Refleksi Diri Mpu3113

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

COLLEGE OF BUSINESS MANAGEMENT & ACCOUNTING

SULTAN HAJI AHMAD SHAH CAMPUS

SEMESTER 2 2020/2021

MPU3113
HUBUNGAN ETNIK
TUGASAN INDIVIDU
REFLEKSI DIRI

SECTION : 1M
PREPARED BY :

NAME I/C NUMBER ID NUMBER

VIGNESHWARY A/P KOLANDAI NATHAN 991112-08-6372 EV01080645

PREPARED FOR :
DR. KHAIRULNIZAM BIN MAT KARIM

SUBMISSION DATE :
17 MAC 2021
ISI KANDUNGAN

1.0 Ringkasan Intipati Video……………………………………………. 2


2.0 Membina Kaitan dengan Pembelajaran di Kelas………………….. 4
2.1 Perpaduan………………………………………………………… 4
2.2 Identiti…………………………………………………………….. 4
2.3 Kepelbagaian…………………………………………………….. 5
2.4 Negara Bangsa……………………………………………………. 5
2.5 Kesepaduan Sosial……………………………………………….. 5
3.0 Pengajaran dan Refleksi Diri.………………………………………. 7
Rujukan…………………………………………………………………… 8

1
1.0 RINGKASAN INTIPATI VIDEO

Berdasarkan video “What Happened to Malaysia’s Vision 2020?”, Wawasan 2020


telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad iaitu Perdana Menteri
negara Malaysia pada 25 Februari 1991. Wawasan 2020 ini diperkenalkan untuk
memajukan sepenuhnya negara Malaysia sebelum tahun 2020. Dalam wawasan 2020
terdapat 9 cabaran yang negara Malaysia perlu diatasi untuk mencapai matlamat
wawasan 2020 demi kemajuan negara iaitu membuat negara Malaysia sama taraf
dengan negara lain yang maju dan menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Cabaran-cabaran tersebut membantu negara Malaysia dalam membangunkan industri
dalam negara sehingga sekarang pendapatan per-kapita hampir 9900 USD. Dalam
video tersebut pengkaji telah menganalisis mengapa Malaysia masih tidak dapat
mencapai Wawasan 2020 walaupun sudah hampir 30 tahun. Akan tetapi ini tidak
boleh dianggap sebagai kegagalan yang sepenuh.

Pada tahun 1985, Malaysia telah mencatatkan suatu peristiwa sejarah yang
membanggakan seluruh rakyat Malaysia iaitu memperkenalkan kereta jenama buatan
Malaysia iaitu “Proton”. Pencapaian ini telah pun memajukan kapasiti sektor
kejuruteraan dan membangunkan lagi kemajuan negara. Pada masa yang sama,
negara Malaysia mula menjalankan revolusi dari sektor ekonomi berasaskan
pertanian kepada sektor ekonomi berasaskan industri. Selepas itu, Tun Dr. Mahathir
memperkenalkan lagi banyak mega projek yang dapat memberi kemajuan kepada
negara Malaysia seperti ‘North-South Highway’, Lapangan Terbang Kuala Lumpur,
Menara Petronas, Pembangunan di Putrajaya dan project ‘Multimedia Super
Corridor’. Pada masa 90-an, Malaysia mendapat peluang dalam melakukan suatu
pencapaian seperti orang pertama mendaki gunung ‘Everest’, warganegara Malaysia
adalah orang kedua jumpa dunia, dan lain-lain. Malaysia turut dapat memperbaiki
bentuk muka bumi dengan membina bangunan-bangunan seperti Menara Petronas,
Pembangunan Putrajaya, Lapangan Terbang dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, kemajuan negara Malaysia bertemu dengan suatu lagi


cabaran pada tahun 1997 iaitu krisis kewangan di Asia. Pada masa itu, negara-negara
Asia mendapati kemelesetan ekonomi disebabkan krisis kewangan tersebut. Hal ini
memberi kesan kepada Malaysia seperti pertukaran barang di kuala lumpur

2
mengalami kemelesetan sehingga 50%, nilai mata wang Malaysia turut menurun
hampir 50% kepada mata wang USD, kebanyakan warganegara Malaysia mengalami
kehilangan pekerjaan. Demi mengatasi masalah ini, Perdana Menteri menginginkan
perbelanjaan kerajaan dengan menjalankan penurunan kadar untuk membantu rakyat
Malaysia. Seterusnya, Tun Dr. Mahathir turut melancarkan kawalan modal untuk
menghalang penurunan nilai mata wang Malaysia di persada dunia. Selepas itu, pada
tahun 2008 satu lagi masalah muncul iaitu penurunan kemajuan kewangan global.

Selain daripada itu, negara Malaysia masih belum mencapai kemajuan wawasan
2020 disebabkan oleh konflik perpaduan antara kaum. Politik Malaysia menghadapi
masalah era masalah perkauman. Rakyat Malaysia menganggap Politik Malaysia
berasaskan kaum. Akan tetapi bekas Menteri pelajaran Tuan Lim Guan Eng berbahas
bahawa politik berasakan kaum dimulakan dengan motif yang baik iaitu pada masa
1970 kaum Melayu yang maju dalam kerjaya adalah kurang iaitu hampir 5% hingga
7%. Tetapi selepas itu, sekarang kaum Melayu turut mencapai dalam kerjaya seperti
kedoktoran, perundangan, perakauman dan lain-lain. Tetapi Pada masa Sekarang
politik berasaskan kaum tidak lagi memberi layanan yang sama kepada kaum lain.
Oleh itu, banyak Menteri and rakyat berpendapat politik yang berasakan keperluan
patut diperkenalkan dan semua kaum beri layanan yang sama terutamanya di dalam
sektor pelajaran. Puan Hannah berpendapat bahawa politik berasaskan kaum tidak
patut diwarisi ke generasi yang akan datang dan kita sebagai rakyat perlu memupuk
semangat bangsa Malaysia di generasi baru sejak kecil. Mereka turut berpendapat
Bangsa Malaysia patut dibangunkan bukan bangsa Melayu, bangsa cina ataupun
bangsa India. Akhirnya, sekarang kerajaan Malaysia kita memperkenalkan wawasan
2030 yang mempunyai matlamat utama seperti mengurangkan jurang perbezaan
antara kaya dengan miskin di negara dan semua rakyat Malaysia perlu menikmati
semua kebaikan daripada projek pembangunan negara tanpa mengabaikan sesiapa.
Wawasan 2030 mempunyai objektif yang sama seperti wawasan 2020 iaitu satu
bangsa Malaysia perlu dilahirkan dan membangunkan negara Malaysia.

3
2.0 MEMBINA KAITAN DENGAN PEMBELAJARAN DI KELAS

2.1 Perpaduan
Perpaduan didefinisikan sebagai kesatuan dalam pemikiran, perasaan, pendapat,
tujuan atau Tindakan oleh pelbagai pihak atau kumpulan. Manakala, perpaduan
pula boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
(Abdullah, 2015, p.2). Kesatuan menjadi suatu asas penting untuk membina
perpaduan di antara sesuatu kumpulan manusia ataupun lebih dikenali dengan
rakyat. Perpaduan adalah antara cabaran-cabaran wawasan 2020 yang telah
diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir. Perpaduan adalah penting di dalam setiap
negara terutamanya, negara yang berbilang kaum seperti negara kita. Kalau
perpaduan belum dicapai, kemajuan negara turut tidak dapat dicapai. Hal ini
kerana, apabila rakyat negara tidak mengamalkan perpaduan, maka keharmonian
negara akan terjejas, maka negara perlu menghabiskan banyak duit di situ
sehingga kemajuan negara terbantut. Oleh itu, perpaduan adalah asas kepada
setiap negara yang berimpian untuk mencapai kemajuan.

2.2 Identiti
Identiti adalah antara elemen penting untuk membentuk perpaduan di antara
sesuatu masyarakat. Kenapa identiti penting? Identiti akan menimbulkan soalan
seperti apakan identiti dan matlamat di dalam sesuatu masyarakat. Di sini
masyarakat Malaysia dapat memahami identiti adalah penting untuk membina
perpaduan. Identiti ini turut mengajari masyarakat bahawa perpaduan patut
dicapai oleh setiap rakyat Malaysia demi kebaikan negara sendiri. Malaysia turut
mempunyai identiti sendiri iaitu keunikan Malaysia seperti berbilang kaum.
Identiti inilah akan menarik perhatian negara-negara lain di persada dunia dan
identity ini turut membantu negara kita dalam melahirkan bangsa satu Malaysia
demi mencapai wawasan 2030 yang mempunyai objektif yang sama seperti
wawasan 2020.

4
2.3 Kepelbagaian
Kepelbagaian adalah menyumbang kepada kemajuan negara. Kepelbagaian
masyarakat, bangsa, agama, kaum akan menarik perhatian pendatang asing. Hal
ini akan mencapai kemajuan ekonomi sesebuah negara. Akan tetapi
kepelbagaian turut menjadi masalah dalam sesebuah negara apabila rakyat di
negara itu tidak mengamalkan perpaduan. Hal ini kerana apabila ada
kepelbagaian wujudnya dua jenis kumpulan orang iaitu kumpulan majoriti dan
minoriti. Hal ini menyumbang kepada perbezaan pandangan yang akan
mewujudkan kebencian, persaingan, dan lain-lain. Mungkin kepelbagaian turut
menyumbang kepada kegagalan wawasan 2020. Hal ini kerana masyarakat
Malaysia susah mencapai perpaduan disebabkan kepelbagaian antara rakyat.
Maka kegagalan perpaduan menyumbang kepada kegagalan wawasan 2020.
Akan tetapi, kerajaan Malaysia sudah mengambil alternatif yang dinamakan isu-
isu sensitif. Hal ini adalah sesiapa pun tidak dibenarkan menyoalkan atau
membicara secara terbuka tentang isu-isu sensitive demi menjaga perpaduan
negara.

2.4 Negara Bangsa


Negara bangsa didefinisikan sebagai negara yang berdaulat yang didiami oleh
bangsa. Negara bangsa adalah antara idaman negara Malaysia. Pemimpin-
pemimpin negara Malaysia diidamkan untuk melahirkan bangsa Malaysia demi
mencapai perpaduan negara. Bangsa Malaysia turut menyumbang kepada
pencapaian wawasan 2020. Tetapi kegagalan mencipta bangsa Malaysia
menyumbang kepada kegagalan mencapai wawasan 2020. Demi mencapai
wawasan 2030 rakyat Malaysia perlu memupuk semangat negara bangsa dalam
anak mereka sejak kecil. Hal ini akan menyumbang kepada masa akan datang
yang lebih baik demi kemajuan negara. Negara Malaysia hanya dapat mencapai
kemenangan yang sepenuh apabila setiap negara Malaysia mula menyedari diri
sebagai bangsa Malaysia.

2.5 Kesepaduan Sosial


Kesepaduan social ialah keadaan aman, stabil, Makmur dan sejahtera yang
wujud dalam sesuatu masyarakat yang berbilang kaum (Open Learning Global
Pty Ltd., 2021). Kesepaduan social ialah idaman negara Malaysia demi mencapai

5
kemajuan negara. Kemajuan inilah akan mencapai wawasan 2030 nanti.
Kesepaduan social negara kita hampir sampai kerana masyarakat dapat
menikmati teknologi yang canggih, infrastruktur yang baik and walaupun
perpaduan negara kita belum sampai ke tahap yang diidamkan tetapi rakyat
Malaysia masih mempunyai sikap tolak ansur, saling menghormati antara satu
sama lain, melakukan kerja serta program secara Bersama serta bekerjasama.
Akan tetapi kesepaduan social akan mencapai tahap maksimum apabila
masyarakat menjalin hubungan yang perpaduan dan kesatuan. Hal ini akan
menyumbang kepada kemajuan and pencapaian wawasan 2030 yang hampir
sama seperti wawasan 2020.

6
3.0 PENGAJARAN DAN REFLEKSI DIRI

Daripada video tersebut saya mendapat dan memahami beberapa pengajaran.


Antaranya, saya sebagai rakyat Malaysia patut memberi komitmen yang tinggi
terhadap projek-projek pembangunan negara. Kita sebagai rakyat perlulah
mengambil inisiatif tanpa bergantung pada pemimpin negara. Kita patut memberi
kerjasama kepada kerajaan dengan mengambil bahagian dalam program yang
ditetapkan oleh kerajaan demi memanfaatkan diri, masyarakat dan negara. Kita turut
patut mematuhi segala peraturan dan perlembagaan negara demi menjamin
kesejahteraan negara. Contohnya, antara cabaran wawasan 2020 ialah melahirkan
insan yang sempurna, maka kita patutlah berusaha untuk melengkapi diri untuk
menjadi sebagai insan yang sempurna dari aspek emosi, rohani, jasmani dan intelek.

Selain daripada itu, kita juga sebagai rakyat Malaysia patut sentiasa berusaha
untuk memajukan perpaduan antara kaum. Antara sebab wawasan 2020 gagal
mencapai ialah negara kita belum lagi mencapai tahap perpaduan yang sempurna.
Akan tetapi negara kita masih mengamalkan sikap toleransi, hormat menghormati
antara satu sama lain tanpa mengira bangsa. Mereka turut bekerjasama dalam satu
kumpulan demi mencapai sesuatu misi. Walau bagaimanapun, kita sebagai rakyat
Malaysia perlulah berusaha untuk memaksimumkan tahap perpaduan dalam kalang
masyarakat untuk memajukan negara kita di wawasan 2030. Demi wawasan 2030
kita patutlah berasa diri sebagai bangsa Malaysia tanpa mengira kaum.

Akhir sekali, saya turut menjadi insan yang menguntungkan negara. Hal ini
kerana satu lagi sebab kegagalan wawasan 2020 ialah jurang perbezaan pendapatan
antara golongan kaya dengan golongan miskin. Setiap warganegara perlu bekerja
demi memperbaiki pendapatan mereka. Negara kita sudah menawarkan banyak
pekerjaan tetapi masih ada warganegara Malaysia yang menjadi penganggur dan
memberi laluan kepada pekerja asing. Hal ini memberi banyak kesan pada
pendapatan per kapita negara kita. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita patut
memenuhi penawaran pekerjaan yang ada dalam negara kita dan memanfaatkan diri
demi memajukan negara kita. Maka, negara kita boleh mencapai matlamat wawasan
2030 dengan cepat.

7
RUJUKAN

Abdullah, M. R. T. (2015). CABARAN INTEGRASI ANTARA KAUM DI MALAYSIA:


PERSPEKTIF MEDIA, PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN DAN PARTI
POLITIK (Race Integration Challenge in Malaysia: Perspective of Media,
Non-Governmental Organizations and Political Parties) | Tee Abdullah |
Jurnal Hadhari: An International Journal. Ejournal.Ukm.My.
https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/14166/4361

Open Learning Global Pty Ltd. (2021). NaDrah RosMan’s 1.A4 : Perbincangan-
OpenLearning.com
https://www.openlearning.com/content/59f8265b26f81b5645b91afb/

Suzy Aziziyana Saili, P. (2020–2021). Modul Hubungan Etnik MPU3113/HESB113


(Revised ed.). Universiti Tenaga Nasional Berhad (UNITEN).

Wawasan 2020. (2011). Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Laman Web Rasmi.
https://www.pmo.gov.my/ms/wawasan-2020/

What happened to Malaysia’s Vision 2020? | Insight | Full Episode. (2020, February
5). [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=-BSoK8vkfkI

You might also like