Matlamat Pelancaran Program Kesedaran Henti Buli bertujuan untuk
mencegah perbuatan buli dalam kalangan murid-murid sekolah dan juga usaha untuk mengurangkan perbuatan buli yang berlaku di sekolah ini. Walaupun kadar buli di sekolah masih rendah jumlahnya, tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan agar murid-murid faham kenapa perbuatan buli tidak dibenarkan sama sekali terjadi sama ada di sekolah atau pun di mana-mana sahaja.
Objektif 1) Mencegah perbuatan buli dalam kalangan murid-murid SK.
Seri Suria. 2) Meningkatkan kesedaran murid-murid akan bahaya perbuatan buli serta kesan-kesan dan akibat terhadap mereka yang dibuli dan warga sekolah secara amnya. 3) Mengurangkan kadar/ jumlah perbuatan buli di sekolah ini. 4) Menanam sikap saling sayang menyayangi, tolong menolong dan berdisiplin dalam kalangan murid-murid SK. Seri Suria
Sasaran Semua murid SK. Seri Suria
Kewangan RM100
Rumusan Majlis berjalan lancar dengan penglibatan PPS PDRM