.

McDonald’s Corporation. (2021). About Us, Company History. Dicapai pada 7 Julai 2021,
daripada https://www.mcdonalds.com.my/company/history

McDonald’s Corporation. (2021). Franchising Overview. Dicapai pada 7 Julai 2021, daripada
https://corporate.mcdonalds.com/corpmcd/investors.html

McDonald’s Corporation. (2021). History. Dicapai pada 7 Julai 2021, daripada


https://www.mcdonalds.com/us/en-us/about-us/our-history.html

McDonald’s Corporation. (2021). Investors. Dicapai pada 7 Julai 2021, daripada


https://corporate.mcdonalds.com/corpmcd/investors.html

McDonald’s Corporation. (April, 2021). McDonald’s and BTS Partner to Offer the
Supergroup’s Favorite Order. Dicapai pada 7 Julai 2021, daripada
https://www.mcdonalds.com.my/company/news/mcdonalds-and-bts-partner-to-offer-
the-supergroups-favorite-order

Mohd Nazri Awang. (2020). Penjenamaan Produk. https://anyflip.com/xdwde/opqt/basic

Noresah Baharom, Md Nor Ab. Ghani, Ibrahim Ahmad, Azizah Supardi, Saidah Kamin,


Aziah Tajudin,…, Rodziah Abdullah. (2015). Kamus Dewan edisi keempat. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

17
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
pembelajaran. Oxford Fajar Sdn Bhd.

One IP. (Mac, 2019). Jenama McDonald’s. https://oneip.com.my/jenama-mc-donalds/

Syahirah Md Desa. (2015). Campuran Pemasaran Produk.


https://www.slideshare.net/syahiramddesa/bab-2-campuran-pemasaran-produk

Young Women. (Oktober, 2019). Health Guides. Dicapai pada 7 Julai 2021, daripada
https://youngwomenshealth.org/2013/12/05/fast-food/

18

You might also like