Kesan Kemelesetan Ekonomi Global 2009 Terhadap Malaysia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Bagaimana kemelesetan ekonomi global pada tahun 2009 telah memberikan kesan

kepada ekonomi Malaysia?

Ekonomi negara Malaysia adalah bersifat terbuka. Oleh hal yang demikian, negara ini juga
turut terkena tempias kemelesetan ekonomi global yang bermula pada suku ketiga 2008 dan
berterusan sehingga suku pertama 2009. Kemelesetan ekonomi global ini sangat memberi
kesan terhadap ekonomi negara terutamanya dalam sektor perdagangan luar. Hal ini
demikian kerana kejatuhan perdagangan dunia telah menyebabkan penguncupan yang
mendadak eksport kasar sebanyak 7.4% dan pengeluaran sektor pengilangan Malaysia
menurun sebanyak 11.11%. Aktiviti pelaburan swasta juga turut menjadi lembap dek kerana
keadaan perniagaan yang kian merosot.

Pada suku pertama tahun 2009. Malaysia telah merasai krisis global sepenuhnya apabila
kemelesetan ekonomi maju yang kian meruncing telah memburukkan lagi kesan
kemorosotan dalam permintaan global terhadap perdagangan, aktiviti pengeluaran dan
pelaburan dalam ekonomi domestik. Perdagangan dunia jatuh dengan sangat ketara kerana
banyak ekonomi maju yang turut terjerumus ke kancah kemelesetan yang teruk. Hasilnya, ia
telah menjejaskan eksport dari rantau ini, termasuklah negara Malaysia sendiri. Eksport
Malaysia telahpun turun merosot sebanyak 20% pada suku pertama 2009 dan menyebabkan
aktiviti pengeluaran khususnya sektor pengilangan turut terjejas.

You might also like