Faktor FaktorYangMempengaruhiPencapaianKursusMatematik PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/330934201

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Kursus Matematik


Kejuruteraan 1 Dalam Kalangan Pelajar Politeknik di Johor

Article · February 2019

CITATIONS READS

2 1,289

1 author:

Abdul Halim Abdullah


Universiti Teknologi Malaysia
227 PUBLICATIONS   558 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Pedagogical Content Knowledge View project

Problem Solving Based on Metacognitive Learning Activities to Increase Mathematical Reasoning Skills View project

All content following this page was uploaded by Abdul Halim Abdullah on 07 February 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Cetakan Pertama 2019 oleh Sekolah Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia


81310 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Malaysia

ISBN 978-967-0194-68-4

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana isi kandungan
buku dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Dekan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Diterbitkan di Malaysia oleh:

Sekolah Pendidikan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, Malaysia

humanities.utm.my/education
SIDANG REDAKSI

Penasihat

Prof. Dr. Muhammad Sukri Saud


Prof. Madya Dr. Azlina Mohd Kosnin

Ketua Editor

Dr. Abdul Halim bin Abdullah

Editor

Dr. Muhammad Abd Hadi bin Bunyamin


Dr. Nurul Farhana binti Jumaat
Dr. Norulhuda binti Ismail
Dr. Najua Syuhada binti Ahmad Alhassora
Jabatan Pendidikan Sains & Matematik dan Multimedia Kreatif

Dr. Mahyuddin bin Arsat


Dr. Nurul Aini binti Mohd Ahyan
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

Dr. Jamilah binti Ahmad


Dr. Tan Joo Siang
Dr. Mohd Rustam bin Mohd Rameli
Jabatan Asas Pendidikan dan Sains Sosial

Pereka Kulit Buku

Pn. Siti Noraini Mohd Zali


Penolong Pegawai Senireka

Sekolah Pendidikan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
UTM, Johor Bahru
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Kursus Matematik
Kejuruteraan 1 Dalam Kalangan Pelajar Politeknik di Johor
1
Julaila Sapari & 2Abdul Halim Abdullah
1, 2
Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
julailasapari@gmail.com, p-halim@utm.my

Abstrak

Matematik Kejuruteraan 1 adalah satu kursus yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar
semester 1 Kejuruteraan Elektrik Dan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik. Namun begitu
berpandukan keputusan peperiksaan akhir pelajar-pelajar semester satu sesi Jun 2017 bagi
kursus Matematik Kejuruteraan 1 di Politeknik Ibrahim Sultan, pencapaian mereka tidak
mencapai target 100% lulus. Dari keputusan tersebut didapati tahap pencapaian gred
pelajar adalah kurang memuaskan dimana kebanyakan pelajar hanya mendapat gred C dan
setakat gred D iaitu minimum untuk lulus. Terdapat juga pelajar yang gagal dalam
peperiksaan Matematik Kejuruteraan 1 ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kursus Matematik
Kejuruteraan 1 dalam kalangan pelajar politeknik di Johor. Terdapat lapan faktor yang
diukur iaitu faktor pengetahuan sedia ada, faktor sikap, faktor gaya pembelajaran, faktor
rakan sebaya, faktor kaedah pengajaran, faktor keluarga, faktor minat dan faktor
persekitaran. Kajian ini melibatkan dua Politeknik Johor iaitu Politeknik Ibrahim Sultan dan
Politeknik Mersing. Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan
melibatkan seramai 217 orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan ialah
sampel rawak mudah. Dapatan kajian ini diukur menggunakan Model Pengukuran
Rasch.Secara keseluruhan dapatan kajian ini telah mengenal pasti minat, sikap, persekitaran,
gaya pembelajaran, kaedah pengajaran adalah faktor yang lebih mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam subjek Matematik Kejuruteraan 1. Diharapkan hasil dari kajian ini dapat
digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik
pelajar.

Kata kunci: Matematik Kejuruteraan 1, Politeknik, Pencapaian

1.0 Pengenalan

Politeknik merupakan institusi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan


Tinggi Malaysia yang dapat melahirkan tenaga kerja teknikal untuk memenuhi beberapa
bidang kejuruteraan khususnya. Jika dilihat sehingga kini, terdapat 36 buah Politeknik di
Malaysia yang kebanyakannya menawarkan bidang pendidikan teknikal. Kursus Matematik
Kejuruteraan 1 merupakan matapelajaran yang wajib diambil oleh pelajar Jabatan
Kejuruteraan di Politeknik. Pelajar-pelajar yang terlibat bagi Politeknik sekitar Johor adalah
dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Politeknik yang
terlibat dalam kajian ini ialah Politeknik Ibrahim Sultan dan Politeknik Mersing. Pelajar
yang mendaftar di Politeknik merupakan pelajar lepasan SPM yang berkelayakan mengikut
syarat minima kemasukan ke Politeknik. Maka sebagai salah satu Universiti Awam,
Politeknik juga amat menekankan pencapaian yang cemerlang kepada pelajar-pelajarnya. Ini
kerana kecemerlangan graduan di peringkat pengajian Politeknik dapat membantu mereka
209
untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya dan setanding dengan Universiti
Awam dan IPTS malah ianya juga digunakan sebagai persaingan dalam pasaran kerja.
Beberapa universiti yang menawarkan bidang kejuruteraan amat memandang serius
pencapaian yang melibatkan kursus Matematik dan statistik pelajar-pelajarnya (Suhailah et
al., 2003).

Maka, bagi memenuhi kehendak dan cabaran pendidikan teknikal masa kini terutama
di Politeknik, penguasaan pelajar dalam pembelajaran perlulah mantap. Justeru itu, pelajar
perlulah memahirkan diri bagi mata pelajaran Matematik Kejuruteraan yang amat penting
ini. Dalam kenyataan oleh Idris (2005) juga ada menyatakan Matematik adalah subjek yang
sukar difahami, menjemukan dan tidak bermakna dalam kehidupan di kalangan pelajar
sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Maka, dalam kajian ini, penyelidik ingin
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kursus Matematik Kejuruteraan
1 dalam kalangan pelajar Politeknik di Johor.

2.0 Latar Belakang Masalah

Matematik Kejuruteraan 1 adalah satu kursus yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar
semester 1 Kejuruteraan Elektrik Dan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik. Matematik
Kejuruteraan 1 ini memberi pendedahan kepada pelajar semester satu berkaitan dengan
pembelajaran beberapa topik yang melibatkan algebra secara teori khususnya dalam bentuk
piawai, indeks dan logaritma, geometri dan pengukuran, geometri koordinat dan graf. Ia juga
menerangkan konsep asas trigonometri dan penggunaannya dalam menyelesaikan masalah
Matematik dalam bidang kejuruteraan. Kursus ini juga merupakan lanjutan pengetahuan asas
Matematik di peringkat sekolah khususnya SPM. Memandangkan kursus ini berkait rapat
dengan kursus Matematik Kejuruteraan 2 di mana ia adalah prasyarat untuk membolehkan
pelajar meneruskan kursus Matematik di peringkat semester dua, maka adalah menjadi
kewajipan kepada pelajar dan pensyarah untuk memastikan kursus ini mempunyai
pencapaian kelulusan 100% di peringkat semester satu. Terdapat banyak kajian yang
berkaitan dengan pendidikan Matematik yang melibatkan sama ada sekolah ataupun institusi
pegajian tinggi seiring dengan kemajuan pendidikan di Malaysia ini. Antaranya ialah
penyelidikan yang berkaitan kaedah pengajaran bagi mencapai objektif pengajaran di dalam
kelas.

Selain itu, terdapat juga kajian terhadap proses pembelajaran pelajar dimana ianya
melibatkan perkaitan cara pelajar berfikir. Kajian yang dijalankan menjadi semakin
berkembang dengan terdapatnya kajian berkaitan kaedah atau faktor dalam pencapaian atau
peningkatan Matematik dari segi pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan kajian yang
dilaksanakan lebih kepada penyelesaian masalah yang wujud kepada masalah pengajar,
faktor yang mempengaruhi, pelajar dan kaedah pengajaran. Dalam kajian ini pengkaji akan
mengkaji pencapaian pelajar terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 1 yang ditawarkan
oleh Politeknik kerana ianya kurang memuaskan setiap semester. Pencapaian prestasi yang
kurang memuaskan ini sangat merunsingkan memandangkan ianya ialah salah satu subjek
yang amat penting dalam bidang kejuruteraan. Terdapat beberapa faktor yang telah dikaitkan
dengan masalah pencapaian ini. Oleh yang demikian, bagi mengenal pasti apakah
permasalahan yang timbul dalam kualiti keputusan Matematik Kejuruteraan dalam kalangan
pelajar, satu kajian tinjauan telah dijalankan di kalangan pelajar Politeknik Johor yang
bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kursus Matematik
Kejuruteraan 1 dalam kalangan pelajar Politeknik di Johor.

210
3.0 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep yang ditunjukkan seperti Rajah 1 ialah konsep kajian bagi beberapa
faktor pencapaian pelajar yang akan dijalankan oleh pengkaji. Kerangka konsep ini dibina
bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kursus Matematik Kejuruteraan
1 dalam kalangan pelajar Politeknik di Johor sahaja. Kajian yang akan dijalankan hanya
melibatkan faktor-faktor yang diambil dari kajian yang lepas dan telah digabungkan oleh
pengkaji. Pengkaji telah mengadaptasi empat kajian berkaitan faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian Matematik di Universiti dan Politeknik. Menurut kajian Mohd
Nihra Haruzuan dan Nurul Azilah (2011) selain rakan sebaya faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian Matematik ialah pengetahuan sedia ada, faktor minat dan faktor
teknik belajar. Suhana et al., (2016) dalam kajian mereka di Politeknik Mukah mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus Matematik Kejuruteraan
2 ialah faktor minat , faktor sikap, faktor pensyarah dan faktor persekitaran. Maka pengkaji
akan mengambil faktor-faktor berikut untuk dijadikan sebagai kajian di Politeknik Johor
untuk kursus Matematik Kejuruteraan 1. Selain itu menurut kajian Quek Miow Leng (2006)
faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Matematik yang dikategorikan sebagai faktor
dalaman seperti minat, sikap dan persepsi pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Manakala
faktor luaran ialah seperti pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya, ibu bapa, kemudahan dan
persekitaran dan silibus pengajaran. Kajian seterusnya ialah kajian Johari Hassan dan
Norsuriani (2011) dalam dapatan kajiannya menyatakan faktor-faktor yang menggalakkan
minat pelajar terhadap Matematik boleh dibahagikan kepada faktor luaran dan dalaman.
Faktor luaran ialah guru, ibu bapa, rakan sebaya dan persekitaran manakala faktor dalaman
yang dikaji ialah faktor diri sendiri dan psikologi.

Maka dari lapan faktor berikut pengkaji telah membahagikan faktor-faktor tersebut
kepada faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran yang akan ditekankan oleh pengkaji ialah
faktpr rakan sebaya, keluarga, persekitaran dan kaedah pengajaran. Manakala faktor dalaman
yang berkaitan dengan kajian ini ialah faktor pengetahuan sedia ada pelajar, sikap, minat dan
gaya pembelajaran.

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian

211
4.0 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

i. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kursus


Matematik Kejuruteraan 1 dalam kalangan pelajar Politeknik di Johor.
ii. Menentukan faktor yang mempengaruhi pencapaian kursus Matematik
Kejuruteraan 1 dalam kalangan pelajar Politeknik di Johor merentas jantina
dan jurusan yang diambil.

5.0 Metodologi

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan berfokuskan kepada kaedah


kajian tinjauan deskriptif. Pemilihan pendekatan kuantitatif bertepatan dengan penggunaan
instrumen soal selidik yang berbentuk angka dan penglibatan bilangan responden yang ramai.
Pengkaji telah mengenal pasti dua buah politeknik di Johor sebagai lokasi kajiannya iaitu
Politeknik Ibrahim Sultan dan Politeknik Mersing Johor. Kedua-dua politeknik ini
menawarkan jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal di mana pelajarnya
perlu mengambil mata pelajaran Matematik Kejuruteraan 1. Jumlah populasi bagi kajian ini
adalah seramai 500 orang pelajar yang terdiri daripada 350 orang pelajar dari Politeknik
Ibrahim Sultan dan 150 orang pelajar dari Politeknik Mersing. Instrumen utama yang
digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Soal selidik yang digunakan adalah dengan
mengaplikasikan penggunaan skala Likert.Kajian rintis telah dijalankan untuk mendapat
indeks kebolehpercayaan item soal selidik. Nilai indeks kebolehpercayaan nilai alfa yang
diperolehi adalah tinggi, iaitu 0.952. Soal selidik kajian diedarkan kepada 217 pelajar dan
pulangan soal selidik adalah 217 buah. Instrumen soal selidik dalam kajian ini terbahagi
kepada sembilan bahagian utama iaitu bahagian A mengandungi dua item yang berfokus
kepada maklumat demografi responden, bahagian B mengandungi 10 item faktor
pengetahuan sedia ada, bahagian C mengandungi 10 item faktor sikap, bahagian D
mengandungi 10 item faktor gaya pembelajaran, bahagian E mengandungi 10 item faktor
rakan sebaya,bahagian F mengandungi 9 item faktor kaedah pengajaran guru,bahagian G
mengandungi 10 item faktor keluarga, bahagian H mengandungi 9 item faktor minat dan
bahagian I mengandungi 5 item faktor persekitaran. Dalam kajian ini, terdapat beberapa item
yang diadaptasi daripada beberapa kajian lepas yang telah diadaptasi daripada Ahmad Rizal
(2005) dan daripada kajian Johari dan Norsuriani (2011). Kajian ini mengaplikasikan Model
Pegukuran Rasch dalam melaksanakan proses analisis data. Item bagi faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian kursus Matematik Kejuruteraan 1 dilihat dari nilai logit. Analisis
logit ini diperolehi dari analisis Rasch. Dalam konsep Rasch, nilai logit yang lebih positif
menunjukkan item tersebut lebih sukar bagi responden dan nilai logit yang lebih negatif
menunjukkan item tersebut lebih mudah bagi responden (Azrilah & Saidfudin, 2008; Azrilah,
2010; Bond & Fox, 2007).

212
6.0 Hasil Dapatan

Jadual 1: Analisis Deskriptif Faktor Pengetahuan Sedia Ada Dalam Mempengaruhi


Pencapaian Kursus Matematik Kejuruteraan 1
No Item Kod Nilai Turutan
Item Logit
1 Saya suka menghadiri kelas Matematik B1 -1.08 1
Kejuruteraan 1.
2 Saya sentiasa mempunyai semangat ingin tahu B5 -0.44 2
yang tinggi jika pensyarah Matematik
Kejuruteraan 1 mengajar.
3 Saya pernah mempelajari beberapa topik B2 -0.26 3
Matematik Kejuruteran 1 di peringkat sekolah
menengah.
4 Mempelajari Matematik Kejuruteraan 1 adalah B9 -0.12 4
amat membosankan.**
5 Saya tidak berminat mempelajari subjek B8 -0.05 5
matematik sejak dari sekolah menengah lagi. **
6 Saya sentiasa mengulangkaji pelajaran Matematik B4 0.37 6
Kejuruteraan 1 ini.
7 Saya bersedia terlebih dahulu tentang topik B3 0.45 7
Matematik Kejuruteraan 1yang akan diajar oleh
pensyarah.
8 Setiap topik Matematik Kejuruteraan 1 adalah B6 0.54 8
amat mudah bagi saya.
9 Saya selalu tidak paham apa yang diajar oleh B7 0.60 9
pensyarah ketika belajar Matematik Kejuruteraan
1. **
10 Saya sering mendapat keputusan yang cemerlang B10 0.68 10
dalam subjek matematik dari sekolah menengah
lagi.
Nota: ** merujuk kepada item negatif

Secara khususnya, perasaan suka untuk menghadiri kelas menjadi faktor pengetahuan
sedia ada yang paling mempengaruhi (logit= -1.08). Kehadiran baik yang ditunjukkan pelajar
membolehkan pelajar mengikuti semua pelajaran yang disampaikan oleh guru. Hal ini selari
dengan item pada turutan kedua iaitu semangat ingin tahu (logit=-0.44) yang boleh menjadi
sebab kepada perasaan suka untuk ke kelas bagi mendapatkan dan menambah ilmu
pengetahuan. Seterusnya, item pada turutan ketiga yang juga menunjukkan nilai logit negatif
(logit=-0.26) adalah berkaitan item pernah mempelajari topik tertentu di sekolah menengah
menjadikan asas kuat dalam mempengaruhi pencapaian pelajar.

213
Jadual 2: Analisis Deskriptif Faktor Sikap Dalam Mempengaruhi Pencapaian Kursus
Matematik Kejuruteraan 1

No Item Kod Nilai Turutan


Item Logit
1 Tumpuan yang lebih harus diberikan Matematik C9 -0.80 1
Kejuruteraan 1 untuk mendapatkan keputusan
peperiksaan yang cemerlang.
2 Saya perlu memahami Matematik Kejuruteraan 1 C8 -0.69 2
ini sebagai persediaan menghadapi mata pelajaran
yang lebih rumit.
3 Saya selalu berbincang dengan rakan-rakan C4 -0.50 3
apabila menghadapi kebuntuan dalam Matematik
Kejuruteraan 1.
4 Saya akan berusaha menyiapkan setiap tugasan C10 -0.44 4
yang diberi dalam Matematik Kejuruteraan 1ini
seberapa segera yang mungkin
5 Saya sentiasa ingin datang awal ke kelas bagi C5 -0.18 5
mengikuti Matematik Kejuruteraan 1.
6 Saya akan merasa susah hati jika saya ketinggalan C6 -0.07 6
dalam mengikuti Matematik Kejuruteraan 1 ini.
7 Saya suka berinteraksi dengan pensyarah ketika C1 0.02 7
mengikuti kelas Matematik Kejuruteraan 1.
8 Saya selalu memeriksa nota yang diberikan oleh C3 0.24 8
pensyarah saya.
9 Saya tidak suka berbual-bual semasa pensyarah C2 0.34 9
mengajar Matematik Kejuruteraan 1.
10 Mudah bagi saya untuk mengingati apa yang C7 0.48 10
dipelajari dalam Matematik Kejuruteraan 1 ini.

Secara khususnya, kesedaran tentang keperluan memberikan tumpuan di dalam kelas


menjadi faktor sikap yang paling mempengaruhi (logit= -0.80). Sikap yang bersedia
memberikan tumpuan ini berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar dan
seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Selain itu, sikap pelajar yang percaya bahawa
mereka perlu memahami subjek Matematik Kejuruteraan 1 sebagai keperluan mempelajari
subjek lain (logit=-0.69) juga membantu dalam prestasi Matematik Kejuruteraan 1.
Seterusnya, item pada turutan ketiga yang juga menunjukkan nilai logit negatif (logit=-0.50)
adalah berkaitan membuat perbincangan bersama rakan apabila pelajar menghadapi situasi
sukar dalam proses pembelajaran (logit=-0.50).

214
Jadual 3: Analisis Deskriptif Faktor Gaya Pembelajaran Dalam Mempengaruhi Pencapaian
Kursus Matematik Kejuruteraan 1

No Item Kod Nilai Turutan


Item Logit
1 Pada keseluruhannya, tugasan yang diberikan D1 -0.82 1
banyak membantu saya dalam meningkatkan
prestasi saya di dalam Matematik Kejuruteraan 1.
2 Belajar secara berkumpulan banyak membantu D2 -0.69 2
saya dalam memahami Matematik Kejuruteraan 1.
3 Persaingan yang wujud di antara saya dan rakan- D3 -0.42 3
rakan sekuliah banyak membantu saya dalam
meningkatkan prestasi saya dalam Matematik
Kejuruteraan 1.
4 Saya memastikan bahawa saya benar-benar faham D4 -0.32 4
terhadap kehendak soalan sebelum menyiapkan
tugasan Matematik Kejuruteraan 1.
5 Semasa peperiksaan saya mengulang semula D10 -0.26 5
soalan-soalan dan nota-nota yang telah dibuat
sebagai ulangkaji.
6 Saya akan meminta pensyarah untuk memberi D7 -0.19 6
penjelasan semula sekiranya saya kurang jelas
dengan apa yang telah disampaikan oleh beliau
7 Apabila saya menghadapi kesukaran dalam D5 0.06 7
menyiapkan tugasan Matematik Kejuruteraan 1,
saya akan berbincang dengan pensyarah untuk
mengatasinya.
8 Saya banyak membuat latihan dan bacaan D8 0.28 8
tambahan untuk Matematik Kejuruteraan 1 yang
diperolehi dari buku rujukan yang mengandungi
soalan-soalan peperiksaan tahun lepas
9 Saya sering tidak bertangguh dalam menyiapkan D6 0.47 9
tugasan yang diberikan.
10 Saya memperuntukkan dua jam sehari untuk D9 1.00 10
Matematik Kejuruteraan 1.

Jadual 4.4 menunjukkan hasil analisis logit bagi faktor gaya pembelajaran. Hasil
analisis menunjukkan bahawa terdapat enam item yang mencatatkan nilai logit negatif. Hal
ini menunjukkan bahawa enam item berkaitan faktor gaya pembelajaran pelajar ini adalah
lebih mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Matematik Kejuteraan 1 berbanding
empat item lain yang mencatatkan nilai logit positif. Secara khususnya, pemberian tugasan
yang diberikan oleh guru (logit=-0.82) berupaya menjadi sumber peningkatkan prestasi
pelajar yang signifikan. Pendekatan belajar secara berkumpulan (logit=-0.69) juga merupakan
faktor gaya pembelajaran yang penting dalam mempengaruhi pencapaian Matematik
Kejuruteraan 1 pelajar. Selain itu, persaingan yang ada antara pelajar juga mendorong
prestasi pelajar memandangkan persaingan ini akan menjadikan pelajar terdorong untuk
menjadi yang terbaik.

215
Jadual 4 : Analisis Deskriptif Faktor Rakan Sebaya Dalam Mempengaruhi Pencapaian
Kursus Matematik Kejuruteraan 1

No Item Kod Nilai Turutan


Item Logit
1 Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui E2 -0.47 1
rakan.
2 Saya dan rakan akan mengulangkaji subjek E5 -0.34 2
Matematik Kejuruteraan 1 ini bersama-sama untuk
menghadapi peperiksaan.
3 Saya mempunyai rakan yang banyak membantu E3 -0.34 3
saya untuk memberi pendapat tentang masalah
saya berkaitan Matematik Kejuruteraan 1.
4 Saya dan rakan saya saling membantu dalam E4 -0.32 4
menyiapkan tugasan Matematik Kejuruteraan 1.
5 Saya sentiasa berkongsi masalah Matematik E1 -0.31 5
Kejuruteraan 1bersama rakan.
6 Kejayaan rakan-rakan saya amat mempengaruhi E7 0.40 6
keputusan peperiksaan Matematik Kejuruteraan 1
saya.
7 Saya cemburu dengan kejayaan rakan-rakan saya E6 0.49 7
dalam Matematik Kejuruteraan 1 ini.
8 Rakan saya sering membawa saya bertemu E9 0.74 8
pensyarah jika kami tidak dapat menyelesaikan
masalah berkaitan Matematik Kejuruteraan 1 ini.
9 Saya suka belajar bersendirian dalam subjek E10 0.94 9
Matematik Kejuruteraan 1 ini.
10 Saya kurang yakin dengan setiap jawapan E8 0.95 10
permasalahan Matematik Kejuruteraan 1 yang
diberikan rakan. **
Nota: ** merujuk kepada item negatif

Secara khususnya, pandangan pelajar yang mengatakan mereka banyak belajar


daripada rakan (logit=-0.47) menjadi faktor yang sangat mempengaruhi pencapaian mereka
dalam subjek Matematik Kejuruteraan 1. Hal ini selari dengan item yang berada pada
kedudukan kedua (logit=-0.34) iaitu berkenaan mengulang kaji pelajaran bersama rakan dan
rakan yang banyak memberikan bantuan ketika menghadapi kesukaran dalam proses
pembelajaran.

216
Jadual 5 : Analisis Deskriptif Faktor Kaedah Pengajaran Dalam Mempengaruhi Pencapaian
Kursus Matematik Kejuruteraan 1

No Item Kod Nilai Turutan


Item Logit
1 Pensyarah saya menggunakan bahasa yang mudah F4 -0.57 1
untuk difahami sewaktu menerangkan sesuatu
topik pelajaran kepada pelajar.
2 Pensyarah saya memberi penerangan yang F5 -0.50 2
secukupnya mengenai sesuatu yang hendak diajar.
3 Pensyarah saya menekankan latihan dan petua F1 -0.38 3
sebagai kaedah belajar Matematik Kejuruteraan 1.
4 Pensyarah saya amat menggalakkan sesi F8 -0.23 4
perbincangan secara kumpulan semasa latihan
dijalankan.
5 Pensyarah saya berjaya menjadikan Matematik F3 -0.11 5
Kejuruteraan 1 1sebagai mata pelajaran yang
menarik dan bermakna.
6 Ilustrasi yang diberikan oleh pensyarah saya F6 -0.08 6
menarik dan sesuai untuk Matematik Kejuruteraan
1.
7 Pensyarah akan memberi nota setiap topik F9 -0.02 7
Matematik Kejuruteraan 1 sebelum sesi
pembelajaran dijalankan.
8 Semasa sesi kuliah, pensyarah saya menggunakan F7 0.11 8
pelbagai kaedah pengajaran.
9 Pensyarah saya tidak menggunakan alatan yang F2 1.17 9
berteknologi terkini semasa mengajar di kelas
Matematik Kejuruteraan 1. **
Nota: ** merujuk kepada item negatif

Secara khususnya, penggunaan bahasa pengantar yang mudah (logit=-0.57) serta


pemberian penerangan yang cukup (logit=-0.50) berupaya menjadi sumber peningkatkan
prestasi pelajar yang signifikan.

217
Jadual 6 : Analisis Deskriptif Faktor Keluarga Dalam Mempengaruhi Pencapaian Kursus
Matematik Kejuruteraan 1

No Item Kod Nilai Turutan


Item Logit
1 Ibu bapa saya sentiasa memberi galakkan untuk G1 -0.73 1
mempelajari Matematik Kejuruteraan 1.
2 Ibu dan bapa saya sentiasa memberi motivasi G4 -0.70 2
dalam pembelajaran saya.
3 Kejayaan ibu bapa saya mendorong saya untuk G9 -0.15 3
berjaya dalam mempelajari Matematik
Kejuruteraan 1 ini.
4 Saya sering berkongsi masalah dengan keluarga G8 0.16 4
saya.
5 Ibu dan bapa saya tidak pernah bertanya berkaitan G5 0.34 5
apa yang saya belajar dalam Matematik
Kejuruteraan 1 kerana sibuk berkerja. **
6 Ibu bapa saya kurang berpelajaran, oleh itu G10 0.63 6
mereka tidak tahu kepentingan Matematik
Kejuruteraan 1 ini.**
7 Ibu dan bapa saya mempunyai pengetahuan dalam G6 0.64 7
bidang Matematik Kejuruteraan 1 ini.
8 Saya sering meminta ibu dan bapa saya untuk G3 0.84 8
membelikan buku rujukan terutama Matematik
Kejuruteraan 1.
9 Bidang kejuruteraan adalah pilihan ibu bapa saya. G2 1.14 9
**
10 Jika dirumah ibu dan bapa saya membantu G7 1.17 10
memberi tunjuk ajar menyiapkan tugasan
Matematik Kejuruteraan 1.
Nota: ** merujuk kepada item negatif

Tiga item yang mencatatkan nilai logit negatif adalah item G1, G4 dan G9. Item yang
berada pada turutan pertama dengan nilai logit -0.73 menunjukkan bahawa galakan dan
dorongan yang diberikan oleh keluarga sangat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
kursus Matematik Keujuruteraan 1. Hal ini selari dengan item yang berada pada turutan
kedua dengan nilai logit -0.70 yang berkaitan dengan motivasi yang diberikan keluarga yang
juga membawa kepada pencapaian mereka yang baik. Seterusnya, kejayaan yang dicapai ibu
bapa pelajar juga menjadi sumber motivasi kepada mereka untuk memperoleh keputusan
yang baik dalam kursus Matematik Kejuruteraan 1

218
Jadual 7 : Analisis Deskriptif Faktor Minat Dalam Mempengaruhi Pencapaian Kursus
Matematik Kejuruteraan 1

No Item Kod Nilai Turutan


Item Logit
1 Saya suka menghadiri kelas Matematik H1 -0.90 1
Kejuruteraan 1.
2 Saya seronok mempelajari Matematik H2 -0.71 2
Kejuruteraan 1.
3 Saya tidak suka ponteng kelas Matematik H6 -0.62 3
Kejuruteraan 1.
4 Saya sentiasa bersemangat dalam kelas Matematik H7 -0.37 4
Kejuruteraan 1.
5 Saya sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan H5 -0.28 5
oleh pensyarah.
6 Membuat latihan Matematik Kejuruteraan 1 H4 -0.10 6
memberikan saya satu kepuasan.
7 Saya suka semua topik dalam Matematik H8 0.13 7
Kejuruteraan 1.
8 Setiap hari saya mesti membuat latihan yang H3 0.34 8
diberi oleh pensyarah.
9 Saya banyak menghabiskan masa untuk membuat H9 0.49 9
latihan Matematik Kejuruteraan 1.

Analisis menunjukkan bahawa tiga item yang berada pada turutan tertinggi adalah
saling berkait rapat. Perasaan yang suka hadir ke kelas (logit=-0.90), perasaan seronok untuk
belajar (logit=-0.71) serta perasaan tidak mahu ponteng kelas (logit=-0.62) jelas saling
berkaitan antara satu sama lain dan sangat mempengaruhi pencapaian Matematik
Kejuruteraan 1 pelajar.

Jadual 8 : Analisis Deskriptif Faktor Persekitaran Dalam Mempengaruhi Pencapaian Kursus


Matematik Kejuruteraan 1

No Item Kod Nilai Turutan


Item Logit
1 Pencahayaan di bilik kuliah adalah amat sesuai. I3 -0.28 1
2 Bilik kuliah di politeknik adalah bersifat kondusif. I5 -0.23 2
3 Bilik kuliah saya amat bersih, teratur dan tidak I1 -0.17 3
sesak.
4 Perpustakaan di politeknik banyak membantu I4 -0.06 4
untuk membuat rujukan.
5 Saya selesa mengulangkaji Matematik I2 0.04 5
Kejuruteraan 1 di kamsis.

Bagi faktor yang kelapan iaitu faktor persekitaran pula, hanya 1 item mencatatkan
nilai logit positif dan selebihnya empat item mencatatkan nilai logit negatif. Daripada analisis
dapat dirumuskan bahawa elemen persekitaran seperti pencahayaan (logit=-0.28), bilik kuliah
kondusif (logit=-0.23), bilik kuliah yang bersih, teratur dan tidak sesak (logit=-0.17) serta

219
rujukan yang banyak di perpustakaan (logit=-0.06) sangat mempengaruhi pencapaian
Matematik Kejuruteraan 1 pelajar.

Jadual 9 : Analisis Deskriptif Keseluruhan

Faktor-Faktor Niai Logit Turutan


Minat -0.22 1
Sikap -0.16 2
Persekitaran -0.14 3
Gaya pembelajaran -0.09 4
Kaedah pengajaran -0.07 5
Pengetahuan sedia ada 0.07 6
Rakan sebaya 0.17 7
Keluarga 0.33 8

Faktor yang paling mempengaruhi pencapaian Matematik Kejuruteraan 1 pelajar


adalah faktor minat (logit= -0.22) diikuti dengan faktor sikap (logit= -0.16). Hal ini diikuti
dengan faktor persekitaran (logit=-0.14), faktor gaya pembelajaran (logit=-0.09) dan faktor
kaedah pengajaran (logit=-0.07) yang masing-masing berada pada turutan ketiga, keempat
dan kelima.

Jadual 10 : Analisis Deskriptif Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Kursus


Matematik Kejuruteraan 1 Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Di Johor Bagi Pelajar Lelaki

Faktor-Faktor Niai Logit Turutan


Pengetahuan sedia ada 0.059 6
Sikap -0.216 2
Gaya pembelajaran -0.109 4
Rakan sebaya 0.205 7
Kaedah pengajaran -0.05 5
Keluarga 0.379 8
Minat -0.232 1
Persekitaran -0.122 3

Jadual menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi pencapaian


Matematik Kejuruteraan 1 pelajar lelaki adalah faktor minat (logit=-0.232). Hal ini diikuti
dengan faktor sikap (logit=-0.216) dan faktor persekitaran (logit=-0.122) yang masing-
masing berada pada turutan kedua dan ketiga. Sementara itu, faktor gaya pembelajaran
(logit=-0.109) dan faktor kaedah pengajaran (logit=-0.05) juga mempunyai pengaruh yang
kuat kerana mencatatkan nilai logit yang negatif.

220
Jadual 11 : Analisis Deskriptif Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Kursus
Matematik Kejuruteraan 1 Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Di Johor Bagi Pelajar
Perempuan

Faktor-Faktor Niai Logit Turutan


Pengetahuan sedia ada 0.132 7
Sikap 0.027 5
Gaya pembelajaran -0.009 4
Rakan sebaya 0.077 6
Kaedah pengajaran -0.121 3
Keluarga 0.179 8
Minat -0.211 1
Persekitaran -0.210 2

Jadual menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi pencapaian


Matematik Kejuruteraan 1 pelajar perempuan adalah sama dengan pelajar lelaki iaitu faktor
minat (logit=-0.211). Hal ini diikuti dengan faktor persekitaran (logit=-0.210) dan faktor
kaedah pengajaran (logit=-0.121) yang masing-masing berada pada turutan kedua dan ketiga.
Sementara itu, faktor gaya pembelajaran (logit=-0.009) juga mempunyai pengaruh yang kuat
kerana mencatatkan nilai logit yang negatif.

Jadual 12 : Analisis Deskriptif Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Kursus


Matematik Kejuruteraan 1 Dalam Kalangan Pelajar Politeknik di Johor Bagi Jurusan
Kejuruteraan Mekanikal.

Faktor-Faktor Niai Logit Turutan


Pengetahuan sedia ada 0.137 7
Sikap -0.237 1
Gaya pembelajaran -0.081 3
Rakan sebaya 0.059 6
Kaedah pengajaran 0.019 4
Keluarga 0.280 8
Minat -0.192 2
Persekitaran 0.020 5

Jadual menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi pencapaian


Matematik Kejuruteraan 1 pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal ialah faktor sikap (logit=-
0.237). Hal ini diikuti dengan faktor minat (logit=-0.192) dan faktor gaya pembelajaran
(logit=-0.081) yang masing-masing berada pada turutan kedua dan ketiga.

221
Jadual 13 : Analisis Deskriptif Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Kursus
Matematik Kejuruteraan 1 Dalam Kalangan Pelajar Politeknik di Johor Bagi Jurusan
Kejuruteraan Elektrik

Faktor-Faktor Niai Logit Turutan


Pengetahuan sedia ada 0.022 6
Sikap -0.093 5
Gaya pembelajaran -0.094 4
Rakan sebaya 0.276 7
Kaedah pengajaran -0.122 3
Keluarga 0.394 8
Minat -0.263 2
Persekitaran -0.312 1

Jadual menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi pencapaian


Matematik Kejuruteraan 1 pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik adalah faktor persekitaran
(logit=-0.312). Hal ini diikuti dengan faktor minat (logit=-0.263) dan faktor kaedah
pengajaran (logit=-0.122) yang masing-masing berada pada turutan kedua dan ketiga.
Sementara itu, faktor gaya pembelajaran (logit=-0.094) dan faktor sikap (logit=-0.093) juga
mempunyai pengaruh yang kuat kerana mencatatkan nilai logit yang negatif.

6.0 Perbincangan

Secara keseluruhan terdapat lima faktor yang paling mempengaruhi pencapaian


Matematik Kejuruteraan 1 pelajar adalah faktor minat diikuti dengan faktor sikap, faktor
persekitaran, faktor gaya pembelajaran dan faktor kaedah pengajaran. Faktor minat
menunjukkan kursus Matematik Kejuruteraan 1 ini amat disukai oleh pelajar-pelajar jurusan
kejuruteraan. Ini kerana mereka amat suka dan bersemangat untuk hadir ke kelas kerana bagi
mereka kursus Matematik Kejuruteraan 1 ini adalah proses pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan. Oleh itu semua pelajar sentiasa membuat latihan dan menyiapkan
tugasan yang diberi oleh pensyarah. Seperti dalam Quek (2006) mendapati bahawa minat
amat mempengaruhi kepada pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik kerana
dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan rajin kerana kepuasan dalam memahami
pembelajaran Matematik dapat dicapai. Bagi faktor sikap dapat disimpulkan pelajar
menunjukkan mereka sentiasa memberi tumpuan di dalam kelas selain sering berbincang
permasalahan bersama rakan dan sentiasa berusaha menyiapkan tugasan yang diberi. Ini
kerana mereka menyedari sikap yang sedemikian akan dapat meningkatkan kefahaman dan
pencapaian mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Azizi Yahaya (2010), yang mendapati
sikap komitmen dan berwawasan pelajar yang tinggi akan memberi rangsangan dalam
pencapaian Matematik yang baik.

Faktor persekitaran menunjukkan pelajar amat mementingkan pencahayaan , bilik


kuliah yang kondusif, bersih dan teratur selain mempunyai bahan rujukan yang banyak di
perpustakaan. Ini kerana persekitaran yang sedemikian dapat memberi keselesaan dalam
pembelajaran kursus Matematik Kejuruteraan 1. Bahan rujukan yang banyak juga akan dapat
membantu mereka menyiapkan latihan dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah selain
untuk mengulangkaji pelajaran. Jelas menunjukkan faktor persekitaran adalah salah satu
faktor yang mempengaruhi pencapaian kursus Matematik kejuruteraan 1 pelajar seperti yang
dinyatakan oleh Frenzel et al., (2007) pembelajaran adalah optimum apabila badan dan jiwa

222
bersesuaian dengan persekitaran kerana jika tidak pembelajaran akan menjadi tidak berkesan.
Faktor gaya pembelajaran pula menunjukkan pelajar menyukai pemberian tugasan dan nota-
nota oleh pensyarah dan pembelajaran akan dilakukan secara berkumpulan. Mereka juga
akan merujuk kepada pensyarah jika tidak memahami pembelajaran mereka. Jelas
menunjukkan mempunyai gaya pembelajaran seperti ini dapat mempengaruhi pencapaian
mereka kerana mereka akan lebih memahami pengajaran dengan lebih cepat. Sebagai seorang
pengajar juga haruslah membantu pelajar-pelajarnya menggunakan gaya pembelajarannya
dengan baik seperti yang dinyatakan oleh Hasliza et al., (2014) bahawa adanya gaya
pembelajaran seseorang pengajar akan lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan yang ada
pada pelajarnya. Faktor kaedah pengajaran juga merupakan faktor yang mempengaruhi
pencapaian Matematik Kejuruteraan 1 pelajar di Politeknik. Pelajar mendapati bahawa
dengan menggunakan bahasa pengantar dan penerangan yang mudah dengan, latihan dan
nota yang cukup, perbincangan secara kumpulan, menjadikan Matematik Kejuruteraan 1
mata pelajaran yang menarik dan bermakna menggunakan illustrasi pengajaran yang menarik
dapat membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam Kursus Matematik Kejuruteraan 1.
Oleh itu sebagai seorang pengajar seharusnya mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang
bersesuaian demi meningkatkan prestasi mengikut kemampuan pelajar-pelajarnya sama ada
yang cemerlang ataupun lemah. Kenyataan ini disokong oleh kajian Rahil Mahyuddin (2009),
yang berpendapat perancangan pengajaran amat penting agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berjaya dan berkesan.

7.0 Rumusan

Kesemua item bagi faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kursus Matematik


Kejuruteraan 1 dilihat dari nilai logit. Analisis logit ini diperolehi dari analisis Rasch dimana
nilai logit negatif menunjukkan item tersebut merupakan faktor yang lebih mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam subjek Matematik Kejuruteraan 1 manakala nilai logit yang positif
menunjukkan item tersebut merupakan faktor yang kurang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam subjek Matematik Kejuruteraan 1. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti faktor-
faktor yang mempengaruhi pencapaian kursus Matematik Kejuruteraan 1 dalam kalangan
pelajar Politeknik di Johor ialah minat, sikap, persekitaran, gaya pembelajaran dan kaedah
pengajaran.

Rujukan

Ahmad Rizal, Kamarudin, Nurul Akmar Dan Saifullizam (2005). Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Menguasai Mata Pelajaran Kejuruteraan Di
Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.In: Seminar Pendidikan
JPPG 2005.
Azizi Yahaya, Donald Michael Obih (2010). Hubungan Antara Motivasi, Gaya
Pembelajaran dan Iklim Bilik Kuliah Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan
Empat. National Seminar Sabah.
Azrilah, A. A., & Saidfudin, M. (2008). Application of Rasch model in validating the
construct of measurement. International Journal of Education and Information
Technologies. 2,105-112.
Azrilah, A. A., (2010). Rasch models fundamentals: Scale measurement structure.
Perputakaan Negara Malaysia. Published by Integrated Advance Planning Sdn. Bhd,
2010.

223
Idris, N. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
Frenzel, A.C., Pekrun, R., & Goetz, T., (2007): Perceived Learning Environment and
Students‘ Emotional Experiences: A Multilevel Analysis of Mathematics Classrooms. (c)
Elsevier Ltd. All rights reserved. Learning and Instruction 17 (2007) 478e493
www.elsevier.com/locate/learninstruc
Johari Hassan & Norsuriani Ab Aziz (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat
Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. 1-7.
Nihra, M.H.,& Azilah, N. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan E-
Pembelajaran di kalangan pelajar akhir tahun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Presented at 1 st International Malaysian Educational Technology Convention.
Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar (1997). Pedagogi 2. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Suhana, Intan & Noor Dzalika (2016). Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian
Pelajar Dalam Kursus Matematik Kejuruteraan 2 (Dbm 2013) Di Politeknik Mukah.
Technology and Innovation (TECHON) 2016 National Conference.
Suhaila, S., Norzihani, Y., Hazida, D., & Dawang, M. (2003). Masalah Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar KUTKM: Mengenal pasti Punca
Kelemahan Pelajar Dalam Matematik. Pusat Perkhidmatan Akademik, Kolej Universiti
Teknikal Kebangsaan Malaysia Melaka.
Quek Miow Leng. (2006). Pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan
pelajar tingkatan 4 di daerah Batu Pahat. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia.

224

View publication stats

You might also like