Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 34

PPM DAERAH BAGAN DATUK

UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

BUKU LOG PENGAKAP KANAK -KANAK


LENCANA KERIS PERAK

NAMA : ...................................................................
SEKOLAH : ...................................................................
NO KUMPULAN : ...................................................................
NO AHLI : ...................................................................
TAHUN : ...................................................................

*TAMPAL DI DEPAN KULIT BUKU LOG

1
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

BIODATA DIRI

NAMA : ........................................................
TARIKH LAHIR : ........................................................
ALAMAT : .........................................................
UMUR : ........................................................
NAMA SEKOLAH : ........................................................
NO TEL SEKOLAH : ........................................................
NAMA GURU BESAR : ........................................................
NAMA PEMIMPIN : ........................................................
NO TEL PEMIMPIN : ........................................................
NAMA BAPA : ........................................................
NO TEL BAPA : ........................................................
NAMA IBU : ........................................................
NAMA BAPA : ........................................................

2
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

LENCANA KERIS PERAK

LUKIS DAN WARNAKAN

3
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

KESETIAAN

4
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

YANG DI PERTUAN AGONG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

SULTAN PERAK

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan
Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah

MENTERI BESAR PERAK

Dato’ Haji Saarani Bin Mohamad

GUNTING, TAMPAL DAN SALIN SEMULA

5
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

KETUA PERSURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PERAK

TUAN HAJI AHMAD AZAM SHAH BIN ABDUL MAJIID, AMP

PERSURUHJAYA PENGAKAP DAERAH BAGAN DATUK

TUAN AFIZAM BIN HASAN

PENOLONG PERSURUHJAYA PENGAKAP UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

TUAN AMIR AZHAR BIN SHAHABUDDIN

GUNTING, TAMPAL DAN SALIN SEMULA

6
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

RUKUN SEMBAHNYANG AGAMA ISLAM

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]


2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13. Tertib [Qalbi]

7
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

KESIHATAN DAN
KESELAMATAN

8
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN

1. Kebersihan diri dan persekitaran sangat penting bagi menjamin


kesihatan.
2. Pengabaian kebersihan merupakan punca utama berlakunya sesuatu
penyakit atau wabak.
3. Pada setiap tahun masyarakat diserang wabak seperti denggi, taun dsb.
4. Kebanyakan penyakit berlaku kerana sikap penduduk di Negara ini yang
mengabaikan kebersihan diri dan persekitarannya.
5. Kebersihan diri perlu dijaga.
6. Setengah masyarakat masih mengabaikan kebersihan diri antaranya
memakai pakaian yang kotor, pakaian berbau busuk, tidak mandi, tidak
membersihkan diri, tidak memakai kasut, tidak membasuh tangan
sebelum menjamah makanan, kuku dan rambut yang panjang.
7. Dari segi kebersihan persekitaran di rumah perlu dijaga untuk menjamin
kehidupan keluarga yang sihat sejahtera.
8. Antaranya; rumput tidak dibiarkan panjang, longkang sentiasa bersih, tin-
tin tidak bersepah, sampah sarap diurus dengan baik.
9. Keadaan ini dapat mengelakkan tiada sarang dan tempat bacteria
dihapuskan dari merebak.
10. Aktiviti yang sesuai dilakukan adalah pengakap perlu bersama
masyarakat bergotong royong membersihkan kawasan rumah dan
persekitaran.
11. Pengakap juga boleh membantu ibu bapa atau keluarga membersihkan
kawasan rumah dan sekitar disamping menjaga kebersihan diri.

9
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

FAEDAH BERSENAM

1. Senaman sangat penting bagi peredaran darah dan pergerakan otot-


otot.
2. Jantung dapat berfungsi dengan sepenuhnya
3. Jantung dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan kadar
yang seimbang
4. Peredaran darah yang seimbang sangat penting bagi menjamin
kesihatan badan
5. Bahan-bahan kumuh akan keluar melalui kulit bersama-sama peluh.
6. Bahan-bahan kumuh merupakan bahan yang tidak diperlukan oleh
badan manusia dan perlu dikeluarkan.

CARA MEMBERHENTIKAN DARAH KELUAR DARI HIDUNG

1. Pendarahan hidung berpunca daripada beberapa sebab seperti


demam yang terlalu kuat, cuaca yang terlampu panas dan pukulan terus
ke hidung.
2. Rawatan bagi hidung yang berdarah dapat diberikan dengan cara
menyuruh pesakit menundukkan sedikit kepala ke hadapan.
3. Kemudian picit hidungnya dengan tangan.
4. Jangan biarkan pesakit terdongak ke belakang kerana ini boleh
menyebabkan darah dalam hidung mengalir memasuki mulut dan
tertelan.
5. Keadaan ini boleh mengakibatkan pesakit berasa resah, muntah serta
sesak nafas
6. Longgarkan kolar dan butang baju pesakit
7. Memicitkan hidungnya lebih 10 hingga 15 minit atau boleh dilakukan
sendiri
8. Pesakit dinasihati supaya bernafas melalui mulut sehingga beberapa
lama
9. Apabila terdapat pembekuan darah pada rongga hidung, jangan
buang atau mengusiknya
10. Apabila diusik, pendarahan baru akan berlaku

10
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

BAHAYA ELEKTRIK DAN GAS

1. Gas memasak membantu kita untuk memasak.


2. Perlu dikendali dengan baik
3. Peralatan dapur seperti kepala gas, saluran gas, kunci pada salur gas,
kebersihan dapur mesti diperiksa secara berkala
4. Sekira peralatan tersebut kotor, bocor, haus perlu diselenggara dan ditukar baru
5. Kerosakan dan kebocoran boleh merbahayakan pengguna
6. Jangan terleka semasa mengendalikan dapur ketika memasak
7. Memasak terlalu lama atau api dapur menyala terlalu lama boleh
menyebabkan letupan dan kebakaran
8. Gas boleh meletup dan mudah terbakar
9. Ini boleh menyebabkan kebakaran, melecur, kemusnahan harta benda,
kecederaan & kematian
10. Pastikan tingkap sentiasa terbuka semasa menggunakan gas
11. Sebarang perubahan seperti bau gas yang bocor dapat dikesan lebih awal

ISI KANDUNGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS

1. Kapas
2. Kain kasa
3. Paster
4. Optone; ubat mata
5. Burnal; untuk terbakar
6. Panadol; ubat demam
7. Dettol; membersihkan luka
8. Pin penyemat; menyemat pembalut luka
9. Larutan iodine dan ubat luka; ubat luka
10. Minyak angin; sakit perut dan sakit biasa
11. Vicks; selsema, gigitan serangga, sakit tengkuk
12. Krim antisan; ubat gigitan serangga
13. Pembalut segi tiga; untuk membuat anduh, pad bulatan dan pelbagai
kegunaan pertolongan cemas
14. Gunting atau pisau; memotong kain kasa, tali ketika kecemasan

11
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

KESIHATAN DAN
KESELAMATAN

12
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

LATIHAN ASAS PERBARISAN (BUKA/TUTUP BARISAN)

IKATAN BUKU SILA/BUNGA GETI,SIMPUL SENTAK

a. BUKU SILA

Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak
mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar
kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang
dilipat.

b. BUNGA GETI

Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang
berlainan jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali
di penghujung bendera dalam flag break.

LUKIS DAN SALIN SEMULA

13
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

c. SIMPUL SENTAK

LUKIS DAN SALIN SEMULA

14
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

MEMASANG, MENGIBAR, MENURUN, DAN MELIPAT BENDERA

a. Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh yang


demikian menaikkan dan menurunkannya hendaklah dalam keadaan
dan cara yang sopan. Cara-cara yang sesuai ialah :-
b. Sebelum menaikkan bendera ujilah tali temali bendera terlebih dahulu
bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga
menyebabkan bendera jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya.
c. Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
d. Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah
berpakaian kemas.
e. Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu
perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera
hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya
semula keseparuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang,
langkah pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya
dan kemudian menurunkannya terus.
f. Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya.
g. Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya
tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia
sampai ke bawah.
h. Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan
baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.
i. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau
menutup sesuatu melainkan sebagai memberi kehormatan negara
seperti menutup keranda dalam Istiadat Pemakaman/Pengkebumian
Negara.
j. Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap
sebagai bendera yang uzur.
k. Bendera yang uzur hendaklah tidak dikibarkan kerana pengibarannya
menunjukkan tanda tidak hormat. Ianya hendaklah dimusnahkan
dengan cara yang sopan dengan membakar bendera tersebut secara
tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.

15
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

GUNTING DAN TAMPAL

16
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

PENYERTAAN

17
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

MENGETAHUI 5 JENIS HAIWAN DAN SIFAT KHUSUSNYA

BIL HAIWAN SIFAT KHUSUS

1 Saiz
Bulu
Sayap
Warna
Bentuk paruh
Bentuk kaki
Pemakanan
Habitat khusus

2 Saiz
Bulu
Sayap
Warna
Bentuk paruh
Bentuk kaki
Pemakanan
Habitat khusus

3 Saiz
Bulu
Sayap
Warna
Bentuk paruh
Bentuk kaki
Pemakanan
Habitat khusus

18
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

4 Saiz
Bulu
Sayap
Warna
Bentuk paruh
Bentuk kaki
Pemakanan
Habitat khusus

5 Saiz
Bulu
Sayap
Warna
Bentuk paruh
Bentuk kaki
Pemakanan
Habitat khusus

19
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

MENGETAHUI CARA TUMBUHAN MENDAPATKAN MAKANAN, CARA MENYIMPAN


MAKANAN

A. PENGERTIAN FOTOSINTESIS

Fotosintesis adalah proses pembuatan molekul makanan bertenaga tinggi dari


komponen yang lebih sederhana, yang dilakukan oleh tumbuhan autotrof (tumbuhan
yang dapat membuat makanan sendiri). Fotosintesis berasal dari kata foton yang
maksudnya “cahaya” dan sintesis yang maksudnya “penyusun”, jadi fotosintesis juga
disifatkan dengan proses biokimia yang dilakukan oleh tumbuhan untuk menghasilkan
nutrisi dengan memanfaatkan sumber cahaya.

Daun merupakan komponen utama pada tumbuhan yang berperanan dalam


fotosintesis ini, pada daun terdapat klorofil (zat hijau daun), klorofil inilah yang akan
menyerap cahaya matahari sehingga dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan nutrisi.

Fotosintesis berperanan sangat penting bagi seluruh kehidupan organik di bumi.


Kerana selain menghasilkan energi, proses fotosintesis juga akan menghasilkan oksigen
untuk kehidupan manusia dan makhluk hidup lainnya

B. FUNGSI FOTOSINTESIS

 Fungsi utama fotosintesis adalah untuk menghasilkan glukosa sebagai sumber


utama bagi tumbuhan, dengan adanya glukosa ini akan terbentuk sumber
lemak dan protein pula. Zat-zat ini akan menjadi sumber makanan bagi
manusia dan haiwan, oleh itu proses fotosintesis ini sangat penting dalam
kehidupan kita.
 Prose Fotosintesis dapat membersihkan udara. Udara dibersihkan dengan
diserapnya karbondioksida dan dihasilkannya oksigen. Sehingga sering kita
dengar penanaman pokok untuk membersihkan udara, kerana ada proses
fotosintesis inilah pokok berguna untuk membersihkan udara kita.

20
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

CARA MENGELAKKAN MAKANAN TERCEMAR

Pencemaran makanan boleh berlaku apabila ada pemindahan bakteria yang datang
dari papan pemotong, perkakasan memasak dan juga jenis makanan yang berbeza
apabila ia dikendalikan dengan betul.

Salah satu kelengkapan di dapur yang bertindak sebagai agen penyebaran bakteria
adalah 'kain buruk' yang sering digunakan untuk mengelap kotoran.

Langkah mengelakkan makanan tercemar :

1. Sering cuci papan pemotong, pinggan mangkuk dan perkakasan seperti garpu
dan sudu dengan air panas dan bersabun.
2. Amalkan cuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat selepas setiap
kali memegang bahan mentah, keluar dari tandas dan memegang haiwan
peliharaan.
3. Gunakan papan pemotong yang berlainan untuk memotong sayur dan daging.
4. Gunakan tuala kertas atau kain lap untuk membersihkan permukaan kaunter
dapur.
5. Amalkan memerap makanan dalam peti sejuk dan bukannya dikaunter dapur.
6. Apabila menghidangkan makanan,gunakan pinggan yang bersih.
7. Tutup makanan yang dihidangkan supaya tidak dihinggap lalat.
8. Simpan baki makanan ke dalam ruangan sejuk beku dalam tempoh selewat-
lewatnya dua jam setelah ia terdedah. gunakan bekas yang bertutup.

21
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

ASAS KOMPUTER

Komponen Asas Komputer

Komponen Penerangan
CPU / Processer  Komponen utama ini berfungsi sebagai otak sistem
(Central Processing Unit)  Komputer. Fungsinya ialah memproses arahan dan
data.
 Pilih intel celeron atau amd athlon jika memerlukan
sistem asas
 Pilih intel core 2 duo atau amd
phenom jika memerlukan kuasa
pemprosesan yang lenih tinggi
 Pastikan cpu dan papan induk yang dibeli adalah
serasi.komponen wajib

Papan induk (motherboard)  Papan litar elektronik utama dalam sistem komputer
 Pilih papan induk jenis atx
 Papan induk terbina dalam kad bunyi dan
 Kad video yang diintegrasikan.
 Memerlukan sekurang-kurangnya satu slot pci-e /
agp dantiga slot pci.

RAM (Memory)  RAM (Memory) digunakan


untuk menyimpan arahan dan datayang diproses o
leh komputer
 Arahan dan data yang disimpan akan
hilang apabila komputer dimatikan
 Pilih jenis DDR2 dengan kapasiti sekurang-
kurangnya 4 GB .

Monitor (monitor)  Memaparkan output komputer


 Pilih jenis svga (super vga) dengan pepenjuru
skrin monitor 17” panjang
 Terkini pilih led monitor.

22
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

Kad grafik (Graphic card)  Merupakan orang tengah


di antara papan induk dan
 Monitor
 Jenis agp atau pci-e dengan sekurang-kurangnya
128 mb ingatan.
 Komponen wajib. Tidak diperlukan jika papan
indukmempunyai kad video yang diintegrasikan.

Pemacu cakera keras  Menyimpan perisian dan maklumat. Kandungan


(hard disk drive)  Pemacu tidak akan hilang walaupun komputer
dimatikan.
Pilih saiz sekurang-kurangnya 500 gb (gigabait)

 Untuk menggunakan CD/DVD-ROM yang boleh


 Menyimpan data (650 MB – 4.7 GB)
Pemacu CD/DVD –ROM  Membolehkan anda memain CD muzik atau DVD

Papan Kekunci (Keyboard)  Membolehkan pengguna memasukkan data ke


dalam komputer .

Tetikus (Mouse)  Memudahkan pelbagai operasi dalam Windows.

23
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

Power Supply  Power Supply berfungsi mengalirkan elektrik ke


setiap bahagian komputer agar dapat berjalan.
 Harus dipertimbangkan saat membeli sebuah
Casing dan Power Supply yang diantaranya adalah
sbb:
> jenis dari Power Supply (AT, ATX, BTX)
> jumlah watt Power Supply ( 350W, 450W)

Kad bunyi (sound card)  membolehkan pengguna memainkan kesan audio


 dari perisian multimedia. Komponen wajib/pilihan

Microphone  Membolehkan pengguna merakamkan suara

Card Reader  Untuk membaca memory card HP ataupun


memory card lainnya seperti SD Card, Mini-SD, RS
Card, MSD (Memory Stick Duo), dll

Web Camera  Digunakan untuk berinteraksi secara langsung


(menatap muka) pada waktu kita chatting/online
dengan seseorang.

24
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

Modem  Membolehkan menyambungkan


komputernya ke Internet.
 Pilih jenis luaran (external modem).
 Era terkini = ADSL Broadband ( speed 384K – 4 M )

Kad rangkaian (Network  Membolehkan komputer berkomunikasi dengan


Card) komputer lainmelalui satu rangkaian komputer dan
juga untuk kegunaan internet
 Komponen pilihan sekiranya port network (internal)
rosak.

UPS  Backup bekalan elektrik untuk komputer dan juga


(Uninterruptible Power membantumenstabilkan bekalan elektrik komputer

Supply)

25
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

MENGETAHUI PENGGUNAAN TELEFON AWAM

Telefon awam juga dikenali sebagai telefon berbayar atau telefon umum merujuk
kepada kemudahan perhubungan dengan bayaran mengikut tempoh masa dan
jarak digunakan orang awam.

Bayaran boleh menggunakan duit syiling, kad debit (termasuk kad telefon) atau kad
kredit sebelum membuat panggilan. Telefon awam boleh didapati seperti pusat
membeli-belah, hospital, stesen bas dan kereta api, lapangan terbang serta tepi jalan.
Kemudahan itu biasanya disediakan syarikat komunikasi, tetapi terdapat juga telefon
awam disediakan pekedai untuk kegunaan pelanggan mereka. Jika berlaku
kecemasan di waktu malam ketika kita berada hospital dan telefon bimbit tiada kredit,
maka jalan penyelesaiannya dengan membuat pangilan menggunakan telefon
awam berhampiran. Telefon awam di hospital masih mendapat sambutan terutama
dalam kalangan pekerja asing untuk menghubungi keluarga.

Pelajar terutama di sekolah berasrama penuh. Tanpa telefon awam, ia menyusahkan


mereka menghubungi ahli keluarga jika masalah kesihatan. Diperlukan penduduk
pedalaman yang tidak mempunyai liputan komunikasi secara meluas terutama di klinik
kesihatan.

Telefon awam lebih menjimatkan. Harga panggilan yang murah. KESEDARAN sivik dan
penekanan terhadap nilai-nilai murni sangat penting dalam membentuk budaya
masyarakat yang menghargai telefon awam.

26
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

1. Perbuatan vandalisme - menimbulkan kesukaran dan mungkin memudaratkan


pengguna lain.

2. Perbuatan suka memecahkan telefon,

3. Memutuskan wayar dan

4. Mencabut ganggang

5. Mencuri duit syiling.

27
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

PERKHIDMATAN

28
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

MENGETAHUI DAN MEMAHAMI ISYARAT WISEL

Tiupan 3 kali, pendek; memanggil Ketua Patrol


Tiupan 2 kali pendek; memanggil penolong ketua patrol
Tiupan 1 kali pendek; memanggil QM

29
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

MENDENGAR SYARAHAN ATAU CERAMAH DAN MEMBUAT CATATAN

Mendengar Secara Aktif


Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu
menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui
pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar.

Tujuan Mendengar
 mendapatkan maklumat
 mencatat nota
 menjalankan atau menunaikan arahan
 mengecam bunyi
 mengenal pasti sesuatu perkara
 menjawab soalan
 mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar
 bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar

Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya
mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu
digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara
perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah ialah:
 Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa
 Berikan tumpuan kepada guru
 Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan
pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan
 Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting
bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya
 Bersifat positif dan terbuka
 Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti
 Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang
dikemukakan oleh guru atau penceramah

30
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

 Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang
didengar
 Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk
mengekalkan daya ingatan anda
 Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan
rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah.

Contoh Laporan:
Nama Penceramah :

Tarikh :

Masa :

Tempat :

Tajuk :

Isi Penting :

31
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

MENGETAHUI CARA MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA SESEORANG DI AIR DENGAN


MENGGUNAKAN PERALATAN

Bentuk-Bentuk Pertolongan
Pertolongan yang dilakukan harus sesuai dengan keadaan mangsa.

a. Pertolongan pada mangsa yang masih dalam keadaan sedar.


Anda dapat memberikan pertolongan dengan cara berikut.
1. Memberikan pertolongan dengan peralatan yang tersedia seperti ban dan
pelampung atau barang lain yang dapat terapung. Penggunaannya diikatkan
pada seutas tali sehingga mudah ditarik.
2. Melakukan pertolongan langsung kepada mangsa jika mangsa berada dalam
kolam atau terapung-apung di permukaan air.
3. Jika korban masih dapat menggerakkan anggota tubuh (akibat tidak mahir
berenang), pertolongan dapat dilakukan dengan mendorong tubuh korban ke
arah sisi kolam secara perlahan-lahan.

Gambar: Pertolongan dengan menggunakan ban

32
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

b. Pertolongan pada mangsa dalam keadaan tidak sedar


Kita dapat menolong mangsa yang tidak sedar dengan cara-cara berikut.

1. Mangsa yang masih di air, dapat dilakukan back stroke saving action, iaitu
penolong berenang dalam keadaan terlentang dengan melakukan gerak
kaki seperti gaya katak dan memposisikan tubuh di bawah mangsa. Posisikan
mangsa dalam keadaan berbaring, muka dan hidung mangsa berada di
permukaan air dengan salah satu lengan atau kedua lengan menarik dagu
mangsa. Lakukan gerakan renang secara perlahan-lahan ke tepi.
2. Jangan berenang terus ke arah mangsa. Apabila jarak anda hampir dengan
mangsa, kehadiran anda tidak boleh diketahui mangsa dengan memastikan
kedudukan anda berada di bahagian belakang. Kemudian, selam ke dalam
air dan tangkap mangsa dari arah belakang di bahagian bawah lengan.

33
PPM DAERAH BAGAN DATUK
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

REKOD UJIAN LENCANA KERIS PERAK


TARIKH TT PENGUJI
KESETIAAN
ORANG KENAMAAN/SULTAN ........... . ..............
PERSURUHJAYA DAERAH ........... . ..............
RUKUN SEMBAHYANG AGAMA MASING-MASING ........... . ..............

KESIHATAN DAN KESELAMATAN


CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN ........... . ..............
MENGETAHUI FAEDAH SENAMAN ........... . ..............
CARA MEMBERHENTIKAN DARAH KELUAR DARI HIDUNG ........... . ..............
BAHAYA ELEKTRIK DAN GAS ........... . ..............
ISI KANDUNGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS ........... . ..............

KESIHATAN DAN KESELAMATAN


LATIHAN ASAS PERBARISAN (BUKA/TUTUP BARISAN) ........... . ..............
IKATAN BUKU SILA/BUNGA GETI/SIMPUL SENTAK ........... . ..............
MEMASANG,MENGIBAR,MENURUN DAN MELIPAT BENDERA ........... . ..............

PENYERTAAN
5 JENIS HAIWAN DAN SIFAT KHUSUSNYA ........... . ..............
CARA TUMBUHAN MENDAPATKAN MAKANAN ........... . ..............
CARA MENGELAKKAN MAKANAN TERCEMAR ........... . ..............
ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER ........... . ..............
PENGGUNAAN TELEFON AWAM ........... . ..............

PERKHIDMATAN
MENGETAHUI DAN MEMAHAMI ISYARAT WISEL ........... . ..............
SYARAHAN ATAU CERMAH ........... . ..............
MEMBERI PERTOLONGAN DI AIR DENGAN ALATAN ........... . ..............

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak ini
telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian
tersebut.

Tarikh ................. Diluluskan oleh ...........................................................

*GUNTING DAN TAMPALKAN DI BAHAGIAN BELAKANG BUKU LOG


34

You might also like