Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

TINGKATAN 2

TAJUK : KAJIAN
PENGGUNAAN ALAT
TELEKOMUNIKASI DI
SMK ALOR AKAR

NAMA : NUR IRISS NAZIRAH BINTI MOHD NAZRI


KELAS : 2 CEKAL
NAMA GURU : PUAN SITI RADHIAH BINTI SHEIKH
ABDUL ARIM
SEKOLAH : SMK ALOR AKAR

1
LATAR BELAKANG KERJA
LAPANGAN
Saya Nur Iriss Nazirah binti Mohd
Nazri ingin berterima kasih kepada En.
Hasbullah Bin Abdul Latif selaku
pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Alor Akar dan Puan Siti
Radhiah Binti Sheikh Abdul Arim
selaku guru mata pelajaran Geografi
kerana telah memberikan saya
tugasan untuk cuti hujung bulan 12 ini.
Kerja lapangan ini bertajuk
Penggunaan Alat Telekomunikasi di
Kawasan Sekitar Sekolah Menengah
Kebangsaan Alor Akar.

2
JENIS-JENIS ALAT
TELEKOMUNIKASI
jenis-jenis alat komunikasi yang terdapat di sekitar
sekolah ialah telefon awam dan mesin faks.

Telefon awam ini kebiasaannya digunakaan oleh


pelajar-pelajar sekolah atau pelajar asrama.
Ia sering digunakan oleh pelajar asrama untuk
menghubungi ibubapa mereka kerana pelajar
asrama tidak dibenarkan membawa telefon pintar .
Ianya terhad kepada sesiapa yang mempunyai kad
telefon awam sahaja. Nombor telefon awam di
sekolah ialah 09-5666746.

Mesin faks pula kebiasaannya digunakan oleh


pihak pengurusan sekolah. Ia digunakan untuk
memindahkan salinan dokumen, khususnya
menggunakan peranti-peranti yang disambungkan
dengan rangkaian telefon. Nombor telefon mesin
faks di sekolah ialah 09-5672766.

3
FAKTOR PENGGUNAAN ALAT
TELEKOMUNIKASI
Faktor masyarakat menggunakan alat
telekomunikasi ialah memudahkan
perhubungan antara murid dan ibubapa.
Hal ini demikian, murid asrama yang
tinggal berjauhan dari ibubapa masih
dapat berhubung. Selain itu, alat
telekomunikasi kebiasaannya
digunakan pada waktu kecemasan
kerana bil direkodkan. Seterusnya, alat
telekomunikasi digunakan untuk
mempercepatkan penerimaan
maklumat kepada ahli keluarga atau
sahabat. Seterusnya, pihak sekolah
dapat menghantar dan menerima
dokumen.

4
KESAN POSITIF DAN NEGATIF
PENGGUNAAN ALAT
TELEKOMUNIKASI
Kesan positif bagi penggunaa alat telekomunikasi ialah
memudahkan murid untuk memberikan maklumat ketika
kecemasan sekiranya mereka perlu tinggal di sekolah buat
seketika kerana mereka mempunyai kelas tambahan dan
aktiviti lain. Selian itu, murid-murid yang tinggal di asrama
dapat menghubungi ibubapa pada waktu hujung minggu.
Maka, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Seterusnya,
memudahkan pihak sekolah bertukar-tukar dokumen
dengan menggunakan mesin faks.

Kesan negatif penggunaan alat telekomunikasi pula


ialah dapat mengganggu pembelajaran kerana murid keluar
pada waktu PdPc. Selain itu, tempoh masa yang diberikan
amatlah pendek. Maka, murid perlu mengeluarkan duit
yang lebih banyak untuk tempoh penggunaan telefon
awam yang lebih lama. Seterusnya, dengan wujudnya mesin
faks, manusia akan menjadi lebih malas kerana mereka
tidak perlu lagi keluar berjumpa dengan orang yang
mereka hendak berikan dokumen tersebut.

5
CADANGAN CARA PENGGUNAAN
ALAT TELEKOMUNIKASI SECARA
BERETIKA DAN BERHEMAH

Cadangan saya ialah murid-murid perlulah


menggunakan telefon awam pada waktu
rehat dan waktu balik sahaja agar PdPc tidak
terganggu. Selain itu, pengguna tidak
menggunakan telefon awam dengan lama
jika ada pengguna lain yang mahu
menggunakannya. Hal ini adalah kerana
pengguna tidak akan mementingkan diri dan
memberikan akses telefon awam kepada
pengguna lain yang memerlukannya juga.

You might also like