Teori-Imej Segitiga

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

.

0  TEORI SEGITIGA SEMIOTIK


Salah satu teori yang terkenal ialah Teori Segitiga Semiotik yang dipelopori oleh Richard &
Ogden. Berdasarkan kepada teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga unsur atau
entiti yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Ketiga-tiga unsur tersebut
ialah lambang atau bentuk kata, rujukan, dan konsep, seperti dalam rajah di bawah:

Menurut sumber Jurnal Bahasa (2009), lambang merujuk kepada aras hubungan yang wujud


antara bentuk tanda dengan referen yang bersifat arbitrari dan konvensional. Sebagai contoh
adalah seperti tulisan, bahasa-bahasa bagi perkataan tersebut dan sebagainya. Lambang juga
boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut kehendak sesebuah masyarakat.
Kemusian, konsep ialah fikiran seseorang mengenai bentuk atau ciri-ciri yang terdapat pada
benda yang diucapkan. Misalnya, konsep bagi burung ialah mempunyai sayap, berbulu, berkaki
dua dan sebagainya. Manakala, rujukan ialah gambaran yang ada dalam dunia nyata dan juga ada
pada pemikiran seseorang. Contohnya ialah rujukan  bagi burung ialah imej atau
gambarburung yang ada dalam otak seseorang.
Ketiga-tiga unsur tersebut menunjukkan adanya hubungan langsung atau pun tidak langsung.
Perkara ini dapat digambarkan melalui bentuk “segitiga” sepertimana yang digambarkan dalam
rajah berikut:

Konsep atau fikiran mempunyai hubungan secara langsung (direct relationship)dengan kedua-
dua unsur yang lain iaitu bentuk kata (lambang) dan benda (referen). Bentuk kata iaitu lambang
dan benda atau dengan kata lain ialah referen mempunyai hubungan yang tidak langsung
(indirect relationship iaitu antara hubungan bahasa dan hubungan dunia sebenar (Palmer, 1981:
24). Justeru itu, perhubungan antara keduanya ditandai dengan garis yang putus.
4.0  PERMASALAHAN TEORI SEGITIGA SEMIOTIK DALAM MENGANALISIS MAKNA
Richards dan Ogden telah memperkukuhkan kajian mereka dalam kajian semantik iaitu dengan
mewujudkan teori segitiga semiotik sebagai kesimbungan daripada kajian perlambangan
linguistik oleh Ferdiand De Saussure. Walau bagaimanapun, sepertimana teori semantik yang
lain, teori ini juga tidak sempurna yang mana kelemahan juga wujud di dalamnya.

4.1  KELEMAHAN TEORI
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan iaitu yang pertama teori ini pada hakikatnya
tidak dapat menjelaskan hubungan di antara lambang dan rujukan. Kedua, teori ini juga tidak
mampu untuk menghuraikan kata-kata yang terbentuk dari perkataan yang bersifat metafora atau
bahasa kiasan, ketiga teori ini tidak berupaya untuk menjelaskan perkataan-perkataan yang
berbentuk abstrak dan keempat teori ini tidak dapat menjelaskan di antara konsep dan rujukan
disebabkan ambiguiti.

4.1.1        Tidak dapat menunjukkan hubungan referen dengan lambang


Kelemahan yang sangat ketara pada teori ini ialah ia tidak dapat menunjukkan hubungan referen
dengan lambang sesuatu perkara. Ini kerana kita tidak dapat menggambarkan sesuatu benda itu
seperti bentuk khususnya setiap kali kita menyebut nama atau perkataan yang merujuk
kepadanya. Tidak semestinya jika penutur dan pendengar itu merujuk kepada rujukan yang sama.
Ini mungkin berbeza dari segi saiz, bentuk, warna dan lain-lain lagi.

Sebagai contoh,  perkataan <jam> merupakan lambang yang menggambarkan sebuah jam dalam
fikiran. Ada hubungan antara fikiran dengan <jam>, dan ada juga hubungan antara fikiran
dengan benda sebenar. Namun, hubungan antara lambang dengan <jam> adalah tidak langsung.
Sesuatu lambang itu boleh berubah mengikut pengalaman dan pemikiran seseorang. Mungkin
ada yang melambangkan <jam> sebagai jam tangan, jam dinding, jam digital,jam lonceng dan
sebagainya.

Begitu juga, dengan perkataan konkrit yang lain seperti <kasut> merupakan lambang yang dapat
dikenali melalui konsepnya iaitu digunakan untuk berjalan dan dipakaikan kepada bahagian kaki
sahaja. Jadi jelas yang di antara lambang dan konsep itu ada hubungan langsung. Walau
bagaimanapun, lambang dan referen itu tidak mempunyai hubungan langsung kerana lambang
<kasut> boleh saja dilambangkan sebagai <shoe> dalam bahasa Inggeris atau <sepatu> dalam
bahasa Indonesia. Namun, hubungan antara fikiran dengan benda dan lambang masih sama.

Oleh yang demikian, hubungan diantara lambang dan benda pada umumnya tiada hubungan
yang mutlak. Hubungan ini dapat dikatakan sebagai arbitari iaitu bergantung kepada tanggapan
yang ditentukan oleh sesuatu kumpulan penutur bahasa atau komuniti bahasa.
Gambar rajah di bawah merujuk kepada teori segitiga semiotik yang tiada hubungan langsung di
antara lambang dan benda:

4.1.2        Tidak mampu menjelaskan perkataan yang bersifat metafora


Kelemahan lain teori segitiga semiotik ini juga dapat diketahui melalui penggunaan metafora
iaitu penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat, atau
disebut sebagai bahasa kiasan. Penggunaan perkataan yang bersifat metafora tidak mampu untuk
dijelaskan dalam teori segitiga semiotik ini kerana sifat metafora adalah tidak tetap dan berubah
jika dilihat dari sudut referen atau rujukan. Sebagai contoh, perkataan <ibu> merujuk kepada
konsep seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi jika ia merujuk
kepada <ibu kota>  referennya sudah berlainan daripada makna leksikal. Jika dilihat dari segi
lambang <ibu> setentu mempunyai hubungan langsung kepada konsep. Tetapi konsep dan
rujukan tidak dapat dihubungkan kerana mungkin sahaja konsep yang difikirkan itu merujuk
kepada ibu sebenar atau ibu kota.

Terdapat juga contoh yang lain dalam penggunaan perkataan metafora seperti <badan> iaitu jika
merujuk kepada konsep anggota tubuh manusia. Tetapi perkataan <badan> itu juga boleh
berubah makna dan sifatnya jika ianya telah ditambah dengan perkataan lain sebagai bahasa
kiasan. Sebagai contoh <badan kebajikan> telah berubah referennya daripada makna leksikalnya
iaitu anggota tubuh manusia kepadakumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk
mengerjakan sesuatu perkara  yang membawa kebaikan. Ini bermakna hubungan di antara
konsep dan referen juga tidak mempunyai hubungan yang secara langsung.

Oleh itu, perkataan yang berbentuk metafora susah untuk mencapai makna dalam teori segitiga
semiotik kerana rujukan itu bersifat tidak tetap dan bergantung kepada situasi dan penggunaan
ayat tersebut. Di bawah ialah gambar rajah teori segi tiga semiotik yang berasaskan metafora.
4.1.3        Tidak mampu menjelaskan perkataan yang berbentuk abstrak.
Pada asasnya, makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada maksud sesuatu
benda. Contohnya “ini gitar”, sambil menunjuk ke arah sebuah gitar. Makna perkataan tersebut
boleh diperolehi apabila kita melihat sebuah gitar. Namun, apabila sesuatu perkataan itu tidak
mempunyai benda yang hendak ditunjuk dan bersifat abstrak, seperti perasaan, maka perkataan
tersebut tidak akan dapat diberikan makna. Abstrak juga mempunyai bentuk atau ciri-ciri yang
sukar untuk difikirkan atau dilambangkan ke dalam otak. Oleh itu, benda yang bersifat abstrak
tidak dapat diaplikasikan kepada teori ini.

Ini merupakan salah satu lagi kelemahan teori segitiga semiotik iaitu tidak mampu menjelaskan
kata-kata yang berbentuk abstrak. Perkataan abstrak ini susah untuk  digambarkan dalam
pemikiran seseorang kerana ia boleh jadi dalam bentuk apa saja. Tegasnya, perkataan abstrak ini
tidak dapat ditunjukkan oleh konsep atau referen secara nyata dan objektif.  Sebagai contoh,
perkataan “marah”, jika diandaikan konsepnya terdiri dari mempunyai ‘adrenaline’ yang tinggi
pada badan seseorang itu, maka apa halnya pula jika dikaitkan dengan perkataan “gembira”, ia
juga mempunyai ‘adrenaline’ yang tinggi juga.

Perasaan marah ini juga boleh digambarkan dengan seseorang yang mengeluarkan suara yang
tinggi. Tetapi jika seseorang itu marah dengan mendiamkan dirinya, apakah konsepnya itu dapat
diselaraskan dengan pemikiran orang lain? Sudah tentu jawapannya tidak. Ini kerana konsep bagi
benda yang bersifat abstrak boleh sahaja menjadi bentuk yang berlainan. Sebagai contoh
persoalan, adakah situasi meninggikan suara itu hanya ada pada ciri kata bagi marah? Tidak
semestinya. Ini kerana “meninggikan suara” bukanlah suatu ciri yang mutlak bagi kata marah. 
Justeru itu juga, bagaimana pula jika seseorang itu mengeluarkan suara yang tinggi untuk
menjalankan aktiviti perbarisan berkawat seperti yang selalu dibuat oleh pasukan-pasukan polis,
askar dan sebagainya. Rajah segi tiga semiotik bagi perkataan abstrak dapat digambarkan seperti
di bawah:
Menerusi gambar rajah di atas, maka jelaslah bahawa hubungan lambang, fikiran dan benda
mempunyai garis putus yang bermaksud tiada hubungan yang langsung dalam menyampaikan
makna abstrak dalam bentuk segi tiga semiotik. Ini kerana hubungan lambang “marah” itu tidak
dapat dihubungkan dengan fikiran dan juga benda.

4.1.4 Tidak dapat menjelaskan di antara konsep dan rujukan disebabkan ambiguiti

Secara ringkasnya, ambiguiti ini bermaksud ketaksaan dalam konsep. Ia dapat mengandungi
lebih daripada satu makna. Ambiguiti boleh terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kekaburan
rujukan, ketidakpastian makna, sesuatu benda/barang atau frasa, kekurangan penentuan pada
makna sesuatu benda dan akhir sekali makna  benda melibatkan pertentangan tafsiran yang
berlainan.

Contoh iklan yang dianalisis oleh pengkaji adalah ambiguiti jenis keempat iaitu makna  benda
melibatkan pertentangan tafsiran yang berlainan dengan menggunakan teori segi tiga semiotik
adalah iklan yang terdapat di dalam iklan minuman ‘pepsi’ sempena world cup 2010 yang
membawa tema ‘refresh your world’.

Daripada rajah di atas dapat diandaikan bahawa keseluruhan iklan merupakan lambang dalam
segi tiga semiotik. Manakala dari segi konsepnya pula boleh membawa dua makna yang berbeza
sama ada iklan tersebut menerangkan tentang bola sepak atau minuman berkabonat iaitu ‘pepsi’.
Sementara rujukan bagi iklan ini adalah temanya yang berjudul ‘refresh your world’
Dalam iklan ini telah memaparkan mengenai adanya kesamaran di dalam konsep iaitu terdapat
ambiguiti di dalamnya. Iklan ini mungkin ingin menyampaikan sama ada tentang pemainan bola
sepak sempena piala dunia 2010 atau tentang minuman berkarbonat ‘Pepsi’. Maka timbul
kekeliruan tentang konsep yang ingin disampaikan di dalam iklan ini.
Ambiguiti ini terjadi apabila terdapat 2 interpretasi yang berbeza iaitu yang pertama bagi yang 
tidak mengetahui permainan bola sepak. Sementara yang kedua pula adalah bagi yang
mengetahui tentang permainan bola sepak. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai persepsi dari
segi konsep terhadap iklan yang ditayangkan.
Dari segi konsep interpretasi yang pertama, permainan bola sepak dapat dilihat daripada
peraturan yang berbeza dalam permainan bola sepak di Afrika Selatan. Iklan ini memperlihatkan
padang bola sepak itu tidak mempunyai kawasan yang tetap dan terhad. Oleh itu, timbul satu
konsep yang baru dalam permainan bola sepak iaitu di Afrika Selatan tidak mempunyai sistem
peraturan yang tetap seperti yang terdapat dalam Piala Dunia. Maka tema ‘Refresh your world’
itu merujuk kepada peraturan yang baru dalam permainan bola sepak. Manakala bagi yang tidak
mengetahui bola pula mereka beranggapan bahawa iklan ini adalah iklan berkaitan tentang
perbezaan budaya dari segi kesatuan dan kemuafakatan masyarakat Afrika.
Bagi mereka yang tidak mengetahui tentang bola sepak, pada pandangan awal mereka akan
menganggap bahawa iklan ini berkisar tentang minuman ringan berkarbonat iaitu ‘Pepsi’. Dalam
iklan tersebut pemain bola sepak yang datang dari Eropah telah datang ke sebuah pekan yang
terdapat di Afrika. Dalam satu babak iklan tersebut mereka telah bertanya kepada sekumpulan
remaja Afrika bagaimana untuk mendapatkan Pepsi yang sedang mereka minum. Lalu remaja
tersebut membalas dengan mengatakan untuk mendapatkan minuman tersebut mereka hendaklah
bermain terlebih dahulu dengan pemain tempatan. Setelah selesai permainan, permain Eropah
tersebut telah diberikan minuman Pepsi seperti yang dijanjikan. Penerangan ini menunjukkan
bahawa minuman  yang diberikan setelah permainan tamat dapat memberi kesegaran dan
menghilangkan rasa dahaga. Maka boleh dikatakan bahawa dari segi konsep minuman dalam
‘Refresh your world’ itu membawa maksud menghilangkan rasa dahaga dan memberikan
kesegaran.

5.0  KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, teori ini mempunyai kelemahan dari pelbagai aspek. Pada hakikatnya, ia
tidak mampu untuk menunjukkan hubungan di antara referen dan lambang. Kedua, teori ini tidak
dapat menjelaskan makna dari bentuk abstrak kerana teori lebih kepada bentuk konkrit. Bentuk-
bentuk abstrak itu adalah seperti perasaan, adjektif dan sebagainya. Ketiga, teori ini tidak dapat
menentukan makna dari bentuk metafora iaitu bahasa kiasan kerana sifat metafora adalah tidak
tetap dan boleh sahaja berubah jika dilihat dari sudut referen.

Oleh yang demikian, sebagaimana dengan teori-teori semantik yang lain, teori segitiga semiotik
tidak boleh dikatakan sebagai teori yang sempurna. Seperti yang telah diterangkan di atas,sudah
jelas teori ini lebih mempunyai banyak kelemahan. Jadi, kegunaan teori ini sangat terbatas dalam
menjelaskan sesebuah makna.
RUJUKAN

Asmah Hj Omar. (1987). Bahasa Malaysia saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Indirawati Zahid. (2009). Aras hubungan bentuk tanda dan referen dalam puisi melayu
            tradisional. Jurnal Bahasa. Bil. 16, hlm. 25-35.

Kamus Dewan (2007). Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lyons, John (1977). Semantics. Cambridge: Cambridge University Press.

Palmer, F.R (1981). Semantics. 2nd Ed. Cambridge: Cambridge University Press.

Abd Sukor Shaari, Mohd Isha Awg & Nuraini Yusoff. (2003). Bahasa Melayu komunikasi.
Pahang Darul Makmur: PTS Publications Sdn Bhd.

Dyg Hjh Hazlenayati Norosma Elyani Bte Dato Paduka Awg Othman. (2008).Deiksis:
Penggunaannya dan interpretasinya dalam teks iklan perniagaan. Brunei Darussalam: Universiti
Brunei Darussalam.

Hjh Dyg Safiah Hj Mahmud. (1996). Laras bahasa iklan perniagaan: Satu tinjauan awal. Brunei
Darussalam: Universiti Brunei Darussalam.

Ismail Bin Dahaman. (1997). Perancangan Bahasa: Dasar bahasa dan perlaksanaannya.


Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa Pustaka.

Samsuddin A.Rahim. (1993). Komunikasi asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Abdullah Hassan. (1984). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. (Cetakan Kelima). Kuala
Lumpur: Perusahaan Printek Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2005). Rencana Linguistik. (Penys). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am. (Cetakan Ketiga). Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn.
Bhd.

Alla, K. (1986). Linguistic Meaning Vol. 1.  New York, NY: Routledge & Kegan Paul Inc.

Bouchard, D. (1995). The Semantics of Syntax: A Minimalist Approach to Grammar. Chicago &


London: University of Chicago Press.

Cruse, D. A. (1986). Lexical Semantics. Australia: Cambridge University Press.

Jaludin Chuchu. (2010). Menyelusuri Makna. Universiti Brunei Darussalam: (t.pt).

Verhaar,  J.W.M . (1985). Pengantar Linguistik. Yogjakarta: Gadjah Mada University Press.


Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar Psikolinguistik Moden.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Osgood, C.E.  (1979). Focus On Meaning. (Cetakan kedua). Netherland: Mouton Publishers, The
Hague.

Pulman, S.G. (1983). Word Meaning and Belief.  Great Britain: Billing & Sons Limited, Worcester.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Reactions: 
http://semanticsteamwork.blogspot.com/2010/11/blog-post.html

EMANTIK

a)    Definisi Semantik


1.    Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.
2.    Dari segi etimologi, kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti “tanda” atau “lambing”. Oleh
yang demikian, semantik juga dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidiki paduan tanda-tanda atau lambing-
lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya.
3.    Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat manakala ayat terdiri daripada rentetan kata. Oleh yang demikian, untuk
meneliti makna dalam sesuatu bahasa, peringkat bahasa yang teliti meliputi unit-unit bahasa yang membentuk kata
dan ayat, iaitu morfem,kata,frasa, dan ayat. Dengan ini, semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang makna
morfem, kata, frasa, dan ayat dalam sesuatu bahasa.
4.    Harimurti Kridalaksana(1949) mendefinisikan semantik sebagai bahagian daripada struktur bahasa yang
berkaitan dengan makna. Semantik juga disebut sebagai satu system penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.
5.    Katz(1972:1) menyebut semantik ialah kajian tentang makna linguistic yang membicarakan tentang apakah yang
ditonjolkan dalam ayat atau lain-lain dalam linguistik.
6.    Pei dan Gaynor pula menyebut semantic sebagai sains yang menghuraikan kaitan referens (benda) dengan
referends (rujukan).
7.    Penjelasan mereka dibuat berdasrkan Segi Tiga Semiotik yang dikemukakan oleh Ogden dan Richard.
8.    Ainon Muhamad kemudiannya mempermudahkan segi tiga itu dengan huraian beliau sendiri.

b) Takrif/Konsep Semantik

Pada dasarnya, semantik ialah bidang ilmu yang mengkaji makna pada peringkat kata, frasa, ayat dan hubungannya
dengan idea, konsep dan perkataan. Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), bidang semantik
merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. John Lyons (1981)
dalam bukunya berkata, menurut satu teori yang dapat diterima, makna adalah idea atau konsep yang boleh
dipindahkan daripada fikiran penutur kepada pendengarnya yang akan menghasilkan satu bahasa atau satu bahasa
yang lain. Menurut Harimurti Kridalaksana (1949) pula, semantic adalah bahagian daripada struktur bahasa yang
berkaitan dengan makna. Semantic juga disebut sebagai satu sistam penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.
Semantara Katz (1972:1) pula menyebut semantic ialah kajian tentang makna linguistic yang membicarakan tentang
apakah yang ditonjolkan dalam ayat atau lain-lain dalam linguistic.

c)    TEORI KAJIAN SEMANTIK


Memandangkan bidang ini sukar sekali untuk dikaji secara objektif, sebagaimana yang dapat dibuat dalam
pengkajian bidang fonologi, morfologi dan sintaksis, maka pengkaji-pengkaji bahasa telah mengemukakan
pendekatan-pendekatan yang berbeza walaupun pada asasnya masing-masing mempunyai matlamat yang sama,
iaitu untuk menghuraikan makna seobjektif yang mungkin. Di antara teori-teori yang pernah dikemukakan ialah:
a)    Teori Imej
b)    Teori Behaviurisme
c)    Teori Analisis Komponen
d)    Teori Logik Simbolik

-    Teori Imej

    Mengikut teori ini, makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada dalam fikiran seseorang. Ini
bererti apabila sesuatu perataan disebut, didengar atau dibaca oleh seseorang, maka mental atau fikirannya akan
menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini. Fikiran akan memberikan
tafsiran-tafsiran tertentu (abstrak) terhadap perkataan-perkataan tadi. Menurut Siti Hajar Haji Abdul Aziz (1994), teori
ini menegaskan bahawa makna sesuatu perkataan dari segi imej yang terbayang dalam akal si penutur atau
pendengar. Imej itu tidak boleh bersifat visual kerana ia tidak mungkin sama dengan gambaran sebenar yang
dimaksudkan atau yang sedia wujud. Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makana yang
digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistic tradisional.
    Satu masalah yang nyata apabila kita menggunakan teori ini dalam mentafsir makna-makna perkataan ialah kita
tidak dapat mengetahui dan menentikan apakah bentuk imej yang ada dalam gambaran atau fikiran seseorang.
Tiada siapa yang dapat menerokai otak manusia dan dapat meneropong dengan jelas gambaran-gambaran
imaginasi yang wujud dalam alam pemikiran seseorang semasa ia mentafsir makna bagi sesuatu perkataan. Imej
yang muncul dalam otak seseorang tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambing-lambang yang nyata atau
objektif. Gambaran-gambaran itu berbagai-bagai, terlalu abstrak dan relative pula keadaannya.
    Masalah takrifan makna sebagai mana yang dinyatakan di atas adalah berhubung dengan masalah wujudnya
berbagai-bagai imej bagi sesuatu perkataan. Sebagai contoh, A bercerita tentang seorang kanak-kanak yang lapar
kepada B dan C. gambaran yang muncul dalam kotak fikiran B tentang kanak-kanak yang lapar itu mungkin berbeza
dengan keadaan yang tergambar dalam kotak fikiran C. B mungkin membayangkan keadaan kanak-kanak sedang
menangis ( menangis merupakan cara menyatakan rasa lapar ), C pula mungkin membayangkan keadaan kanak-
kanak tersebut memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Kedua-dua imej ini berlainan tetapi ditujukan kepada satu
keadaan yang sama, iaitu yang dimanifestasikan oleh gabungan seorang kanak-kanak yang lapar. 
    Selain itu, terdapat satu lagi masalah yang ketara dalam teori imej ini, iaitu beberapa perkataan atau keadaan
digambarkan oleh satu imej sahaja. Sebagai contoh, kanak-kanak yang lapar, marah, sakit, takut dan resah hanya
digambarkan oleh satu imej sahaja, iaitu imej yang menggambarkan kanak-kanak yang sedang menangis kerana
perasaan lapar, marah, sakit, takut dan resah itu biasanya dilahirkan oleh kanak-kanak secara tangisan sahaja ( ini
khusus untuk kanak-kanak yang belum tahu bertutur ). Oleh itu, apabila seseorang kanak-kanak itu menangis, orang
dewasa sukar memahami maksud sebenar tangisan itu. 
    Bentuk imej yang wujud dalam fikiran seseorang apabila ia mentafsir makna sesuatu perkataan itu biasanya ada
hubungan dengan pengalamannya. Seseorang yang pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit
dengan gurunya mungkin mengimaginasikan guru sebagai seorang yang bengis,  garang, tidak bertimbang rasa, dan
sebagainya tetapi bagi seseorang yang lain, yang pernah mengalami peristiwa-peristiwa manis yang tidak dapat
dilupakan bersama gurunya mungkin membayangkan guru sebagai seorang yang lembut, penyayang dan pengajar
yang baik. Jadi, perkataan guru tadi membawa imej yang berbeza sama sekali kepada dua orang yang berlainan. 

-    Teori Behaviurisme 

TEORI IMEJAN
 Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan secara meluas
oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional. Mereka bersetuju bahawa setiap perkataan yang disebut,
didengar dan dibaca akan ditafsirkan secara automatik oleh fikiran masing-masing.

 Teori ini juga dikenali sebagai Teori Imej Makna. Dapat didefinisikan sebagai imej makna yang
tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu benda atau perkara disebut. Dalam
erti kata lain, makna kata dihuraikan berdasarkan gambaran yang ada dalam fikiran seseorang.
Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar dan disebut tergambar dalam fikiran dan diinterpretasi
sehingga memberi makna yang abstrak

 Imej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana ia tidak menepati gambaran
sebenar yang dimaksudkan secara tepat. Hal ini bergantung kepada keluasan, pengalaman dan ilmu
yang dimiliki oleh individu itu sendiri. Justeru, kekurangan teori ini adalah imej yang tergambar dalam
fikiran seseorang itu betul atau salah. Individu itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu
ungkapan atau pun dalam situasi yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan yang berkongsi
imej yang sama. Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan
juga sebaliknya.

 Misalnya frasa ‘bunga. Ada yang memahami frasa ini sebagai beberapa kuntum bunga. Sebaliknya
ada juga yang mungkin memahami bahawa frasa itu mempunyai dua maksud, iaitu beberapa kuntum
bunga dan anak gadis yang diibaratkan seperti bunga dalam masyarakat Melayu.

 Contoh kedua ialah ‘doktor gigi’. Bagi golongan orang dewasa khususnya, doctor gigi merupakan
seorang lepasan ijazah yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, dan tugasnya adalah mecabut
atau memeriksa gigi pesakit, situasi berbeza berlaku apabila panggilan ini disebut kepada kanak-
kanak, mereka akan terbayangkan dalam fikiran mereka seorang doctor yang serba putih akan
memegang jarum yang besar serta alat-alat untuk mencabut gigi yang menyeramkan.

  TEORI TINGKAH LAKU (BEHAVIORISME)

TEORI IMEJAN (Semantik)


Teori ini bermaksud makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej
yang ada dalam fikiran seseorang.
Bila sesuatu perkataan disebut, didengar atau dibaca, maka mental atau fikiran
akan menggambarkan maksud perkataan tersebut.
Fikiran akan memberi tafsiran-tafsiran tertentu terhadap perkataan itu.
Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang
digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional.
Mereka bersetuju bahawa setiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca
akan dapat ditafsirkan secara otomatik oleh fikiran masing-masing.
Masalah teori ini:
Apabila seseorang itu tidak dapat menentukan bentuk imej dengan tepat apa
yang disebut oleh perkataan.
Imej yang muncul di dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh
gambar atau lambang-lambang yang nyata dan objektif.
Imej yang muncul dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh
gambar atau lambang-lambang yang nyata dan objektif.
Satu contoh umum ialah mengenai rajah segi tiga.
Adalah sukar bagi kita hendak menentukan apakah imej segi tiga yang ada
pada otak seseorang itu.
Anda mungkin juga meminati:

You might also like