Professional Documents
Culture Documents
Makanan Berkhasiat Dan Sihat.
Makanan Berkhasiat Dan Sihat.
Di dalam sebuah kampung,tinggal dua orang kawan bernama Encik Abu dan
Encik Azrim.Mereka berdua rakan sejak zaman sekolah.Tetapi,antara mereka ada
banyak perbezaan dari segi perwatakan dan pelakuan seharian. Encik Abu suka
makan makanan yang berkhasiat dan sihat. Contohnya,beliau makan sayur-
sayuran, buah-buahan dan sebagainya.Tetapi,kawan Encik Abu iaitu Encik Azrim
suka makan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak sihat. Contohnya, beliau
makan KFC, aiskrim dan sebagainya.Sebagai seorang kawan Encik Abu menasihati
kawannya tetapi beliau tidak mendengarnya.
Pada suatu hari, Encik Abu mahu menziarahi kawannya Encik Azrim kerana
sudah lama tidak menegur rakanya. Beliau memandu kereta ke rumah Encik
Azrim.Isteri Encik Azrim telah menghidang bihun kepada Encik Abu.Encik Abu
berbual tentang pemakanan sihat. Selepas itu Encik Azrim bertanya “Kenapakah kita
mesti makan makanan yang berkhasiat dan sihat ?” “Kita mesti makan makan yang
berkhasiat dan sihat kerana badan kita cergas dan sihat,kita boleh hindar daripada
penyakit seperti kencing manis,darah tinggi, obesiti dan sebagainya,” jawab Encik
Abu.“Ohhh mulai hari ini saya akan makan makanan seimbang dan berkhasiat
sahaja.
“Eeh saya ingat satu lagu tentang makanan seimbang dan berkhasiat; Jom kita
menyanyi….”