4.JA29 - Penolong Jurutera

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

JAWATAN PENOLONG JURUTERA GRED JA29 KEKOSONGAN : 1

1. TARAF JAWATAN : SEMENTARA/ TETAP

2. JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM : RM 1,549.00 – RM 5,701.00

3. KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 145.00

4. KELAYAKAN :

Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil dalam bidang kejuruteraan yang


diiktiraf oleh kerajaan daripada
politeknik-politeknik tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;
Gaji Permulaan : RM1,549.00

ATAU
Bidang/Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang kejuruteraan
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan : RM1,935.02

DAN
Syarat Bahasa Melayu : Kepujian dalam subjek Bahasa
Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

5. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan:-

 Pembantu Kemahiran,
 Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26,
 Penjaga Jentera Elektrik dan
 Merinyu Tali Air

adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan


untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred
JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan adalah layak dipertimbang untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 4 di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur bagi PSL adalah seperti berikut:


(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 55/56 tahun;
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 60 tahun.

6. RINGKASAN TUGAS (UMUM):

Bertanggungjawab melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi,


menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan,
menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding dan menyediakan laporan serta
lain-lain tugas yang berkaitan. Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan
projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal
dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia
dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek,
menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek,
menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan
penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan
bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian,
penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti
bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-
tugas yang berkaitan.

You might also like