Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/256962190

MUQADDIMAH KEPADA FOTOELEKTRIK FOTOMETRI

Conference Paper · July 2007

CITATIONS READS
0 492

3 authors:

Zety Sharizat Hamidi Mohd zambri Zainuddin


Universiti Teknologi MARA University of Malaya
222 PUBLICATIONS   1,247 CITATIONS    54 PUBLICATIONS   83 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

N N M Shariff
Universiti Teknologi MARA
194 PUBLICATIONS   1,109 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

photometry and spectroscopy View project

INVESTIGATIONS OF DARK MATTER, MERGER AND WIMPs IN GALAXY CLUSTERS View project

All content following this page was uploaded by Zety Sharizat Hamidi on 21 May 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


MUQADDIMAH KEPADA FOTOELEKTRIK FOTOMETRI
Oleh
Zety Sharizat Binti Hamidi, Prof. Dr. Mohd. Zambri Bin Zainuddin, Nur Nafhatun Md.
Shariff
Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
zsharizat@yahoo.co.uk
Abstrak
Sejarah awal perkembangan penyelidikan fotoelektrik fotometri ini sehingga kini
dinyatakan. Kepentingan kajian ini dihuraikan dengan membincangkan aspek serta hasil
yang boleh didapati secara terperinci di dalam teori. Dalam kertas ini, kaedah serta
analisis yang asas juga dijelaskan. Hasil keseluruhannya membawa kepada kepentingan
dalam mendalami dan menguasai bidang kajian ini secara serius dan berterusan.

I. Muqaddimah

Fotoelektrik fotometri merupakan salah satu teknik cerapan yang penting dalam bidang
astronomi. Ia mengkaji pengukuran tenaga (cahaya) yang dipancarkan daripada objek
samawi pada panjang gelombang tertentu dan hasil parameter tersebut boleh dijadikan
model bagi struktur najam. Isyarat cahaya akan bertukar kepada isyarat elektrik
menunjukkan kesan fotoelektrik 1 (photoelectric effect) wujud dalam teknik ini.
Pengukuran warna bintang misalnya, yang terhasil daripada pengukuran daripada
perbezaan antara dua spektrum yang berbeza membolehkan kita mengukur suhu bintang
tersebut. Bidang ini juga merupakan bidang subkajian yang penting dalam menentukan
pengukuran saiz dan jarak objek najam itu sendiri. Di atas hasil kajian inilah lahirnya
gambarajah Herztprung-Russell, dimana ianya merupakan hasil kajian yang
membolehkan kita memahami evolusi najam dalam semesta kita sendiri amnya.

Sejarah fotometri bermula sejak 2000 tahun yang lampau apabila ahli astronomi dari
Greek bernama Hipparchus yang mendapati bahawa kecerahan setiap bintang itu sendiri
boleh dibahagikan mengikut skala tertentu. Beliau telah menghasilkan sebuah katalog
yang terdiri lebih daripada 1000 bintang dan membahagikannya dari aspek magnitud
bintang bermula daripada skala satu (paling cerah) hingga enam (paling malap). Claudius
Ptolemy (180 A.D) meneruskan kajian Hipparhus dan di sinilah bermulanya era
fotoelektrik fotometri dalam bidang astronomi. Kesinambungan kajian diteruskan pula
oleh N.R. Pogson (1856), dimana Pogson telah mengesahkan kajian Hershel tentang
bintang bermagnitud satu mempunyai nilai fluks sebanyak 100 kali lebih berbanding
bintang yang bermagnitud enam. Terbitan persamaan magnitud yang terhasil dan
digunakan sehingga kini sebagai asas pengukuran magnitud akan dibincangkan di dalam
1
Kesan fotoelektrik adalah fenomena elektronik kuantum di mana elektron dipancarkan daripada jirim
selepas penyerapan tenaga dari sinaran elektromagnet. Elektron yang terpancar ini dikenali sebagai
fotoelektron.

1
teori. Namun era perkembangan fotometri selari dengan perkembangan teknologi hingga
kini. Bermula dari penggunaan deria penglihatan kepada aplikasi fotografi atau plat
fotografi oleh Bond (1850), kaedah dan aplikasi fotoelektrik dan Charge Couple devices
(CCDs) mengambilalih peranan yang dimainkan oleh instrumentasi sebelum ini.

Sejarah awal fotoelektrik fotometri bermula apabila kesan fotoelektrik ditemui oleh
Henrich Hertz (1887) di mana cahaya dilihat wujud pada permukaan logam apabila
elektron akan dilepaskan, dan bilangan elektron yang dilepaskan berkadaran dengan
intensiti cahaya. Penjelasan berkaitan dengan kesan fotoelektrik ini telah dirungkaikan
oleh Albert Einstein(1905) yang menggambarkan cahaya seperti aliran tenaga yang
berkadaran dengan frekuensi. Sejak tahun 1940an, tiub photomultiplier diaplikasikan
secara meluas dalam astronomi.

Secara amnya, terdapat dua teknik cerapan yang boleh dilakukan iaitu ‘all-sky’ fotometri
dan juga ‘differential’ fotometri. Teknik ‘differential’ fotometri merupakan kaedah yang
paling mudah dan tepat dalam pengukuran perubahan magnitud yang kecil. Teknik ini
digunakan dengan meluas pada bintang bervariasi (variable star) yang mempunyai
tempoh perubahan magnitud yang singkat dan sistem bintang dedua bergerhana
(eclipsing binary).

Kajian ini menggunakan fotoelektrik fotometer yang sensitif dengan cahaya dimana
terdapat penuras di dalamnya. Komponen utama fotoelektrik fotometri dan teleskop
adalah seperti dalam rajah 1. Dalam ‘differential’ fotometri, bintang pembanding
(comparison) digunakan bagi memastikan bahawa bintang yang disasarkan benar-benar
berubah intensitnya. Ia mempunyai kriteria tertentu seperti berhampiran dengan bintang
tersebut (bagi memastikan pembetulan pemupusan bernilai kecil), jenis warna yang sama
atau hampir sama dan bukan bintang bervariasi. Teknik cerapan akan dibincangkan
dengan lebih mendalam dalam seksyen ketiga nanti.

Rajah 1.1: Gambarajah skematik teleskop dan fotoelektrik fotometer

2
II. Teori

Konsep medan sinaran cahaya dan sinaran jasad hitam menjadi asas bagaimana lahirnya
teknik ini. Daripada 2 hukum sesaran Wien, terbitan seperti fluks cahaya, intensiti dan
juga luminositi terhasil. Seperti yang telah diketahui, magnitud merupakan parameter
asas yang mampu merungkai paramater astrofizikal yang lain. Di sini, asas parameter
bagi fotometri akan ditunjukkan.

Magnitud merupakan kecerahan bintang yang diukur berdasarkan skala tertentu. Terdapat
tiga jenis magnitud utama iaitu: magnitud ketara (m), magnitud piawai (U, B, V) dan
magnitud mutlak (M).

Hubungan diantara magnitud ketara dan magnitud mutlak sesuatu bintang menghasilkan
terbitan am seperti berikut:
m – M = 5 log r – 5 (2.1)
di mana r mewakili jarak bintang tersebut
Hasil perbezaan antara dua penuras memberi nilai indeks warna di mana:
Indeks warna, CI = B - V or CI = mB - mV (2.2)

Secara tidak langsung suhu sesuatu bintang boleh dirungkaikan:


Bagi bintang bersuhu rendah (kurang daripada 10000 Kelvin);

8540 (2.3)
B − V = −0.865 +
T

Bagi bintang bersuhu tinggi (lebih daripada 10000 Kelvin)

(2.4)
7099
B − V = −0.71 +
T
Persamaan am ini (2.3) dan (2.4) memberi anggaran nilai suhu sesuatu bintang.
Luminositi bintang juga boleh diukur dengan menggunakan persamaan berikut:
L = 4πr 2σT 4 (2.5)

Nilai r merujuk kepada jejari bintang tersebut. Selanjutnya, hubungan antara luminositi
dan jisim dapat dikaitkan:
L = M 3.5 (2.6)
Persamaan di atas adalah berdasarkan nilai anggaran mengikut nisbah jisim matahari.

Persamaan yang telah ditunjukkan membolehkan kita merungkai parameter fizik yang
boleh memberi kesan yang penting dalam memahami evolusi sesuatu objek najam dan
alam semesta amnya. Namun, terdapat beberapa analisa yang perlu dilakukan sebelum
2
Hukum sesaran Wien adalah hukum fizik yang menyatakan bahawa panjang gelombang dalam
lengkungan pancaran sesuatu jasad hitam adalah berkadar songsang dengan suhu.

3
kita dapat membuat pengukuran tersebut. Analisa ini perlu mengambilkira faktor yang
memberi kesan kepada perbezaan nilai cerapan dengan nilai teori. Seksyen berikutnya
menghuraikan teknik cerapan dan beberapa prosedur yang perlu diikuti semasa cerapan.

Selain itu, lengkungan cahaya (light curve) juga boleh diplot berdasarkan tempoh lengkap
sesuatu bintang. Setiap bintang bervariasi mempunyai jenis dan berubah dengan cara
tersendiri. Terdapat yang bersifat periodic dan ada juga yang berubah-ubah. Perubahan
magnitud dapat dikesan dan kajian ini membolehkan kita mengetahui bukan sahaja
struktur luaran, bahkan sifat dalaman, pemindahan jirim dari sesuatu komponen kepada
komponen yang lain dan juga aktiviti magnetik dapat dikaji. Ia juga dikategorikan
mengikut tempoh dan bentuk lengkung cahaya itu sendiri.Misalannya, Beta Persei
(Algol) merupakan bintang yang utama dalam kelas bintang dedua bergerhana jenis A.

III. Teknik Cerapan

Cerapan fotoelektrik fotometri ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada dua atau
lebih penuras (U, B, V) bagi setiap objek yang dicerap. Berikut adalah proses
pengambilan data yang dilakukan:

1. Bacaan hingar (Dark Reading)


2. Bacaan latarbelakang langit
3. Bacaan bintang pembanding
4. Bacaan latarbelakang langit
5. Bacaan bintang bervariasi
6. Bacaan hingar (Dark Reading)

Pengambilan data ini dilakukan secara berterusan sepanjang malam dengan dedahan
masa tertentu (10 saat) setiap bacaan. Adalah penting bagi memastikan bahawa tiada
sebarang gangguan cahaya dan kualiti langit yang baik semasa cerapan dilakukan.
Bacaan yang diambil akan dikurangkan dengan mengambilkira bacaan hingar iaitu
bacaan yang diambil dengan menutup teleskop, yang terhasil daripada pengumpulan haba
yang terjana daripada elektron sesebuah instrumen. Tempoh cerapan bergantung kepada
objektif kajian. Misalannya, sekiranya kita megkaji lengkungan cahaya bagi bintang yang
mempunyai tempoh masa yang singkat, ia mengambil masa beberapa bulan bagi
memperolehi kitaran yang lengkap. Perisian SSPDataq digunakan bagi menyimpan dan
menganalisa data yang diambil.

4
IV. Kaedah analisis

Terdapat pelbagai jenis kaedah analisis yang boleh digunakan dalam proses menganalisa
data fotoelektrik fotometri ini. Namun, kita akan membincangkan kaedah yang asas
dalam kajian ini. Adalah penting untuk mengambilkira beberapa aspek yang memberi
kesan kepada data cerapan. Dalam seksyen ini, bagaimana bacaan yang diambil diubah
kepada magnitud dan ditransformasikan kepada magnitud piawai akan ditunjukkan.
Berikut adalah algoritma analisa bagi fotoelektrik fotometri:

1. Menentukan purata bacaan bagi setiap objek yang dicerap.

< d >= (d 1 + d 2 + d 3 ) / 3 (4.1)


2. Penolakan bacaan purata dengan bacaan (latarbelakang langit).
d =< d > star − < d > sky (4.2)
3. Menentukan magnitud instrumen(m) setelah pembetulan pemupusan telah
dikenalpasti. Setiap bacaan yang diambil sekurang-kurangnya terdiri daripada dua
penuras. (penuras B dan V).
m = −2.5 log d (4.3)
Terbitan magnitud perlu ditransformasikan kepada sistem piawai. Dalam persamaan
berikutnya, hubungan transformasi kepada sistem yang piawai akan ditunjukkan.

4. Penentuan purata magnitud instrumen bagi bintang pembanding sebelum dan


selepas bintang bervariasi.
< mc >= (mc1 + mc 2 ) / 2 (4.4)
5. Penentuan perbezaan magnitud instrumen ( Δm ) dengan menolakkan purata
magnitud instrumen bintang pembanding.
Δm = mv − < mc > (4.5)
6. Penentuan purata perbezaan magnitud instrumen (< Δm >), indeks warna ( Δ (b-
v)), dan sisihan piawai (σ).

Δ (b − v ) =< Δb > − < Δv > (4.6)


σ = [∑ ( x − < x >) /( N − 1)]
2 1/ 2
(4.7)
7. Aplikasi pembetulan pemupusan jika perlu.

Δm0 = Δm − k ' Δx − k " < x > Δ(b − v) (4.8)


8. Transformasi hasil keputusan kepada sistem piawai UBV.
ΔM =< Δm > +εΔ (b − v ) (4.9)
Di sini ΔM merujuk kepada perbezaan magnitud antara B dan V, (B-V). Kaedah analisa
tersebut telah digunakan dalam perisian SSPDataq dan Liberty Basics.

5
V. Kesimpulan

Fotoelektrik fotometri merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menentukan ciri
fizikal asas dan lengkungan cahaya bintang. Atas faktor tersebut, fotoelektrik fotometer
masih digunakan sehingga kini. Skop kajian yang meluas membolehkan kita memahami
dengan lebih mendalam struktur dan evolusi najam itu sendiri. Walaupun bidang ini telah
lama dipelopori oleh negara-negara Barat dan maju, penyelidikan ini masih kurang
dijalankan di negara kita. Jesteru itu, kita tidak boleh ketinggalan dalam membangunkan
kajian fotoelektrik fotometri atau fotometri sendiri amya dalam menjadi pemangkin dan
meningkatkan mutu penyelidikan astronomi dan falak Malaysia.

Rujukan:

1. A.Bonaca, V.Dzaja, G.Niksic & G.Sostero, 2003, Some Practical Experiences On


Photometry.
2. Adams,B.H, 1989, Data Reduction Techniques for Differential Photoelectric
Photometry: A Paper Presented at the Wichita I. A. P. P. P. Symposium,
International Amateur-Professional Photoelectric Photometry Communication,
No. 38, p.8.
3. Baum, W.A. 1962, Astronomical Techniques, edited by W.A. Hiltner (Chicago:
University of Chicago Press)
4. D.S Hall, R.M Genet, 1998, Photoelectric Photometry of Variable Star: A
Practical Guide for the Smaller Observatory (2nd ed.), United States of America:
Willmann-Bell, Inc.
5. Henden A. A. and Kaitchuck R. H., 1990 Astronomical Photometry, Willmann
Bell.
6. Kitchin, C. R. 1998, Astrophysical techniques (3rd ed.; Philadelphia, Pa.: Institute
of Physics Publishing).
7. Carroll, B. W., & Ostlie, D. A., 1996, An introduction to modern astrophysics
(Reading, Mass.: Addison-Wesley Pub).
8. Baldwin, M. E., & Samolyk, G. 1995, Observed minima timings of eclipsing
binaries, Number 2, The American Association of Variable Star

View publication stats

You might also like