Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Penghargaan
     Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran
geografi saya Pn. Liow. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami
sepanjang kajian ini dijalankan.

     Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya. Mereka
telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya demi memastikan
kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

     Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada rakan-
rakan saya yang telah banyak membantu saya dalam mengumpul dan merekod
maklumat kajian ini.

     Sesungguhnya dengan bantuan daripada semua pihak sama ada secara


lansung atau tidak lansung maka kerja khusus ini dapat disiapkan dengan
jayanya.

2.0 Pendahuluan

     Saya, Lim Jing Yao, murid kelas 3S dari SMK Kepong Baru telah menjalankan
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 yang bertajuk Pencemaran Udara di
Taman Sri Sinar, Segambut.

     Saya memilih Taman Sri Sinar sebagai lokasi kajian kerana kawasan tersebut
berdekatan dengan tempat tinggal saya. Hal ini telah memudahkan usaha saya
untuk mengumpul dan menyusun maklumat yang diperlukan untuk
menyempurnakan kerja lapangan.

     Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan


sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh
menyebabkan kemudaratan, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma
hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.
Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida,
kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa
radioaktif.
3.0 Objektif Kajian

Kerja lapangan ini berobjektif seperti berikut,

(i) Mentakrifkan konsep pencemaran udara di kawasan kajian


(ii) Mengenal pasti dan menghuraikan factor-faktor yang mempengaruhi
pencemaran udara di kawasan kajian
(iii) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan-kesan pencemaran udara di
kawasan kajian
(iv) Mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah
pencemaran udara di kawasan kajian

4.0 Kawasan Kajian

Taman Sri Sinar adalah sebuah perbandaran di Segambut, Kuala Lumpur,


Malaysia. Sebanyak 40000 orang penduduk yang mendiami di Taman Sri Sinar
pada 2010. Taman Sri Sinar ialah kawasan perumahan dan perindustrian yang
meliputi 42 hektar. Kegiatan perindustrian turut menyebabkan pencemaran
udara di kawasan Taman Sri Sinar. Contoh pencemaran udara adalah seperti
gas karbon dioksida, sulfur dioksida dan bau-bauan toksik.
5.0 Kaedah Kajian

(a)Permerhatian
-Kaedah pemerhatian ialah cara mengumpul data atau maklumat dengan
mengamati sesuatu yang ingin dikaji
-Pemerhatian mestilah sistematik dan berfokus
-Pemerhatian melibatkan perkaitan antara ciri fizikal dengan ciri budaya di
kawasan kerja lapangan
-Pengkaji akan memperoleh maklumat secara langsung
-Hasil pemerhatian perlu direkod
-Gunakan alatan bantuan teknologi seperti kamera atau perakam yang
bersesuaian
(b)Temu bual
-Pengkaji perlu menjelaskan maksud soalan
-Pengkaji perlu menjelaskan kajian secara jelas
-Guna alat perakam untuk merekod semua maklumat
-Senaraikan setiap soalan yang diperlukan
-Melibatkan pengkaji dan responden
-Maklumat diperoleh secara lisan
(c)Rujukan
-Kaedah ini boleh dilakukan dengan merujuk buku teks, buku rujukan, akhbar,
majalah ilmiah, jurnal, Internet, orang sumber, agensi kerajaan dan agensi
swasta
-Bahan-bahan yang dirujuk perlu dinyatakan sumber rujukan dalam laporan
kerja lapangan
6.0 Hasil Kajian

6.1 Faktor-faktor Pencemaran Udara di Taman Sri Sinar

     Antara faktor pencemaran udara di Taman Sri Sinar ialah pengeluaran asap
kenderaan bermotor. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang
banyak untuk bergerak melalui proses pembakaran bahan api fosil. Gas
bertoksik akan dikeluarkan seperti gas karbon monoksida, nitrus oksida,
hydrokarbon dan habuk-habuk.

     Selain itu, pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan


sampah. Pembakaran sampah yang berleluasa ini akan menghasilkan asap
yang berbahaya dan boleh mencemarkan udara. Contoh sampah sarap yang
dibakarkan ialah beg plastik dan ssampah kehidupan harian manusia.

     Akhir sekali, aktiviti industri perkilangan yang pesat juga menyebabkan


pencemaran udara. Industri perkilangan akan mengeluarkan asap yang akan
membahayakan kesihatan kita dan mencemar udara. Contohnya, nitrogen,
sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida.

6.2 Kesan-kesan Pencemaran Udara di Taman Sri Sinar

     Antara kesan-kesan pencemaran udara di Taman Sri Sinar ialah


mendatangkan penyakit kepada manusia. Sistem pernafasannya akan
menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Contoh penyakit
yang boleh kita hidap ialah kanser paru-paru dan asma.

     Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman.


Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan
tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini akan
mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil.
Contohnya, tumbuhan menguning dan mati.

     Akhir sekali, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-


bangunan. Bangunan-bangunan yang diperbuat daripada batu kapur boleh
mengalami keretakan dan roboh. Contohnya, bangunan-bangunan akan rapuh,
terurai, lemah, pudar dan kotor.
6.3 Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran udara di Taman Sri
Sinar
     Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran udara di
Taman Sri Sinar ialah kerajaan perlu mengariskan dan mengaplikasikan
undang-undang tegas kepada mereka yang terlibat dalam pembakaran
terbuka. Pihak kerajaan mesti mendenda sesiapa yang melakukan pembakaran
terbuka yang haram. Dengan itu, masalah pencemaran udara akan diatasi.
     Selain itu, setiap orang perlu mengurangkan penggunaan kenderaan
bermotor. Asap yang bertoksik akan dikurangkan. Setiap orang perlu
menggunakan pengangkutan awam seperti bas, LRT dan MRT.
     Akhir sekali, pihak sekolah boleh mengadakan kempen kesedaran untuk
menyedarkan murid sekolah tentang kesan pencemaran udara. Hal ini
bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Langkah ini
akan mengatasi gejala pencemaran udara pada masa akan dating.

7.0 Rumusan
     Kesimpulannya, pencemaran udara telah mendatangkan banyak kesan
buruk kepada manusia. Oleh itu, semua pihak perlu mengelakkan masalah
pencemaran udara menjadi semakin serius. Dengan itu, setiap orang boleh
hidup dengan selesa.
8.0 Rujukan
1. Buku
-Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman, Rajini Gauri
Muthusamy, Pau Anak Utek
2. Internet
-http://bmpk12.blogspot.com/2010/08/punca-punca-pencemaran-udara.html
-https://www.mywilayah.com/2020/10/punca-punca-pencemaran-udara.html
-https://eseispmstpm.blogspot.com/2014/07/kesan-kesan-pencemaran-udara-
kepada.html

You might also like