Teks MC Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TEKS MC MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

AGENDA TEKS MC
1. Kata aluan selamat Dengan segala hormatnya, dipersilakan semua tetamu untuk mengambil
datang tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi…..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Yang Berbahagia
Dr. Mohd Izzuddin Bin Mohd Omar
Ketua Jabatan Pesakit Luar

Yang Diraikan,
En. Wan Zaidi Bin Wan Abdullah
Pn. Nor Diana Binti Mohd Noor

Pegawai2 perubatan, paramedic, staf2 sokongan dan para hadirin


sekalian.

Mari makan sirih puan,


Sirih dipetik di Tasik Chini,
Selamat datang tuan dan puan,
Menjadi penyeri majlis ini.

Bersyukur ke hadrat ILahi,


Kerana kita sama-sama dapat berkumpul untuk menjayakan
Majlis Sanjungan Budi Lambai Kasih, Jabatan Pesakit Luar.
Selamat datang kami ucapkan.

2. Bacaan doa Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian.

Buluh diasah jalinan disemat,


Gubahan diolah bawa berangkat,
Bersama kita memohon Rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya, majlis


menjemput: Dr. Shahmil Bin Sautarwin bagi memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**habis bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Dr. Shahmil Bin Sautarwin.

3. Ucapan Bukan rumpun sebarang rumpun


Rumpun penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Bagi meneruskan majlis pada petang ini, dijemput


Dr. Mohd Izzuddin Bin Mohd Omar
Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**siap berucap.

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Dr. Mohd Izzuddin B. Mohd


Omar selaku Ketua Jabatan Pesakit Luar.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan yang disampaikan


sebentar tadi.

4. Ucapan yang Hadirin yang dihormati sekalian,


dirai
En. Wan Zaidi Tiap pertemuan pasti ada perpisahan.
itu adat, itu lumrah kehidupan.
Begitulah rentetan perjalanan.
Walau sukar untuk ditelan.
Tapi kaki tetap mengorak jalan.
Selagi hayat dikandung badan.
Buah mengkudu buah bidara,
Mari disimpan didalam dulang,
Hari ini tuan genap bersara,
Jasa baik tuan tetap dikenang.

Seterusnya,
Tibalah waktu yang dinanti-nantikan
Iaitu ucapan daripada yang diraikan,
En. Wan Zaidi Bin Wan Abdullah
Pn. Nor Diana Binti Mohd Noor

Sebelum menjemput yang diraikan untuk memberi ucapan,


Eloklah kita berkenal- kenalan dahulu dengan beliau.

*biodata En. Wan Zaidi


Nama diberi:
Dilahirkan pada:
Beliau merupakan anak kelahiran negeri:
Beliau menamatkan pelajaran pada:
Mula bekerja sebagai PPP pada ______ di _____________________
Lokasi Klinik/Jabatan yang beliau pernah berkhidmat
1. dari __________ hingga ___________
2. dari __________ hingga __________
3. dari __________ hingga ____________

Majlis dengan segala hormatnya,


Mempersilakan En. Wan Zaidi Bin Wan Abdullah untuk menyampaikan
ucapan beliau.

**ucapan En. Wan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Diraikan En. Wan Zaidi Bin Wan Abdullan atas ucapan beliau tadi.
5. Ucapan Yang Hadirin yang dihormati sekalian,
Dirai
Sn. Noor Diana Tak kenal maka tak cinta.

*biodata Pn. Noor Diana


Nama diberi:
Dilahirkan pada:
Beliau merupakan anak kelahiran negeri:
Beliau menamatkan pelajaran pada:
Mula bekerja sebagai Jururawat pada _____ di
_____________________
Lokasi Klinik/Jabatan yang beliau pernah berkhidmat
1. dari __________ hingga ___________
2. dari __________ hingga __________
3. dari __________ hingga ____________

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Pn. Noor Diana Binti


Mohd Noor untuk menyampaikan ucapan beliau.

**ucapan Pn. Noor Diana

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Diraikan Pn. Noor Diana Bt Mohd Noor atas ucapan beliau tadi.

6. Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


cenderahati
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En.
Wan Zaidi dan Pn Noor Diana.

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput


Dr. Mohd Izzuddin untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dimulakan dengan En. Wan Zaidi dipersilakan untuk ke atas pentas.

Seterusnya, dijemput Pn. Noor Diana .

**selesai penyampaian cenderamata

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata untuk kenang-kenangan


kepada Yang Diraikan En. Wan Zaidi dan Pn. Noor Diana.

7. Jemput makan Lebat rumbia di Sungai Kedah,


& doa makan Sayang senduduk di tepi muara,
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Para hadirin sekalian, sebelum kita mulakan jamuan kita pada hari ini,
majlis sekali lagi menjemput Dr. Shahmil untuk membacakan doa makan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**baca doa
**mula makan

TAYANGAN MULTIMEDIA

8. Persembahan Hadirin sekalian, sambil menjamu selera, marilah sama-sama kita


saksikan persembahan nyanyian daripada En. Shazuan Rashidin.

Diringi penampilan khas ________________________

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**persembahan nyanyian

Demikianlah tadi persembahan yang cukup syahdu & memukau daripada


En. Shazuan. & ____________

9. Tukar hadiah Seterusnya, bagi acara tukar-tukar hadiah.


Setiap anggota JPL telah dibekalkan dengan nombor cabutan.
Dengan ini
Majlis menjemput _______________________

Jemput _______________

**selesai acara tukar hadiah.

10. Bergambar Hadirin yang dihormati sekalian,


dan bersurai
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Diatas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Lain masa bersua lagi.

Saya mewakili jawatankuasa Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih


ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para hadirin sekalian
yang sudi hadir memeriahkan majlis kita pada hari ini.

Saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang


saya mengendalikan majlis ini.

Sekian, Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

You might also like