Pensampelan Dan Populasi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Pensampelan dan Populasi.

Pensampelan
Pensampelan ialah suatu proses dimana sebilangan kecil dari keseluruhan populasi
dipilih dan dikaji bagi membolehkan kita membuat satu generalisasi berkaitan populasi
itu. Penyelidikan dengan menggunakan sampel memberi peluang kepada penyelidik
mendapatkan maklumat mengenai populasi dengan lebih mendalam dengan kos yang
lebih murah.

Terminologi Pensampelan
Unsur (Element)
An object on which a measurement is taken

Populasi (Population)
A collection of measurement about which an inference is made

Unit Pensampelan (Sampling unit)


Sampling unit is a collection of non-overlapping elements from the population

Kerangka Pensampelan (Sampling frame)


A list of sampling unit that has been decided

Sampel (Sample)
A collection of sampling units drawn from a frame.
mengikut Roscoe sebagai sebahagian daripada objek, kejadian, ataupun individu yang
dipilih daripada populasi yang dikaji. Sampel digunakan bagi membuat anggaran
berkenaan nilai sebenar atau parameter dalam populasi. Salah satu prasyarat pensampelan
bagi membuat generalisasi yang tepat mengenai populasi ialah memastikan sample yang
digunakan dapat membayangkan populasi sebenar dengan setepat yang mungkin, iaitu
mesti bersifat representatif. Tujuan utama pensampelan ialah mendapatkan satu sample
yang mempunyai cirri-ciri umum populasi, terutamanya ciri-ciri yang perlu diselidiki.

Kaedah pensampelan
Unit sample dipilih dari kerangka sample. Sebagai contoh:

Pensampelan dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu:


Pensampelan probabiliti
Pensampelan non-probabiliti

Pensampelan Probabiliti

Bermaksud setiap ahli/unsur dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
Pensampelan probabiliti dapat dibahagikan kepada 4 jenis:
1) Pensampelan rawak mudah (Simple random sampling)
Pensampelan rawak mudah ditakrifkan sebagai; bagi satu sample saiz, n dipilih dari satu
populasi, N, setiap ahli dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
Pensampelan rawak mudah merupakan kaedah yang paling mudah bagi memilih unit atau
responden dan merupakan asas kepada bentuk-bentuk pensampelan yang lain. Ianya
sesuai digunakan apabila populasi mempunyai sifat yang hampir seragam. Kaedah
pemilihan sample boleh dilakukan melalui kaedah loteri atau berasaskan jadual nombor
random.

2) Pensampelan berstrata (Stratified random sampling)


A stratified random sample is one obtained by separating the population into non-
overlapping groups (strata) and then selecting a simple random sample from each stratum.
Pensampelan berstrata digunakan apabila populasi yang heterogeneous, yang boleh
dijadikan homogeneous melalui proses penstrataan. Kos akan menjadi lebih murah dan
parameter bagi setiap strata boleh ditentukan.

Contoh: Kajian terhadap 45000 orang suri rumah, yang dibahagikan kepada 5 strata
berasaskan pendapatan bulanan:

Populasi

A B C D E

3) Pensampelan sistematik (Systematic Sampling)


A sample obtained by randomly selecting one element from the first k elements in the
frame and every k-th element thereafter is called one-in-k systematic sampling. Let say
N= 1000, n=100 so, k = N/n = 10

1st 2nd 3rd 4th next next until 100th


10 unit 10 unit 10 unit 10 unit 10 unit

Frame of 100 elements


Method of selection
-choose a random number between 1 and 10 (inclusive) say a (1< a < k = 10). Thus the
first element chosen is element number a.
-the second element chosen is element number a + k.
-the third element is a + 2k
-the 100th element is a + (n-1)k
4) Pensampelan berkelompok

Pensampelan Non-Probabiliti
Bermaksud bentuk pensampelan di mana unsur-unsur yang dipilih berasaskan
pertimbangan non probability; misalnya purposif, judgement atau convienence. Innya
terbahagi kepada 4 jenias iaitu:
Pensampelan kuota
Pensampelan penyelidik
Pensampelan berdasarkan pakar rujuk
Pensampelan purposif

RINGKASAN LANGKAH-LANGKAH DALAM MENJALANKAN TINJAUAN


PENSAMPELAN.
1. Kefahaman penyelidik tentang masalah yang dikaji
- masalah pokok kajian
- tempoh dan kawasan kajian
- objektif kajian
- peruntukkan kewangan
2. mengenalpasti pembolehubah penting kajian
- elemen, populasi, unit pensampelanm dan rangka pensamp[élan
- parameter yang perlu dikaji
3. rangka pennsampelan
- perlu dipastikan bahawa rangka pensampelan bagi kajian mudah
diperolehi. Dalam banyak kajian rangka pensampelan amat sukar
diperolehi.
- Berasakan rangka pensampelan, tentukan
i. Bilangan populasi
ii. Sample yang perlu diambil (~ 10 – 15 %)
iii. Kaedah pengambilan sample
iv. Rekabentuk pensampelan
4. tentukan kaedah pengumpulan data
- kaedah yang sesuai perlu ditentukan, sama ada menggunakan satu atau
kombinasi beberapa kaedah (pemerhatian, soal selidik, temubual, pos dll)
- sesuai dengan kaedah yang dipilih, pembantu penyelidik/penemubual
perlu dilatih
- alat-alat sampingan (kamera, pita rakaman dll) perlu disediakan bagi
memudahkan kerja-kerja pengumpulan data.
5. rekabentuk soalselidik
- sekiranya kaedah soalselidik dipilih (temubual atau pos), boring
soalselidik perlu disediakan
- cirri-ciri soalselidik yang baik perlu dipatuhi seperti ketepatan soalan,
bahasa yang mudah difahami, soalan tidak meragukan dan memalukan dll
- kelengkapan soalselidik perlu dipastikan iaitu mencakupi semua masalah
atau persoalan yang dikaji
6. Tinjauan Awalan (Perintis)
- tinjauan perintis diperlukan untuk menguji kesahihahn dan ketepatan
soalselidik
- tentukan bilanagn sample; iaitu 20% daripada bilangan sample tinjauan
akhir
- analisis ditumpukan kepada pembaikian boring soalselidik, menganggar
kadar takberbalas dan masalah-masalah kerja lapangan yang dihadapi
7. Semakan kepada borang soalselidik
- mana-mana soalan yang tidak mendapat respon perlu dikaji semula atau
digugurkan
- tentukan bilangan sample bagi tinjauan akhir setelah mengetahui kadar tak
berbalas (n = ns/kadar takberbalas)
- pilih sample bagi tinjauan akhir dengan mengambil kira sample rizab.
Pada umumnya 10% daripada bilangan sample boleh diambil sebagai
rizab.
8. Tinjauan akhir
- pastikan pebemubual telah dilatih agar m,ereka faham objektif kajian dan
kandungan soalselidik
- surat pengenalan penemubual dan surat kepada responden perlu
disediakan untuk mendapatkan kerjasama
- penyeliaan dibuat oleh penyelidik untuk memastikan bahawa penemubual
betul-betul menjalankan tinjauan lapangan.
- Perbincangan anatar penyelia dengan penemubual dibuat semasa kerja
lapangan dijalankan. Aspek-aspek yang dibincangkan ialah mendapat
sample gentian, mengatasi masalah enggan berkerjasama dan sebagainya
- Dalam beberapa keadaan pengeditan luar dilakukan semasa kerja lapangan
9. Memproses data
- tahap-tahap tertentu dalam memproses data ialah pengsditan, pengkodan,
membuat jadual dan analisis data
- edit: memastikan supaya soalan dijawab adalah tepat dan dalam format
yang sama. Jika terdapat beberapa soalan yang tidak memenuhi ciri-ciri
tersebut penyelia perlu mensesuaikan jawapan kepada format tersebut atau
diserahkan kembali kepada responden.
- Kod: memberi angka kuantitatif kepada kesemua jawapan untuk
memudahkan analisis data menerusi komputer.
- Jadual: jadual yang sering digunakan ialah jadual langsung dan rujuk
silang (kaitan antara dua atau lebih parameter ).
- Analisis: daripada jadual jadual tersebut dan maklumat maklumat lain
analisis data boleh dibuat seperti mencari nilai min, varians (statistik
deskriptif) dan melakukan analisis statistick penakbiran (ujian hipotesis).
10.laporan
-laporan tinjauan/ kajiselidik biasanya mengandung tiga bahagian penting iaitu:
(i.)umum: maklumat umum untuk kajiselidik ,populasi,kaedah
persempelan dan pengumpulan data.
(ii) penemuan dan analisis kajian: perbincangan tentang penemuan dan
analisis yang dihasilkan oleh tinjauan
(iii). cadangan rancangan tindakkan: segala cadangan rancangan tindakan
yang dibuat berikutan daripada penemuan dan analisis kajian.
10. Penyerahan Laporan
- Pada umumnya apabila langkah 1-10 telah dilakukan, tinjauan tersebut
telah selesai. Walaubagaimanapun terdapat beberapa agensi memerlukan
laporan tersebut diserah dan dibengkelkan. Ini merupakan tambahan
kepada kajian tersebut.

You might also like