Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
__________ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ ___ __________ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM

NAMA PELAJAR HAMIEZAH NUR BINTI RAHMAT

ANGKA GILIRAN 2020162340196

NO KAD PENGENALAN 010504-05-0060

KUMPULAN/UNIT 7PISMP/ PENDIDIKAN ISLAM 2

KOD & NAMA KURSUS PIMK3132/ PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA PENSYARAH DR MOHAMAD ZARKHUAN BIN ZAINOL

TARIKH HANTAR 4 FEBRUARI 2023

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: hamiezahnur Tarikh: 4 FEBRUARI 2023

Markah:
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA

SURAT

PENGHARGAAN ii

1.0. PENGENALAN 1

2.0. PERBEZAAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU ALIRAN 1-4

PERDANA DAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERASASKAN CIRI-CIRI

GURU MURABBI

3.0. KESIMPULAN 5

RUJUKAN iii

i
PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja

kursus bagi kursus Pendidikan Inklusif (PIMK3132) dalam tempoh masa yang telah

ditetapkan. Banyak manfaat yang telah saya peroleh sepanjang proses untuk menyiapkan

tugasan ini.

Oleh itu, sekalung penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah saya bagi kursus ini iaitu

Dr Mohd Zarkhuan Bin Zainol kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta idea

terutamanya bagi mendapatkan maklumat untuk memenuhi kehendak kerja kursus ini.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan sekelas saya iaitu kelas

Pendidikan Islam 2 kerana banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya

bagi menambah baik lagi idea sedia ada.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan buat ahli keluarga saya terutamanya ibu dan ayah

saya iaitu Puan Nor’Aini Binti Hassan dan Encik Rahmat bin Mohamed atas pertolongan dan

sokongan yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kerja kursus ini.

ii
1

1.0. PENGENALAN

Prinsip Education For All (EFA) yang diperkenalkan oleh The United Nations Educational,

Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah disambut baik oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM). Prinsip ini merupakan satu usaha untuk memastikan rakyat di

seluruh dunia mendapat hak pendidikan tanpa mengamalkan konsep eksklusif iaitu terhad

kepada peluang pendidikan disebabkan perbezaan keupayaan, ekonomi, jantina, latar

belakang dan agama (Lee Keok Chong dan Sailajah Nair Sukumaran, 2018).

Justeru, bagi menyokong inisiatif ini, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas pendidikan

inklusif berperanan besar dalam memastikan murid bekerpeluan khas memperoleh peluang

pendidikan seperti murid-murid lain serta mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi

oleh mereka supaya pembelajaran mereka lebih proaktif dan terarah. Tugas sebagai seorang

guru khususnya guru Pendidikan Islam bukan sahaja terbatas kepada penyampaian ilmu

semata-mata, malah perlu mempersiapkan diri ke arah pembentukan guru murabbi (Hasni

Mohammed, 2011). Justeru, penulisan ini adalah berfokus kepada perbezaan peranan dan

tanggungjawab guru aliran perdana serta guru pendidikan khas bedasarkan ciri-ciri guru

murabbi.

2.0. PERBEZAAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU ALIRAN PERDANA

DAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERASASKAN CIRI-CIRI GURU MURABBI

Antara perbezaan di antara peranan guru aliran perdana dan guru pendidikan khas bagi mata

pelajaran Pendidikan Islam adalah, sebelum merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, guru aliran perdana bertanggungjawab dalam membekalkan kurikulum

pendidikan dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

manakala guru pendidikan khas pula bertanggungjawab membekalkan maklumat murid

berkeperluan khas dan proses perancangan program kepada guru mata pelajaran. (Lee Keok

Chong dan Sailajah Nair Sukumaran, 2018). Hal ini sejajar dengan pandangan seorang
2

ulama besar dari Syria iaitu ‘Abdullah Nasih ‘Alwan yang menyatakan seorang murabbi

seharusnya memantau muridnya dari aspek keimanan, akhlak, akal dan ilmu, jasmani, emosi,

sosial dan rohani (Noor Najihan Jaafar dan Zetty Nurzuliana Rashed, 2015). Hal ini

menunjukkan bahawa guru perlu mengenalpasti kebolehan, keupayaan serta halangan-

halangan yang mungkin dihadapi oleh murid berkeperluan khas supaya mereka dapat

didedahkan dengan kurikulum sedia ada mengikut tahap kemampuan mereka. Melalui

kerjasama antara guru-guru ini juga membolehkan guru aliran perdana mempersiapkan diri

dengan kemahiran, strategi dan kaedah pengajaran yang lebih efektif untuk

diimplementasikan di dalam kelas bersama murid. Contohnya dalam tajuk istinjak, guru boleh

memperkenalkan alat-alat istinjak melalui bahan maujud. Hal ini bukan sahaja memberi

pengalaman sebenar kepada kesemua murid, malah membantu murid inklusif terutamanya

murid kurang upaya penglihatan untuk mengaktifkan deria sentuhan mereka semasa proses

pembelajaran.

Perbezaan lain antara peranan guru aliran perdana dengan guru pendidikan khas bagi

mata pelajaran Pendidikan Islam adalah, semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)

berlangsung, guru aliran perdana akan mengetuai proses menganalisis keseluruhan aktiviti

pembelajaran serta hasil pembelajaran akhir kesemua murid termasuk murid inklusif

manakala guru pendidikan khas bertindak sebagai pembantu guru aliran perdana dalam

proses ini (Lee Keok Chong dan Sailajah Nair Sukumaran, 2018). Selaras dengan pandangan

daripada Ghaiazra Mohammad Ali dan Abang Mohd Razif Abang Muis (2021), yang

menyatakan bahawa dalam berhadapan dengan murid yang mempunyai latar belakang dan

kebolehan yang pelbagai, seorang murabbi perlu bersikap adil dalam setiap tindakan dan

percakapannya dengan erti kata lain tidak hanya mengutamakan sebahagian dan

mengabaikan sebahagian yang lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa seorang murabbi

perlu menolak konsep diskriminasi yang jelasnya menzalimi hak seorang murid untuk

menerima pendidikan, bimbingan dan perhatian yang sama rata daripada seorang guru.
3

Sebagai contoh, dalam aktiviti bermain sambil belajar seperti kuiz, guru perlu melibatkan

murid secara keseluruhan untuk menguji kebolehan dan tahap kefahaman mereka dalam

topik yang telah dipelajari. Sikap positif dan adil dalam memberi perhatian kepada semua

murid sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan

pengajaran dan pencapaian murid (Wan Abdul Fattah Wan Ismail et. al, 2021)

Perbezaan yang seterusnya dapat dilihat dalam aspek selepas proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP) berlangsung di mana guru aliran perdana perlu berbincang dengan guru

pendidikan khas mengenai hasil pembelajaran murid, kaedah penyampaian guru, serta

strategi pentaksiran yang bersesuaian dengan murid manakala guru pendidikan khas pula

perlu membuat refleksi terhadap guru aliran perdana tentang akomodasi, strategi dan

modifikasi yang perlu dilakukan oleh guru aliran perdana bagi menambahbaik mutu

pengajaran mereka (Lee Keok Chong dan Sailajah Nair Sukumaran, 2018). Hal ini

berkadaran dengan pandangan daripada seorang sarjana Islam iaitu al-Nahlawi yang

menyatakan bahawa seorang murabbi sewajarnya menanamkan sifat sanggup berkorban

bagi memastikan murid berjaya dibentuk menjadi insan berguna di dunia dan akhirat (Noor

Najihan Jaafar dan Zetty Nurzuliana Rashed, 2015). Hal ini menunjukkan bahawa, seorang

murabbi seharusnya menunjukkan sikap sanggup berkorban dalam meningkatkan mutu

pengajaran mereka supaya murid menerima pendidikan yang berkualiti tinggi. Sebagai

contoh, seorang guru tidak sepatutnya bersikap pasif seperti membiarkan diri mereka berada

di dalam takuk yang lama dan tidak relevan dengan kepelbagaian dan keperluan murid.

Malah, tindakan proaktif sewajarnya diambil seperti mengadakan Professional Learning

Community (PLC) untuk membuat refleksi kendiri bersama rakan guru bagi mendapatkan idea

baharu untuk dimanfaatkan bersama pelajar.


4

Walaupun terdapat perbezaan peranan guru aliran perdana dengan guru pendidikan

khas bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, namun terdapat juga persamaan di antara kedua-

dua guru ini. Antaranya ialah, menjaga keperibadian diri yang merangkumi hubungan dengan

Allah dan juga hubungan dengan manusia. Hal ini ditekankan oleh Kamarul Azmi Jasmi

(2010) yang menyatakan bahawa seorang murabbi perlu menjaga hubungan dengan Allah

SWT seperti amanah, ikhlas, bertakwa dan menjaga hubungan dengan manusia seperti

menghormati orang sekeliling, mesra dan prihatin, saling berkasih sayang , adil dan menjaga

keterampilan diri. Hal ini jelas menunjukkan bahawa seorang murabbi perlu mempersiapkan

diri ke arah insan syumul yang mementingkan segala aspek dalam kehidupan seharian

mereka. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah,

‫اّللَ ُُِيب‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ‫واَنِْف ُقوا ِِف سبِي ِل ه‬


ٰ‫اّلل َوََل تُلْ ُق ْوا ِِبَيْديْ ُك ْم ا ََل الت َّْهلُ َكة ۛ َواَ ْحسنُ ْوا ۛ ا َّن ه‬
ٰ َْ ْ ْ َ

‫ي‬ ِِ
َ ْ ‫الْ ُم ْحسن‬

Yang bermaksud, “Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan

janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan

sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang

berbuat baik.”

Surah Al Baqarah;195

Berdasarkan firman Allah SWT di atas, jelaslah bahawa kita dianjurkan untuk memberi

manfaat kepada orang sekeliling dan sentiasa berusaha untuk membuat kebaikan

terutamanya kepada seorang yang bergelar murabbi ummah.


5

3.0. KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas kedua-duanya

membawa peranan dan tanggungjawab yang besar dalam membentuk ummah.

Seorang yang bergelar guru seharusnya mempersiapkan diri menjadi guru murabbi

yang bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada murid, malah

mendidik dan membentuk murid ke arah generasi yang berilmu dan bertakwa. Bukan

itu sahaja, seorang murabbi ummah juga sentiasa memperbaiki dirinya menjadi

seorang yang berguna kepada diri sendiri dan juga generasi yang dididik.
Rujukan
Hasni Mohammed. (2011). Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Holistik . Kongres Pendidikan Islam
Kebangsaan (pp. 4-7). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia: Satu
Kajian Kes. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn Bhd.

Noornajihan Jaafar & Zetty Nurzuliana Rashed. (2015). Model Kualiti Guru Pendidikan Islam Sebagai
Murabbi Menurut Sarjana Islam. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 101-108.

Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ahmad Syukran Baharuddin, Lukman Abdul Mutalib, Hasnizam
Hashim & Zulfaqar Mamat. (2021). Sikap Guru Terhadap Pengajaran Berpusatkan Murid Di
Kalangan Guru Pendidikan Islam Dalam Mata Pelajaran Al-Quran Di Sekolah Kebangsaan:
Satu Tinjauan. Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of
Civilization (pp. 539-555). Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

You might also like