Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

BIL. 1 SESI 2021/2022


SMK SS17

TARIKH : 12 FEBUARI 2022


MASA : 09.00 PAGI
GOOGLE MEET : http://meet.google.com/jcc-bfcv-tsd

Kehadiran Jawatan
1 PN. NIK ASMA BT NIK AHMAD Penasihat
2 YDP PIBG
EN. MOHD ROSLAN BIN MALIK
3 EN. AHMAD ZAKRI BIN ZAKARIA NYDP PIBG
4 SAIFUL ADLI BIN SAID SETIAUSAHA
5 PN. KHOO CHIEW PENG BENDAHARI
6 EN.AMARJIT SINGH A/L GURDIPP SINGH AJK IBU BAPA
7 EN. STALIN LEO AJK IBU BAPA
8 EN. KAMARUL AZHAR B.MOHD KASIM AJK IBU BAPA
9 EN ARIF RAFHAN BIN OTHMAN AJK IBU BAPA
10 PN. JESSAMINE BINTI JASMI AJK IBU BAPA
11 PN. MAHANI BT ABDUL RAHMAN AJK GURU
12 PN.NORFAZILA BINTI OTHMAN AJK GURU
13 CIK NURHIDAYAH BINTI SAMSUDDIN AJK GURU

TURUT HADIR

14. EN. MOHD YAZID BIN ABD RAHAMAN Pen. Kanan 1


15. PN. NOOR HASLINA BINTI IBRAHIM PK Hem
16. PN. HANISAH BINTI MUSA PK Koko

TIDAK HADIR

17. EN. SAIFUL FAZAMI BIN ABDUL TALIB AJK Ibu Bapa
18. PN. MANIMALA A/P SUBRAMANIAM AJK Ibu Bapa
19. PN. ZAITUN BINTI ABDUL HADI AJK Guru
20. PN. SUHAILI BINTI MOHD ROSELI AJK Guru
BIL AGENDA TINDAKAN

1.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG

1.1 Pn Nik Asma bt Nik Ahmad selaku penasihat PIBG mengucapkan


terima kasih kepada semua AJK PIBG yang hadir ke mesyuarat kali
pertama bagi sesi 2021/2022.

1.2 Mesyuarat kali ini penting bagi tujuan menyelaras dan


membincangkan perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran anak-
anak murid di sekolah dan juga persekitaran fizikal sekolah.

1.3 Beliau memaklumkan fokus utama kini tertumpu kepada peperiksaan


SPM yang menggunakan format baru KSSM kali pertama bermula
dengan ujian lisan BM dan BI serta ujian amali sains.

1.4 Kekangan kelas yang tidak mencukupi semasa peperiksaan SPM


yang akan bermula pada 2 Mac hingga 29 Mac menyebabkan sistem
penggiliran kelas kepada murid tingkatan 1,2 dan 3 perlu dilakukan.

1.5 Kes covid di sekolah juga terkawal dengan menasihati murid-murid


yang bergejala agar tidak perlu hadir ke sekolah. Terutama kepada anak-
anak yang ambil SPM tahun ini ibu bapa perlulah mengawal dengan
ketat agar terhindar dari sebarang musibah.

1.6 Sekolah masih terikat dengan garis panduan pengurusan dan


pembukaan sekolah 3.0 yang mana antaranya masih tidak membenarkan
aktiviti dalam sekolah yang melibatkan orang luar. Justeru mesyuarat ini
terpaksa dijalankan secara dalam talian.

1.7 Wang peruntukan yang datang dari KPM berdasarkan jumlah


bilangan pelajar semasa iaitu seramai 540 orang murid bagi tujuan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid setakat ini mencukupi .
Namun bagi tujuan baik pulih prasarana kita menghadapi kekurangan
dana. Begitu juga peruntukan makan minum murid semasa peperiksaan
SPM ianya bukan dalam peruntukan yang sedia ada. Justeru pihak
sekolah perlu memohon sumbangan dari PIBG dan orang perseorangan
bagi tujuan kemaslahatan calon-calon SPM 2021.

2.0 UCAPAN YDP PIBG

2.1 Beliau memaklumkan kita perlu membiasakan kehidupan dengan


norma yang baharu terutamanya bagi mengawal penularan covid 19 ini
dengan jayanya.

2.2 Fokus utama mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan sumber
dana bagi tujuan menjayakan aktiviti murid. Namun sejak PKP yang lepas
pihak PIBG berdepan dengan dana yang terhad berikutan aktiviti
pencarian dana seperti membuat karnival jualan yang masih belum
dibenarkan oleh pihak PPD berikutan pematuhan SOP yang masih
berkuatkuasa.

2.3 Permohonan dana bagi tujuan baik pulih prasarana melalui pihak PBT
juga masih belum dapat menyelesaikan masalah kewangan yang sedia
ada. Justeru diharapkan mesyuarat ini dpat mencari jalan keluar
terutamanya fokus kepada calon-calon SPM yang sudah pun bermula
minggu ini .

3.0 Perancangan mencari dana bagi menjalankan aktiviti

3.1 YDP PIBG memaklumkan aktiviti mencari dana seperti yang


sebelum ini misalnya jogathon, karnival hari kantin dan lain-lain agak
sukar untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat memandangkan
sekolah masih terikat dengan pematuhan SOP.

3.2 YDP ada mengutarakan idea melakukan aktiviti pengumpulan


dana secara online juga setakat ini belum ada satu garis panduan
yang jelas untuk dirujuk.

3.3 En Amarjit mohon YDP nyatakan anggaran perbelanjaan untuk


tempoh setahun agar mudah untuk kita membuat sasaran kutipan
dana.

3.4 Pengetua menyarankan agar anggaran belanjawan tersebut


dirujuk pada Mesyuarat Agung bulan September 2021 yang lepas. SU/Bendahari
Pengetua juga ada menyatakan kos baik pulih bangunan dengan
anggaran kos mencecah RM 50 ribu. Penambah baikan dewan
Kesidang dianggarkan kosnya RM 20 ribu. Kos baik pulih dan
penambah baikan ini tiada dalam peruntukan kewangan sedia ada.
Jadi ia perlu dipohon dari mana-mana sumber yang difikirkan perlu.

3.5 Pengetua juga memaklumkan anggaran belanja untuk makan dan


minum calon SPM yang dianggarkan berjumlah RM 2,600.00 telah
dapat disediakan hasil dari sumbangan para guru dan ibu bapa yang
berjumlah setakat ini RM 2,950.00. Jadi PIBG tidak perlu untuk
menampung lagi keperluan makan minum calon SPM 2021.

3.6 YDP ada menyatakan pada Mesyuarat Agung yang lalu


penetapan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM 60.00. Sementara
kutipan untuk yuran prestasi kecemerlangan murid sebanyak RM
100.00 seorang tidak lagi dibenarkan buat masa ini. Beliau mengulas
hanya 60% sahaja kutipan sumbangan PIBG yang berjaya dibuat
berdasarkan rekod yang lepas. PIBG juga ada menaja barangan
berupa pakaian sekolah seperti baju, seluar, kasut dan lain-lain
kepada anak-anak yatim disekolah seramai 40 orang. Pengetua juga
menambah golongan murid yang dalam kategori B40 ada dalam 40%
satu jumlah yang agak ramai. Jadi agak sukar untuk kita
mengharapkan kutipan yang tinggi dari sumbangan PIBG ini.

3.7 Pn Noor Haslina PK Hem ada menyatakan perlunya ada kutipan


dana yang berterusan bagi menambah baik tabungan PIBG. Ianya
penting antaranya membaik pulih bangunan sekolah seperti
kerosakan lampu-lampu di kaki lima. Setakat ini pihak sekolah
dengan bantuan unit disiplin sudah menggantikan sebanyak 16 biji
lampu kalimantang pendek di blok D namun masih lagi belum
mencukupi. Justeru kutipan RM 60 dan sumbangan ikhlas dari ibu
bapa dan orang luar masih lagi diperlukan. Hal ini boleh menambah
tabungan yang sedia ada sehinggalah Mesyuarat Agung akan datang
dilaksanakan.

3.8 YDP memberikan maklum balas kepada persoalan Pn Noor


Haslina tentang memo kutipan sumbangan PIBG yang telah
dipersetujui pada Mesyuarat Agung yang lepas belum lagi
dikeluarkan kepada ibu bapa. Perkara ini menjadi sebab mengapa
ramai ibu bapa masih belum membuat sumbangan. Begitu juga idea
membuat “car boot sale” perlu dirujuk SOP dari KPM agar ianya
tidak di salah guna. Walau bagaimana pun ia salah satu idea yang
baik untuk menambah dana tabungan PIBG sekolah.

3.9 En Stalin Leo menawarkan diri untuk membaiki kerosakan lampu PK HEM
dan masalah pendawaian elektrik di Blok D. Pn Noor Haslina akan
berhubung terus dengan En Stalin bagi tindakan selanjutnya. Ahli
mesyuarat juga bersetuju agar sumbangan PIBG RM 60.00 itu mula
dikutip selepas bulan April 2022.
4.0 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG

4.1 Pn Khoo selaku Bendahari membentangkan laporan kewangan


berdasarkan penyata sehingga bulan Disember 2021 ada sebanyak RM
5,189.33 . Namun kutipan yuran sumbangan selepas Mesyuarat Agung
September 2021 tiada kutipan dibuat setakat ini. Justeru baki 2 bulan
sesi 2021 ini YDP mencadangkan agar satu memo sumbangan ikhlas dari
ibu bapa dan guru dikeluarkan bagi mengurus dan membaik pulih
prasarana sekolah yang kritikal dengan kadar segera.

4.2 Semua ahli mesyuarat setuju sebulat suara agar satu memo
sumbangan ikhlas dari ibu bapa dan guru dikeluarkan dengan kadar
segera. Kutipan sumbangan ikhlas ini perlu mengikut garis panduan yang
telah dikeluarkan oleh pihak PPD agar tidak timbul masalah dikemudian
hari seperti mana yang disarankan oleh Pengetua.
5.0 PEMBENTANGAN DUIT TABUNG PIBG

5.1 Bendahari PIBG menyatakan semua aktiviti 2021 tiada tunggakan bil Bendahari
yang berlaku. Hanya tinggal Majlis Restu Ilmu calon SPM 2021 sahaja
yang belum dibayar berjumlah RM 336.00. Memandangkan kutipan
sumbangan makan minum calon SPM 2021 ada lebihan dan juga di
dalam akaun PIBG ada kutipan yuran prestasi kecemerlangan pelajar
SPM tahun 2020 yang berjumlah RM 339.00 masih boleh digunakan
untuk program kecemerlangan SPM tahun semasa.
7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 YDP menyarankan semua peralatan mengambil suhu murid perlu di


hantar kepada pembekal semula untuk tujuan dibuat penentu ukuran
yang tepat. Ini kerana peralatan tersebut sudah pun digunakan lebih dari
2 tahun. Ia juga untuk memastikan bacaan suhu yang diambil dengan
tepat.

7.2 Pn Noor Haslina memaklumkan akan merujuk terlebih dahulu dari PK HEM
PPD berkaitan perkara 7.1 di atas. Sebahagian peralatan menyukat suhu
tersebut ada yang baru dibeli pada bulan Disember 2021 dan ada yang
dari tahun 2020. Pihak sekolah kebiasaannya akan membeli peralatan
yang baharu sekiranya ada peralatan yang rosak.

7.3 Pn Noor Haslina juga memaklumkan pada 26 Januari 2021 beliau ada
menerima sumbangan ikhlas dari Pn Sabariah wakil dari badan NGO
untuk golongan B40 di sekolah. Melalui unit kebajikan sekolah iaitu Pn
Parimala dan Cik Norhidayah bantuan tersebut telah pun diagihkan
kepada 30 orang murid yang layak. Kepada ahli mesyuarat yang
mengenali mana-mana wakil NGO diluar bolehlah terus menghubungi
beliau.

7.4 YDP bertanyakan maklumat anak-anak yatim di sekolah. Pn Noor


Haslina memaklumkan semua data diambil di dalam APDM murid bagi
mengenal pasti anak-anak yatim ini. Beliau menyarankan semua guru
tingkatan agar memaklumkan kepada ibu bapa agar sentiasa membuat
kemas kini maklumat pendapatan mereka. Kerana masih ada lagi ibu
bapa yang tidak melaporkan pendapatan mereka di dalam APDM.

7.5 Pn Noor Haslina mohon kerjasama para ibu bapa agar mengawasi
etika pakaian dan kekemasan diri anak-anak ke sekolah. Ini kerana unit
Semua AJK
disiplin ada mendapat aduan pakaian murid yang agak keterlaluan
dipakai dalam kawasan sekolah.

7.6 YDP bertanya perkembangan bantuan data untuk murid Pdpr di


rumah . Setakat ini bantuan data terhenti sehingga bulan Oktober 2021.
Pengetua akan maklumkan kemudian sekiranya bantuan data ini ada
diteruskan lagi.

7.7 YDP maklumkan mesyuarat AJK perlu dilakukan sekurang-kurangnya


3 kali sebelum Mesyuarat Agung PIBG yang baru yang dijangka pada
bulan Mei 2022. SU

7.8 Pengetua memaklumkan pihak sekolah tidak akan melakukan apa-


apa aktiviti sekiranya kewangan tidak mengizinkan lagi.
8.0 PENUTUP

8.1 YDP dan semua barisan AJK mengharapkan agar semua yang
dirancang terutamanya memo berkaitan sumbangan ikhlas itu dapat
dilakukan secepat mungkin agar tabungan dana PIBG dapat dikutip
dengan kadar segera.

8.2 Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih atas segala curahan idea
yang diberikan. Pastikan kita sentiasa mematuhi SOP agar terhindar dari
wabak covid 19 ini.

8.3 Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 11.05 minit pagi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SAIFUL ADLI BIN SAID) (MOHD ROSLAN BIN MALIK)


Setiausaha PIBG, Yang DiPertua PIBG
SMK SS17 SMK SS17

You might also like