Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PENCEMARAN SUNGAI SEGALIUD, SANDAKAN, SABAH

Pencemaran sungai merupakan satu permasalahan yang sering menjadi bualan

dalam kalangan pelbagai pihak, khususnya masyarakat setempat, badan kerajaan mahupun

badan bukan kerajaan (NGO). Seperti yang kita sedia maklum, sungai merupakan sumber

kepada kehidupan manusia dan menjadi habitat kepada pelbagai hidupan akuatik. Terdapat

pelbagai faktor yang mempengaruhi pencemaran sungai dan samaada dalam bentuk cecair

(sisa kimia dan kumbahan), bahan pepejal dan gas yang secara lansung atau tidak lansung

mengubah molekul air tersebut menjadi racun dan tidak sesuai untuk digunakan.

Pencemaran Sungai Segaliud di Sandakan, Sabah pada tahun 2019 merupakan salah

satu contoh yang boleh dilihat dan telah mengakibatkan pelbagai permasalahan yang timbul

dan menjejaskan penduduk setempat dan habitat semulajadi. Hasil siasatan yang dilakukan

oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah mendapati bahawa pencemaran tersebut berlaku

akibat daripada sisa buangan daripada sebuah kilang pemprosesan kelapa sawit yang

beroperasi di kawasan tersebut.

Kesan daripada pencemaran Sungai Segaliud ini telah menjejaskan penduduk

setempat yang menjadikan sungai tersebut sebagai punca utama pencarian rezeki. Selain

daripada itu, kesan akibat pencemaran ini boleh dilihat apabila air sungai bertukar menjadi

hitam dan terdapat banyak bangkai ikan dan udang yang timbul di permukaan air. Perkara

ini amat mendukacitakan kerana Sungai Segaliud begitu berjasa kepada penduduk setempat

dan hidupan akuatik yang mendiami sungai berkenaan.

Prinsip ekologi Barry Commoner “Everything is connected to everythingo else” jelas

menggambarkan bagaimana sesuatu hal, perbuatan mahupun peristiwa yang saling

berkaitan diantara satu sama lain dan setiap daripada tindakan manusia terhadap alam
sekitar akan memberi impak secara lansung ataupun tidak. Dalam mengeksploitasi

keuntungan hasil semulajadi ekosistem, perlu difikirkan cara agar ianya tidak menjejaskan

alam sekitar dan semulajadi. Prinsip Barry Commoner ini begitu menekankan bahawa setiap

daripada kita termasuk alam semulajadi adalah berkaitan diantara satu sama lain dan saling

memerlukan. Ekosistem global merupakan satu anugerah yang begitu berharga dan perlu

dijaga agar tidak berlaku sebarang pencemaran yang boleh menjejaskan kehidupan manusia

mahupun kehidupan semulajadi di masa akan datang. Kunci utama dalam mengekang

masalah pencemaran adalah dengan tidak memikirkan keuntungan semata-mata yang

hanya menguntungkan sesetengah pihak.

You might also like