Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR

DALAM NEGERI PERLIS


PERBICARAAN JENAYAH KEDAH NO: 83D-728-07/2021

PENDAKWA RAYA
LAWAN
HAFIS BIN ZULKIPLI

PERNYATAAN BERTULIS
Pengenalan

Saya, Ahmad Hishahuddin Bin Mohd Fuzi (No.K/P: 880814-26-5429), seorang warganegara
Malaysia yang cukup umur dan beralamat di Taman Rakyat, Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah
dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:

1. Saya mula berkhidmat di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah, di Seksyen Narkotik
pada 3.3.2014 hingga sekarang.

2. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia (Analisis Forensik) dari
Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor pada tahun 2011. Saya adalah Ahli
licenciate Institut Kimia Malaysia. Pada peringkat awal saya mendapat latihan dalam
analisis dadah berbahaya melalui latihan sambil bekerja dari Ahli Kimia Kanan dan
seterusnya saya pernah mengikuti kursus berkaitan dadah berbahaya yang dianjurkan
oleh jabatan kimia malaysia.

3. Saya kompeten dalam analisis pelbagai jenis dadah berbahaya seperti


methamphetamine, heroin, monoacetylmorphines, “cannabis”, ketamine, pil-pil ecstacy,
cocaine, opium dan lain-lain. Saya pernah memberi keterangan di Mahkamah Majisteret,
Sesyen dan Mahkamah Tinggi. Sepanjang pengetahuan saya, keterangan saya diterima
oleh mahkamah.

4. Pada 02/08/2021, saya bertugas sebagai Ahli Kimia Kerajaan di Seksyen Narkotik
Jabatan Kimia Malaysia, Negeri Kedah. Pada tarikh tersebut jam 1148 saya telah

1
menerima daripada Insp. G/25375 Muhamad Faridzuan bin Mohd Daud satu beg barang
kes PDRM bertanda ”MF” yang berpelekat sendiri.

5. Saya telah memeriksa beg barang kes PDRM bertanda ”MF” tersebut bersama borang
permohonan (Borang Polis 31) dan selepas itu saya telah mengeluarkan satu resit rasmi
Jabatan Kimia Malaysia dengan Nombor Makmal 21-FR-K-04128. Resit itu telah saya
tandatangani dan serahkannya kepada Insp G/25375 Muhamad Faridzuan bin Mohd
Daud. Saya juga telah melekatkan pelekat bernombor Makmal yang sama pada beg
barang kes PDRM bertanda ”MF” yang saya terima.

Pemeriksaan dan Analisis

6. Saya telah memeriksa beg barang kes PDRM bertanda ”MF” dan mendapati di
dalamnya satu beg bertanda “MF1” berisi sembilan peket plastik bertanda "MF2" hingga
"MF10" yang kesemuanya mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis saya
dapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 8.02 gram yang mengandungi 5.88 gram
methamphetamine.

Analisis:

7. Saya memulakan analisis dengan menimbang sembilan peket plastik yang berisi bahan
kristal jernih. Saya telah menimbang berat kasar iaitu berat peket-peket plastik bersama
kandungannya iaitu sebanyak 11.3513 gram. Kemudian saya telah mengeluarkan
kandungan peket-peket plastik dan menimbang berat peket-peket plastik kosong
sebanyak 3.3280 gram. Berat bersih kandungan ialah seliseh antara berat kasar dan berat
peket-peket plastik kosong. Berat bersih yang saya dapati bagi sembilan peket plastik
tersebut ialah 8.02 gram.

8. Alat timbang yang saya gunakan adalah berfungsi dengan baik dan telah dikalibrasikan.

9. Kemudian saya telah menghomogenkan kandungan peket-peket plastik tersebut dan


menjalankan ujian-ujian berikut ke atas serbuk yang homogen tersebut:

2
1) Ujian warna menggunakan bahanuji Marquis dan Simon’s:

Tujuannya bagi mengesan jenis bahan aktif (dadah) yang terdapat dalam bahan tersebut
dan ianya memberi keputusan positif bagi sampel dari barang kes tersebut iaitu:

(i) Marquis test: Ujian ini memberi warna jingga yang menunjukkan bahawa bahan
tersebut berkemungkinan mengandungi methamphetamine.

(ii) Simon’s test: Ujian ini memberi warna biru yang menunjukkan bahawa bahan
tersebut berkemungkinan mengandungi methamphetamine.

2) Ujian pengesahan menggunakan alat Gas Chromatography-Mass Spectrometer


(GCMS)

Tujuannya bagi mengesahkan jenis dadah yang terdapat dalam bahan tersebut. Daripada
ujian ini saya telah mengesahkan bahawa bahan dari peket-peket plastik tersebut
mengandungi methamphetamine.

2) Ujian kuantitatif Menggunakan alat Gas Chromatography-Flame Ionization


Detector (GC-FID)

Tujuan ujian ini adalah bagi menentukan berat (kuantiti) methamphetamine dalam bahan
tersebut. Untuk ujian ini saya telah mengambil 7 sampel perwakilan* dari serbuk
homogen dari barang kes tersebut. Keputusan dari analisis ini saya dapati bahan dalam
peket-peket plastik tersebut mengandungi 8.02 gram methamphetamine.

(*Sampel perwakilan adalah sampel yang diambil secara rawak bagi mewakili
keseluruhan sampel dimana keputusan analisis bagi sampel perwakilan ini adalah juga
merupakan keputusan analisis bagi keseluruhan sampel yang homogen tersebut).

10. Saya berpuashati dengan keputusan-keputusan ujian yang telah saya jalankan dan
mencapai keputusan yang konklusif bahawa kandungan methamphetamine yang saya
perolehi adalah kandungan methamphetamine bagi keseluruhan bahan tersebut.

3
11. Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya
1952.

12. Bahan homogen tersebut di atas saya masukkan ke dalam peket plastik berasingan yang
saya bekalkan dan saya tandakan No. Makmal 21-FR-K-04128. Kemudian peket plastik
ini bersama barang kes asal saya masukkan ke dalam beg barang kes PDRM asal dan
dimeterai dengan label keselamatan “JABATAN KIMIA MALAYSIA”.

13. Dimasa ekshibit ini di dalam simpanan saya, ekshibit tersebut saya simpan di dalam
kabinet besi berkunci kepunyaan saya di dalam bilik kebal.

14. Saya telah menyediakan satu laporan Kimia, bernombor Makmal 21-FR-K-04128
bertarikh 18/08/2021. Pada 23/08/2021 jam 1130 saya telah menyerahkan semula
ekshibit tersebut bersama laporan kimia kepada Sjn. 126024 Abd. Wahab bin Baharom
di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah.

15. Saya dengan ini mengaku bahawa segala keterangan yang saya berikan dalam penyataan
saksi ini adalah benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya.

Disediakan oleh:

(Ahmad Hishahuddin Bin Mohd Fuzi)


Ahli Kimia
Jabatan Kimia Malaysia

Tarikh:

You might also like