Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat Kewangan Bil.

1/2022 16 Mac 2022

MINIT MESYUARAT KEWANGAN BIL. 1/2022

Tarikh : 16 Mac 2022 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
KM 14, Jalan Pantai Teluk Kemang

HADIR :

1. Puan Norlida Akmar binti A.Aziz


Guru Besar /Pengerusi
2. Encik Herizul Izwan bin Idris
GPK Pentadbiran
3. Puan Malini a/p Vesuvanathan
GPK Hal Ehwal Murid
4. Puan Rosniza binti Baharudin – TIDAK HADIR
GPK Kokurikulum
5. Pn. Norhazan binti Malek
GPM / KP B. Arab
6. Pn. Noorhayati binti Ahmad
Juruaudit Dalaman / KP B.Inggeris
7. Pn. Roslyza binti Mohd Salleh
KP Matematik
8. Puan Siti Norazlina binti Nordin
KP Sains
9. Puan Nor Zulfa binti Mohd Ariffin
KP Pendidikan Islam
10. Encik Rosli Khan bin Illadad Khan
KP Sejarah
11. Puan Rokiah binti Yaacob
KP Bahasa Melayu
12. Encik Mohd Azman bin Kamari
KP RBT & TMK
13. Noorulazman bin Zakaria
KP Pend. Muzik & Pend. Seni
14. Encik Afizudin bin Idrus
KP PJK
15. Puan Suriya binti Mohamad Said
KP Pend. Moral

Muka surat 1
Minit Mesyuarat Kewangan Bil. 1/2022 16 Mac 2022

16. Encik Azuraini Ikhwan bin Mohd Hushaini


Guru Prasekolah
17. Hafaizah binti Abdul Manaf
18. Mumtazzah binti Hamzah
19. Syuhada binti Buhollia
20. Zairatul Syazwani binti Mohd Muhyiddin
21. Puan Norazlina binti Hashim
Pembantu Tadbir / SU Kewangan

1.0. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalukan kehadiran barisan GPK, semua Ketua Panitia dan
SU Kewangan sekolah ke mesyuarat kewangan pada pagi ini. Majlis
dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.

1.2. Mesyuarat mengambil maklum untuk mengadakan mesyuarat Kewangan


sebelum mesyuarat guru dan panitia diadakan.

1.3 Mesyuarat mengambil maklum semua kertas kerja perlu dibentangkan dalam
mesyuarat kewangan untuk kelulusan sebelum mesyuarat panitia diadakan.

1.4 Mesyuarat mengambil maklum tatacara kewangan mengikut Pekeliling


Kewangan 1/2021 yang baru. Semua KP perlu mengikut pekeliling untuk
perbelanjaan peruntukkan PCG yang diterima.

1.5 Mesyuarat mengambil maklum laporan Audit bagi Tahun 2020 telah
diperolehi dan keputusan sekolah perolehi adalah BAIK. Dokumen
kewangan bagi Tahun 2021 telah dihantar untuk pengauditan.

1.6 Mesyuarat mengambil maklum peruntukan PCG bagi Tahun 2022 telah
diterima sebanyak 70% daripada jumlah keseluruhan yang dipohon.
Dicadangkan KP membelanjakan peruntukan yang diperolehi.

Tindakan : Makluman

Muka surat 2
Minit Mesyuarat Kewangan Bil. 1/2022 16 Mac 2022

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1.Minit Mesyuarat Kewangan Bil.4/2021 diterima sebulat suara tanpa sebarang


pindaan.
Dicadang oleh : Encik Rosli Khan bin Illadad Khan
Disokong oleh : Puan Rokiah binti Yaacob

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1. Perkara 4.4 Minit Mesyuarat Bil. 3 /2021


Galeri Sejarah akan diwujudkan menggunakan peruntukan sejarah
Tahun 2022.

3.2 Perkara 4.8 Minit Mesyuarat Bil. 3/2021


Pembelian buku dan alat permainan dalaman akan dibeli Tahun 2022.

3.3 Perkara 4.10 Minit Mesyuarat Bil. 3/2021


Perancangan untuk membeli alatan microbit untuk Panitia RBT akan
dibeli pada Tahun 2022.

3.4 Perkara 4.15 Minit Mesyuarat Bil. 3/2021


En. Rosli Khan memaklumkan sudut kokurikulum telah diwujudkan dan
maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.

3.5 Perkara 4.16 Minit Mesyuarat Bil. 3/2021


En. Rosli Khan selaku S/U kokurikulum memaklumkan surat
permohonan telah dihantar kepada En. Firdaus, AJK PIBG dan
masih menunggu jawapan.

3.6 Perkara 4.17 Minit Mesyuarat Bil. 3/2021


Alatan di bilik sukan dan permainan akan dibeli pada Tahun 2022.

3.7 Perkara 4.21 Minit Mesyuarat Bil. 3/2021


Bilik Bahasa telah diwujudkan di aras 3 Blok A bersebelahan makmal
komputer. Digunakan untuk menyimpan bahan-bahan Bahasa Melayu,
Inggeris dan Arab. Disediakan tiga almari untuk menyimpan alatan PdP.
Boleh juga untuk menyimpan alatan permainan dalaman.

Muka surat 3
Minit Mesyuarat Kewangan Bil. 1/2022 16 Mac 2022

4.0. PEMBENTANGAN KERTAS MAKLUMAN

4.1. Mesyuarat mengambil maklum pembentangan peruntukan yang diterima


oleh pihak sekolah untuk diagihkan ke setiap panitia mengikut Pekeliling
Kewangan 1 tahun 2021.

4.2 Mesyuarat mengambil maklum atas cadangan Ketua Panitia RBT ingin
membeli alatan mocrobit sebanyak 6 set.
Tindakan : KP RBT

4.3. Mesyuarat mengambil maklum atas cadangan Ketua Panitia PJK untuk
membeli tilam.
Tindakan : KP PJK

4.4 Mesyuarat mengambil maklum atas cadangan Setiausaha Kokurikulum


untuk membeli Siaraya . Mesyuarat tiada halangan untuk merealisasikan
pembelian alatan siaraya menggunakan peruntukan kokurikulum.

Tindakan : S/U Kokurikulum

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1. Mesyuarat mengambil maklum kegunaan peruntukan PCG keutamaan


untuk kegunaan murid. Perlu senaraikan dalam kertas kerja.

Tindakan : Semua KP

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1. Pengerusi mengucapkan penghargaan kepada semua KP yang hadir


mesyuarat pada hari ini. Semoga apa yang dibincangkan dapat
dilaksanakan sebaik mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.10 pagi.

Disediakan oleh :
Puan Norazlina binti Hashim
Setiausaha Kewangan
Tarikh : 11.04.2022

Muka surat 4
Minit Mesyuarat Kewangan Bil. 1/2022 16 Mac 2022

Muka surat 5

You might also like