Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj.

Kami :
Tarikh : 05 Oktober 2022M /
08 Rabiaul Awal 1444H

Pengetua
Madrasah Tahfiz Muhammadi
Kampung Ulu Rokan
73200 Gemencheh
Negeri Sembilan 05 Oktober 2022

NOTIS PERINGATAN KERANA TIDAK MENYIAPKAN PROJEK PERUNTUKAN KHAS KERAJAAN


PERSEKUTUAN UNTUK SELENGGARA DAN NAIK TARAF INSTITUSI-INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sepertimana tuan sedia maklum, Madrasah di bawah seliaan tuan telah mendapat
Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan Selenggara dan Naik Taraf Institusi-Institusi Pendidikan Islam
Tahun 2020 sebanyak RM45,000. Walaubagaimanapun, hasil pemantauan yang dilakukan oleh
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada 05 Oktober 2022 (Rabu) yang lalu
jam 10.00 pagi, mendapati pihak tuan masih belum melaksanakan projek tersebut sepenuhnya. Apa
yang pihak kami dapati;
i. Bangunan (Mengecat) masih belum terlaksana. Peruntukan sebanyak RM10,000.00.
ii. Susur Gajah Bangunan Utama Ke Dewan Makan telah diselesaikan, iaitu susur gajah
dari bangunan Madrasah ke kolah mandi (hanya laluan atap sahaja) dan Awning
(atap) dari bangunan Madrasah ke kantin. Peruntukan sebanyak RM35,000.00.

3. Pihak kami meminta maklum balas daripada pihak tuan berkaitan daripada perkara di atas
secara bertulis dalam tempoh 14 hari dari Tarikh surat ini diterima. Kerjasama daripada pihak tuan
kami ucapkan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSIH . MUAFAKAT . SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ABDUL RAHIM BIN MAAMOR)

You might also like