Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Srivijaya

Śrīvijaya ialah satu empayar maritim Buddha berpusat di Palembang, Sumatera, Indonesia yang


mempengaruhi sebahagian Asia Tenggara (terutama dalam kawasan Nusantara barat).[3] Bukti terawal
kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis
tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671.[4][5][6] Batu Bersurat Kedukan
Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera Selatan juga ada menyebut tentang
Srivijaya dan membuktikan kewujudan empayar Srivijaya[7][8]
Sebelum abad ke-12, Srivijaya pada dasarnya adalah sebuah kerajaan berasaskan darat dan bukannya
sebuah kuasa maritim, armada laut tersedia tetapi bertindak sebagai sokongan logistik untuk
memudahkan unjuran kuasa darat. Sebagai tindak balas kepada perubahan dalam ekonomi maritim Asia,
dan diancam oleh kehilangan negeri lindungannya, Srivijaya membangunkan strategi tentera laut untuk
menangguhkan penurunannya. Strategi tentera laut Srivijaya adalah terutamanya menghukum; ini
dilakukan untuk memaksa kapal-kapal perdagangan dipanggil ke pelabuhan mereka. Kemudian, strategi
tentera laut merosot kepada armada pelanun.[9]
Dari abad ke-7 hingga abad ke-14, Srivijaya merupakan pusat pengembangan agama Buddha yang utama
di Asia Tenggara terutama di kawasan Nusantara. Kebesaran raja Srivijaya digambarkan melalui catatan
Arab yang menyifatkannya sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja di Gunung dan Maharaja
menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak, dan bersifat ketuhanan.
Raja Srivijaya memerintah secara multak dan dibantu oleh menteri yang menjadi perantaraan raja
dengan rakyat.
Selepas kejatuhan Srivijaya, ia sempat terlupa, tetapi ini mula berubah pada masa penelitian ulang
sampai pengakuan moden kewujudan empayar ini diiktiraf secara rasmi pada tahun 1918 oleh seorang
ahli sejarah Perancis Georges Coedès dari École française d'Extrême-Orient[10] yang menerbitkan
penemuannya dan interpretasinya mengenai Sriwijaya dalam akhbar-akhbar berbahasa Belanda dan
Melayu, malah beliau turut mencatatkan adanya sebuah kerajaan sebelum Sriwijaya iaitu Kantoli.[11]
[12][11][13][14][13][15]

Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री) bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud
"kejayaan" atau "kemenangan".[10] [16] Nama Sriwijaya ada berasal daripada nama seorang
pemerintah Kalathana iaitu "Sriwijaya" yang ditulis sebagai "Shih-li-pi-cho-yeh". Raja ini ditulis
menghantar utusan kepada China pada tahun 434 M oleh ahli sejarah China, Shenyao (414-512) dalam
bukunya Sung Shu (Sejarah Awal Sung) [17] Pendapat ini disokong oleh sarjana Belanda, Ir. J.L Moens,
sarjana Jepun, K. Takakuwa[18] dan sarjana Jerman, Hermann Schlegel yang mengaitkannya dengan
negeri Kelantan tua.[19] Dalam tulisannya pada tahun 1937, Moens
berpendapat Kelantan menggunakan nama "Sri Vijaya" tidak lama selepas tahun 667 M.[20]
Menurut Coedes, telah menjadi amalan biasa di rantau ini pada zaman dahulu di mana Raja yang
memerintah menamakan kerajaannya bersempena diri sendiri, maka ada kemungkinan besar nama Raja
"Shih-li-pi-cho-yeh" ini merupakan asal-usul nama kerajaan yang muncul ratusan tahun kemudian (abad
ke-7) di Sumatera.[17] Pada tahun 671 M, I-Tsing melawat bandar Boghan (Palembang) dan menetap di
sana selama 6 bulan untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan Bahasa Melayu. Dari Palembang, beliau
melawat pula negeri Mo-Lo-Yu yang menurutnya terletak 15 hari pelayaran dari Boghadishu. Dari catatan
I-Tsing, nama negeri Mo-Lo-Yu baru bertukar menjadi Sriboghan ketika beliau melawatnya.
[21] Keterangan I-Tsing dilihat konsisten dengan beberapa catatan batu bersurat yang menunjukkan
empayar Sriwijaya dibentuk pada abad ke-7.

Berdasarkan Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 605 saka (683 masihi), kerajaan Sriwijaya didirikan
oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang memimpin satu armada dengan 20,000 bala tentera dari Minanga
Tamwan ke Matayap dan menaklukinya. Beberapa batu bersurat lain yang ditemui di Kota Kapur di Pulau
Bangka (686 masihi), Karang Birahi di Jambi Hulu (686 masihi) dan Palas Pasemah di selatan Lampung,
menceritakan peristiwa yang sama. Dari keterangan batu-batu bersurat ini, dapat disimpulkan yang
Jayanasa mendirikan Kerajaan Srivijaya setelah mengalahkan musuh-musuhnya di Jambi, Palembang,
Selatan Lampung dan Pulau Bangka.[22] Asal usul Raja Jayanasa dan kedudukan sebenar Minanga
Tamwan masih diperdebatkan ahli sejarah, ada yang berpendapat armada yang dipimpin Jayanasa ini
berasal dari luar Sumatera, dari Semenanjung Tanah Melayu.[23]
Sriwijaya meluaskan lagi empayarnya dengan menakluk bahagian barat Pulau Jawa pada
penghujung abad ke-7. Batu Bersurat Kota Kapur yang bertarikh 549 M - 686 M menceritakan tentang
sumpahan Maharaja Srivijaya ke atas sebuah kerajaan di Pulau Jawa sebelum Srivijaya menawan
kerajaan tersebut. Masa peristiwa ini berlaku adalah bertepatan dengan masa kejatuhan
kerajaan Tarumanagara dan kerajaan Kalingga (Ho-Ling dalam catatan China) di Jawa Barat. Ada juga
rekod menyatakan sebuah keluarga diraja beragama Buddha yang mempunyai hubungan dengan
Sriwijaya, mendominasi bahagian tengah Pulau Jawa ketika itu[24], berkemungkinan besar dari
kerabat Sailendra.[25] Kejayaan Srivijaya menguasai sebahagian Pulau Jawa, Sumatera dan Semenanjung
Tanah Melayu membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama di Selat Melaka, bahagian
barat Laut Jawa, dan kemungkinan juga Teluk Thailand.[26]
Pada tahun 732 M, tentera pimpinan Sanjaya yang dihantar oleh Sri Putera, pemimpin Empayar Tanah Sri
Indah Sekebun Bunga telah menawan Sriwijaya yang diperintah oleh Rudra Wikraman. Oleh sebab itu,
kuasa Sriwijaya menjadi lemah dan pemerintahnya hanyalah dilantik untuk meneruskan legasi keluarga
Sriwijaya tanpa kuasa atau lebih kepada menjadi raja boneka. [25] [27]

Menurut Batu Bersurat Kedukan Bukit, bertarikh 605 Saka (683), Srivijaya pertama kali didirikan di
sekitar bandar Palembang, di tebing Sungai Musi. Ini menyebutkan bahawa Dapunta Hyang Sri Jayanasa
berasal dari Minanga Tamwan. Lokasi sebenar Minanga Tamwan masih menjadi bahan perbincangan.
Teori Palembang sebagai tempat di mana Srivijaya pertama kali dibentuk dikemukakan oleh Cœdes dan
disokong oleh Pierre-Yves Manguin. Soekmono, di sisi lain, berpendapat bahawa Palembang bukanlah
ibu kota Srivijaya dan menunjukkan bahawa sistem Sungai Kampar di Riau di mana kuil Muara
Takus terletak sebagai Minanga Tamwan.[28]

Taman Purbakala Empayar Srivijaya (hijau) terletak di barat daya dari pusat Palembang. Tapak ini
membentuk paksi yang menghubungkan Bukit Seguntang dan Sungai Musi.
Pembentukan satu negara kesatuan dalam dimensi struktur kuasa politik Srivijaya, dapat diperolehi
daripada beberapa batu bersurat yang mengandungi maklumat penting tentang istilah-
istilah kadātuan, vanua, samaryyāda, mandala dan bhūmi.[29]
Kadātuan boleh membawa erti kawasan dātu, (tnah rumah) tempat tinggal bini hāji, tempat
disimpan mas dan hasil cukai (drawy) sebagai kawasan yang mesti dijaga. Kadātuan ini dikelilingi
oleh vanua, yang boleh dianggap sebagai kawasan kota Srivijaya yang di dalamnya terdapat vihara yang
menjadi tempat beribadah masyarakat. Kadātuan dan vanua ini merupakan kawasan teras bagi Srivijaya
itu sendiri. Menurut Casparis, samaryyāda merupakan kawasan yang bersempadan dengan vanua, yang
dihubungkan dengan jalan khusus (samaryyāda-patha) yang bermaksud kawasan pedalaman.
Manakala mandala merupakan satu kawasan autonomi dari bhūmi yang berada dalam pengaruh
kekuasaan kadātuan Srivijaya.
Pemerintah Srivijaya memakai gelaran Dapunta Hyang atau Maharaja, dan dalam lingkaran raja terdapat
secara berurutan yuvarāja (putera mahkota), pratiyuvarāja (putera mahkota kedua)
dan rājakumāra (pewaris berikutnya).[30] Batu Bersurat Telaga Batu banyak menerangkan pelbagai
jawatan dalam struktur pemerintahan kerajaan pada zaman Srivijaya.
Sekitar tahun 1993, Pierre-Yves Manguin melakukan penyelidikan dan berpendapat bahwa pusat
Srivijaya terletak di Sungai Musi di antara Bukit Siguntang dan Sabokingking (di provinsi Sumatera
Selatan sekarang).[3] Namun sebelumnya Soekmono berpendapat bahwa pusat Srivijaya terletak di
kawasan hiliran Batang Hari, antara Muara Sabak hingga ke Muara Tembesi (di provinsi Jambi sekarang),
[31] dengan catatan Mo-lo-yu (I-Tsing) tidak di kawasan tersebut, jika Mo-lo-yu berada di kawasan
tersebut, beliau cenderung kepada pendapat Moens,[32] yang sebelumnya juga telah berpendapat
bahawa pusat pemerintahan Srivijaya berada di kawasan Candi Muara Takus (provinsi Riau sekarang),
berdasarkan anggaran petunjuk arah perjalanan dalam catatan I-Tsing,[33]. Ahli sejarah Thai
berpendapat, daerah Chaiya di wilayah Surat Thani juga pernah menjadi pusat pemerintahan Srivijaya,
berdasarkan penemuan banyak rumah-rumah ibadat dengan gaya seni bina unik yang berasal dari zaman
Srivijaya.[34][35][36] Berdasarkan Inskripsi Tanjore, pada masa penaklukan Rajendra Chola I, ibu kota
Srivijaya adalah di Kadaram (panggilan Tamil untuk negeri Kedah, Semenanjung Malaysia hari ini).
Menurut J.L. Moens selanjutnya, beliau mengemukan Ho Lo tan atau Kelantan sebagai antara lokasi yang
dicadangkan sebagai ibu kota Sriwijaya[37]. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, wujud persamaan nama
antara Sriwijaya dan nama kerajaan Kelantan Tua iaitu Sriwijaya Mala. Menurutnya lagi, Kelantan dikenali
sebagai "Sri Vijaya" sekitar 667 Masihi. Tambahan pula, menurut Nuraidil Zakaria, pada abad ke-5,
Kelantan masih dirujuk sebagai Ho Lo Tan[38]. Kemudian sekitar abad ke-7, nama itu telah ditukar
kepada Shih Li Fo Shih mengikut catatan China. Dari sudut geografi dan astronomi, Moens dalam
tulisannya yang berjudul Srīwijaya, Yāva En Katāha menjelaskan bahawa ibu kota Sriwijaya mungkin
sering berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

You might also like