Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERATURAN PERMAINAN GALAH PANJANG

1. PERATURAN PERMAINAN
 Permainan ini melibatkan dua kumpulan, iaitu, Kumpulan A dan Kumpulan B.
 Kumpulan terbahagi kepada penyerang dan pertahanan.
 Setiap kumpulan akan diperuntukkan masa sebanyak 5 minit.
 Giliran untuk memulakan permainan ditentukan melalui undian.
 Pasukan pertahanan akan bertahan di atas garisan pertahanan.
 Pasukan penyerang akan cuba menembusi pertahanan pihak lawan.
 Pasukan penyerang yang berjaya mara ke hujung gelanggang akan diberikan 5 markah. Jika
kumpulan berjaya kembali ke tapak permulaan akan diberikan 5 markah lagi. Permainan
akan dimulakan semula sehingga tamat masa yang telah diperuntukkan.
 Bagi mana-mana ahli penyerang yang disentuh oleh mana-mana ahli pertahanan akan dikira
sebagai mati bagi pusingan tersebut.
 Jika ketua kumpulan penyerang disentuh oleh mana-mana ahli kumpulan pertahanan, maka
keseluruhan kumpulan dikira mati. Walau bagaimanapun, permainan akan diteruskan
sehingga tamat 5 minit.
 Mana-mana ahli daripada kumpulan penyerang atau pertahanan keluar daripada kawasan
permainan masing-masing, permainan akan dihentikan dan kumpulan akan diberikan
dimerit.
 Setelah 5 minit tamat, wisel akan dibunyikan dan kumpulan pertahanan pula akan
mengambil giliran sebagai penyerang dan sebaliknya.

2. SISTEM PEMARKAHAN
 Sistem yang digunakan ialah sistem separa liga.
 Setiap pelanggaran peraturan akan dimerit 2 markah.
 Markah bagi setiap kumpulan akan dihitung setelah 5 minit berakhir.
 Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.

You might also like